Monday, June 14, 2010

Dalam Peliharaan Allah Lagi Bijaksana






Dah besar pun Hafiiz. Dah nak ambil UPSR tak berapa bulan lagi. Minta-minta Hafiiz boleh berjaya macam abang -abang dan kakak -kakak Hafiiz. Bukan apa dalam semua anak-anak mama, Hafiiz lain dari yang lain. Paling keras hati, paling sensitif, paling nakal, paling manja dan paling pandai sepatutnya.



Dulu masa kecil-kecil Hafiiz pandai sangat. Periksa apapun mesti skor 100. Tapi sekarang prestasi dah menurun. Minta-minta UPSR nanti prestasi Hafiiz meningkat macam masa Hafiiz kecil-kecil dulu.



Apakah perangai Hafiiz ni lain dari adik-beradik yang lain ada berkaitan dengan keadaan keluarga kita masa Hafiiz dilahirkan? Entahlah tapi peristiwa kelahiran Hafiiz adalah satu peristiwa yang tak mungkin dapat mama lupakan.





Ketika usia abang Im 7 bulan iaitu baru pandai merangkak, mama mengandung lagi.



Dengan keadaan mama yang ketika itu tidak mahu mengenal penat bertungkus lumus menjual nasi lemak dan kuih muih mencari duit untuk sesuap nasi buat anak-anak mama yang berderet tu, bolehlah pulak mama termengandung sedangkan selalu ingat kalau mama beri anak susu badan pasti dapat menjarakkan kelahiran anak yang seterusnya.



Namun kuasa Allah tak siapa dapat menyangkal. Dalam setiap solat, mama berdoa Allah permudahkan hidup mama dan murahkan mama rezeki. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa mama dan anak itu juga adalah rezeki dari Nya.



Mama terima dengan hati terbuka kerana memang mama sukakan anak ramai. Walau ketika itu mama tahu dengan keadaan daddy tak bekerja dan jualan nasi lemak dan kuih muih mama memang untuk tanggung seorang anak pun tak lepas inikan pula anak berderet macam anak mama. Tetapi apa yang mampu mama lakukan hanyalah bertakawal pada Allah s.w.t.



Waktu tu, rutin harian mama mengejar masa bangun seawal 3.00 pagi untuk memasak kuih muih dan nasi lemak dan selepas habis jualan, mama pergi ke pasar raya berdekatan untuk membeli barang-barang membuat kuih muih dan nasi lemak untuk keesokan harinya.



Oleh kerana kita sudah tidak mempunyai kereta, mama pun mengambil keputusan untuk berpindah rumah yang dekat dengan sekolah supaya kakak Liana dan kakak Hanis boleh kesekolah dengan berjalan kaki sahaja. Dan mama pun mula mencari tapak yang agak berdekatan dengan rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih muih.



Namun usaha mama menjual nasi lemak itu tidak mudah bila daddy masih dikongkong oleh perasaan malunya yang terlalu tebal untuk terbabit dalam usaha mama itu. Maka setiap hari adalah tugas mama dan kakak Liana yang akan berulang alik dari rumah ke tepi jalan tempat mama menjual nasi lemak mengangkat meja, payung, tong nasi lemak serta lauk-pauk.





Setiap hari tu juga, mama terfikir-fikir bilalah mama boleh pergi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kandungan mama tu. Bukan apa, dahlah kenderaan tak ada, duit pun sekadar lepas untuk modal nasi lemak, maka keinginan mama untuk berjumpa doktor gyne tertangguh-tangguh.



Walhal sebelum itu, mama adalah wanita yang paling ambil berat mengenai kandungan. Mama pastikan setiap kali mengandung mama dapat pemeriksaan rutin dari doktor, mengambil vitamin yang doktor sarankan dan hanya makan makanan yang baik sahaja untuk kandungan.



Dalam pada itu bang Im pula masih menyusu badan sedangkan mama tahu tak elok mama beri susu badan pada anak ketika mama mengandung anak yang lain namun mama memilih untuk meneruskan penyusuan itu kerana mama tahu mama tak mampu untuk membeli susu formula.



