Wednesday, June 9, 2010

Bukan Untuk Tontonan Umum

Minta maaflah ya...rasa-rasa entri ni tidak berapa sesuai untuk tontonan umum. Hanya untuk 18 sx ke apa ntah macam dah lama tak nampak simbol2 macam tu.

Seorang kawan mengadu. Kecewa benar kedengarannya. Apa taknya bila suami yang baru dikahwini....tak sampai pun 5 tahun dah mula bersikap dingin.Macam dah tak da selera nak pandang dia. Macam dah tak sudi nak sentuh dia.

Walhal masa belum kahwin dulu...sang lelaki tu yang tergila-gilakannya. Terkejar-kejarkan nya.
Sekarang si isteri pulak resah menunggu atas katil. Pusing ke kiri pusing kekanan. Sudahnya tertidur. Sang suami pulak dengan muka tak da perasaan selamba tengok tv, habis satu movie ke satu movie.

Nak tunjuk sifat romantik lagilah tak da...tak wujud kot. Adalah romantik jugak...tipulah kalau kata tak ada.Tapi yang buat dia kecewa tu sifat romantik hanya ketika sang suami tu nak bersama sahaja.Bila dah lepas tu....terus paling badan...nak pandang muka pun macam dah tak hengen dah kot.

Tulah agaknya orang perempuan ni banyak sangat terpengaruh dengan cerita orang putih.Nak harap suami tu jadi macam orang putih kot. Orang putih tu memanglah...romantik memanjang kot. Tolong isteri masak kat dapur pun, nak dakap-dakap dan cium-cium.Tak lah semestinya mukadimmah waktu nak bersama sahaja.

Hari tu saya dan Hanis makan kat food republic pavillion. Kami lihat ada seorang mat salleh berjalan dengan anak-anaknya yang masih kecil. Kami merasakan apa yang kami lihat itu sangat comel kerana seorang lelaki boleh berjalan dan handle anak-anaknya yang masih kecil tanpa bantuan isteri.

Bayangkan kalau dia berjalan bersama isterinya, pasti dia juga yang banyak take part handle anak-anak bila berjalan. Tak adalah macam setengah daripada kita, kalau berjalan dengan anak-anak...sibapa nampak santai sakan yang siibu pulak naik rebeh mendukung dan menguruskan anak-anak.....memanglah tak romantik.Bukan setakat tak romantik....buat sakit mata je mandang.

Berbalik pada cerita kawan saya tadi....saya nasihatkan...bersabar sahajalah. Itu sahaja yang boleh kita lakukan. Mungkin sang suami tu ada fasa-fasa tertentu. Kot waktu tu fasa dia tak da mood dengan isteri. Kenalah sabar tunggu fasa yang tiba-tiba dia tergila-gilakan kita sampai kita nak bergerak pun tak boleh.Nak kemana pun dia nak ikut. Apatah lagi kalau tengok kita seksi sket pun. Bukan setakat tunggu atas katil....duduk basuh kain pun ditariknya masuk bilik.

22 comments:

Anonymous said...

kalau tgh bercinta pun mcm tu.dah bosan,tinggal je.

Mummy_Fuzz said...

salam perkenalan dari saya...selama ni saya baca blog hanis...tapi bila baca blog mama hanis...saya rasa teruja untuk baca semua entry. saya suka baca pengalaman akak membesarkan anak2...dan keakraban anak2 akak...suka bantu membantu dan mesra antara satu sama lain... memang susah nak cari dalam keluarga zaman sekarang.Saya mahukan anak2 saya satu hari nanti...jadi macam anak2 akak...saya nak panggil akak ape ye? kak nani boleh?

farahfatihah said...

hmm apa kata suggestkan kawan tu mkn jamu mak dara...kawan sy kata lepas dia mkn jamu tu, suami dia mmg xnak berenggang dah....

Beruwang said...

cuba cadangkan pada kawan tu.. ubah sikit penampilan.. soal keintiman ini memang menjadi masalah bila usia perkahwinan meningkat..

mierafaziera said...

kak nani, typical malay man katanya kan..??gitulah....:P

Anonymous said...

salam kak nani,
sy rase x smua prempuan baik, dan x semua lelaki x baek..

slps berpisah dgn asben, byk pengajaran & iktibar yg saya dpt..termasuk hubungan suami isteri..lelaki ni sebenarnya lagi perlukan belaian dr isteri..sbb tu byk terjadi hubungan suami isteri renggang bila dapat anak..sbb belaian isteri hanya lebih pada anak dan terkurang pada suami..
tapi suami pun kena bertolak ansur jugak..

ummi said...

lari topik sat.. kek yg kak nani nak hantar kt midvalley esok lusa tu buat sedap2 ye? sy ni nk tumpang mkn je....

