Showing posts with label Sentuhan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Sentuhan Rasa. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Simpan Dalam Hati Mu

Jiwa memang begitu
sekejap kacau
sekejap tenang
tak terjangkau dek akal
mampu merenggut kebahagiaan
siapapun gerangan
itupun kalau ada tepuk bersambut
hati sekadar menumpangi bahu
buat mengadu rasa
memujuk emosi
gelaran sekadar teman
tak pernah bertentang mata
bersua muka
bersentuh bersalam
hebatnya rasa
walau cuma huruf yang disentuh
mampu membuat cemburu mendidih
bagai aceh ditimpa tsunami
siapalah diri begitu besar upaya.

Wednesday, December 1, 2010

Aku Pinjamkan


Mahukah kau

kalau ku pinjamkan selaut rasaku

di dasar itu baru kau tahu

gelora yang tak pernah kau lihat



Inginkah kau

andai ku pinjamkan selangit getarku

di cakerawala itu baru kau tahu

ribut yang tak pernah kau duga



Selaut rasaku selangit getarku

masih diam dalam aku

kerana aku pun tahu

kau tak ingin meminjamnya

apatah lagi mahu merasainya.