Wednesday, March 10, 2010

Kesian Mulut Itu

Mulut busuk itu
mengejek
menghina
mencerca
mencari siapa silap
jelajah segala kekurangan
lalu tersenyum puas


Mulut lancang itu
mengumpat
mengutuk
mengata
memfitnah
tanpa sebarang asas
yang jitu dan jelas
lantas tertawa senang


Kemana dia pergi
mulut jahat itu selalu menyongsong
tak pernah tercicir langsung


Singgah di laman orang
jadi tetamu tak diundang
siap maki hamun macam mulut jalang


Bertandang dirumah orang
sah tak ada kerja
mencaci mencerca
lagak macam dia yang menyara


Adakah mulut itu sedang berdakwah
mengapa meletak tarafmu begitu rendah


Adakah mulut itu sedang berceramah
mengapa bongkak tak tahu berhemah


Adakah mulut itu sedang menasihat
mengapa dahsyat penuh hasad


Kesian mulut
Selagi nyawamu dikandung badan
selagi tanahmu belum menelan
selagi tuanmu macam syaitan
selagi itu kau mengikut arahan
walau tak ketahuan
tak tahu asal tujuan

Kesian...
jiwa sendiripun tak keruan
badan sendiri pun tak ketentuan
sanggup merempat mencari bahan

Mengintai ke sana
Mengendeng ke sini
Entah siapa lagi jadi sasaran.
Kesian...kau mulut

Tuesday, March 9, 2010

BILA AURAT TERTUTUP

Bagi saya Islam itu mudah. Orang-orang kita je yang sering buat Islam itu nampak sukar dan membosankan.Masih berkisar soal bertudung, pada kebanyakan perempuan, bagi mereka kalau mereka dah bertudung, mereka tak perlu nampak cantik. Mereka tak perlu menghias diri mereka cantik. So dunia mereka seolah-olah sudah berakhir kerana mereka bertudung menutup aurat.

Sebenarnya saya ada pendapat dan prinsip saya sendiri. Saya suka kelihatan cantik di depan suami walau pun saya bertudung menutup aurat ketika diluar. Tak mahulah ketika di rumah bila bersama suami, buka je tudung, rambut terkecut, pendek sejemput. Tak menghairahkan langsung.

Saya masih juga ke salon, merawat dan mencantikkan rambut semata-mata saya suka dilihat oleh suami, anggun dan menawan. Selain daripada saya sendiri memang gemarkan sesuatu yang cantik dan menawan.

Mungkin juga kerana saya banyak terpengaruh dan begitu terpegun dengan kecantikan perempuan-perempuan arab yang saban kali saya lihat di pusat-pusat membeli belah. Sekalipun mereka memakai purdah yang menutup mata, tetapi saya dapat mengintai yang mereka menyolek wajah mereka terutama mata mereka dengan begitu cantik sekali.

Jadi kalau anda memakai tudung menutup aurat, sebenarnya ingin saya tekankan di sini yang DUNIA BELUM BERAKHIR.

Monday, March 8, 2010

Ketika Aurat Terdedah

Dalam proses saya nak pakai tudung ni...macam-macam cabaran saya tempuhi.Kalau tak silap masa tu ialah 12 tahun yang lepas...proses peralihan itu memang sesuatu yang tak berapa nak lancar. Sekejap rasa nak pakai...sekejap rasa nak tak nak pakai.

Memang mencabar kerana masa tu iman memang goyah.Tambah lagi rambut saya yang memang mengancam.Bak kata sesiapa yang mengenali saya sebelum saya memakai tudung, pasti berkata, teringat u dulu yang vogue dengan rambut perang curly macam rambut shakira. Sebenarnya sampai sekarang pun saya memang memiliki rambut yang lebat, panjang, perang dan spiral curl.

