Assalamualaikum.
Semakin meningkat umur semakin kecil kita. Sudah tentu saya merasakan begitu bila anak-anak semakin berbadan sasa dan tinggi melanjau apatah lagi bila berdiri sebelah-sebelah, hati berkata-kata, oh apakah tulang belulang ku sudah semakin mengecut?Harus aku tidak meninggalkan diet susu dan ikan bilis jika begini.
Semakin usia menambah semakin ketinggalan diri kita. Sudah pasti saya merasa begitu apabila anak-anak semakin pandai dan berjaya. Kalau dulu kita mengajar itu ini tapi sekarang kita yang termangu-mangu apabila mereka pula yang lebih tahu segala. Wajib aku yang diajar anak-anak tentang segala gadget tetapi masih tetap buntu.
Walau hanya mampu bermimpi tentang menara gading dan sebuah keazaman yang akhirnya cuma sepi..alhamdulillah sekurang-kurangnya anak-anak seolah-olah memahami dan menggalas satu tanggungjawab mereliasasikan impian yang terpendam.
Alhamdulillah, syukur pada Allah apabila anak-anak sedar pentingnya ilmu dan kejayaan hidup. Alhamdulillah apabila Hanis dinobatkan sebagai mahasiswa yang menyandang Anugerah Naib Canselor di Majlis Konvokesyen UiTM baru-baru ini.
Bukankah itu impian setiap ibu-bapa yang menghantar anak-anak kesekolah sedari usia 7 tahun...bertekun setiap hari ke sekolah ..tahun demi tahun, peperiksaan demi peperiksaan semata-mata impian mereka agar anak berjaya mencapai kejayaan seperti ini..
Alhamdulillah saya adalah antara ibu bapa yang pasti gembira dan berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh anak-anak.
Atau saya harus jadi ibu bapa yang hanya tahu mengecil-ngecilkan kemampuan anak-anak sehingga hilang segala keyakinan dan jati diri pada diri mereka.
Pasti itu bukan saya.
Congrats!! |
Liana yang berusaha membeli segala bunga, teddy dan coklat...kiter tumpang sain, letak nama dan caption jer. |
Kami cuma berenam apabila Hafiiz di asrama manakala suami menghantar Alisya shooting di TV3. Tengok kiter semakin kecil bila berada dikalangan anak-anak yang semakin membesar. |
terserempak pembaca blog yang juga seorang pensyarah UiTM yang baru berpindah dari Melaka ke Shah Alam. |
Selepas tamat majlis kami ke Restoran Saba pekena nasi Arab |
Alhamdulillah syukur pada Allah. |
39 comments:
congrats to hanis n her beloved mom, for sure ;)
betulla..nmpak kNani paling kecik...anyway cingrats to Hanis
congrats both of you...
congrats both of you
congrats untuk hanis..ada baca paper dapat anugerah cancelor..tahniah!!
tahniah kak hanis..mesti bangga kan tgk ank2 berjaya hehe ^^
tahniah kak hanis :)
congrats to hanis too(semoga anak saya pun berjaya mcm hanis,amin)...tergelak pulak saya kak , bila ada menyapa mu kerja apa tu...gaya mu kalah oghang bekerja...caiyok..hehe
congrats to hanis too(semoga anak2 ku dah besor nnt berjaya mcm hanis,amin)...tergelak saya kak ,bila ada yg menyapa mu keja apa ..mana tak nye oghang bekeja pun x bergaya mcm akak...class tuu...hehe..caiyok
congrats to hanis too ( semoga anak2 ku bila beshor nnt berjaya mcm hanis,aminn ) ....tergelak saya kak, bacaa.. bila ada menyapa akak keja apa...hehe..oghang bekerja pun x bergaya mcm akak..class gitu..caiyok akak...mmg sweet
Congrats hanis n to u also Kak nani.tak sampai hati nak panggil nty sbb muke very the muda gitew
Congrats buat Hanis dan Aunty.
Saya pun produk UiTM dan teringat suatu masa dahulu (2004) apabila saya naik pentas dan amek anugerah seperti yang Hanis dapat, Alhamdullilah.
UiTM dihatiku!
salam, saya tahu perasaan puan, bila anak cemerlang....saya pernah berada ditempat puan. pada tahun 2008 anak lelaki saya dianugerahkan Anugerah Naib Canselor, graduan uitm johor juga!!!
salam, saya tahu perasaan puan, bila anak cemerlang....saya pernah berada ditempat puan. pada tahun 2008 anak lelaki saya dianugerahkan Anugerah Naib Canselor, graduan uitm johor juga!!!
Salam Ratuku Nani,
Tahniah setinggi gunung tahniahnya buat Hanis yang cantik jelita lagi pandai bijaksana maju menjulang tinggi.
Tidak sempat mengucapkannya terus kepada Hanis semasa Ratna masihi diTanahAir hanya dapat mengucapkan ucapan tahniah terus kepada Nani sahaja dimana dapat menatap gambaran photo Hanis disuratkhabar pada hari Ahad tersebut.
