Sunday, June 13, 2010

Adakah Anda Wanita Hebat, Cekal, Kuat, Tabah Atau Memang Wanita Bodoh.

Saya ada beberapa soalan yang minta para pembaca beri pendapat dan apakah tindakan yang wajar untuk persoalan-persoalan ini.


1. Haruskah anda mensyukuri mempunyai suami yang layan anda seperti maid yang tidak bergaji?

2. Sejauh manakah anda dapat bertahan jika suami suka memaki hamun mengatakan anda bodoh dan bangang?

3. Sampai bilakah anda boleh bersabar bila suami tidak memberi nafkah, sara hidup untuk anda dan anak-anak sejak beberapa tahun sehingga sekarang?

4. Apakah yang harus anda lakukan bila suami hanya berdiam diri sedangkan anda terus-terusan dilayan buruk oleh ibu mertua?

5. Apakah tindakan anda bila suami memaki hamun anda mengatakan anda perempuan sundal?

6. Haruskah anda bersabar bila suami anda ada seorang ibu angkat yang sering menelefonnya dan suami anda memanggilnya dengan panggilan sayang?

7. Sanggupkah anda menunggu sampai akhir hayat sekiranya anda sering ditengking herdik oleh suami, sudah tidak diberi nafkah walau sesenpun, dimaki hamun, dikerah macam orang gaji hanya kerana anda rasa penceraian akan mencemarkan maruah diri?

25 comments:

aNIe said...

Hmm....sampai bila kita sebagai wanita sanggup menerimanya ye?...memang ada wanita yang begitu tabah menghadapi segalanya biar dimaki hamun...dimarah...dicerca sang suami...tapi itu semua menjadikan mereka lebih cekal & tabah. Mereka bukan wanita bodoh...cuma kadang mereka itu terlalu sabar...sentiasa berdoa dan menanti suatu hari nanti suami itu akan sedar akan kesilapannya...namun apa yang selalu terjadi ialah sang suami tidak pernah sedar apa yang selama ini dilakukan itu melukakan hati isteri...

Al fageerah said...
This comment has been removed by the author.
Mok Cik Bambina (hentam sajalah) said...

Salam auntie,

Saya selalu baca blog auntie tapi tak pernah komen. Tapi i was so surprised bila ada suami yg punya ibu angkat dan panggil dia sayang???? oh so weird!!!!!

ibu angkat in disguise kot auntie. hanya nak kaburi mata isteri.

jawapan saya pada soalan2 yg lain:
saya tak sanggup untuk bersedih!!!!! Life is short, so make it sweet. =)

Zareda Norman said...

Kak Nani

dari no 1-7, semua zar tak sanggup.. dan kalaulah dapat suami macam ni, Nauzubillah lah kan.. dah lunyai dia dikerjakan dek abang abang zar yang bertiga tu.. :)

Tg fatin said...

Auntie, jika ada wanita sebegitu, pasti dia setabah asiah isteri firaun..Firaun adalah sejahat2 manusia dan asiah pasti setabah2 isteri di muka bumi ini. Jadi jika ada isteri begitu pasti darjatnya sgt tinggi di sisi Allah, sebagaimana asiah yg dijanjikan syurga di sana..Jika asiah tidak mampu masakan Allah mengujinya.. dan saya yakin isteri itu pasti mampu menghadapinya jika tidak Allah tak akan memilihnya utk ujian ini. Nantikan ganjaran yg besar di akhirat sana.wallahu'alam.=)

Buat isteri2 yg diuji, jadikan Asiah isteri Firaun sebagai idola dan pengajaran yg sangat berharga, insya Allah.

CIK FAYYAD said...

takut bila saya baca semua ni. risau. saya sebaya dengan hanis.sy harap dijodohkan dengan orang baik2.

Anonymous said...

mak sy ckp.kalu sekali da kena pukul dgn suami,walaupun anak da seorang baek berceari.sbb kalau dah ada anak pon berani naek tgn.smpi ke tua xkn berubah perangainya.

