Saturday, June 5, 2010

Cinta Di Akhir Garisan

Salam auntie,

Saya ingin meminta pendapat dan nasihat daripada auntie. Saya tidak tahu kepada siapa lagi patut saya mengadu.

Saya ada pernah mempunyai seorang kekasih 6 tahun lepas. Tetapi kami sudah berpisah. Punca kami berpisah kerana saya dahulu seorang yang boleh dikatakan queen control. 24 jam saya ingin mengetahui apa yang dia buat. Oleh sebab itu, dia mencari orang lain. Namun keluarga saya cuma tahu kami berpisah kerana dia curang. Kerana pada masa itu saya sangat sedih apabila berpisah dan tidak mampu untuk berfikir lagi yang perpisahan itu juga berpunca dari saya. Saya sangat sedih sehingga keputusan saya di matrix merosot dan akhirnya saya keluar dari matrikulasi.

Namun masa berlalu dan saya sedar itu juga kesalahan saya. Walaupun kami berpisah selama 6 tahun tetapi kami masih berhubung antara satu sama lain dan saya mengakui saya masih sayangkan dia dulu sampai sekarang. Dalam masa 6 tahun itu saya juga mempunyai kekasih dan dia juga begitu. tapi kami berdua mengaku yang hati kami masih terasa kosong walaupun mempunyai kekasih. Untuk pengetahuan auntie, dia ini boleh dikatakan memiliki rupa paras yang hensem dan meang ramai perempuan yang menyukainya. Dia juga boleh dikatakn 'playboy'.

Dia banyak kali meminta untuk kami bersama semula selama 6 tahun kami berpisah, tapi sy menolak kerana tolak dilukai lagi. Namun sekarang saya sudah habis degree dan mula bekerja saya sedar yang saya memang sayangkan dia. Saya mempunyai kekasih sekarang dan dia memang seorang yang sangat baik dan setia. tetapi hati saya tidak sepenuhnya dengan dia. Saya merasa lebih gembira apabila dengan kekasih saya dulu.

Masalahnya sekarang, keluarga saya tidak merestui hubungan saya dan bekas kekasih saya. Dia sudah berubah kini. Keluarga dia sendiri mngatakan dia betul2 sayangkan saya. Dia sanggup lakukan apa sahaj untuk membuktikan dia berubah. Dia sanggup bertemu keluarga saya untuk meminta maaf dan mendengar apa sahaja yang keluarga sy ingin katakan. Tapi keluarga saya tidak mahu sy berjumpa dengannya pun. mereka tidak tahu bahawa dulu kami berpisah atas kesalahan sy juga. Jika sy ingin ceritakan kepada mereka, sudah tentu mereka fikir sy sudah termakan kata2 manis daripada bekas kekasih saya itu lalu menyalahkan diri sy. Tapi sebenarnya kami mengaku itu salah kami berdua dan kami berdua ingin membetulkan keadaan itu. keluarga bekas kekasih saya sendiri juga berkata itu salah kami berdua dan mereka menyokong untuk kami berpasangan semula. keluarganya amat baik terhadap saya.

Dalam masa yang sama, saya merasa bersalah dengan kekasih saya sekarang kerana dia seorang yang sangat baik dan saya tidak tahu bagaimana hendak memberitahunya. Apa yang patut saya lakukan dr? keluarga saya meminta saya memutuskan hubungan dengan bekas kekasih saya, tapi saya sayangkan dia, selama 6 tahun kami berpisah dan sekarang kami hendak berpisah lagi? saya sayang kekasih saya yang sekarang ini tetapi sayang saya lebih kepada bekas kekasih saya.

Klau hendak dibandingakn, saya mengaku yang kekasih saya sekarang nie lebih stabil dalam kewangan berbanding bekas kekasih saya. Bekas kekasih saya cumala orang sederhana.

saya harap auntie dapat memberi nasihat kepada saya. Terima kasih auntie.



