Saturday, May 26, 2012

Nikmat Mana Yang MahuKu Dustakan


Assalamualaikum




Rezeki ada di mana-mana. Manusia pula diberi akal fikiran dan tulang kerat untuk mengusahakannya. Alhamdulillah apa sahaja yang boleh saya kerjakan..akan saya kerjakan demi mencari nafkah dan kebutuhan kewangan keluarga. Alhamdulillah rezeki Allah melimpah. Sama ada kita meyedari atau sekedar bermimpi.Nikmat mana yang mahuku dustakan. Tempahan kek pavola dan strawberi moist, tempahan kolagen. Tempahan mengandam...nikmat mana yang mahuku dustakan...hanya perlu kerajinan dan kecekalan. 

Pelanggan saya yang sorang ni dari bertunang, bernikah, bersanding dan bertandang...borong saya seorang.Masa bertunang dia dan kakaknya serentak mengambil saya. Tiba kakaknya kahwin dulu dan mengambil mak andam lain mungkin mahu kelainan. Nampaknya pelanggan kesayangan saya seorang yang sungguh manja dan sentiasa datang gabra ni....heheh  takut dengan kelainan yang dilakukan oleh kakaknya maka alhamdulillah memang dah rezeki saya...nikmat mana yang mahuku dustakan..


"Aunty Nani, mekap nikah dengan sanding boleh tak buat berbeza."..maka saya mekapkan dia dengan sentuhan yang berbeza antara nikah dan sanding. Alhamdulillah...pengantin menjadi sungguh cun dan anggun dengan sedikit kelainan pada waktu nikah dan waktu sanding.



(25/05/2012 dan 26/05/2012)
Selamat Pengantin Baru Mira budak manja semuga bahagia sampai akhir hayat.




















 Kesemua gambar di atas adalah majlis pernikahan.

























Sedikit kelainan untuk majlis persandingan. Mekap dan Aseseries oleh nanirostam.



Kalau berhajat telefon kak nani 0123959779 untuk menempah mekap artis. Kak nani hanya mengambil tempahan bertunang, nikah, sanding dan bertandang. 

Sekian Terima Kasih.


Wasalam

2 comments:

y2j said...

Hai,Kak Nani. Correct me if im wrong k. Kak Nani salah typo hp num kak Nani or Kak Nani guna 2 number?? 0123959979 or 0123959779?? -Ur Loyal Blog Reader-

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Ya Allah, cantiknya pengantin tuh! Hasil tangan Kak Nani membuatkan pengantin perempuan sangat cantik, natural dan sweet. Saya suka make up yang bergini. Kalau la saya jumpa akak dolo-dolo, isshhhh!!! dah tentu saya la pengantin yang cun melecun! hehehe....Sayangggg Kak Nani :)