Showing posts with label Satu Hari Di Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Satu Hari Di Hari Raya. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Assalamualaikum,

Apa khabar semua....macam mana persiapan raya....raya tahun ni pasti meriah kan...balik kampung tak? Seronok dapat berhari raya di kampung kan...maklum lah kebanyakan generasi seangkatan berasal dari kampung...wak asil balik asal...macam mana bandarnya kita...desa juga tempat kita berfeeling-feeling terkenangkanya apatah lagi bila dengar lagu 'dendang perantau'.

Kalau saya, paling suka dengar lagu satu hari di hari raya lagu raya m.nasir. Mungkin masa tu saya baru nak kenal remaja. Berhari raya sebagai remaja adalah saat paling indah. Maklumlah masa tulah kita pandai berkawan-kawan. Saling kunjung mengunjungi...memang nostalgia bila ingat semua tu...maklumlah nanirostam ni berjiwa senti mental penuh kedesaan. Amboi tak nak kalah...sebut..kedesaan...yalah sedap sikit didengar berbanding kekampungan.

Sebelum balik tu...apa-apa yang belum dicolect...sila lah collect. Kalau collect semua siap-siap tak perlu berlast minute. Janganlah on the way nak balik baru nak buat semua tu. Apa kata tak da buat apa tu terus selesaikan itu ini. jadi bila balik kampung tak da lah banyak tempat nak menyinggah. Eloknya balik kampung biarlah bertolak dari rumah terus menuju destinasi. Jika amalkan begitu pasti perjalanan lebih teratur dan tidak memenatkan.

Sebenarnya saya berharap kepada sesiapa yang order kuih daripada saya, di minta segera mengambilnya agar dapatlah kiranya saya membuat sedikit persiapan untuk menyambut raya. Selagi seluruh ruang rumah penuh dengan kuih maka, niat untuk mengemas sentiasa terbantut. Tak tahu nak kemas yang mana dulu...tak tahu mana nak mula dulu.

Lagi sekali saya menyeru kepada sesiapa yang ada membuat tempahan kuih raya walaupun belum membayar deposit...diharap dapat mengambilnya kerana saya telah tersilap memasukkan nama mereka yang tidak membayar deposit ke dalam list kuih. Rupanya bila mereka menempah tanpa membayar deposit, mereka akan segumbira hati buat tak tahu selepas itu dan akan mengubah fikiran untuk membeli kuih raya di bazaar atau jalan TAR.

Maka terjadilah kuih raya tidak bertuan. jadi sesiapa yang ingin membeli secara walk-in datanglah ke rumah saya atau menalipon saya di 012-3959779.

Kepada sesiapa yang sudah membayar dan belum mengambil, sila lah telefon atau datang ke rumah saya secepat mungkin.