Saya pula ada satu perangai, time orang puji-puji rambut cantik segala, masa tulah gatal kaki nak pergi salon, potonglah permlah, inailah. Sama jugak, masa orang dok kagum dengan kecantikan rambut saya yang curl-curl tu....masa tulah hati tak sabar-sabar nak bertudung. Duduk sorang sorang dalam bilik dok menerai segala tudung...pastu kejap-kejap turun bawah tanya anak-anak, "cantik tak kalau mama pakai tudung macam ni, ok tak?" Asyik dok menanya pendapat anak-anak...sampai anak-anak tak kuasa nak menjawab...mereka pun cuma cakap 'cantik....'.

Masa mula-mula pakai dulu...saya pun tak faham kenapa. Hati nak pakai tapi dalam masa yang sama asyik merungut dengan suami dan selalu sangat kata ' i ni bukan tak suka pakai tudung, tapi i tak tahan panas, pening macam nak pengsan rasa'. Masa tu masuk je kereta terus buka tudung.

Dah tu, anak-anak dara saya pula...asyik dok puji rambut saya cantik maka bertambahlah goyah hati saya untuk terus bertudung. Maka jawab saya, tulah rambut mama cantikkan rasa tak nak pakai tudung. Tapi, anak dara saya yang Hanis ni memang bersuara lantang...ma, salah atiitude macam tu. Kita tutup aurat bukan sebab nak nampak cantik, tapi nak tutup kecantikan. Kalau mama pakai tudung, kira mama terrorla sebab mama nak tutup kecantikan mama.

Dalam proses nak berjinak-jinak dengan tudung untuk menutup aurat saya....ada juga kawan-kawan yang memang tak boleh pakai attitude dia orang nih. Masa tu ketika pulang dari hantar anak sekolah agama, tudung masih melekat di kepala saya. Saya memakai tudung ketika itu kerana terdapat peraturan disitu berbunyi "ANDA DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT BILA MASUK KE DALAM KAWASAN". Sekali pun kita keparat macam setan, tak kan lah tak tahu nak baca larangan tersebut. Kita nak masuk kawasan orang, kenalah hormat apa peraturan yang ditetapkan. Kalau kita nak naik bot, peraturan yang ditetap memakai jaket keselamatan tak kan kita nak ingkar. Kalau kita pergi majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya tak kan kita datang dengan skirt pendek, seluar pendek atau seumpamanya. Kita memanglah tak tahu malu, tapi tuan rumah yang menjemput kita tu nanti rasa malu dengan sikap kita yang tak tahu hormat majlis orang.

Berbalik pada kawan-kawan yang tak berapa nak berguna tu, dia tegur saya, hai dah pakai tudung ke? Semalam tengok tak pakai tudung. Maka saya menjawab...oh saya baru balik dari sekolah agama anak, kan nak masuk kawasan tu, diwajibkan pakai tudung.

Kawan Saya : "boleh pulak macam tu, i tak suka hipokrit...buat apa nak ikut orang...kalau kita tak pakai tudung. That said. Nak buat apa pakai sebab orang suruh pakai. Hee i tak reti nak berlakun-lakun ni...nak hipokrit-hipokrit ni.

Saya : Tak adalah, kita masuk kawasan orang kenalah respect peraturan orang.

Kawan saya : eh apa pulak nak paksa-paksa orang pakai tudung.

Saya : Dah u masuk kawasan orang...dia orang tak tengok u punya aurat tu...ikut jelah.

Kawan saya : Eh tak da lah....orang lain boleh la , i sori. Masa balik rumah mak mentua i kat kelantan pun..tak ada nyer i nak bertudung-tudung depan dia orang. I bukan hipokrit.

Saya ; Bukan masalah hipokrit. Just respect orang...kita di tempat orang. dia orang benci kalau tengok kita tak tutup aurat. So buat apa nak bagi orang benci kat kita.

Disebabkan kawan saya ni manusia paling tak mahu kalah kalau bercakap maka...akhirnya saya diam dan berlalu...lantak kau la labu....

Tapi sekarang, alhamdulillah...kalau dulu saya tak malu nak tunjuk rambut saya pada bukan muhrim...tapi sekarang saya rasa tak sanggup dan sangat malu.