Senang hati lagi berbesar hati dapat akhirnya bersua temu muka dengannya Hanis tempoh'hari, begitu nyata dianugerahkan dengan kecantikan yang semulajadi lagi diberkati dengan kesopanan santun yang tinggi sekali... bertuah Nani sebagai Mamanya.
Pertemuan bersua muka kembali dipenghujung hari itu sebelum Ratna berlepas pulang ke-Peranchis akan Ratna simpan sekemas-kemasnya sebagai kenangan lembut bersama Nani juga Alisya yang manis comel lagi lembut tutur bahasanya.
Salam manis semanis madu.
tahniah buat akak dan hanis
As salam puan,
Tahniah puan sekeluarga.
Full of packagelah Hanis ni.
Beauty with a brain. Hopefully anak² saya pun camtu jugak.
Bangga pun ade kan.
Alhamdulillah syukur pada Allah.
Tahniah Hanis ;).
Congrats Hanis n Kak Nani..
tahniah buat hanis..
pas nie konvo tuk deggree plak.. ;)
suka tgk liyana skrg..berseri2 muka dia..
Salam Kak Nani sayang,
Tahniah Hanis dan Kak Nani sekeluarga. Alhamdulillah, inilah antara kejayaan yang paling Kak Nani dan suami harapkan daripada anak-anak. Adik saya InsyaAllah next month semesta terakhir untuk Diploma di Uitm. Saya rasa amat gembira dapat berkongsi kegembiraan atas kejayaan adik saya kelak. Saya sebagai kakak pun sudah seronok melangit apatah lagi Kak Nani sebagai seorang Ibu kan?
Saya amat mengkagumi Kak Nani :)
Mesti kak Nani bangga kan....harapan saya biarlah anak2 saya nanti pun macam itu...
tahniah!! :)
tak sbr gak nak grad , lagi 2 sem! :)
woyo, encik Khairi..hehe.lect best! hehe
Respect sgt kat Hanis... Bijak dan sgt pndai mjaga diri.. All the best Hanis..
tahniah to both hanis and kak nani.. hanis sebab berjaya graduate dgn result cemerlang, kak nani sebab berjaya didik hanis sampai berjaya mcm sekarang ;)
kak tahniah. semoga akak bahagia sekeluarga walaupun ada org mengata2. biarkan. hanis comel bwk handbag bawah robe hihi. x terpikir pun nak buat gitu dulu.. 8 taun lepas.. dah tua dah... keep on writing kak. we (d gud people) love u haha
congrats,,anak2 akak smua berjaya..smua dpt result cemerlang tiap kali ada exam besar.lina tumpang happy tgk family akak.dpt anak2 yg comel,hensem & one happy family :)
lots of love,
lynna
Waah ANC tuu.Tahniah buat hanis dan aunty sekeluarga! :)
tahniah kak nani !
tahniah hanis !
tersenyum jer sepanjang yun baca N3kak nani yg ini...
tersenyum sbb yun berangan nak jadi mcam kak nani suatu hari nanti...
saya ler yg arrange tempat duduk hanis kat belakang tu untuk tgkp gmbr anugerah ANC..pembantu istiadat konvo la katekan..segan nk tny die akak ktne..saya ngan org lawa nie segan nk tegur..tgok dari jauh jek hehe...
papepon tahniah hanis and kak nani..
Alhamdulillah... Tahniah dan syukur pada Allah, dikurniakan anak2 yang bijak dan menyenangkan hati ibu dan ayah...
Alhamdulillah.. Tahniah dan bersyukur mendapat anak2 yang bijak dan menyenangkan hati ibu dan ayah...
tahniah hanis, tahniah kak Nani...
hanis bukan saja cantek tp bijak, cukup lengkap pakej nye. bertuah akak punya anak2 yg bijak & cantek/handsome. Saya dapat tau pun melalui twitter.
saya sentiasa bersetuju dgn kata2 akak di entry lepas2, sebagai ibu bapa kita seharusnya berbangga dgn anak2 kita. even anak kita tdk cantik dimata org tapi sebagai ibu kita tetap kata anak kita cantek, anak kita bijak.
dan sememangnya saya tdk phm kenapa mesti ada insan yg irihati? sepatutnya ambil pengajaran atau iltizam utk jadikan anak2 kita mcm anak2 kak nani. Cemburu lah anda kepada sesuatu yg positif.
again...TAHNIAH utk hanis & kak Nani sekeluarga..
congrats both of you... :)
apa salahnya kalau suri rumah berpakaian cantik mcm nak pi office? tak salah... teruskan berpakaian cantik..
mmmmm hanis nampak sempoi je masa hari graduation.. bukan ke hari tu merupakan 'a big day' for her? she should be extra in everyting..please dont get me wrong with my statement ni...
anyway congrats hanis..and to u too.....
congrats kak nani utk hanis....
:)
Salam kak nani, congrats kak and hanis. dpt rasakan betapa bangga seorg ibu apabila anak2 berjaya.
saya pernah nampak hanis Dan tegur hanis di chillis klcc few weeks back! she's so polite... n very pretty! Kirim Salam tahniah buat keknis! <3
Tahniah di atas kejayaan anak Kak Nani..
Post a Comment