Sedar tak sedar kandungan mama sudah menjangkau 7 bulan. Dalam hati tekad berkira-kira yang mama harus jumpa pakar sakit puan buat pemeriksaan ultrasound kerana sejak mengandung mama langsung tak pernah langsung berjumpa doktor. Namun dalam kerisauan mama itu, sebelum tidur, bangun tidur, selepas solat dan dimanapun mama berada, mama sentiasa berdoa semuga Allah memelihara kandungan mama itu.


Namun alhamdulillah dari mula mengandung sampai kandungan dah 7 bulan, Allah bagi kekuatan dan kesihatan pada diri mama. Langsung tak pernah mengalami sebarang masalah. Bangun awal pagi, angkat benda berat-berat, berdiri lama-lama, kehulu kehilir untuk berniaga, tak cukup tidur, rasa-rasa macam setiap hari makan nasi lemak yang tak habis dijual tu kot. Itulah kalau Allah nak pelihara kita, maka akan diperliharalah kita.


Pagi itu ketika Hafiiz masih 7 bulan dalam kandungan selepas habis berniaga, agaknya dah jemu makan nasi lemak, mama pun buat cucur ikan bilis untuk kita sekeluarga. Ketika asyik membalik-balikkan cucur bilis dalam kuali tiba-tiba mama rasa sakit nak meneran. Lepas tu mama pun menjerit sekuat hati panggil daddy sebab dah terasa kepala Hafiiz dah nak terkeluar.

Daddy pun cepat-cepat panggil kawan dia untuk pakai kereta. Sebaik kereta sampai, daddy panggil mama suruh masuk kereta. Mama tak boleh nak berjalan lagi. Mama dah rasa sangat kalau mama berjalan pasti Hafiiz tercicir atas lantai. Lepas tu mama pun suruh daddy angkat mama masuk kereta.

Mama suruh kakak Liana duduk rumah jaga abang Im yang baru berusia setahun empat bulan ketika itu. Dan kakak pun baru darjah lima ketika itu. Kakak Hanis dan abang Khairi mama suruh ikut sekali. Mama suruh kakak Hanis pegang tuala untuk sambut Hafiiz kalau terberanak dalam kereta nanti.


Daddy tanya mama nak pergi hospital mana. Mama cakap pergi Hospital Universiti. Bila sampai kat traffic light persimpangan USJ 2, mama dah tak tahan. Mama suruh daddy singgah jer mana-mana klinik tepi jalan. Tapi daddy berdegil. Daddy cuba teruskan ke Taipan kerana di situ ada hospital bersalin swasta. Dalam kereta mama menjerit-jerit kerana tak boleh tahan. Daddy suruh bertahan jugak. Menjerit-jerit mama marahkan daddy bawa kereta macam siput. Dah tu daddy asyik suruh mama bertahan. Mama pun menjerit' Dah nak terberanak mana boleh tahan ni....nak teran sekarang!!!!!!!!!!!lepas tu daddy terus kata tunggu, sabar jangan teran...selawat-selawat!!!


Nasib baik sempat sampai katil hospital dan mama pun terus teran. Masa tu doktor tak sempat pun tak pakai sarung tangan atau buat apa-apa persediaan. Alhamdulillah, Hafiz selamat mama lahirkan tidak cukup bulan dan berat hanya 1.5 kg. Doktor hanya potong tali pusat sahaja.


Selepas tu, doktor suruh daddy bawa Hafiiz ke hospital besar dengan segera kerana kelahiran yang tak cukup bulan menyebabkan hafiiz perlukan incubator, oksigen dan sebagainya dimana hospital itu tidak mempunyai semua peralatan itu.


Satu lagi detik cemas terpaksa kami lalui. Oleh kerana tiada kemudahan kereta ambulan untuk waktu terdekat itu, maka kami tiada pilihan untuk membawa hafiiz kehospital sejurus dilahirkan dengan menaiki kereta. Kami terpaksa memandu tanpa aircond dan biarkan tingkap kereta terbuka kerana Hafiiz perlukan oksigen.


Daddy perlu memandu dengan laju untuk sampai ke hospital Klang dengan segera melihatkan muka dan badan Hafiiz jadi semakin biru.


