Friday, January 14, 2011

Masih Di Takuk Itu.

Assalamualaikum...

Dalam diri saya, saya selalu kata kadang-kadang lebih elok tak tahu sesuatu perkara itu daripada tahu. Begitulah kerana saya tak suka ambil tahu siapa yang membenci saya. Bila ada orang tinggalkan comment kondem saya maka selalunya saya terus delete tanpa mahu menjenguk blog siapa itu. Sama macam ketika saya menjual aiskrim dulu, bila pegawai MBSA beritahu saya ada seorang perempuan yang sama menghantar anaknya ke sekolah itu membuat komplen mengenai aiskrim saya itu, saya langsung tak mahu bertanya pada orang MBSA siapakah perempuan itu.

Bagi saya, lebih baik saya tak kenal kerana dengan begitu mungkin kalau saya terserempak dengannya saya pasti boleh melemparkan senyuman semanis madu padanya bila-bila masa.Saya boleh berbaik dengannya macam biasa. Kerana dalam jiwa saya tak suka permusuhan. Saya adalah seorang yang mudah menyayangi orang.

Namun saya tak rasa saya boleh memberi senyuman manis bagai madu kalau saya kenal siapa yang membenci saya itu. Justeru saya hanyalah manusia biasa yang punya perasaan sayu, sedih dan tersinggung.

Tadi bila ada orang kata MK ros buat entri pasal saya dan tunjukkan gambar kek saya itu bermakna dia masih MK ros.Saya hanya katakan pada mereka bahawa malangnya saya tidak membaca blog dia. Saya katakan, saya rasa lebih baik begitu.

Pada awalnya bila Mkros tinggalkan komen begitu, saya sanggup publish walaupun itu menjatuhkan kredibiliti saya sebagai peniaga yang tidak menguntungkan saya. Sapa yang untung??? mkros jugak yang untung...kerana pasti ramai nak kenal siapa dia...maka ramai yang klik profile dia kan....

Kalau dilihat pada dasarnya, mengata saya tidak mengangkat telefon hanyalah alasan semata-mata. Apa salah dia cuba 2 3 kali.

Saya tak rasa dia tu keranai macam saya dulu yang gigil kepala lutut nak bercakap dengan orang. Saya rasa dia kalau tak pengurus mesti pegawai kan...pasti diri keyakinan bercakap meletop-letop..berasap-asap. Boleh jer dia telefon saya sekurang-kurangnya kalau tak lembut macam cakap dengan cinos begini " aiyah lu tunjuk gambar lain...saya dapat lain...unfair ma...harga mana boleh sama...mesti kena kasi murah ma...".

Macam ni pun oklah juga..."Nani you tau tak I malu besar depan bos I bila diaorang tengok kek you tak da stroberi macam dalam blog. Apa berniaga ni...dalam blog lain yang i dapat lain...harga you caj sama. Tak adil you dengan customer. At least reducelah harga tu. Berapa harga stroberi yang you skip kat kek you tu. 2-3 ringgit. Hah i nak balik duit tu...."!

Agak-agak kalau you all jadi nani...you kemut sangat ke nak berkira dengan customer macam tu. Kalau dia minta refund ganti rugi atas kerasa maluan dia semua itu pun i pulangkan.At least call inform...terangkan....minta hak balik apa yang patut...sebab saya bukan sengaja tak nak terangkan. Yang order kek ani..yang hantar zainal...yang terima bukan ani... entah sapa...last-last yang dapat pulak si pegawai tinggi mkros. Dah tu pulak saya lupa nak bagi tahu kat pak zainal cakap dengan orang yang beli kek ni stroberi tak ada.

Bila saya publish begitu dan minta maaf saya memang mengharap dia orang pun akan sama-sama meminta maaf atas kata-kata mereka. Itulah tebal jiwa kejawaan dalam diri saya. Selalu orang jawa, bila kita minta maaf akan dibalas dengan kata-kata 'sama-samalah kita...saya pun minta maaf atas kata-kata saya, perbuatan saya'.

Tapi saya sering lupa bahawa ego mereka itu melangit tinggi seratus lima puluh juta kali ganda mengalahkan ketinggian mereka. Saya pun tak tahulah mereka tinggi mana. Tapi saya macam ada instinct yang mereka lebih pendek banyak dari saya.

Itulah yang saya sering lupa...EGO mereka.


Alahai Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku..............................

46 comments:

Sheherazade said...

saba byk2 ye pn nani

Unknown said...

kenapa MKRose wat smpai cmtu skali..siap letak pic kek tu lagi..kalu x puas hati, ckp depan2...ape kes ckp belakang2...MKRose kan dah matang, jd jgn lah berperangai cmni..mungkin sekarang awk yg gah, kita tgk hari laen plak..

to kak nani..IM UR BIG FAN!!!!

