Tuesday, October 30, 2012

Sekolah Berasrama Penuh Untuk Anak-Anak Kita





Assalamualaikum,

Alhamdulillah 2012 hampir ke penghujung. Pejam celik...ke hulu ke hilir...turun naik...tidur bangun..kenyang lapar..kerja cuti..saya panjatkan doa kesyukuran pada Allah bagi lagi peluang dengan memanjangkan usia memurahkan rezeki dan saya masih menulis saat ini.


Anak anak makin membesar. Belanja makan, pakai, persekolahan tak usah cerita. Kadang-kadang bila fikirkan  hantar anak-anak ke Asrama bukan satu cara untuk kita berjimat. Malah beban perbelanjaan mereka di sana berpuluh kali ganda. Belum kira petrol, tol dan tiket bas. Lagi kerap anak-anak balik ke rumah lagi banyk belanja yang diperlukan. Kalau seorang anak duduk asrama, sekurang-kurang harus sediakan rm500 sebulan untuk seorang. Kalau macam saya ni ada 3 orang maka harus sediakan rm1500 secara kasar untuk membiayai perbelanjaan anak-anak sekolah berasrama. Itu belum termasuk duit beli pakaian yang hilang, ganti kasut yang rosak, uniform dan stationery, titik bengek untuk aktiviti di asrama.

Dulu saya fikir hantar anak ke asrama maka ringanlah bebanan kewangan kita menanggungnya. Rupanya tidak begitu, Awal persekolahan harus sediakan sekurang kurang rm1500 untuk seorang dengan pelbagai yuran termasuk PIBG. Bayangkan yuran PIBG pun lebih rm200 belum yuran asrama dan sebagainya.

Tetapi dalam hidup ni kita harus memilih yang terbaik buat anak-anak. Banyak ibu bapa masih dalam dilema, sekolah mana harus anak-anak bersekolah. 

Bagi saya, anak-anak lelaki harus selalu diberi peluang yang lebih baik untuk masa depan mereka, kerana dimasa hadapan merekalah yang akan meminang anak dara orang, memberi nafkah anak isteri, menjaga kebajikan ibu bapa. Jadi asasnya harus mantap, barulah akan datang peluang peluang lain.Memohon sekolah berasrama penuh dan menerima tawarannya adalah satu langkah bijak buat ibu bapa yang mempunyai peluang tersebut untuk anak-anak lelaki.

Saya amat bersyukur, semenjak anak-anak lelaki saya Khairi dan Hafiiz belajar di sekolah berasrama penuh, banyak peluang yang tak mungkin diperolehi apabila bersekolah di sekolah biasa. Misalnya, Khairi adalah salah seorang pelajar terbaik bahasa jepun yang mewakili Malaysia untuk lawatan sambil belajar  selama dua minggu ke Jepun di bawah tajaan Kementerian Pelajaran. Walau  gagal mendapat tawaran menyambung pelajaran ke UK seperti yang diperolehi oleh kawan-kawan rapatnya, Alhamdulillah dia masih mendapat scholarship dari  Sime Darby untuk Pengajian Diploma Dalam Bidang Kejuruteraan di UiTM. Saya berharap dan berdoa semuga dia berusaha lebih untuk keperingkat Ijazah dan seterusnya. amiin.

Saya berharap Hafiiz juga tidak melepaskan segala peluang peluang yang disediakan untuk pelajar sekolah berasrama penuh. 

Baru-baru ni Hafiiz menyuarakan hasrat hati untuk meminjam wang saya sebanyak rm600. Nak beli alatan memanah katanya. Alhamdulillah semenjak anak-anak sekolah berasrama mereka mula aktif bersukan. Imran pula aktif bermain ragbi walau sebelum ini menghidap Asthma. Alhamdulillah sejak aktif, asthmanya semakin pulih.


Buat anak-anak perempuan saya lebih suka mereka bersekolah di sekolah biasa dan tak perlu bersusah payah berjauhan dari saya. Alhamdulillah walau bersekolah biasa, anak-anak perempuan saya masih dapat tawaran U dan alhamdulillah Hanis menjadi siswi  tajaan JPA. Insyallah Alisya akan mengikut jejak langkah Hanis bersekolah disekolah biasa yang berdekatan dengan rumah.

