Saturday, June 12, 2010

Cermin Diri Terlebih Dahulu.

Selalu sangat kita nampak orang punya silap.Orang punya salah. Orang punya kejahilan.Orang punya kekurangan.Orang punya kecacatan.Dan segala-gala orang punya.


Itu yang buat kita susah sangat nak nampak salah silap kita. Yang sebenarnya kita pun tak berapa betul. Yang sebenarnya hidup kita pun pincang. Yang nyatanya hati kitapun tak bersih. Yang selalunya kata-kata kita pun kurang ajar dan tak fikir apa perasaan orang.


Memang senang kita nak tegur orang, nak nasihatkan orang, nak kutuk orang, nak perli orang, nak merendah-rendahkan orang lain.Walhal memang terang-terang orang yang kita tegur tu lebih baik dari kita. Dan kita sebenarnya lebih teruk daripada diaorang.Dan sebenarnya kitapun bukanlah baik sangat pun.Tapi nak jugak tunjuk macam kita ni baik sangat kan. Asalkan orang yang kita kata tu nampak buruk.


Jadilah manusia yang ikhlas. Kalau bagus...boleh puji, puji sahajalah. Asalkan ikhlas. Jangan kekotoran hati menafikan kebagusan dia dan mengatakan yang dia tu buruk.Kalau tak suka tak perlu menyakitkan hati orang mengutuk begitu begini.


Lihatlah diri sendiri. Kajilah kekurangan diri. Renunglah adakah aku ni memang manusia baik, beriman dan dah cukup bersihkan hati ini. Tak perlu nak highlight kekurangan orang...nak singgung perasaan orang dan menggambarkan yang kita ni baik sangat. Tak perlu!

8 comments:

JULYA said...

betul cakap auntie...saya pun pernah dan sedang alami. dan mungkin juga balasan dari-Nya sebab pernah lakukan pada orang sama ada sengaja atau tak.

aNIe said...

Betul tu nani...sebelum kita menilai orang..kita nilai lah diri kita dulu...

Kerana dengan cara itu saja kita dpt menghargai apa yang ada disekeliling kita dan tau menghargai kasih sayang.

JULYA said...

auntie...julya nak mintak izin ambil tulisan auntie ni.julya tak pandai berkata2...tapi julya nak cakap apa yang auntie tulis ni pada orang.bolehkan auntie?

Affan Ruslan said...

Setuju, muhasabah diri..

Zareda Norman said...

sebab tu lah ada ayat..
'saling tegur menegur dan saling ingat mengingati.. dengan kebenaran.. dengan kesabaran'

kak nani, kita buat iktibar perkara ni kan.. supaya kita terhindar daripada sikap sedemikian

NaniRostam said...

Boleh Julya.Untuk yang lain...terima kasih kawan-kawan yang selalu ada memberi kata-kata semangat namun itu adalah sekadar luahan perasaan yang terbuku...moga2 lepas ni saya bangun ceria kembali seperti selalu. Insyallah.amin.

Azira said...

Right on! Most of the time, orang yang suka mengata ni they are so INSECURE about themselves. They become obnoxious and mengata/mengutuk/mengeji orang lain make them feel good.

hanim said...

i really appreaciate this entry..
auntie, just feel sangat tenang lepas bace ur entry..thnksalot..
XoXOXo