Amirah ku sayang.....kalau nama dia Amirahlah. Tak kiralah siapapun nama dia, saya dengan rasa penuh kasih sayang cuba meluangkan masa untuk mendengar suara hati Amirah atau siapapun kamu dan ambillah nasihat saya sekiranya Amirah rasa baik atau lupakan sahaja sekiranya Amirah anggap tak berguna.

Dalam mengemudi sebuah kehidupan kita tak akan dapat lari daripada perasaan cinta dan mencintai. Rasa cinta itu indah, menghairahkan, mengasyikkan, menguja perasaan, rindu bila berjauh, mahu selalu bertemu, mahu selalu mengadu, ingin sentiasa ditemani.

Namun cinta bukan berlandaskan perasaan dan keghairahan semata-mata. Cinta yang berlandaskan perasaan adalah cinta sebuah anganan manakala cinta berlandasan keghairahan adalah satu dorongan nafsu.


Cinta sejati atau cinta yang sebenar lebih daripada itu.Berpijaklah dibumi nyata bahawa cinta perlu dibuktikan. Cinta perlu ditunjukkan.Cinta perlu dinyatakan dan cinta itu sebenarnya adalah sebuah tanggungjawab.Dan cinta juga harus dipertanggungjawabkan.



Cinta bukan sekadar i love you, you love me dan i love you too.



Kalau betul kekasih 6 tahun itu mencintai Amirah, apakah commitment yang pernah dia tunjukkan pada Amirah.



-Adakah dia pernah memanjakan Amirah dengan bermacam pemberian menunjukkan dalamnya kasih sayang dia terhadap Amirah.Kerana itu adalah salah satu sifat lelaki yang bersungguh mencintai seorang wanita lalu memahami bahawa wanita ini suka dimanja dengan pemberian-pemberian.



-Adakah dia ada disamping Amirah ketika Amirah memerlukannya. Seperti menghantar pergi atau balik kerja atau sebagainya.



- Adakah di sisi Amirah ketika Amirah mahu mengadu segala kesusahan. Seperti menghantar Amirah ke klinik ketika Amirah dalam kesakitan atau menolong Amirah sekiranya Amirah kesempitan wang dan sebagainya.


Atau dia sekadar kekasih untuk bersms, bertelefon, berym dan bertemu hanya sebagai pelepas rindu dan sebagainya.



Jangkamasa 6 tahun sebagai kekasih bukan jangkamasa yang pendek.Kalau dalam jangkamasa 6 tahun itu, begitu dia commit terhadap hubungan kamu berdua seperti yang saya sebutkan diatas tadi...memang Amirah dan kekasih 6 tahun Amirah itu adalah pasangan kekasih yang tak perlu diragui.Kamu amat saling mencintai. Go for it. Tanamkan dalam hati apa sahaja yang kita putuskan untuk hidup kita perlu rasa enjoy sepenuh hati.



Orang lain, keluarga dan sebagainya adalah soal kedua. Apa yang penting Amirah kenal dan tahu siapa sebenar kekasih 6 tahun Amirah. Dan Amirah sendiri patut tahu apa yang terbaik buat diri Amirah dan hidup Amirah.


TETAPI



Jika tidak ada aspek-aspek seperti yang saya nyatakan di atas, saya mahu Amirah merenung diri dan berfikir seribu kali sebelum membuat keputusan yang betul.



Memanglah memasuki gerbang perkahwinan seperti memasukan diri dalam percaturan atau perjudian namun kita berhak memilih yang terbaik dan melihat yang terbaik sebelum berkahwin. Kalau sebelum kahwin pun dah nampak segala kepincangan apakah yang Amirah harapkan selepas berkahwin.



Amirah harus fikirkan bahawa sebenarnya ada hikmah disebalik perpisahan dengan kekasih 6 tahun itu. Amat sukar bagi Amirah untuk melalui kehidupan yang ada sekarang dengan mudah apabila Amirah sendiri tidak mahu melupakan kenangan yang sudah sepatutnya Amirah padamkan dari ingatan.Jangan mengenang benda yang telah lepas kerana memang ditakdirkan bahawa dia bukanlah sebahagian daripada masa depan kita.



