Tuesday, June 1, 2010

Telur yang Paling Selamat Dimakan

Tiada istilah terlambat dalam hidup apabila kita mahu berubah menjadi lebih baik atau lebih sihat waima mahu berubah menjadi tampak lebih muda sekalipun.


Kalau selama ni kita tak ambil kisah apa yang kita makan dan minum. Mulai hari ini berubahlah untuk mengambil kira itu semua demi menjaga tubuh badan kita agar terpelihara dari pemakanan yang memudaratkan dan tidak baik untuk kesihatan.


Baru minggu lepas anak saya Alisya minta saya sediakannnya telur setengah masak. Kemudian bila Hafiiz datang diapun teringin dan saya pun tolong buatkan untuknya juga. Akhirnya seisi rumah ingin menikmati telur setengah masak yang di makan bersama kicap dan lada sulah. Waktu itu saya rasa seronok bila anak-anak saya makan sesuatu yang berkhasiat tanpa saya memikirkan bahawa telur setengah masak yang biasa itu sebenarnya tidak selamat dimakan. Ini kerana telur yang tidak dipasteur mengandungi kuman salmonella dan virus influenza yang boleh memudaratkan kesihatan umum.


Hari ini selepas mendapat undangan untuk hadir ke acara ‘Healthy Living Talkshow di KL Hilton anjuran Safe Food Corporation, saya amat gembira apabila ada sebuah syarikat usaha sama antara Korean Technology Provider (Safe Food Corporation) dengan pihak dari Malaysia yang prihatin tentang pentingnya gaya hidup yang sihat dan mengambil bahagian menggunakan teknologi korea untuk mempasteur telur agar berkhasiat dan selamat dimakan oleh semua.


Ingat lagi ketika saya mengandung dulu , memang saya elak memakan telur setengah masak kerana khuatir kuman yang tidak mati itu akan masuk ke dalam janin dan memudaratkannya. Kalaulah ketika itu ada SAFEGG pasti saya tak perlu mengelak untuk menikmati keenakan telur setengah masak atau yang tidak dimasak dengan betul ketika mengandung..


Maka setelah mendapat tahu semua ini saya amat mengesyorkan kepada anda semua agar bertukar daripada mengambil telur biasa kepada telur berpasteur SAFEGG. Mungkin bagi sesetengah orang telur berpasteur SAFEGG ini tidak murah dengan harga sebiji rm1. Tetapi harga itu sebenarnya sama dengan harga sebiji telur biasa yang anda makan direstoran restoran biasa.

Marilah sayang, kita mengubah amalan pemakanan kita dan memilih yang terbaik untuk kita dan keluarga kita dan untuk tips-tips dan keterangan yang lebih detail sila layari http://www.safefood.com.my/


Wah kalau orang lain selalu dengar bukan cinta biasa, saya sungguh seronok dengan penemuan bukan telur biasa.


Memang amat baik bila ibu-ibu mengandung menghadiri Healthy Living Talkshow seperti ini dan mendapat tahu betapa penting telur berpasteur kepada janin yang mereka kandung.Tapi bukan saya yang mengandung tu ya….dah tua.



Inilah rupanya mengapa kita patut makan hanya telur yang berpasteur...




Satu tips untuk semua ; jangan basuh telur sebelum menyimpan kerana dengan berbuat demikian akan menghakis satu lapisan perlindungan pada kulit telur menyebabkan kuman dapat masuk ke dalam telur




Semua cara memasak yang tidak memerlukan suhu yang tinggi sesuai bila kita hanya mengamalkan pemakanan telur SAFEGG.





Telur perlu berada pada suhu sejuk sebaik sahaja dibeli. Kalau Nampak refrigerator begini di supermarket-supermarket, silalah singgah kerana anda perlu makan telur yang berkhasiat dan selamat dimakan.




Telur SAFEGG memang tidak hanyir dan sesuai untuk semua jenis menu.