Bagi saya, tak mengapa anda mengalami pelbagai dugaan, umpatan atau berperang dengan kemahuan sendiri seperti sekejap pakai sekejap buka, asalkan anda ada niat dan berusaha untuk memantapkan iman di dada dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Kita pun manusia biasa, yang masih lemah dan tak cukup kuat lalu sering buat silap. Yang penting jangan hati kita menjadi hitam lalu tertutup dan sedikitpun cahaya tak dapat menembusi. Nauzubillahiminzalik.

Wednesday, March 3, 2010

Dia Memang Garang....Fuhhh

Bila dah tua-tua ni, anak-anak saya yang kecik-kecik inilah jadi penghibur hati. Kemana saya pergi, mesti selalu saya bawak Imran Hafiiz dan Alisya. Pergi main bowling, pergi tengok wayang, pergi beli stationery, pergi beli barangan seharian di TESCO, pergi makan di IKEA memang aktiviti rutin kami empat beranak.

Satu lagi yang saya bangga tentang anak saya (eceh eceh, bangga lagi, kang jangan sampai ada yang meloya pulak bila saya membangga-banggakan anak-anak saya). Mereka selalu jadikan saya tempat mengadu, bercerita dan bagi saya mereka memang lawak. Terutama Alisya, yang ber suara lemak merdu (sedap ikut suara saya kot). Tadi dah loya kali ini terus muntah hijau pulak kang.

Hafiz dan Alisya ni memang rapat. Kalau saya nak keluar tak bawak Hafiiz, Alisya tak nak ikut. Setiap masa berkepit. Dah tu tak habis-habis bersembang. Saya yang sedang concentrate buat kerja ni pun, tersenyum-senyum, bila dengar mereka mula bercerita apatah lagi cerita tentang cikgu mereka yang bernama Puan Hazlidah. Saya dah pernah jumpa dah cikgu ni. Orang dia comel jer, peramah dan tidak sombong bila dengan ibu bapa. Suara dia pun sangat kecik dan comel...bak kata Hafiz dan Alisya macam suara baby.

"Ma,ma, Puan Hazlida tu garang tapi kelakar, dah lah suara macam baby, tadi kan, masa dalam kelas, dia ajar Bahasa Malaysia dia marah sebab murid2 tak faham. Dia kata sambil menjerit, dalam satu ayat kamu kena guna satu format yang cikgu dah cipta!!! Kamu kena ikut format PARL iaitu person, aktiviti, reason and location. Jangan nak buat ayat bengong!!!. Ayat pendek- pendek, contohnya DIA SEDANG MATI.!!!"

Ataupun, jangan pulak buat ayat pendek bengong yang ulang2 aktiviti contoh, mak sedang kencing. ayah sedang kencing. abang sedang kencing. datuk sedang kencing. nenek sedang kencing ke!." Dalam hati saya, fuhhhh...real betul cikgu ni...

Geli, geli betul Hafiiz bercerita....terkekeh kekeh....dalam pada garang tu pun, dia orang terhibur betul dengan kelas Puan Hazlida.

Nanti saya cerita pulak pasal cikgu tu buat lawak kat kelas Alisya...Alisya ni sangat pandai ajuk balik apa cik gu dia cakap....memang kelakar...bukan sebab cikgu tu je yang kelakar...Alisya yang menyampaikan cerita tu pun kelakar jugak...kalau boleh saya nak rakam cerita dia...heee.

Ini Dunia Ku, Anak-Anak Dan Coklat

Walau pun dah berpuluh tahun saya terpalit dengan kecomotannya namun sejak setahun dua kebelakangan ini, hidup saya bertambah comot yang tidak terbendung. Dapur saya yang biasanya bersuasana putih melepak..telah bercampur ton warna coklat lalu jadilah ia macam bayi yang terjumpa coklat cadbury bawah meja.