IbuKhayra said...

salam kak.. all i want to say.. mmg bila kita sudah bersuami syurga itu ditapak kaki suami.. tp bg suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghargai isteri yg sudah terlalu byk berkorban untuknya sepatutnya si isteri memikirkan haknya untuk hidup bahagia sementara bernafas dimuka bumi ini.. cari penyelesaian dan salah satu daripadanya ada berpisah.. bagi saya perceraian itu bukan lah suatu yg ble mencemar maruah kerana kita tahu letaknya maruah kita dimana.. mungkin setelah berpisah Tuhan berikan kita seribu kebaikan.

Syarmiza. said...

Salam Auntie,

Pada pandangan saya,seseorang itu, terutama skali kaum perempuan, mesti ada perasaan cinta dan respek pada diri sendiri dahulu sebelum bercinta dgn lelaki yg bakal menjadi suami. Bukan bermaksud melaram dan menjaga kecantikan, tapi berani untuk berfikir dan menilai, cekal mencari ilmu dan qualification, tabah untuk menjadi individu yg independent dan respek diri sendiri dan jauhi dari lakukan perbuatan yg salah disisi Allah s.w.t. Bila semua sifat2 itu ditanam dlm minda, kita akn lebih peka dgn sikap lelaki yg kita bakal harungi hidup bersama dan peka dgn hak2 kita sebagai seorang isteri sekiranya perkahwinan itu end up dlm penceraian.

Unknown said...

IF these happen to me (nauzubillah), I'll ask myself: Can I survive without him? Can I eat, pay bills, and be INDEPENDANT without this guy? If 'YES', then it is time to LET GO! Life is too short to be MISERABLE. A HEALTHY relationship should be filled with smile and laughters, not frown and tears. Even Rasul s.a.w. treated his wives with respect, gentle, and love. Mamat Melayu la ni ikut sunnah Rasul untuk bab kawin 4 tu jer...yg lelain, hampeh! My late dad pernah nasihatkan I one day, STAY AWAY from man who gamble (berjudi), alcoholic (kaki minum), WOMANIZER (mata keranjang/cheater), dan ABUSER (kaki pukul). Kalau ada ciri2 ni, janganlah kawin ngan mamat tu. The truth about man, THEY NEVER CHANGE...woman loves to try to change a man...but they would not change. Majority wouldn't. So kalau kita ditindas/diherdik/dipukul etc. and we know we can survive and be independant without him, it's time to let go. Give him an ULTIMATUM. Otherwise, get yourself a lawyer, get the ALIMONY (u deserve this), and tell him bye bye.

note: Ustaz saya pernah beritahu dlm kelas agama long ago betapa mulianya wajah kita ini. Sewaktu solat, kita wajib pamerkan wajah kita. So kalau ada suami yg menampar wajah isteri...shame on him.

Azura Abdul Jamil said...

tak sanggup..paling tak sanggup bab "ibu angkat" tuh..paling sentap kalau hubby ader ader org lain...

ddjfr said...

semuanya saya xsanggup!
doa saya,semoga kita mempunyai ketahanan & kesabaran yg kuat utk mnghadapi.
but im curious..benda ni benar2 berlaku ke kak nani?
huhu..takutnya -_-"

Amy @ Miz Donut said...

Erm!! actually Amy btl2 tabik spring p my mum coz dia seorg yg btl2 tabah & penyabar..Amy sendiri sbg anak lom tentu mampu jd cm dia..love my mum!!

Diana AR said...

hmmm...saya rasa jika tiada kebahagiaan daripada suami begini, kita kena cari jalan untuk bahagia sendiri dan kalau ada anak2, dgn anak-anaklah kita mencari bahagia dan redha Allah.

Sentiasa kita berdoa redha dengan apa yg ditentukan dan pohon Allah gantikan segala kedukaan kita dengan perkara2 yang lebih baik.

Kalu rasa bercerai mencemar maruah diri atau kalau tidak boleh bercerai (ada lelaki ego yg takan lepaskan isteri, seolah mahu menyeksa isteri), cuba elakkan dia, duduk asing ke?

Wallahualam..

LuTaNiA said...

Sedihnya... :(

Unknown said...

Being "mulia" and "tabah" doesn't necessarily mean that you have to stand around while your husband treats you like crap. More often being "tabah" is to take yourself away from a toxic situation. If your mind is calm and not affected by these things it's easier for you to pray and give yourself to God.

animed said...