Bukan setakat gembira dapat makan yang enak-enak menu daripada telur SAFEGG tetapi gembira kerana mendapat pengetahuan baru tentang mengapa telur berpasteur penting untuk kita.

17 comments:

cLoud9 said...

ada jual ker kat kdai biasa ni aunty?wah.cantek2 nye kawan2 aunty mcm aunty jugak =)

mamashasha said...

memang 2-3 ari dok dengar kat radio telur berpasteur ni...kandungan kuman nye rendah dr telur lain sebab ianya dipasteurkan ....bagus la kak dapat spend time tuk talkshow macam ni...extra knowledge...yang dalam gambo tu macam kenal lah...blogger jugak kan?hehe

wansu said...

info yg sangat berguna...nanti bleh carik telur nih..

viruspadu said...

happy dapat jumpa kak nani :)

nurul nadia said...

auntie nani, pinjam gambr ye..bercerite pasal telur..
http://randomlynadia.blogspot.com/2010/06/ade-telur-tak-bang.html

JULYA said...

thanks auntie 4 d info...saya pun suka telur 1/2 masak jugak. sebab ingat ia sangat berkhasiat. kan orang2 bina badan pun makan telur 1/2 masak jugak. telur ayam kampung pun bahaya juga ke?

makdara terdiva said...

telur separuh masak jugak yg sedap.. :)

Chik Na said...

thanks 4 the info and tips..anak-anak chik na suka telur stgh masak ni.. nampak gaya lepas tak buat la telur stgh masak dari telur biasa lah..

tgh google website pasa SAFEGG nih ;-)

Spinach said...

Salam aunty,

nak tanya sket..camne kite nk tau telur tu telur pasteur di kedai2 cam TESCO ke JUSCO atau Carrefour?

saya confius tgk ada byk jenis telur yg dijual.Since saya ni student,saya ni amek yg murah je..tp saya mmg minat nk beli barangan organic dan sihat2 sbb bg saya,better saya hidup sihat skrg dr tua2 bangka sakit2 xlrat kena klua masuk hospital...


pastu saya risau pasal kuman2 tu, ade ke cara nak hapuskan? sbb saya mmg gemar makan telur separuh masak,especially kat kedai2 mamak sbb nk elak mkn roti canai atau maggi goreng...

IBU KUMBANG said...

salam kak nani,

Ya Allah, jelitanya kak nani, macam sebaya je dengan 3 orang lagi blogger. Ramai orang yang cantik tapi tak ramai yang mampu mngekalkan kecantikkan. Saya memang admire ngan akak. Cantik dan pandai masak. Kalau boleh akak banyakkan tip-tip untuk menjaga kecantikkan dan badan. moga2 saya boleh macam akak jugak. terima kasih.

Emilia

NaniRostam said...

Ok SAFEGG boleh di dapati disupermarket-supermarket glamer macam jaya jusco, jaya grocer, mercota, cold storage and giant.

Panduan untuk semua, telur seelok-eloknya di letak di dalam peti sejuk sebaik sahaja dibeli dari kedai.

Oleh sebab itu telur berpastuer SAFEGG sentiasa berada dalam peti sejuknya sendiri.

SAFEGG tidak sama dengan telur ayam kampung kerana telur ayam kampung juga boleh tercemar dengan bakteria dan virus dengan mudah.

Tiada cara lain dapat memastikan telur selamat dimakan kecuali anda makan telur yang menggunakan kaedah teknologi berpasteur seperti SAFEGG.

budleee said...

tak hanyir?

hmm kena bagi mak saya try nih

Aida said...

saya suka kek coklat yg puan buat .. saya sangat suka .. tq ..

lily lotus said...

ohh semuanya cantik2 belaka..eh lari tajuk pulak

Amanah Fatanah said...

telor camane tu....anywy tkasih dgn info

d@kTeciK said...

semuanya sedap.. boleh saya dapatkan resepi macaroni cheese... tq

d@kTeciK said...

boleh saya dapatkan resepi macaroni cheese... sedapnyaa.. tq