Melupakan kekasih 6 tahun bukan bermakna melepaskan dia pergi begitu sahaja tetapi Amirah telah menerima takdir yang dia sebenarnya bukan untuk Amirah.



Dan menghargai insan yang menghargai Amirah pula sama seperti Amirah menghargai diri Amirah sendiri dan meletakkan diri Amirah di tempat yang tinggi.



Selain daripada itu hanya Amirah sendiri tahu apa yang terbaik untuk diri Amirah dan masa depan Amirah. Apa yang saya nyatakan itu sekadar secebis nasihat ikhlas dari sudut hati ini.



Insyallah mudah-mudahan Amirah dapat petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hidup Amirah.



16 comments:

Saya Noury said...

" PERKAHWINAN BUKANLAH SUATU PENGAKHIRAN TETAPI ADALAH FASA BARU DALAM KEHIDUPAN MAKANYA HARUS KUAT DARI SEGI MENTAL FIZIKAL DAN KEEWANGAN BUKAN KERANA CINTA SEMATA-MATA.."
hopefully amirah tak pening2 lagi..yg ada depan mata yang menghargai lebih baik dari yang main tarik tali..renung2kan dan selamat beramal..:D

Wak Subardjo said...

1. Di dalam al-Quran telah ditegaskan, 'perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik'. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, manusia mesti kembali menuruti ajaran agama Islam yang sebenar, bukan yang telah diubah suai mengikut selera sendiri. 2. Dapatkanlah pasangan yang 'sekufu'. Sekufu bermaksud sepadan/serasi. Carilah pasangan hidup yang selari dari segi fikiran, perasaan, kepercayaan, kejujuran, keikhlasan, ketaatan, ketelusan, pandangan hidup dan segala macam lagi sedapat yang mungkin. Jadi, usaha itu perlu. Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. 3. Senaraikan tentang kebaikan dan keburukan diri calon pasangan. Jika senarai kebaikan melebihi keburukan, mungkin itu calon yang sesuai. Andai sebaliknya, ucapkan selamat tinggal dan berlalu sahajalah. 4. Takdir Tuhan mengatasi segala-galanya. Suratan hidup itu Allah telah tentukan sejak azali lagi. Jadi, berfikiran positiflah. Jalani sahaja kehidupan ini dengan hati dan perasaan yang penuh redha. Kenapa mesti bersedih separuh mati? Kenapa mesti sesali akan segala-galanya? Lupakah kita pada hikmah Tuhan? Lupakah kita akan kewujudan syurga dan neraka?

TeRRoRRiZZ said...

ermmm...tul tu untie nani....

hope ALLAH swt memberi petunjuk yang terbaik untuk Amirah

'Cikgu Padi' said...

amirah b strong and think wisely....
aunty tq, i learnt a lot from ur advice...

'Cikgu Padi' said...

amirah b strong and think wisely....
aunty tq, i learnt a lot from ur advice...

abang ensem said...

I'M BACK.. To Amirah, carilah pasangan menurut apa yang telah digariskan oleh Nabi kita iaitu yang berlandaskan AGAMA. Jadikannya perkara paling penting di dalam menilai pasangan anda.

Sugar Babe said...

Setuju dgn pendapat aunty. Pada pandangan saya, apa yg Amirah sedang lalui sebenarnya dugaan dari Allah.
Allah ingin menduga Amirah untuk adakah dia akan menghargai insan yang menghargainya atau kabur pandangan dengan janji2 cinta yg secara luarannya pasti nampak indah belaka.

farhani said...

nampknya nasihat ni membantu saya jugak...tq. =)

mamashasha said...

untuk amirah, untuk mencari teman sebantal tu tak semestinya kita memandang pada rupa paras atau kedudukan kewangan semata-mata....cinta untuk rumah tangga lebih dari itu....persefahaman, tolak ansur, komunikasi dan banyak lagi ujian yang akan kita lalui bersama... renung-renungkan segala nasihat yang telah diberi....selebihnya tawakal, tepuk dada tanya selera....

