Sunday, June 27, 2010

Rumah Peninggalan Arwah Ayah (Bahagian Pertama)

Matahari pagi mula ghairah muncul menyelinap di celah rimbunan pepohon getah di kebun jiran kami di hadapan rumah lalu sinarnya yang berselerak masuk ke dalam anjung rumah aku mendamaikan pagi yang masih dingin itu.


Jam dua pagi itu aku sampai dirumah emak dengan memandu kereta hanya ditemani anak-anak. Selepas solat subuh mata masih segar dan belum ada ura-ura mahu mencari bantal untuk membalas dendam kerana mengantuk disepanjang perjalanan pulang. Aku hanya duduk-duduk di tangga batu bercat biru yang warna sudah pudar dah terkopek sana sini sambil menikmati suasana damai pagi itu. Sayu rasa hati memerhati rumah peninggalan arwah bapak yang sudah semakin usang dan semakin hilang seri dan membayangkan diri sendiri yang semakin tua diinjak usia.


Dulu ketika arwah bapak berwar war membeli tanah tapak rumah itu, arwah tok sebelah emak membantah dan menegaskan bahawa tanah di situ tidak elok untuk didiami. Bersungguh-sungguh arwah tok mengatakan tanah itu 'keras'.


Arwah bapak pula memang tidak pernah percaya perkara karut marut dan tahyul begitu. Dia berkeras dengan pendiriannya mahu membeli tanah itu dan mendirikan rumah untuk kami sekeluarga.


Tidak berapa lama mendiami rumah itu, hidup kami sekeluarga mula di hantui keresahan.
Emak sering sakit-sakit. Aku adalah antara anak emak yang sering sakit-sakit.Begitu juga adik-adik aku yang lain.Kadang-kadang kami diserang penyakit yang pelik dan tak masuk akal.


Sejak aku berada dalam darjah satu, emak sering diserang histeria.Bila sakitnya menyerang, tiba-tiba emak mempunyai kekuatan luar biasa yang melebihi kekuatan sepuluh orang lelaki. Emak akan mejerit mengilai-ngilai betul-betul menyerupai hilaian hantu pontianak.


Ketika itu kakak aku akan memanggil semua pakcik-pakcik aku yang kebetulan memang tinggal berdekatan. Emak seolah-olah mahu terbang ke udara sambil mengilai-ngilai dan dipegang oleh semua pakcik-pakcik ku. Mujurlah arwah pakcik ku iaitu abang emak yang sulung pandai mengubat orang. Apabila dia memegang ibu jari emak sambil mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu, tiba-tiba emak menjerit nyaring dan lama-lama semakin lemah dan tidak sedarkan diri.

Perkara itu berulang selama hampir setiap bulan dalam beberapa tahun tanpa dapat dipulihkan. Pelbagai usaha dan puluhan bomoh yang emak temui untuk mengubati penyakit misteri itu tetapi gagal.

Hinggalah kini kami dah dewasa, beranak pinak dan arwah bapak telah tiada tetapi rumah yang kini hanya diduduki oleh emak seorang semakin sering diganggu.


Puas kami memujuk emak untuk meninggalkan rumah itu untuk tinggal bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur namun usaha kami memujuk emak tidak berjaya.

Kadang-kadang aku kagum. Yang selebihnya rasa hairan atas keberanian emak untuk terus tinggal disitu. Emak yang sebahagian besar masa hidupnya dihabiskan di atas tikar sembahyang memang kebal orangnya. Bayangkan ketika sedang khusyuk bersolat, kedengaran dinding sekeliling rumah itu dibaling batu bertalu-talu dan hanya berhenti bila emak berhenti solat.



bersambung.............

14 comments:

NenetPenne (NP) said...

kalau i dah lama cabut
mungkin bagi mak, takutnya diri pada ALLAH melebihi dari takutnya diri dia kepada menda lain..

suzzsuzie said...

beraninya mak kak nani tu...kalau sy la duduk ramai2 pun sy takut...

abang ensem said...

yang mengganggu tu pun makhluk tuhan juga.. kenapa perlu takut?

molliesa said...

wow~

seronok dan thrill baca cerita aunty nani ni..

tabahnya mak aunty nani.

JULYA said...

baca pun suda takot

Cik D momy the ZAs said...

so dis is real?
semoga Allah melindungi bonda akak yang tabah... dan mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah ayah...

Cik D momy the ZAs said...

so dis is real?
semoga Allah melindungi bonda akak yang tabah... dan mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah ayah...

Azura Abdul Jamil said...

akak cepat ler buat sambungan ni..

Ainee Cumi said...

takutnya! ingatkan kalau kita tgh semayang dia tak kacau..eeee! nasib baik dia tak menjelma aunty kalau tak pengsan pun mau

amirulain said...

emm seramnya. insyaallah kalau kita berani dan sentiasa igt bahawa allah s.w.t sentiasa melindungi kita.

amirulain said...

emm seramnya. insyaallah kalau kita berani dan sentiasa igt bahawa allah s.w.t sentiasa melindungi kita.

amirulain said...

sapa2 free lawat la blog ni.sy menulis ttg tips kecantikan, celeb, hot issues mcm2 lg la = )

lily lotus said...

kuat semangat betul ur mom, sis :)...semoga Allah sentiasa melindunginya..amin

B@lCk Ch0C said...

larrrr patut rrr... kenapa jumpa bomoh mana nak baik syirik tue... jumpa lah ahli2 al quran... ustaz2 yg bijak pandai.... berlambak ayat2 al quran yg boleh melemahkan makhluk2 yg begitu.. insyaallah kalau kita yakin dengan al quran dan Allah semuanya akan setel.....