Sebenarnya saya tidak pernah ada budget untuk anak-anak. Kalau anak minta saya bagi Kalau anak  perlukan, saya sediakan. Sekalipun semuanya di atas pundak  saya, say tidak pernah mengira begitu. Kerana hikmah disebalik tangan yang menghulur tidak terkira banyaknya. Alhamdulillah semua itu rezeki dari Allah untuk saya beri pada keluarga.




Hari tu Besday Alisya, nampak dia terlalu seronok untuk pergi bersama-sama mengambil abang kesayangannya Hafiiz balik dari asrama...  Lama kami tunggu Hafiiz di Stesen Bas Kuala Selangor kerana dia menumpang kereta ayah kawannya dari Sabak Bernam untuk ke stesen bas Kuala Selangor.




Rupanya, ayah kawan dia ajak singgah di sini.pekena cendul deroyan....



Bila Hafiiz beritahu tentang tu, saya pun tekan minyak kereta, menyongsang semula ke arah Tanjung Karang melepasi jambatan Kuala Selangor untuk pekena cendul ni....



Tapai pulut pun ada di jual di sini.....


Ramai betul pelanggan di sini, tetapi tak seramai pelanggan CENDUL BAKAR di persimpangan dari Trafiic Light Kuala Selangor menuju ke highway LATA. Kat CENDUL BAKAR tu sampai disediakan DRIVE TRU sebab terlalu ramai orang. Ingat lagi 2 tahun lepas, saya lalu lalang di situ tanpa rasa ingin singgah langsung. Sekarang bersesak orang menyinggah.


Inilah dia cendul durian..tapi durian paste tu sebenarnya tak berapa kick rasanya.


Cendul biasa lagi ok tanpa durian...


 Mungkin kerana paste tu agar tawar dan tak terasa durian segar sangat....



 Mi kari dia not bad...texture kuah agak berserdak.. tapi berebut jugak kami berkongsi satu mangkuk 3 orang...


Lepas tu memenuhi permintaan Hafiiz untuk memanah di Sunway Pyramid....






Ini besday Alisya ke besday Hafiiz hehehe



Hafiiz tunjuk skil memanahnya pada Imran yang pestime woh!!!




Bakal pemanah mewakili negara...Insyallah mudah mudahan doa saya dimakbulkan...amin.




Imran pula tunjuk skil...



Kasih sayang seorang abang pada adiknya....





Budak dua ni macam isi dengan kuku...rapat sangat... sekarang Alisya dok giler membaca novel..Hafiiz pun terikut...saya tak perlu baca, Alisya dengan senang hati menceritakan balik apa yang dibacanya... menarik juga novel bersiri IMPIANA tulisan  Ain Maisarah.














Selepas berjimba jimba memanah dan makan ais krim baskin robbin, perut masing masing minta di isi.





Setelah puas meronda, asalnya nak ke restoran jepun, tetapi kerana beratur panjang, akhirnya kami settledown di Ole Ole Bali. Air minuman kat sini memang sedap dek kerana kretip mencampurkan semua bahan...










Memang kenyang makan di sini sebab tak lupa baca doa makan hehe. Alhamdulillah...portion hidangan besar. Satu hidangan syer dua orang. Maka kami cuma order dua main dishes.



Inilah sebenarnya rahsia tangan Hafiiz kuat memanah. Kalau kat dapur dia rajin tumbuk rencah untuk masak. Berurat-urat gitewww walau baru 14 tahun....

41 comments:

nabila azmi said...

sweet family=)

ascil.punye.lah said...

wahhh cam best je memanah tu =)

betul bab yang asrama tu.memang banyak pakai duit.kitorang dulu 3 daripda 5 orang adik beradik duduk asrama.memang kadang2 kesian kat ibu ayah sebab byk pakai duit.tapi kan,bila kita ada rasa macamtu,kita mesti belajar rajin2.sebab tknak kecewakan ibuayah.

eLL said...

aunty nani,
tg.karang adalah rumah mentua saya. stesen bas kuala selangor pula dekat dengan rumah saya.

cendol bakar tu baru je bukak. cendol borhan yang pemes tu tiap-tiap masa ramai pelanggan.

tapi jujurnya saya tak pernah try kedua-dua cendol tersebut.
hahahaha

Hudalatip said...

wow, bertuah kak nani ada anak bujang yang rajin tolong tumbuk rencah mudah2 an dia berjaya menjadi pemanah negara yang berjaya.

su'e said...

salam auntie..

seronok saye bace blog auntie. inspirasi untuk saye mengharungi motherhood life. hehe~ hafiiz sekolah kat SBPI sabak bernam tu ye. lalu rumah mak saye la tu. nanti ade mase lapang, singgah k. take care! ;)

Kniedaz said...