Serba serbi dah jadi coklat. Kain buruk toksah ceritalah. Setiap kali nak kena rendam klorok.Hari-hari saya bergelumang dengan kek.Hari-hari bergelumang dengan coklat. Dulu selalu benar sang suami merasa tercabar bila saya buat kek coklat untuk anak-anak makan. Katanya 'hee...i paling tak suka bila you buat kek coklat, comot satu rumah'.

Tapi kerana saya isteri yang degil, segala rungutan itu saya anggap macam angin lalu jer.' Sorry ya, i got no choice my dear',

Saya ingat lagi masa saya kerja bank dulu pun, satu malam tak tidur nak kena siap kan empat biji kek coklat sekali. Pagi-pagi saya bawa empat kotak kek ke pejabat dengan menaiki bas. Aduh bayangkan, semua mata pandang saya. Dan mata saya pun pandang mereka balik. Tak jadi hal.

Sekarang bila hari-hari pegang coklat, buat benda lain pun saya tak berapa nak cukup masa. Masak memang dah jarang. Kemas rumah setakat sapu sikit-sikit je.Mop sekali sekala. Nak kata kemas detail tu memang tak da masa. Laman dah lama tak dapat sentuhan saya. Dah lama tak beli pokok. Dah lama tak beli baja. Masih tak jadi hal.

Cuma sekarang yang jadi hal fikiran saya adalah anak-anak saya yang berdua bongsu ni. Hafiiz dan Alisya. Saya keliru dengan apa yang seharusnya saya rasa. Rasa bangga atau rasa bersalah. Saya tahu anak-anak sangat memahami situasi saya bekerja keras cari wang. Hampir setiap malam tak cukup tidur sebab buat dan tunggu kek masak.

Sejak setahun dua yang lepas memang saya jarang basuh dan gosok baju sekolah dia orang. Tetapi yang pasti, bermula tahun baru ni, saya memang tak pernah basuh dan gosokkan baju-baju sekolah Hafiz dan Alisya. Kadang rasa kasihan kadang rasa bangga. Bukan apa kagum sangat dengan Alisya. Kalau baju dia kena warna atau sebagainya, dia dah pandai rendam guna klorok. Sama dengan kasut sekolah. Gosok baju pun nampak sempurna. Kerja-kerja sekolah langsung saya tak pernah tanya dan sentuh. Memang sentiasa ada kesedaran sendiri untuk menyiapkannya.

Bukan setakat tu, kira-kira kalau sinki penuh pinggan mangkuk pun, sambil menyanyi-nyanyi dia boleh menyiapkan membasuh pinggan mangkuk yang menggunung.

Selalu bila saya suruh basuh pinggan, dia akan merungut kerana pinggan mangkuk yang kotor banyak. Tapi saya selalu kata, 'tak pa Alisya basuh yang Alisya larat sahaja. Kalau dah tak larat berhenti' Tanpa disedarinya dia tetap dapat menyiapkannya.

Saya tahu, anak-anak langsung tak pernah berkira atau merungut tidak puas hati kerana mereka kena buat sendiri. Cuma saya sahaja yang rasa tak sampai hati membiarkan mereka yang masih kecil (bagi sayalah) buat semua tu. Tetapi oleh kerana saya bukan superwoman yang boleh buat sendiri semua tugas-tugas mengurus rumah dan mencari duit, maka rasa bersalah saya itu tiba-tiba bertukar menjadi rasa bangga sebab anak-anak gembira, seronok dan bangga saya jadi ibu mereka.

Tuesday, March 2, 2010

Bertemu Jodoh

Pengumuman-pengumuman,
siapa yang mahu bantu
tolong aku kasihani aku
tolong carikan diriku
kekasih hatiku
siapa yang mahu


Eh tak, tak, tak.....memang jauh panggang dari api. Umur 19 dah kahwin...tak kan nak buat pengumuman cari jodoh..macam buat pengumuman-pengumuman kat majlis-majlis kahwin nak panggil pak sedara mak sedara untuk sumbang suara kat kugiran kampung pulak. Lainlah kalau dah terlajak.....