Sofea said...

part end the story tu yang best.. "duduk basuh kain pun ditariknya masuk bilik."

aunty memang terbaek la..

NaniRostam said...

Ok Kak Nani nak ngomel sket kat sini.Bukan sket kot byk jugak ni. ber u wang kata kita kena ubah penampilan...sebab soal keintiman menjadi masalah bila usia perkahwinan meningkat.

Masalahnya perkahwinan kawan kak nani ni baru mencecah 5 tahun...rasanya penampilan masih cun lagilah kan..lainlah macam kak nani ni dah 25 tahun.....boleh jadi tawar boleh jadi hambar....

Dan kalau dikatanya makan jamu membuat hubungan tak mungkin renggang....tapi lebih pada jamu mak dara..anak dara..sume kawan kak nani dah experimen sebab punyalah nak menawan hati suami maka segala apa yang kawan2 ofis dia rekemen dan try dah cukup dia cuba.

Dan bila makdara terdiva kata tak semua perempun baek dan tak semua lelaki tak baek.

maka dalam konteks perhubungan intim suami isteri...keromantikan...keintiman itu tidak ada kena mengena dengan perempuan tak baek atau lelaki baek.

Misalnya begini...kalau suami merasa terpinggir, tersisih tidak dipedulikan, tidak disayang mungkin kerana isterinya jenis yang tidak prihatin, tidak sensitif perasaan suami, keinginan, keperluan dan kemahuan suami dan tidak pula berusaha untuk menggembirakan atau membahagiakan hati suami menyebabkan suami cuba mencari sandaran cinta diluar atau pada yang sudi memberi. Begitulah halnya dengan isteri juga akan memendam rasa, tidak gembira dan bahagia bila suami pun bersikap seperti yang saya sebutkan tadi.

Maka zaman sekarang ni tak mengira lelaki atau wanita, sebagai suami isteri kita harus cuba sentiasa memupuk kasih dan sayang, membelai pasangan dan prihatin tentang kemahuan mereka jika kita tak mahu kehilangan cinta mereka.

Jika salah seorang daripada kita akan rasa tersisih dan tidak disayangi maka itu adalah salah satu sebab tercetusnya cinta beralih arah, jika cinta mereka terhadap pasangan tidak diambil peduli.

Sebab mereka cuma manusia biasa yang mahukan perhatian dan kasih sayang untuk meneruskan hidup ini dengan rasa gembira dan bahagia.

Hubungan yang berjaya dan membahagiakan adalah hasil usaha dari kedua-dua belah pihak.

mamashasha said...

kak nani, thank you for sharing....

Pena Patah said...

wahhh..komen yang auntie bls tu boleh buat satu entry lg..=)

Pena Patah said...

wahhh..komen yang auntie bls tu boleh buat satu entry lg..=)

Ieza said...

dh terlintas kt fikiran pas baca entri tuh tadi..
rasanya cam kemungkinan si suami tu ada makan luar..
x pn kasih berubah arah la kn..apa lagi nk kata..
atau sisuami kena sindrom kurang nafsu sex kot..ada kemungkinan gak..
emm..kalu berterusan camni ada baiknya usah teruskn la..sengsara makan ati jer..

superheroes' mom said...

kak nani, sorry maybe menyimpang dari tajuk. just want to say u are such a gorgeous mom! share your secrets of staying young and slim with all of us readers :)
one day nak tempah cake and kuih frm u :) we stay quite close jugak, that day terserempak with ur daughter Hanis at kedai makan hehe

NenetPenne (NP) said...

mmm tak tahu lah nak komen apa tapi kisah2 mcm tu sering terjadi kan...

meenyusuf said...

aslm..betul kata k.nani..kdg org kita nie terpengaruh sgt dgn mat saleh,depa nie blh dikatakan most of the time dok bekepit aja..Alhamdulillah saya dpt suami yg sgt romantic..masih romantic walaupun dah bersama almost 12 yrs..saya rasa,lelaki nie ada stage2 sendiri...mcm perkahwinan,ada turun naiknya..insy ok nanti time dier dah masuk stage lain..

viruspadu said...

rasa mcm nak pinjam entry kak nani masuk dalam belog saya.

dalam hal ni susah nak tahu apa punca ye kak

suami ke isteri

suami pasti ada jawapan tersendiri

isteri juga pasti ada jawapan tersendiri

itu sebab pentingnya komunikasi :)

NaniRostam said...