Sha Hakem said...

sabar lah auntie. dugaan semua ni. mungkin kalau setakat dia dan auntie meluahkan dekat blog xkan capai kata putus or jalan penyelesaian. solve dgn cara berhemah. lagpun cam budak2 je meluahkan dgn cara begini. dia bace auntie pnye, then dia mengata2 lagi cmne. n auntie pon akan rase xpuas hati je. (kalau xpuas hati lah) maafkan saya kalo sya menyibuk dalam hal ni. org kate mengingat kan sesama muslim. cewah. apekata stop tulis-menulis pasal masalah ni and see her face to face so baru lah dia nmpk keikhlasan kita yang betul2 mmg xsgaje kejadian hari tu. Auntie dah mintx maaf, dah jumpe dia face to face. Means keje auntie dah selesai. ur already say ur apology. next is up to her. Dia xmaafkan, itu dosa dia. k auntie? :) chill je auntie. kalau xde dugaan bukan kehidupan namenye. Let bygones be bygones. papepon blog auntie mmg terbaik. ni first comment saya. teruja gitu. assalamualaikum. :)

Cik Puan Nurul said...

hurmm perkara paling tak dsukai org publish ttg ketidakpuasan hati mereka tanpa merujuk kedudukan cerita yg sebenarnya..bersabarla ye.duk sebut2 ttg kek ni jadik cam teringin lak ngan kek akak tapi xmo yg besar2 pasal sy sorg je pun yg nk merasa org lain xminat mkn kek huhu..agak2 kalo hat sekilo kak nani amik ke order

payedd said...

sabar je la.
adat meniaga mmg mcm tu..

ada yg suka, ada yg x suka..
dan ya, kadangkala.. lebih baik dari tidak mengetahui..

dek kerana beberapa biji stoberi, pun jd isu..

manusia2..

xpe..ramai yg sokong kak nani. hehe

Sha Hakem said...

ini untuk auntie suapay auntie dpat berfokir sejenak makna disbalik ayat ni. cari jalan penyelesaian dan ketenangan hati. :) chill~~


-kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu - confusius


-Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji


bye. ;)

suzzsuzie said...

manusia mmg mcm tu kak nani, sy pun prnah terkena bila x angkat tel terus dia publish kt wall fb buruk2kan sy pdhal 2 kali je sy tgok miscol..tu pun sy x bleh jwb sbb kat kaunter bank...then sy col balik mntak maaf tp rupanya dia tetap tulis kt status..sabar la kak..dugaan org berniaga..bkn x phm cuma ego tu melangit

AZFAR said...

alahai mak nani... si dia tu tak abis-abis lagi ker?...ish..ishhhhh

Miss AnisSensuous said...

Cara dia memang tak kena di situ. Hmm.sabar ye aunty.

Yuyu Zulaikha said...

sabar la aunty :)

Fie said...

tak apa, aunty sabar, ni lah dugaan yang perlu dihadapi orang ber biz..

NaniRostam said...

Salam...sebenarnya saya dah maafkan kata-kata dia dan saya harap dia maafkan saya juga.

Cuma nya saya nak ingatkan pada kita semua yang kita ni tak selalunya berupaya...tak selalunya kaya...tak selalunya sihat...tak selalu di atas...jadi nasihat saya pada you all semua buang kan yang mana-mana ada ego tinggi melangit tu...rendahkan diri kerana esok kita tak tahu siapa kita...mungkin tidak berdaya lagi seperti hari ini.Mungkin kita tidak sihat seperti hari ini...mungkin tidak di atas lagi hari ini...mungkin tidak berkuasa lagi seperti hari ini.

Jadi sebagai kakak yang lebih berusia atau orang yang lebih berpengalaman dalam menempuh segala onak duri saya mahu mengingatkan agar kita semua jadilah insan yang budiman dalam hidup ini dan jangan terlalu mengikutkan ego...

PertMuffin said...
This comment has been removed by the author.
Zareda Norman said...

actually, saya faham apa yg kak nani nak sampaikan... bukan nak berbalas komen kan kak nani tapi nak kita semua amiklah iktibar..

ego jangan tinggi, tak salah saling menghormati sesama manusia, kalau ada salah silap kat mana mana sebagai org melayu kita kan beradap dan bersopan.. rukun negara pun sebut pasal kesopanan dan kesusilaan.. kalau tak reti reti bahasa juga pi apply jadi rakyat angkasa lepas.. heheh just a huour comment.. chill kak nani

missbby said...

sabar ye kak nani..inilah ragam manusia yang punya EGO dan kononnya bagus..harap akak terus berfikiran positif..saya pun orang jawa jugak..hihi..

anwar777 said...