Seronoknya keluar dengan anak2 yang dah besar2 ni..skang ni ada si kecil banyak sikit karenahnya...seronok tengok kak Nani n anak2 outing

keet said...

wah..untong la kak nanti..ada anak terer memanah + pandai memasak jugak sebab selalu tolong tumbuk-mrnumbuk rencah di dapur..hihi

am3thyst said...

banyak2 makanan.. saya terliur kat tapai pulut tuuu.. sedapnyaaa~~

Numa Delights said...

Best tengok, cam ni lah nanti saya bila all my 3 boys dah besar (sekolah menengah) nanti, insyaAllah.

Elok sukan memanah, sunnar Rasul SAW ^^

Nuha Apparels

Muzik Hati said...

aunty nani, am 1 of ur loyal silent reader ^_^

memanah mmg best. i was an archer for Sarawak during my secondary school time, was a trainer during my univ time. kebetulan masa sukan memanah baru berjinak2 di negara kita, sekolah saya dipilih sbg perintis sekolah sukan memanah. memanah ni mmg bagus utk melatih minda supaya lebih fokus dgn apa yg kita lakukan. memanah juga melatih kita utk bertenang ;)
tahniah kpd anak aunty yg memilih utk menjadi pemanah. good luck!

Muzik Hati said...

aunty nani, am 1 of ur loyal silent reader ^_^

memanah mmg best. i was an archer for Sarawak during my secondary school time, was a trainer during my univ time. kebetulan masa sukan memanah baru berjinak2 di negara kita, sekolah saya dipilih sbg perintis sekolah sukan memanah. memanah ni mmg bagus utk melatih minda supaya lebih fokus dgn apa yg kita lakukan. memanah juga melatih kita utk bertenang ;)
tahniah kpd anak aunty yg memilih utk menjadi pemanah. good luck!

Unknown said...

pergh..makanan2 semua tu nampak sangat2 menyelerakan..

mi$$ Wh@teveR said...

You are my inspiration.
Biar ada org xsenang dgn aunty, tp sy daro dulu slalu ikut pkmbangan aunty, hanis dan family.
Imspirasi untuk sy tempuh cabaran berumah tangga.
Dulu malas memasak, jadi rajin lepas baca blog aunty.
Cara aunty lebih kurang sama dengan mama saya.
Pikat anak dgn makanan.hihi
thanks aunty.
Rajin2 apdet blog taw. Gelisah kalau aunty lama xapdet

mamasuri said...

sejuk perut aunty mengandungkan anak2 aunty...hopefully sy akan dpt jugak moment itu nnti..

Anonymous said...

salam kak nani,

sy suka baca tulisan kak nani pasal anak2 kak nani.

sy pernah cuba sukan memanah. tp main2 je. sekadar cuba2 masa bercuti di damai laut.

ahmadhiSyam said...

mengidam pulak nak pekena cendol bakar...

Puan Yaanie said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sedapnyeee.

aizeepesona said...

camne pon gambar yang terakhir tu jugaklah yang menambat hati ...

kak nani anak dara cinonit saya kirim salam kat abg hafiz...hehee

Momzy said...

Salam Kak Nani.

Greeting from Singapore.

You're beautiful Kak Nani. Same goes to your family. You're my inspiration and to other womens too, i believe.

Rmmbr me? Nora dari SG, i ever ordered Collagen from you.

Take care. :))

0108D said...

bestnyaa adik beradik rapat mcm ni. hehe
saya dgn adik2 n abang pn time kecik2 mcm ni la, sorg buat aktiviti, jenuh semua nk join jg.

skrg semua da besar2, masuk universiti negeri lain2, mujur la boleh main SMS2, keluar makan kadang2.

nk harap cuti balik rumah, cuti lain2.