Kak Jemah.... pinjamlah.

Salah satu puncanya ialah bila pasangan kita take thing for granted.

Dia ingat dah kahwin, dah jadi hak mutlak, tak perlu belaian mesra....tak payah nak romantik..tak mahu tunjuk kemesraan yang konsisten.

Kebanyakan lelaki pulak..mesra bila nak sex, itu kira bagus jugak. Ada tu tak pernah mengambil kira perasaan isteri...tak da nak mesra2.

Dan bila suami sudah mula mengabaikan perasaan isterinya dan isterinya pula mula mengharap yang lebih dari daripada suaminya maka isteri akan berasa kecewa.

Banyak isteri pendam rasa kekecewaan itu dengan sabar.Ada setengahnya lebih suka berpisah sahaja.Kerana bagi mereka kasih sayang perlu ditunjuk, perlu ikhlas. perlu sepenuhnya.

Kalau tak ada rasa sayang buat apa bersama.

Kadang-kadang kita ingat penceraian itu kerana pasangan kita tak baik dan sebagainya tetapi disebalik itu banyak penceraian berlaku kerana isteri dah bosan tanpa layanan suami dan dahagakan belaian kasih sayang yang tak dapat mereka perolehi dari suami. Maka perasaan cinta pada suami mula pudar dan lenyap samasekali.

Ieza said...

sokong 100% komen kak nani yg kedua tuh..memang sesetengan lelaki ni x pandai nk hargai perempuan dn tunjukkn kasih sayang..dapat yg ego terlalu tinggi tu lagi la parah..
tapi x semuanya camtu..nasib badan la dpt yg mana satu..

Yatie said...

orang cakap first 5 years byk cabaran betul ke tak entahlah. tak boleh nak salahkan sisuami jugak. mungkin dia dalam dilema. mana tahu ada masalah keewangan ke, tak sihat ker, dia rasa dia gemuk ker...anak kacau ker, terasa dgn isteri ker semua tu memainkan peranan.
So si isteri kenalah amik first step.
hanya pendapat saya.
yatie, sawanila.com

aznur said...

adakala, terlalu sibuk dengan hal ehwal rumahtangga, memasak, melayan anak2, terlupa bahawa sang suami juga perlu dilayan.

adakalanya juga, sang suami terlalu sibuk dengan hal ehwal komputer, lebih gemar melayan kawan2 di facebook, sampai terlelap sang isteri menunggu lewat malam, bertanya adakah malam ini ada acara malam? namapak gaya, cik abe terlalu penat meononton wayang, menonton PC, sampai bila tiba masa beradu, terus berdengkur tanpa merasai kehangatan rasa sang isteri..

so, sebagai suami dan isteri, sesibuk manapun anda, sepenat manapun tubuh kita,layanlah si dia, walau hanya sekadar ciuman di dahi semata2 kerana itu adalah satu perbuatan yang rasanya semasa awal perkahwinan sahaja dilakukan kerana setelah anak dah bertambah, dahi anak sahaja yang diingati utk dicium, dahi suami atau isteri, kdg2 terlupa diberi walau hanya secebis ciuman.

oleh itu, sama2lah kita berpesan kepada diri kita sendiri agar berusaha menjadi isteri yg romantik sepertimana awal pkahwinan dulu. buang rasa malu melakukannya kerana ANDA BUAT ANDA DAPAT...:)

Unknown said...

Amalkan membaca Surah Yusuf Ayat 4:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

***Sila rujuk kedua surah di dalam Al-Quran untuk mendapatkan tajwid yang betul. Translation dalam rumi ni tak betul tajwidnya.***

Caranya:
Amalkan membaca kedua surah ini sebanyak 3x, diakhiri dengan selawat ke hadrat Rasullullah (3x), tiupkan ke telapak tangan kanan dan raupkan telapak tangan kanan ke muka mulai dari dagu ke dahi.
In addition, bacalah kedua surah ini dan hembuskan perlahan-lahan ke arah suami dengan niat minta dikasihi dan disayangi suami. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati. Tanamkan keyakinan, insyaAllah.

****WARNING: Dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yg tidak baik. Hanya pada suami/isteri yg sah, bukan 'suami/isteri orang lain', pakwe/makwe pun tak patut dicuba kerana jodoh pertemuan itu di tangan Allah.****