Salam aunty,
Ni first time saya tinggalkan komen kat blog aunty. Saya masih ingat seorang isteri yang solehah boleh masuk syurga dari mana2 pintu yang dia suka. Tapi untuk dapatkan syurga tu bukan senang. Banyak cabaran dan kesabaran yang diuji. Bagi saya kalau selagi tak menggangu emosi dan perkembangan anak2..isteri boleh bertahan. Tapi kalau anak2 dilibatkan sama..munkin jalan keluar dari perkahwinan adalah satu pilihan. Wanita yang aunty maksudkan bukan lah bodoh..tapi dia sangat mulia..

Dzanie said...

tak sanggup.....

Siti Hajar Masri said...

Auntie,apa yang soalan auntie bagi semua berlaku dalam hidup saya kecuali ibu angkat dipanggil sayang..apa saya patut buat auntie??buat bodoh sepanjang masa..saya dah tak sanggup lagi..saya tak pernah cerita pada family saya..saya bertahan disebabkan anak-anak saya..

Siti Hajar Masri said...

Auntie,apa yang soalan auntie bagi semua berlaku dalam hidup saya kecuali ibu angkat dipanggil sayang..apa saya patut buat auntie??buat bodoh sepanjang masa..saya dah tak sanggup lagi..saya tak pernah cerita pada family saya..saya bertahan disebabkan anak-anak saya..

arra khairiah said...

saya di antara org yg merasai semua benda yg dinyatakan...mmg pedih sgt..tapi kita harus kuat..kita ada family yg sygkan kita...ada kwn2 yg memahami..kerjaya yg leh dikatakan hebat n stabil...so..kita sebagai perempuan harus bangun n kuat...
saya melalui pengalaman pkahwinan yang menyakitkan selama 5 bulan...Allah Maha Kaya..Allah tunjukkan semua belangnya pada saya pada awal prkahwinan..ARRA..PLEASE BE STRONG....

Aleeya Zailan said...

pendapat saya:

untuk menjaga kehormatan diri sendiri, anak2, dan suami.... adalah lebih baik kite bersabar dengan tindakan suami yang begitu. berdoa laa setiap kali selepas sembahyang kerana... DOA-DOA orang mcm ni lah yang selalunye akan dimakbulkan oleh Allah insyaAllah...

jika bertindak melulu dan penceraian berlaku... fikir lah nasib anak2. terutama anak perempuan... bila nak kawen cari ayah... malu nanti kalau ayah x timbul pulak sbb lost contact?

setiap kehidupan ada pelbagai cubaan dan cabaran.. Allah menguji kite...

insyaAllah berkat kesabaran kite tu nnt suati hari.. suami kite pasti ternampak kebaikan kite itu... keikhlasan hati seorang isteri yang menjaga, mendidik dan menjaga kehormatan suami dan rumahtangga.

sabar itu memang sakit. tapi Allah maha mengetahui... buatlah sembahyang dhuha setiap hari insyaAllah dimurahkan rezeki untuk keluarga...

Aleeya Zailan said...

yang ini akak jangan post:

saya sebenarnya bkanlah kata fobia bila dgr perkara2 mcm akak cerita tu.,...

parents saya dulu pon mcm tu... ayah saya pon mcm tu... exactly...

tapi perkahwinan diaorg berakhir dgn penceraian... dan kami anak2 jadi mangsa :(

sooo hopefully bende mcm nih sebagai seorg ibu.. dia perlulah bersabar dan berkorban demi anak2...

[i.l.y.a] said...

salam auntie,

musibah-sabar-redha.

lelaki yang baik memang tak mungkin akan perlakukan isterinya dengan semua list yang auntie tulis tdi. however, tak semua lelaki yang dijadikan di dunia ni perfect. mungkin kita ditakdirkan untuk berjumpa dengan lelaki jenis2 ini untuk membantu mereka, melembutkan hati mereka, menyedarkan kesalahan mereka. Yang paling penting sabar. iman perlu kuat. hati perlu tabah.

ALLAH sentiasa bersama insan yang teraniaya.

TGKAZURA said...

love is nothing for him.