Mujurlah selamat sampai dihospital tepat pada masanya. Sampai di bahagian kecemasan hospital besar Klang, para kakitangan dengan segera membawa Hafiiz ke bahagian ICU kanak-kanak dan terus dimasukkan ke dalam incubator.


Hampir separuh pantang bersalin mama, mama habiskan dikatil hospital untuk menjaga Hafiiz. Bila lahir tak cukup bulan Hafiiz terlalu halus, masih lemah dan tak pandai menghisap puting untuk menyusu. Oleh kerana kekurangan cecair dalam badan Hafiiz dijangkiti demam kuning.


Sebab tu mama berusaha supaya Hafiiz dapat susuan badan yang mencukupi. Masa tu nurse di hospital sangat strict. Mereka tak benarkan ibu-ibu menggunakan botol susu untuk menyusukan anak.Mungkin itu salah satu cara mereka untuk mendisplinkan ibu-ibu supaya menyusukan anak dengan susu badan. Masalahnya bila bayi tak cukup bulan, mereka tiada keinginan dan daya untuk menghisap puting susu ibu.


Mama jadi risau bila setiap hari berat Hafiiz belum bertambah. Doktor kata, berat Hafiiz kena bertambah hingga ke 2.5 kg baru Hafiiz dibenarkan pulang. Jadi dengan sembunyi-bunyi mama bagi Hafiiz minum menggunakan puting botol susu yang mama perah dari susu mama.


Dengan menggunakan puting botol botol susu, Hafiiz dapat minum dengan banyak.


Setiap kali menyusukan Hafiiz di dalam bilik penyusuan, mama sembunyikan botol susu dalam baju. Mama gembira sangat bila Hafiiz minum banyak dan tak sampai dua minggu berat Hafiiz mencecah 2.5 kg dan kami dibenarkan pulang.


Sampai dirumah Hafiiz disambut penuh kesyukuran dan kami menamakan Hafiiz dengan nama Hafiizhullah Ariif yang bermakna "Dalam Peliharaan Allah lagi Bijaksana".Insyallah, mudah-mudahan.Amin.

80 comments:

cek^sou! said...

terharu dan sebak baca tulisan aunty ni. itulah dia kasih sayang seorang ibu yang tak dapat di tandingi oleh sesiapa pun. :)

AQILAH RABAN said...

terharu bca cerita aunty..

ayie said...

bertuah hafiiz dpt mak cm auntie.
terbayang aunti sembunyikn botol dlm baju..huhu. punyerlah syg kt ank sampai sludup botol susu secara senyap. hehehe..

gudluk for UPSR hafiiz! adik sy pun nk amik upsr gk tahun ni

Affan Ruslan said...

Salam auntie,
terharu pulak.

Rasa mcm baca novel pun ada.
Alhamdulillah, kesusahan mengajar kita untuk lebih tabah dan bersyukur.
Maka teruslah bersyukur.

Zack Zakwan said...

Sejak saya baca blog aunty, inilah entri yg membuat saya sangat terharu. Hampir menangis bila membaca. :')

Semoga aunty sekeluarga dalam lindungan Allah selalu. InsyaAllah.

rOse said...

salam,
setiap manusia di muka bumi ini terutamanya yang bergelar ibu, pasti ingin yang terbaik untuk anak2.
juga ingin anak2 buat yang terbaik untuk diri mereka dan keluarga.
saya kagum dan bangga melihat kehidupan kak nai bersama anak2 tersayang.
saya senyum lebar dan berterima kasih serta bersyukur bila saya email hanis dan mengatakan 'AWAK CANTIK' dan dibalas dengan ucapan ALHAMDULILLAH.
bukan sekadar paras rupa tapi juga isi hatinya yang bersih dan ikhlas serta jujur.

selamat mendidik anak2.

(saya juga seorang ibu. anak2 saya masih kecil. dan saya juga inginkan yang terbaik dan ingin mereka buat yang terbaik untuk diri mereka dan agama)
insyaAllah. Doa ibu itu makbul.

anymz said...

insyaALLAH nani,hafiz mungkin ada kelebihan di tempat lain..semasa mengandung jiwa nani dah kental kerana kepayahan kehidupan..saya juga dah duduk di tempat nani.
bila kita berjaya...hanya kita dan ALLAH je yg tau nikmatnya kannnn....syukurr....