<3

SUSU said...

Cendol Bakar, firstime makan, memang saya rasa ia lebih baik dari cendol borhan. Sebab dia guna durian segar (bukan paste).

bila 2nd time makan, terus tak selera sebab durian dia dah jadi tempoyak. itu satu masalah. dan satu lagi, pelayan melayu dia, muka seposen je. baik lagi pelayan bangla kat situ. bila kita cakap durian rasa tempoyak, dia pun buat muka tempoyak. mujur ada pekerja bangla yang prihatin, terus ambil mangkuk cendol tempoyak saya dan tukar dengan cendol biasa.

Lepas tu, tak singgah dah cendol bakar. mungkin tak selalu durian dia jadi tempoyak, cuma malas nak singgah. lagi-lagi musim hujan ni... sejuk. tak sesuai makan cendol. hehehe

Dinas Aldi said...

Saya pun suka cendol plain saja tanpa tambah benda2 lain, hehe.

Semoga kak Nani sekeluarga dirahmati Allah SWT selalu :)

Syida@Mrs K said...

Thank you...you are an inspiration! Sy ada dua anak lelaki (Twin) an one lil girl. Hope they will be as close as your children. Sangat berkesan dihati bila A.Nani wrote abt anak2 lelaki dan tanggungjawab mereka for future.Nak cited & shared dalam blog saya ya..Thanks! (will qoute frm you :) )

Unknown said...

hello auntie,

first time komen.hehe..selalu silent reader je.hafiz belajar kat intersaber ye.sy pun ex student situ and rumah sy kt sg.besar...untung anak2 dapat mak mcm untie nie..sgt penyayang dan ambik berat..semoga family untie happy2 selalu..

Unknown said...

Best n BertuahnyaKak nani ada anak2 yang bagus! Kak nani mmg ibu yg hebat! :-)

yana said...

Salam,
Saya pun dlm dilema,tahun depan ank saya dah darjah 6,jadi bila msk form 1,ramai yg akn msk asrama penuh,dia pun dah mula tanya, blh tak dia nak msk asrama?Sebagai seorang yg pernah merasa belajar di sekolah biasa dan asrama penuh, keputusan saya lebih condong agr ank2 belajar disekolah biasa.Bukanlah kerana bajet, tapi saya dpt rasakan pelajar sek biasa/sek harian lebih banyak peluang utk observe, dan analyze persekitaran mereka dan sterusnya buat keputasan dgn lebih meyakinkan berbanding dgn pelajar asrama, dan kalau kita lihat pelajar plg cemerlang di Msia, cth Amalina dll pun datangnya bkn dr asrama penuh, atau MRSM tapi datang dari sek biasa. Mungkin fasiliti sek biasa x setanding asrama, tp bak kata pepatah, less is more, pelajar sek biasa akan berusaha lbh berbanding pelajar asrama penuh utk capai kejayaan, dan kesusahan itulah yg akn membuatkan mereka cemerlang luar biasa.Bukan shj cemerlang akademik,tp dr segenap bidang,spt kemahiran bersosial,berkebolehan menangani masalah peribadi dll, malah mereka juga lbh outspoken. Itu pandangan saya, walau kdg2 bila tgk ank saya mcm2 tolong saya buat kerja rumah,dengan adik2 yg ramai,saya rasa baiklah dia duduk asrama,senang boleh belajar tanpa gangguan,Tapi,akhirnya saya sedar itu juga salah satu cabang ilmu,ilmu utk kehidupan dia juga esok2..Moga Tuhan aturkan yg terbaik utk kami sekeluarga dan k.Nani juga.

MAK TEH said...

salam Nani, harini nak tinggalkan jejak..nice header,blog berwajah baru...cantik .tadi tgk hanis dlm madmarket hongkong..best..my collagen dah nak habis..hihi

Bulan Purnama said...