Zareda Norman said...

cinta tak semestinya memiliki..

apa yang penting, cinta perlu dizahirkan bak kata kak nani tu..

ps: personally, sekali saya melangkah atau putus hubungan, cinta cam ne pun saya takkan berpatah balik..

Syafinaz said...

Sgt setuju dgn pendapat untie.Utk m'dpt100% kesempurnaan itu adalah mustahil.Kita kdg2 duduk dlm keadaan m'buat andaian sendiri seperti "Untungnya dia krn suaminya tampan"(bila milik kita biasa shj),pd sy itu nafsu."Untungnya dia krn suaminya kaya"(bila kita tdk seperti dia yg punya segala),pd sy itu keinginan yg melebihi kemampuan dan terselit sedikit iri hati.Namun dlm hubungan walau tdk "kacak"nya dia,tidak "kaya"nya dia,andai dia seorg yg berusaha,bertangungjawab,berkorban segala utk kita,dan kita sentiasa memnjatkan syukur pdNya,nikmat itu pasti dirasa dan sbnrnya dialah si'kacak' dan si'kaya' itu.

Utk Amirah,pilihlah yg mencintai kita sepenuhnya.

Dlm rumahtangga,ada sesetengah wanita bangga suami tampan namun dlm hati tdk keruan takut disambar org.Suami macho megah jalan seorg kita terkocoh2 dukung anak bwk brg dibelakang.Isteri cantik banyak mata memandang tp buat suami mcm kuli..tiada jg indahnya rumahtangga dan begitulah sebaliknya.Semua b'gantung pd individu.

Dia pernah tinggalkan anda krn tdk tahan dikongkong,dan tdk mustahil perkara sama masih boleh berlaku selepas kahwin.Mesti ingat,alam bercinta dan berkahwin dua keadaan yg berbeza.

Bersama lelaki yg mencintai,berusaha mengembirakan kita adalah lebih baik krn cinta itu mampu dipupuk dan nescaya anda pasti boleh berbahagia dgn cinta baru itu.Cinta lepas yg pernah gagal tidak harus difikirkan lg : )

NenetPenne (NP) said...

tersentuh hati saya dengan kisah amirah dan nasihat daripada kak nani...

sedih memikirkan diri sendiri yang mengalami nasib yang sama ...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Setuju dgn komen Wak subarjo.

Walaupun kufu itu bukan perkara wajib tetapi ia juga menentukan perjalanan kehidupan tersebut.

Kadang2 sesuatu perkahwinan itu tak akan bahagia jika tidur sebantal tapi mimpinya asing2.Sbg contoh: Isteri merasa perlu melanjutan pelajaran setinggi mungkin tetapi suami merasakan sudah cukup dengan apa yg ada. Konflik akan timbul bukan?

Buatlah sembahyang istikharah.

Jangan takut kerana bimbang hasil istikharah nanti tidak menunjukan ke arah kekasih yg kita mahu. Kena percaya bahawa kasih Allah itu lebih dalam dari kasih kekasih pada kita dan janji dan takdir Allah selalu benar..

ummi said...

pada sy mudah sj, ikut saja ckp org tua. krn restu org tua pnting utk kebahagiaan kita, buat apa nk di kejar perkara yg lps sdgkan yg depan mata, kita sendiri sudah tahu baiknya..

Anonymous said...

sy pernah mengalami keadaan seperti amirah.mmgla yg pertama tuh kite rasakan yg terbaek tp klo dia yg terbaek kenapa tidak die menyedari kesilapan dirinye secepat mungkin.kenapa mesti selepas 6thn? dgrla ckp keluarga sbb keluarga selalu mahukan yg terbaek dlm hidup kita.jgn yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran.

Anonymous said...

cinta + kasih syg tu boleh dipupuk...it depends kt kite sbnrnye...tp ap yg auntie kate mmg betol..

p/s : blog auntie mmg besh!! suke4!!:))