Wednesday, May 16, 2012

Hati Yang Berbunga

























Redup
macam nak hujan
atau langit di sini tidak menentu
tanah belum basah
hujan sudah tidak menitik
panas hampir tak ingin menyapa
sesekali indahnya 
mengintai
berbuai dedaun
menggantung bunga putih
selamat pagi semua
indah di sebut banyak kali
mungkin hati sedang berbunga indah
walau bersulam mendung
bunga tetap tergantung
walau tidak lama
sekejapan
meninggalkan memori dihati.

selamat hari guru
buat cikgu-cikgu
walau tidak lama bersamamu
setiap satu
tetapi diingat sampai mati
siapa yang mungkin lupa 
gurunya.




Pagi tadi  Hanis  duduk menenggek atas katilku. Atau mungkin memang setiap pagi begitu.Paling tidak meniarap sambil menghayun-hayun kakinya sambil ingin mengorek cerita cerita sensasi dariku..Aku ada cerita sensasi? Memang selalu begitu. Kami berbual pasal tips kecantikan, pasal pasangan hidup, pasal kawan kawan,pasal cikgu, pasal uztaz kesayangannya,  pasal apa sahaja..

Kali ini Alisya pulak turut serta dalam kumpulan gossip girls kami. Hanis bertanyakan Alisya siapakah cikgu di sekolah Alisya yang paling banyak dapat hadiah bila  hari guru.Alisya kata, mestilah cikgu yang paling garang, Cikgu Azlida.Satu beg besar macam ni sambil Alisya mendepangkan tangan nak menunjukkan betapa banyaknya Cikgu Azlida dapat hadiah.  Oh really!! Hanis terkezut. 

Sambung Alisya lagi, "yalah bila sorang-sorang murid bagi dia hadiah then tiba kat murid yang tak bagi dia hadiah...so dia akan buat muka garang dan jegilkan mata kat murid tu"...sambil Alisya menggayakannya...hahahah memang kelakar sebab Alisya sangat berbakat imitate gaya orang....

Then kami bercerita kisah yang lama sewaktu Cikgu Azlida pernah jadi cikgu Hafiiz dulu. Ingat lagi seorang murid bernama Idris yang sangat blurr tak dengar langsung apa cikgu cakap dihadapan...dengan tanpa rasa bersalah bertanya"buku apa cikgu"?. Lalu cikgu Azlida menjerit, buku kentutt...!!! tatabahasalah!.

Pagi bertambah gamat dengan deraian tawa kami bila Alisya bercerita lagi yang satu hari ada seorang dua murid yang ada keychain penuh bergantung di zip pensil boxnya...lalu Puan Azlida menegur, "ni apa jampi serapah ni !!!!?.


Anyway Alisya and Cikgu Azlida...you really made my day....terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga pada Cikgu Azlida dan yang seangkatan mengajar anak anak saya kerananya walau anak-anak saya tidak pernah pergi tuisyen tetapi berjaya dalam UPSR, PMR, SPMnya.Alhamdulillah.


Terima kasih cikgu.








6 comments:

maszull said...

assalamualaikum Nani...selamat hari guru juga...:)

izz iizza said...

selamat hari guru tuk guru itu..

Noorassikin Ahmad said...

Happy Mothers Day & Teachers too

Nota Cikgu Anum said...

ppl say tq in many ways kan. if i were Cikgu Azlida..saya akan sgt 'terharu'.

Chekgu Azrine said...

Garang woo cikgu azlida tu erk..

Happy teacher's day utk auntie nani yg berjya mnjd guru yg cmerlang utk ank2 auntie nani..

rintzpalil said...

Hari guru juga untuk kita sebagai ibu, sebab kita guru pertama untuk anak2 kita