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

Semoga Allah memberi rahmat kepada semua ibu-ibu di luar sana atau dimana sj berada atas segala pengorbanan yg telah dilakukan... Sayang mama saya (w/pun terkadang ada dosa yg dibuat menghiris hati dan perasaan mama saya... huhu...Ya Tuhan,Ampunkan dosa kami...). Semoga aunty mendapat rahmat dr Allah sentiasa...
~Amy~

norizzati said...

Salam auntie, may Allah SWT bless u, ur family, and your entire life. Amin =)

YUKI said...

rasa sedih sangat baca.. sob sob.. aunty memang seorang yang sangat tabah and kuat semangat!doakan yang terbaik..

sara said...

terharu lah aunty .

pengorbanan seorang ibu , kan ?
ibu sy selalu ckp ''mana la awk nak dpt mak mcm ibu nh ? ''

now,barulah sy tahu kenapa ibu sy ckp mcm tu .

arabella_azura said...

sayu mendengar cerita mama nani nie...begitu rupanya pahit manis mama utk melahirkan zuriat...

-eLyNhere- said...

wahh.. cerita yg menarik!

semoga hafiiz berjaya mcm kakak2 & abg jgk, amin!

NenekPenne said...

uuu sedih....

wansu said...

cemas baca entry kali ni...apa pon alhamdulillah...hafiz membesar menjd handsome boy..nampak berkaliber je...semoga menjd anak yg soleh! amin

budleee said...

your stories are always a delight to read (delight + seram + sedih + kagum)

Nurul Aima Hj Kaim said...

wajah copy paste hanis :)

azri said...

salam aunty..
nape dlm gmbar 1st..baju yang hanis pakai nmpak mcm uniform sekolah?

meeza hamizah said...

terharu nya...banyak betul dugaan yang dihadapi untuk anak-anak tersayang ye.

bersusah dahulu untuk kemudahan hari depan..:)

amiza_yul said...

Terharunya baca. ;-)

JULYA said...

sedih bila baca kisah auntie...mungkin kami pun macam ni juga sewaktu kecil. bezanya auntie dah senang. tak perlu berniaga. kami adik beradik masih membantu ibu bapa. saya sanggup berhenti kerja demi membantu mereka walaupun tanpa gaji. bagi saya tak mengapalah tak bergaji atau tak berjawatan tinggi janji saya dapat membantu mereka. sebab mereka tak nak berhenti berniaga selagi mereka masih hidup

.cikfasya.(◕‿◕✿) said...

terharunye..

::iniainithemovie::: said...

terharu!

hafiiz belajar rajen2 ok!

Lovely Kitchen said...

boleh kah e-na jadi sekuat dan setabah kak nani bila dlm kesusahan mcm ni....congrate kak!

gud luck utk hafiz...

Lovely Kitchen said...

boleh kah e-na jadi sekuat dan setabah kak nani bila dlm kesusahan mcm ni....congrate kak!

gud luck utk hafiz...

Pink Mama said...

Sebak saya baca Kak....Insyaallah anak akak semua akan jadi insan berjaya.

syazleen ismail said...

Auntie
saya suka sangat baca belog auntie..
best.semua berdasarkan kehidupan realiti (:
terharu baca entri ni.
good luck hafiz.
ur family sandarkan harapan yang tinggi untuk kamu.. :D

Mama_Fatin said...

salam..saya jumpa blog akk kat the pink stiletto & terkejut bila tuan punya blog tu tulis umur akak 44. terus klik link tu..first time baca entry akk..mengalir air mata saya..sangatlah bersesuaian nama itu dengan anak akak..moga menjadi anak yang soleh..

NaniRostam said...
This comment has been removed by the author.
yutt said...

Akak,
Saya selalu baca blog akak. Tp this time saya nangis baca entry ni. Kuatnya akak, tabahnya akak. Insyaallah akan berjaya seme anak-anak akak.

