Monday, June 28, 2010

Rumah Peninggalan Arwah Bapak (Bahagian Kedua)

Bukan itu sahaja, pada satu malam apabila bekalan letrik terputus, tiba-tiba emak terasa ada satu lembaga besar berbulu memeluk emak sehingga emak rasa sesak nafas hampir lemas. Emak tak putus-putus membaca ayat-ayat Al Quran yang terlintas difikirannya sehinggalah apabila tercetus dari mulutnya perkataan Allahuakbar, barulah dia merasa badan yang rasa kaku dipeluk tadi terlepas dan emak boleh bergerak semula. Selepas itu emak cepat-cepat mencari lilin dan meninggalkan rumah itu tergesa-gesa menuju ke rumah makcikku yang tak jauh dari situ. Malam itu emak bermalam di rumah makcikku.


Peristiwa itu tidak sedikitpun melemahkan emak untuk terus tinggal seorang diri di rumah itu kerana itulah rumahnya. Di rumah itulah dia mengharungi segala suka duka bersama arwah bapak dan anak-anak. Sepanjang usia muda hingga ke hari ini...di situlah dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Mana mungkin dia mahu meninggalkan rumah itu walau sebenarnya dia tidak betah dengan segala gangguan itu.


Waktu aku bersekolah rendah dulu, ketika adikku baru dilahirkan, kami sekeluarga sering merasa susah hati, bukan sahaja dengan masalah emak yang selalu histeria, tetapi adik yang baru emak lahirkan sering diserang demam panas. Bila sahaja malam menjelang adik mula menangis tak henti-henti dengan keadaan mata terbeliak-beliak memandang keatas. Sekejap emak sakit.Sekejap adik sakit. Berbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah sehinggalah habis wang simpanan arwah bapak dan beberapa ekar kebunnya terpaksa dijual bagi mengubati penyakit yang tak putus melanda kami sekeluarga.


Keadaan itu tidak pernah berubah malahan semakin bertambah buruk. Berkali-kali kami meminta emak cari rumah lain atau berpindah sahaja ke Kuala Lumpur tetapi emak tetap berkeras mahu terus tinggal di rumah itu.


Hinggalah apabila kesihatan emak semakin teruk. Mata emak jadi semakin rabun dan tidak boleh melihat jelas. Kami adik beradik cuba menghantar emak berubat dan emak telahpun menjalani pembedahan membuang selaput mata. Namun penglihatan emak tetap kabur dan tidak jelas. Badan emak selalu sakit-sakit yang teramat sangat. Tetapi setiap kali kami membawa berjumpa doktor dan emak menjalani pemeriksaan rapi keputusannya tetap sama. Doktor akan mengatakan makcik sangat sihat. Jantung makcik macam jantung orang muda. Semua ok. Tak da kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.Sehingga tiada doktor yang dapat mengesan apa sebenarnya penyakit emak.


Akhirnya, emak mengalah. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah itu dan tinggal bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur. Dua minggu sekali kami akan menghantar emak pulang sekadar mahu mengambil hasil pendapatan kebun kelapa sawitnya tanpa bermalam di rumah itu.


Kalau dulu ketika aku sesekali pulang ke rumah itu bersama anak-anak, kami akan tidur diruang tamu bersusun di depan TV. Tetapi sejak hari raya haji baru-baru ini, kami tidak berani tidur diruang tamu tetapi tidur beramai-ramai di ruang dapur betul-betul depan peti sejuk.


Satu malam pada hari raya puasa tahun lepas, sampai sahaja di rumah emak malam tu, seperti biasa kami anak beranak tidur di ruang tamu. Tepat jam 3 pagi tiba-tiba Liana terbangun dari tidur kerana begitu terasa hendak buang air kecil. Hendak ke bilik air di dapur sendirian belum ada kekuatan lalu dia mengejutkan Hanis untuk menemaninya ke bilik air di belakang dapur.



Hanis yang terlalu keletihan dek perjalanan yang jauh itu terus buat keras badan enggan bangun. Selepas seketika Liana mendengar suara kakakku dan emak rancak berbual di dapur.Dia pun bingkas bangun menuju ke dapur tanpa perlu mengejutkan Hanis untuk menemaninya ke bilik air.

Bila sampai dipintu dapur, perasaan Liana tiba-tiba berderau bila mendapati dapur sunyi sepi dan tiadapun sesiapapun yang berada di situ.Cepat-cepat dia berpatah balik dan berkeras mengejut Hanis semula untuk menemaninya ke bilik air. Mujurlah cuma sekali itu dia terkucil....kalau tidak mahu Hanis pulak yang histeria tak cukup tidur.

Pada malam yang sama, sebaik kami semua melelapkan mata, tiba-tiba tanpa semena-mena Hafiiz terdengar bunyi tapak kaki berderap menaiki tangga depan dianjung rumah mengelilingi tempat kami tidur dan selepas beberapa ketika suara tapak kaki berlalu pergi ke arah tangga semula. Selepas itu dia mendengar suara seperti kakak aku berbual-bual dengan aku ditangga rumah itu. Mahu sahaja dia mengejutkan aku kerana berasa cuak dengan apa yang didengarnya. Tetapi bila memikirkan aku tidur di baris yang paling hujung dan jauh dari kedudukannya, Hafiiz membatalkan niat tersebut.Hafiiz yang ketakutan cepat-cepat berselubung di bawah kain selimut sambil memejamkan mata rapat-rapat lalu tertidur sehingga pagi.

Sebaik bangun tidur Hafiiz cepat-cepat menceritakan kepada kami semua tentang apa yang dialami pada malam tersebut. Setelah mendengar cerita dari Hafiiz, rupa-rupanya Imran juga mengalami peristiwa yang sama. Dan mereka berdua hanya berdiam diri berselubung selimut kerana ketakutan dan terlelap sampai hari telah siang.

bersambung.........




14 comments:

Syaz said...

seramnyer kak...xsabar tunggu next episod..:p

h u d a said...

Dah macam blog citer hantu pulak dah anty..
nak scroll bawah pon takot :S

JULYA said...

cerita makin seram...

Mrs Jaja said...

saspennye...tak sabar nak tunggu cerita seterusnye...:p

HusnaAleesya said...

bestla auntie..kisah auntie mcm kisah saya..dulu rumah nenek saya kat melaka pun cmtu...malam raya 4taun lepas, ktorg tido kt ruangan dapur coz dapur tue besar..ktorg sampai kg dalam kul 3pg n terus tido..saya xleh tido cz dengar bunyi tapak kaki bukak peti ais, dengaq suara budak2 main...fuhzz...seram

fara said...

takutnya baca. menyeramkan. tapi tak sabar episod seterusnya.

Zareda Norman said...

kak nani
rumah tu ada penjaganya agaknya.. biasalah rumah lama lama atas tapak tanah pusaka memang scary..

Deeda said...

bestnya cerita ni..xsabar nk baca next episode..:)

Oyis said...

berdebar2, tp pada masa sama i want to know more! :)

lunar wolf said...

..ahaha..suspen nie~

mangosteenskin said...

kena panggil ghost lab nih...hehe.

suhaida shukor said...

he takutla . kalau umah atuk saya camtu, saya memang da tak balek da.

Mia said...

Auntie, mahu sambungannya lah. Boleh kan?

z said...

Ibu, isteri yang rajin .......suka sya baca