Anger is 1 letter away from Danger bak kata orang putih, dan beberapa huruf saje lagi dari perkataan-perkataan lain yang tidak berkaitan.

Unknown said...

salam k,nani.......
moga ceria...
sayu la plak baca entri hari ni....apapun,dont wory b hapy... =)
your ur best mom 4 u family...!

AZFAR said...

sokong nasihat mak nani... :D

hatim a.r said...

lumrah berbisnes aunty,makcik saya pun meniaga kuih.ada sekali tu pekerja dia gentel kuih tu kecik gila.tapi sebab tu pekerja baru so kena maafkan lah.ramai jugak yang komplen.tapi makcik saya mintak maap la lepastu bagi pihak pekerja dia.then bagi extra sikit free. kadang2 kita cuba bagi yg terbaik tapi kalau dh x jadik jugak nk buat macamana. pelanggan pun ada hak utk bersuara cuma kadang2 ada yg tak kena gaya. sebagai peniaga kena kuatkan hati la bila berdepan dgn benda2 macamni.kalau kita ikhlas kan aunty,insyaallah rezeki tu x berkurang pun. So aunty jgn risau saya yakin ramai lagi kat luar tu yg support business aunty,jgn putus asa. ambik kau terbuat satu post pulak kat sini hehe

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, ni BintangJauh nak komentar lagi sekali; anecdote nya begini, Ratu made in Peranchis punyai patisserie/chocolaterie diGrenoble. Satu customer ordered satu valentine kek buat isterinya, kek berwarna pink, heartshaped berflavour dengan buah laichee dan dihiasi degan buah raspberry "Gateau Coeur Ispahan" asalnya kek ini dicipta oleh Chef Patissier yang terkenal disini Pierre Hermé, esoknya customer pun pergi balik dengan kek tersebut, diterangkanlah yang isteri beliau ingat yang sang si-suami nak bersurprise romantik+seduction a la French touch, dah si-isteri menjerit bila melihat didalam kek itu seperti ada ulat-ulatan. Ratu made in peranchis bawa terus customer tersebut ke dapur berjumpa dengan suaminya (suami Ratu yang Chef) dan bla..bla..tunjukkanlah kecustomer kek yang sama, sebenarnya yang disangkakan ulat-ulatan tu ialah potongan/hirisan buah laichee, seperti rambutan jika terlalu lekang isinya melekat sekali kulit dari biji rambutan begitu juga buah laichee. dipanjangkan cerita, customet tersebut tarik nafas yang tersangat menusuk kenalurinya terus berkata betapa leganya perasaan beliau ketika itu, lalu suami Ratu made in Peranchis menghadiahkan kepada customer satu kek kepada isterinya tanda kemaafan walaupun tiada salah-silap dari mereka. Moral lesson: jika seseorang itu tiada perasaan marah/kecewa akan mencari kebenaran yang nyata dan tidak akan takut berdepan dengan kesangsian yang menghantui diri sendiri. Maka itu wahai umat yang budiman "A clear conscience is more valuable than wealth". Jangan salah gunakan system bermedia, tak puas-hati telefon atau berjumpa dengan tuan badan sendiri, jangan gunakan cara bodoh-sombong dicanang-canang-dikompang-kompang keserata alam-dunia, sedari-lah melumpuhkan rezeki sesama umat amatlah dikeji oleh Allah SAW. Mengapa bermusuh sedangkan bermesra antara umat lagi dimuliai. Salam manis manis madu.

Bintangjauh said...