Saya ni dari pagi sedih, sedih sebab tak dapat sedia stock susu yang cukup untuk anak dan sekarang dia terpaksa minum susu badan campur susu tepung bila saya pegi keje. Sedih tau kak, susu dah kurang sebab saya mengandung lagi. Tp bila baca entry akak ni, terasa malu lak dengan diri sendiri. Kecil sahaja dugaan, saya dah sedih, tp tengok akak, kuat sungguh.

imanamani said...

syukur pada Allah memberikan kekuatan luar biasa pada kak nani untuk meneruskan kehidupan... saya juga punya anak lahir tak cukup bulan seperti hafiz..

semoga kebahagian..dan kesenangan di miliki kini kekal selamanya buat kak nani dan anak anak...amin....

to hafiz.. good luck son... salam..

My Ilham My Inspirations said...

salam... hampir menitis air mata saya baca tulisan akak..teringat anak yg masih kecil dirumah. Itulah, seteruk manapun ujian kita, pd Allah juga lah kita berserah..amin..

Hanis Zalikha said...

Nangis baca :'( I love you so much Mama.

Dinas Aldi said...

terharu saya baca entry akak kali ni. x sia2 pengorbanan akak tu sb boleh nmpk betapa sayangnya anak2 akak pd akak. saya pun sayangkan ibu saya, dia tinggal dgn saya & saya akan jaga dia sampai ke akhirnya. hanya ajal yg dpt memisahkan kami.

peridot sepi said...

blog ni menarik tuk dibaca, byk resipi juga...
kalo ada masa, auntie visit yer blog ni, bukan blog saya....
http://salam2benua.blogspot.com/

HaniCheLat said...

salam aunty, sunnguh terharu saya baca entry kali ini. aunty memang seorang yang cekal, insya allah semuanya berbaloi.

tembun said...

HAFEZ semoga HAFEZ jaga mama elok2 tau!
auntie!
sedih dan syukur alhamdulillah hafez dipanjangkan nyawa kan...
:'(

pape pun entri ni baik tuk anak-anak baca:)

si-pembancuh-kopi.blogspot.com said...

salam aunty.. sedihh + terharuu bila baca post aunty kali nie.. aunty smmngny org yg sabar lagi tabah.. betul ckp mama saya mak ayah snggup untuk menahan lapar semata2 untuk bg anak mkn sekenyangan yg mungkin tp kdg2 ada tindakan anak2 yg buat parents terasa hati.saya harap aunty x putus2 doa utk adik hafiz mjd lbh baik. aminn..

p/s :aunty doa sorg ibu sgt diperlukan oleh seorg anak. ia sgt2 tbukti aunty.. saya takuttt klau satu hari nnti sye kehilangan mama saya sbb walaupun mama saya jauh saya tahu stiap kali mama solat mama doakan saya jd anak yg baik dan solehah sbb saya skrg bbeza dgn sya yg dulu.. :)

mierafaziera said...

sedihnya...kak nani..sy ingatkan dugaan hidup sy dahsyat, rupanya ada gang....kak nani lagi hebat...insaf sy...:-(

abang ensem said...

I luv this entry..

dzanie said...

terharunye+sedihnyer...itulah pengorbanan seorang ibu..sebab itu la syurga di bawah telapak kaki ibu..

Nadya said...

kasih ibu sepanjang hayat. adik hafiz, belajar rajin² ye =)

strawberi said...

ya allah..hebat dugaan...semoga semuanya berbaloi..insya allah..anak2 akak sedar pengorbanan yg telah akak buat..ikhlas utk keluarga

Anne M. said...

sebalik warna meriah pelangi,
mesti ada warna suram kan?

goodluck hafiz.

auty!

terharu lah

nadz said...

mama nadz bangga dengan seorang ibu seperti itu

lily lotus said...

ya Allah..berdegup2 baca ur story sis :)...sekarang hafiz dah makin hensem

Ummi Hanie said...

salam kak nani ,

lama x mengomen d cni .

pandai akk bercerita . maksud sy , susun atur cerita tu menarik . suka sy baca pngalaman2 mcm ni utk terapkan lgi ilmu di dada..thanx 4 sharing ye kak nani..

mmg tabah sabar orgnye . that's why Allah balas dgn anak2 yg baik skrg ni kan ? :)