Tapi ini nak buat pengumuman tentang hal kahwin jugak Baru-baru saya telah kehilangan buku catatan tentang semua pesanan, makeup pengantin, kek dan biskut hantaran.

Jadi sesiapa yang ada membuat pesanan untuk bulan Mac ini sila telefon Kak Nani segera untuk mengesahkannya.Terima Kasih atas perhatian anda.

Sekian. Wasalam.

Sunday, February 28, 2010

Layak kah Anda Digelar Sahabat

Bukan mudah untuk kita mempunyai kawan yang sehati sejiwa. Yang boleh bertahan hingga meniti ke usia tua. Boleh membantu dikala kita memerlukannya. Bersedia meluangkan masa untuk menemani kita. Saling kunjung mengunjungi. Sedia mendengar dan memahami apa sahaja luahan hati kita. Memahami apa jua situasi kita. Boleh bercuti bersama. Mengenali dan mesra antara keluarga kita dan keluarganya. Tempat kita mengadu, tempat kita bercerita dan tempat kita bergurau senda dan tempat kita juga mencurah rasa..mencurah airmata. Tahu menjaga hati kita.Selalu akan cuba menggembirakan hati kita bila dilanda kesusahan.



Menjalin persahabatan memerlukan kommitment. Kalau anda terlalu sibuk dengan tugas harian. Kalau anda tak ada masa nak bertanya khabar walau sekadar bersms. Malah nak jawab sms pun tidak. Kalau sebulan sekalipun susah nak bertemu. Kalau dalam masa seminggu pun susah nak menelefon kerana berkira bil melambung atau memang anda seorang yang sombong. Kalau anda tidak boleh menemaninya walau sekadar pergi membeli belah. Kalau anda tak sudi berkunjung kerumahnya. Kalau anda tidak ingin dia berkunjung ke rumah anda.Kalau anda berkira-kira mahu membantunya. Kalau anda berprasangka dia mahu berkawan dan baik dengan anda kerana ada niat lain. Kalau anda sendiri berasa tidak senang kerana dia hidup lebih senang dari anda. Atau kalau anda malu dan tak suka kerana dia bukan orang senang malah hidup susah pula. Bermakna anda sendiri tidak ikhlas berkawan. Anda tidak mementingkan persahabatan sejati. Anda pentingkan diri sendiri. Maka tidak wajar anda menjadi sahabat baik dan mengharap orang boleh menjadi sahabat baik anda.



Banyak juga sahabat terputus apabila masing2 sudah berkahwin dan terlalu taksub dengan suami atau isteri dan rumahtangga maka, dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri apatah lagi mahu bersahabat.



Ada sesetengah kita mempunyai sahabat yang baik, rapat dan mesra hanya kerana mereka teman sepejabat. Tetapi setelah berhenti kerja atau berpindah kerja, maka persahabatan terputus begitu sahaja.Senyap tanpa berita. Sebenarnya persahabatan begini hanya berlaku kerana mereka tiada pilihan. Mereka kena bersahabat kerana bekerja satu tempat. Walau macam mana rapat sekalipun tetapi persahabatan mereka tiada nilai. Tiada value.Boleh hilang begitu sahaja bersama angin lalu.



Begitu halnya bila kita berkawan kerana tinggal satu kawasan. Bila berpindah maka selepas itu bawa haluan masing-masing. Sibuk dengan tuntutan kerja dan sebagainya. Lalu terus melupakan persahabtan yang pernah terjalin.



Ada pelbagai ragam sahabat. Kalau yang memang bertuah boleh bertahan sampai mati, ada tu tak sampai sebulan. Malah ada yang cuma sehari. Maka renung-renungkan adakah kita layak dipanggil SAHABAT SEJATI.


Hijrah Rohani :

Sabda Rasulullah s.a.w

"Sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluannya, (dan Baginda memberi isyarat dengan jejarinya) itu lebih baik baginya dari beriktikaf di masjidku ini selama dua bulan".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi ;

"Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu kamu menemui saudaramu dengan muka manis dan menuangkan (air dari bejanamu ke dalam bejana saudaramu".