Ratuku Nani, ni BintangJauh nak komentar lagi sekali; anecdote nya begini, Ratu made in Peranchis punyai patisserie/chocolaterie diGrenoble. Satu customer ordered satu valentine kek buat isterinya, kek berwarna pink, heartshaped berflavour dengan buah laichee dan dihiasi degan buah raspberry "Gateau Coeur Ispahan" asalnya kek ini dicipta oleh Chef Patissier yang terkenal disini Pierre Hermé, esoknya customer pun pergi balik dengan kek tersebut, diterangkanlah yang isteri beliau ingat yang sang si-suami nak bersurprise romantik+seduction a la French touch, dah si-isteri menjerit bila melihat didalam kek itu seperti ada ulat-ulatan. Ratu made in peranchis bawa terus customer tersebut ke dapur berjumpa dengan suaminya (suami Ratu yang Chef) dan bla..bla..tunjukkanlah kecustomer kek yang sama, sebenarnya yang disangkakan ulat-ulatan tu ialah potongan/hirisan buah laichee, seperti rambutan jika terlalu lekang isinya melekat sekali kulit dari biji rambutan begitu juga buah laichee. dipanjangkan cerita, customet tersebut tarik nafas yang tersangat menusuk kenalurinya terus berkata betapa leganya perasaan beliau ketika itu, lalu suami Ratu made in Peranchis menghadiahkan kepada customer satu kek kepada isterinya tanda kemaafan walaupun tiada salah-silap dari mereka. Moral lesson: jika seseorang itu tiada perasaan marah/kecewa akan mencari kebenaran yang nyata dan tidak akan takut berdepan dengan kesangsian yang menghantui diri sendiri. Maka itu wahai umat yang budiman "A clear conscience is more valuable than wealth". Jangan salah gunakan system bermedia, tak puas-hati telefon atau berjumpa dengan tuan badan sendiri, jangan gunakan cara bodoh-sombong dicanang-canang-dikompang-kompang keserata alam-dunia, sedari-lah melumpuhkan rezeki sesama umat amatlah dikeji oleh Allah SAW. Mengapa bermusuh sedangkan bermesra antara umat lagi dimuliai. Salam manis manis madu.

BeauBargain said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cik suka senyum said...

sabar ya aunty...

sedih dengar citer sampai jadi camtu sekali..

take it positively ye aunty..lain orang lain ujiannya..ade hikmah la tu..

boleh buat kita makin alert dan berhati-hati dalam semua benda lepas ni..betul tak..

peringatan untuk diri saya sndiri juga ni....

Misz-ella said...

they donno u kak. dat's y they say that.if they know u like how i know u, sure they didnt say that.

apa salahnya tanya elok2 dari terus komen camtu? diaorg tak tau bape byk kol, miss kol dan sms yg akak kena layan sehari?

sedangkan kita yg rapat pun kdg2 ambek masa akak nk jwb kol ela. kdg2 ari ni ela kol, esok baru akak jwb. hihi ..

Sabar kak, dugaan tu. Watever kak, i love u lah. hihi ..

AZFAR said...

sape nk tgk blog mak nani keluar WHI.. nah ni URL nye http://www.tonton.com.my/#/home/shows/talk_show/wanita_hari_ini_2011_d22a91c1ee794d5c88449e5b00ec2c2d/episode_7_451deaa58386441182759e5b00ec1389 ...kelazzz mak nani...hehe

MISSNICK said...

biasa la tu adat bisnes akan ada dugaannya...banyak2kan bersabar ye kak nani.....org yg ego ni lambat laun dia akan bertemu jugak buku dgn ruas

Ruthlessfairy said...

apa ye link blog dia

salehs said...

apa blog dia wei..aku mau baca

sarah said...

salam auntie...
auntie xpayah la layan orang cm ni dah...lupakan tu lebih baguskan..
dari post blog pasal die... baik auntie post hal yang lebih bagus.. hehe.. sebab auntie dah cakap cina atas sana... saya kasi satu pepatah cina balik untuk auntie

"daripada kita ingat lebih baik kita lupakan"

A.s.t.i.n.a said...

Fitrah manusia yg mempunyai sikap berbeza... sabarlah...

FaznFaz said...

salam kak nani... just my 2 cents, apa kata pas nie kak nani buat disclaimer macam 'produk mungkin berubah-ubah mengikut stok. bagaimanapun, kami akan sentiasa mencoba yang terbaik untuk pelanggan kami' lebih kurang cam tu laaa.... (saya failed bab buat ayat, hehehhe!!!)

sbb saya fikir, sbg pelanggan maybe akan frust gak kalau tak dpt apa yg diorder, tapi bila pikir positive, asal dpt makan n sedap, berbaloi ngan harga yg dibayar, ok kut....

jgn sedey2, biasalaaa adat org meniaga....

polka don chess said...

oh perit nye dunia perniagaan..
sabar yer cik nani..

Chooyaya! said...

kak nani pernah charge saya kek choc moist dengan harga rm80 (besar sikit dr yg 2kg) dan jugak charge transport sebanyak rm30 dr shah alam ke kl termasuk tol. mula2 rasa pehal la mahal sangat transportation charge but then, naseb baik kek sedap. so ok la..

apapa pon, bagi saya.. lesson learned. next time mungkin kak nani kena call customer dulu. let say harga kek naik, or strawberry tak cukup or transportation charge mahal due to jauh or what ever pon, let them know. if they said ok, proceed. but if tak ok. jangan ambik job tu.

jangan sampai barang dah sampai, tak puas hati dekat belakang. susah jugak.

zaman sekarang ni orang guna internet. apapa yg buruk tu, laju jer tersebar. takot boleh menjejaskan bisnes

but. kalau kek tu sedap. mahal macam mana pon, orang akan beli. kan?