:: cik farah :: said...

terharu..dgn entry kali ini.
buat saya rindu kn arwah ibu saya.
ibu sy pn lahir kan adik sy sma mcm unty. masa arwah sdg msk mkn malam untuk kami sekeluarga.
besar pngorbanan seorg ibu.
sgt tabah dan kuat utk mbesar kan anak-anak dan mjaga keluarga..
semoga keluarga unty di lindungi Allah selalu. amin.

si[jari] telunjuk said...

waa..takutnya nk bersalin((sambil pegang kepala))


nama hafiz unik..insyaAllah..mudah2an berjaya

~H @ N i ~ said...

Berjurayan air mata bce n3 ni,kagum dgn aunty nani..thanks for sharing aunty

Gud Luck hafiiz

Queenkorexz said...

kalau di saat ini sy meletakkan diri sy ni hafiz,maka berjurailah airmata sy dgn pengorbanan ibu..hafiz,jdlah insan yg berguna dan balaslah jasa kedua ibu bapa mu

Yanar said...

aunty,

hampir menitis airmata saya membaca entry ni.

saya bangga dengan aunty, bukan senang untuk jadi senang.

semoga aunty sekeluarga bahagia dunia dan akhirat.

Yanar said...

aunty,

hampir menitis airmata saya membaca entry ni.

saya bangga dengan aunty, bukan senang untuk jadi senang.

semoga aunty sekeluarga bahagia dunia dan akhirat.

salehs said...

memang betullah kata pepatah..bersakit2 daulu,bersenang2 kemudian.


Syurga di bwh tapak kakiibu...

dewimalam said...

Bergenang air mata baca tulisan aunty. Saya sendiri baru sahaja melahirkan baby. Berat dia pun hanya 1.4kg. Saya sangat risau dengan baby saya. tapi bila baca tulisan aunty buat saya kuat. Saya kena kuat untuk baby saya. Aunty doakan baby saya segera keluar hospital.

najad said...

dear sister..i'm so touched and i cried..itulah ibu kan..demi anak macam2 magic kita buat..its all magic!you are super duper great mom..i hope i can be like you kak..to ur son..gud luck in your future!

Ellin Raduan said...

Nak nangis baca kisah nih Auntie.. sebak sangat2.

To Hafiz,
Dgr cakap mama awak tawu... jgn nakal2..

doll said...

salam kak.

selama nie silent reader jer.tp entry nie betul2 menyentuh jiwa saya.

kita rasa pengalaman kita mengandung payah, tp ada org lagik payah.

so touch that i cried. i really envy you n mothers out there who'd sacrifice anything to raise up their kids.

Yanana! said...

sedih sgt bace entri ni....congrats auntie, entri ni betul2 'honest'. sebak sgt nak menitis airmate. akan lebih appreciate my mum lepas nie..:))

Nur -al- Ain said...

sedihnye.. hafiz belajar, bahagiekan mama tau...

Nurul Asyikin said...

Aunty, saya amat terharu! Sungguh besar kasih ibu. Ni saya makin bertekad nak bukak klinik gynae-bersalin flexible. InsyaAllah.

Aleeya Zailan said...

very touching! im touched! great mom u are! i wish i can be like you! congratulations aunty!

Saed Ramadhan said...

ibu terbaek.. "selamat hari ibu" untuk aunty. walaupun dah terlambat. hehehehe

Oyis said...

sebak saya baca cerita ni. kdg2 kita rasa hidup kita dah cukup susah, segala2 nya mcm org lain keliling lebih drpd kita, tp bila baca kisah2 ikhlas mcm ni, baru la terasa x seberapa pon dugaan hidup kita tu kalo nak dicomparekan dgn org lain.

ps; saya sekeluarga jg kini tidak berkereta dan saya tgh membesarkan anak, menguruskan masak pakai dgn tulang empat kerat (no helper), sambil belajar full-time dan bekerja part-time sbg 'floor engineer' aka cleaner wat tambah duit, so saya ada rasa mcm bole relate di sini. bezanya saya baru anak satu hehehe. apa pon, terima kasih for sharing. sesungguhnya kisah2 kak nanie adalah pemberi motivasi saya.