Suka baca Blog Puan..Ada sorang pakar pendidik negara mengatakan sebolehnya jgn hantar anak ke asrama sekiranya dirumah kita ada bilik dan meja n kerusi untuk belajar...mungkin beliau beranggapan parents yg htr anak ke asrama nak melepaskan tanggungjawab kpd pihak sekolah utk mendidik anak2 mereka..wallahualam....anak sulung sy tinggal di asrama tp sekitar KL je..dpt tawaran asrama penuh di N9.. sy tolak..sbb sy nak anak tinggal di asrama penuh berunsur keagamaan dgn guru2 yg terbaik disamping dpt bertemu anak sekerap mungkin..anak kedua masuk asrama TKT 5 dan yg bungsu di Victoria KL..sy dpti anak bongsu lebih bertanggungjawab mengurus keperluan rumah..namun terpulang juga cara didikan..apa2 pun ada pros and cons bila htr anak ke asrama ni..sekadar pandangan dan berkongsi pengalaman

Unknown said...

dah terlalu lama tak pekena cendol buatan mak di kampung...sape2 pon akan tidak menafikan cendol mak masing2 paling sedap kan

Pn. Ila said...

Suka tengok anak-anak Kak Nani. Esp yang lelaki..sebab kalo baca blog akak saya tgk diaorg rajin tolong akak. Kalo anak pompuan rajin pada saya biasalah tapi kalo anak lelaki, saya kagum woo..apa rahsianya kak? saya ada anak lelaki juga tp masih kecil.

BLOG ANAK MAMA^^ said...

Salam kak Nani, sukeee sangat baca blog kak nani ni, i wonder macam mane kak Nani besarkan anak2 saya tengok semuanya pandai2 belaka lepas tu dari pembacaan dan gambar2 saya tahu anak2 kak nani ni jenis berbudi bahasa, pandai dan pandai hormat orang tua..kalaulah ade petua2 yang boleh dikongsi pada ibu2 baru macam saya ni^^

Susan Lolo Bua said...

Salam.
Kk Nani, saya datang lagi, saya baca entry kk Nani memang memberikan satu hal yang baru dlam hidup, menginspirasi ke saya. meski skarang saya masih muda lagi tetapi membaca blog kk Nani memberikan saya pengetahuan dan wawasan menjadi wanita yang berjaya dalam mendidik anak2. Saya sangat tabik dengan Kk Nani, cantik luar dan dalam. kk Nani terhebat. menginspirasi wanit lain.
saya reader dari Indonesia.

Eray Majid said...

suke sgt bc perspektif kak nani pasal anak2, some of it akan sy pinjam untuk membesarkan anak sy rayna & sofhea. tq k nani.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/11/penyusuan-di-tempat-terbuka-bukannya.html

Unknown said...

blog paling ramai folloer..done follow salam kenal kali pertama ke sini...
klik http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

Izaidin Misdi said...

Saya suka membaca blog puan. Cukup rencah, terutama sekali bila ada entry memasak dan menghias meja makan. Wow, tak sabar rasanya nk duduk di rumah baru dan mengambil inspirasi dari blog puan!

CIK TOM said...

seronoknya pergi jalan2..terliur tgk...

3 Blog Pilihan Terbaik

Azean Azman said...

Cantiknyaaa mak dia .. heheee :)

Unknown said...

Salam.

thanks for sharing. ML teruja reading ur entry kali ni. Mcm kena dgn ML plak plak. insyaAllah anak lelaki ML akn belajar di asrama skolah somewhere in N9.

ML nk anak lelaki ML ni berdikari. Selama ni dok bawah ketiak gramma & mama dia je... Doakan yg terbaik utk anak2 kita :) insyaALLAH :)

all the best 2U2 Nani...
*we met masa event Nuffnang kat Concorde Hotel, few months ago*

rintzpalil said...

Paling saya terkesan entry Kak Nani kali ni, tentang mendidik anak lelaki. Kejauhan akan buat mereka untuk berdikari dan tahu tanggungjawab.

Faten Johary said...

tangan ank jantan mesti la hahaha

Harihta Potter said...

Salam Aunty, ni first time tinggal jejak . Selama ni silent reader. Asrama memang banyak makan duit . Sy brsekolah at sebuah sekolah elit di Terengganu dan memang yuran agak mahal . PIBG dah lebih 200, tak kira duit koperasi, duit asrama, duit poket . Memang akan ada rasa macam banyak duit mak bapak habis, dan alhamdulillah, saya menjadi salah seorang pelajar target di sekolah saya . Aunty, all the best !