Mrs. Nisa DK said...

saya rasa ini orang ada masalah jiwa dan mental..hahahaha

NaniRostam said...

Salam semua.

Sebenar bagi kak Nani..bukan sahaja kastemer olways rait...tetapi kastemer sangat presyes. Selama kak nani berniaga macam-macam kastemer kak nani jumpa tetapi bagi kak nani walau ada macam-macam ragam kak nani terima dengan hati terbuka.

Bahkan ada dua minggu lepas seorang kastemer kak nani mungkin tak prasan terbagi duit kurang. Jumlah sepatutnya rm117. Tetapi dia terbagi rm108. Not eben wan kol pun kak nani buat untuk bertanyakan hal sebab kak nani ni jenis jaga airmuka orang. Kang 9 hengget punya hal dia rasa malu dan pulak terpaksa susah payah datang balik. So kak nani just anggap rezeki kak nani allah bagi takat tu.

Jadi memang kak nani anggap kastemer adalah sahabat paling presyes.

Farah Adlina Naini said...

apa nama link blog MK ROSE tu.. nak baca.. Sapa tau, pls bgtau ye.. :))

Farah Adlina Naini said...

apa nama link blog MK ROSE tu.. nak baca.. Sapa tau, pls bgtau ye.. :))

gja said...

bukan senang nak senangkan hati semua org.. oleh sbb itu senangkan hati kita dulu baru pk apa org tu nak, supaya senangkan hati dia pulak.. dan nampaknya itu adalah cara dia nak senangkan hati dia..mengata sesuka hati, i rasa dia mesti jenis yg bole main terjah tarik rambut kalau tak puashati kat luar eh.. hmmmm manusiaaaa, sedangkan rambut pun kaler dah macam2 skrg ni..bayangkan pulak la kaler hatinya.. apa2 pun lepas ni, k.nani pun kena usaha lebih sikit la kot kena tulis note/bg tau kalau tempahan tu ada apa2 yg terkurang/terlebih..tambahan pulak k.nani kena deal ngan org yg tak kenal.. just my 2 cents... ;-)

Anak Wak Mail said...

aunty,,tolong jangan lupa lagi..hihi

joijoi80 said...

Sabar ye kak...anggapla dugaan dunia bisnes.. kekadang customer is always right.walaupun kita dahterangkan... cuma cara nya tidak la baik berkata demikian.

Azira...Nozie...Kechik said...

isk...macam2 ye kak...tabah dan sabar selalu pasti kita tenang...

* aiseh...terlepas peluang view profile orang yang membuat testimonial yg mengecikkan hati itu...

Unknown said...

Aunty,jgn sedih..sbb bila sy baca entri dia,dia xmengutuk kek aunty cuma dia comparekan kek tu dgn gmbr asal je..dan bila kwn2 dia tanya,dia x kutuk pon kek aunty, dia kata boleh cuba cuma pastikan konfem tntg bhn2nya.Adatlah org yg kecewa mmg begitu.tp mujurlah jugak dia tak mengate2 aunty..ape pon sy tau aunty dh cuba dan wat yg terbaik..maklumlah kita manusia,ada masanya tak boleh mengawal smuanya.Semua bukan dlm bidang kuasa kita.Dugaan Allah datang dlm mcm2 bentuk.Tp sy yakin aunty orgnya sgt tabah dan bknlah org yg jenis buruk sangka pd org lain.Saya doakan aunty berjaya dalam bisnes aunty.Amin

Tuan Din said...

Bersabarlah auntie... anggaplah itu semua dugaan & cabaran dalam mencari rezeki... ingat sama mereka2 yg perlu tempuhi cabaran yg lebih hebat demi sesuap nasi...

Unknown said...

salah kak nani jugak yg tak recall dia balik...apapun sabar je laa

NaniRostam said...

salam ameer amilin. Dia call saya tak angkat. saya tak tahu no tepon dia sebab bukan dia yang order. Dia hanya menerima kek itu sebagai hadiah hari jadi. Orang yang order tak call saya. Lagi satu saya tak akan call balik miss call yang saya tak kenali. harap maaf kalau masih jadi persoalan dalam hati fikiran.

ini cik ita said...

bkn senang nak puaskan hati semua org...bukan semua org sukakan kita...tu je yg sya pegang...klau tak..da lama bengong dan bongok akhirnya...hehehe....cayalah...hidup jawanisss...hehe...