Angah said...

salam, Sesungguhnya Allah menciptakan wanita itu penuh kelembutan tetapi keras jiwa menghadapi cubaan, tahniah kak nani kerana cekal mengharungi dugaan

Sukma SuKkma said...

Salam

Auntie Nani..terharu sungguh membaca entry ini..sebak pulak rasanya..teringat mak saya di rumah yg juga bekerja keras utk keluarga hingga dapat membesarkan anak2 hingga besar & akhirnya berjaya mengahwinkan 2 orang anak perempuan nya...dan sekarang, sy pula sbg ibu..pengalaman ini suatu anugerah terbesar utk stp wanita..

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Salam Auntie,

Saya rasa sebak biler membaca ceriter Auntie ni. Sungguh tabah Auntie dalam membesarkan anak2 Auntie pada ketika itu.

Terkenang kembali peristiwa saya dan adik-beradik (7 orang adik-beradik kesemuanya) dibesarkan oleh ayah, dengan ibu yang tidak bekerja dan kami yang tinggal di Kuala Lumpur. Pernah saya dan adik2 berniaga kuih di tepi jalan untuk menampung perbelanjaan sekolah, tapi lama-kelamaan ayah membantah kami untuk berniaga lagi dan mengatakan dia masih mampu untuk menyara kami semua.

Kegigihan dia untuk membesarkan kami semua, kami jadikan iktibar untuk berjaya dalam pelajaran, kerana hanya itu sahaja yang mampu kami balas untuk ayah.

Alhamdullilah, kini keluarga saya dah senang sedikit hasil susah payah ayah, tapi kami masih ingat akan asal usul kami.

Teringat akan nasihat seorang Ustaz masa saya belajar di UiTM Shah Alam dahulu, bahawa Allah akan sentiasa menguji kita dari masa ke semasa. Kita akan diuji sewaktu susah dan juga sewaktu senang, untuk melihat samada kita redha dan bersyukur dengan pemberianNya.

Akhir kata, tahniah buat Auntie dalam mengharungi detik2 itu.

Wassalam...

sup said...

MrSup

terharu..dah berair dah mate ni..seb baik leh tahan.. begitu besar pengorbanan seorg ibu.. terima kasih makcik kongsi cerita ni.. sekarang sy rase lebih matang..nk kol mak sy skrang gak.. T_T

cik gObu said...

saya selalu bace blog aunty
hmmm

aunty adalah salah seorang idola saya

ntah mampu atau tidak saya menjadi seorang isteri sebaik aunty

seorang ibu semulia aunty

:(

and i cry when i read this....

huhuhu

Love and Memories said...

sebak bila saya baca.

fallen angel said...

u made me cry.
indah nama hafiiz, insyaallah, orgnya seindah namanya dan dalam lindungan Allah. Amin.

jie musa said...

Hanya seorang ibu akan tahu betapa kesemua yang dia lakukan untuk anak, amanah dari Allah.

Peri PiA said...

Amin

terharu ,pengorbanan seorang isteri dan ibu

Hidayahsyafiq said...

aunty nani, i really adored your writing. When i read it, i believe it come from ur heart. Nice to meet ur blog aunty.. Salam ukhwah

micha la nosha said...

sedihnya entry nie... semoga allah memberkati makcik sekeluarga :)

munster said...

(T_T)" sedih!boleh jadi sumber inspirasi!

payedd said...

waaa..saya yg jantan ni pun boleh menitik air mata. adehh..

payedd said...

waaa..saya yg jantan ni pun boleh menitik air mata. adehh..

larradanish said...

menitis air mata baca n3 ni..tabah sungguh aunty!alhamdullilah aunty dikurniakan anak2 yang cantik dan cumel..serta cerdik2 semuanya.

mamazana said...

tersentuh betul hati saya bila baca entry kak nanai ni... kaka nani mmg wanita yg sgt hebat!!!

hafiz... jgn nakal2 n jgn lawan ckp mama tau. hargai segala pengorbanan mama. dah besar nanti jgn lupa bwk mama gi mkn kat tpt yg sedap seperti yg mama impikan tu...