Friday, November 23, 2012

Kita Tidak Keseorangan


Assalamualaikum

Ingat tak entry yang lepas mengenai kajiselidik Mum's Secret Survey survey di MSN Parenting Malaysia tu? Ala..... pasal nak tahu rahsia hati seorang ibu jerla....... bukan nya apa pun.....itu semua hanya pendapat masing-masing jer kan....Cuma kalau nak tahu hasil survey yang dilakukan, anda boleh klik  di  MSN Advertorial 6  

Setelah  melihat akan salah satu daripada persoalan  hasil kaji selidik tersebut rupanya kita tidak keseorangan. Ramai ibu ibu diluar sana mempunyai  rahsa seperti apa yang kita rasakan selama ini :-

APAKAH SELAMA INI ANDA MERAHSIAKAN YANG ANDA TIDAK CUKUP BERUSAHA UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK ANDA KETIKA MEREKA MEMBESAR?
    Ya 70%
    Tidak 30%

Bagi saya hampir kebanyakan ibu –ibu di Malaysia ini  mengalami  situasi  dan cabaran yang serupa dalam  membesarkan anak-anak  mereka. Suara hati mereka sama seperti apa yang saya rasakan selama ini.

Sebenarnya  memainkan peranan  sebagai  ibu  tidaklah  mudah dan agak mencabar apabila kita hidup di kalangan masyarakat setempat  khususnya atau masyarkat asia umumnya  yang amat biasa dengan gaya hidup yang penuh dengan pendapat kedua  iaitu ‘second opinion’ serta campur tangan  atau gangguan iaitu interferences dari ibu mertua, rakan rakan dan para persaing yang biasanya terdiri daripada adik beradik dan ipar duai.

Namun apabila gangguan atau interferences itu yang ternyata silap  atau kecundang maka  jauh di sudut hati  kebanyakan daripada kita akan tersenyum sinis, anggun dan megah  kerana kita waktu itu lebih jerjaya dan  berada di puncak  lalu kita akan sering merasakan yang  diri telah  telah  menang dalam  pertempuran  yang  senyap.

Ibu-ibu semua,  adakah anda selama ini merasa bersalah?   Tunggu, jangan rasa bersalah kerana anda tidak keseorangan dalam hal ini. Jangan terkejut apabila baru-baru ini kajian  atau survey  di  Mum's Secret Survey survey di MSN Parenting Malaysia yang telah dijalankan mendedahkan yang  32% daripada  rahsia   ibu-ibu  adalah   mereka berasa gembira sebenarnya apabila ibu mertua mereka   membuat kesilapan!
Begitu juga  kepada ibu-ibu sering merasakan bahawa orang lain lebih tahu segalanya dari anda, cuba atasi perasaan dan pemikiran tersebut dengan menanganinya berpandukan  tips tips ini .

Pernahkah anda  terfikir  bahawa  anak anak kepada adik beradik anda lebih bijak daripada anak anda ? Memang benar kebanyakan berfikiran begitu apabila kajian atau survey yang dibuat menyatakan bahawa 76% rahsia ibu ibu mahukan anak anak mereka lebih bijak daripada anak-anak kepada adik beradik mereka manakala 74% ibu-ibu memang  mengharapkan anak mereka lebih bijak




Menjadi lumrah alam  walau rapat macam mana tetap wujud perasaan bersaing mahui anak anak kita yang lebih pandai daripada anak-anak adik beradik kita.

Agak membimbangkan apabila   52%  daripada ibu ibu yang berfikir bahawa  anak anak sebenarnya mewarisi  saraf kepintaran otak daripada ibu mereka!

Banyak ibu bapa merasakan kepintaran anak-anak mewarisi kepintaran ibu bapa

  Bagaimanapun  para ibu-ibu semua,  ada berita untuk anda semua   bahawa  yang  terbaik dan bagus itu hanyalah  harapan semata mata  sekiranya anda  menidakkan   kenyataan tentang apakah sebenarnya yang mampu  memintas atau apakah  jalan paling mudah untuk melahirkan anak-anak yang bijak pandai. 

Sebenarnya  disebalik semua yang anda rahsiakan selama ini, banyak di antara kita tidak sedar bahawa apa yang lebih penting adalah :-

Memastikan  pemakanan  yang betul untuk anak anak anda adalah kunci sebenar kepada kejayaan intelek  mereka.



Beri anak anak permulaan yang baik adalah amat penting untuk tumbesaran mereka.

Memahami fungsi sebenar tenaga  kepada otak merupakan bonus kerana ianya membantu  peranan ibu bapa menjadi lebih seronok dan bermanafaat kerana siapalah  di antara kita yang tidak mahu anak-anak mampu terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun apa yang jarang  diberi  perhatian  adalah tentang pentingnya sumber tenaga  menjana  fungsi dan keupayaan otak bekerja.  
Untuk pengetahuan anda  bahawa glukosa  adalah merupakan sumber  tenaga yang utama untuk otak  kerana otak hanya  mampu menyimpan tenaga untuk jangkamasa 10 hingga 15 minit sahaja. Ini bermakna otak memerlukan sumber tenaga yang berterusan.

Gula biasa membekalkan glukosa pada  at peak levels selepas pengambilannya dan boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras glukosa dan sudden plunge too, menyebabkan keletihan  selepas beberapa ketika.

Manakala Isomaltulosa (sejenis karbohidrat) akan menyediakan pelepasan glukosa yang lebih perlahan.Pelepasan glukosa secara perlahan membekalkan tenaga yang tetap dan berterusan kepada otak kita agar otak mampu berfungsi  dengan baik dalam jangkamasa lebih panjang.

-Nutrisi yang baik juga adalah amat diperlukan dari semua aspek kesihatan terutamanya untuk kanak kanak di mana perkembangan otak yang pesat adalah dipermulaan usia.

-Tubuh badan kita menggunakan nutrisi dalam makanan untuk menyalurkan fungsi tubuh badan agar bekerja seperti yang sepatutnya.

-Sama seperti tubuh badan, otak juga memerlukan nutrisi yang betul. Oleh itu  ibu bapa pasti akan berupaya menyediakan  alat  yang lengkap untuk pembelajaran.







31 comments:

Ayumieka said...

mmg betul tu, pemakanan yang seimbang membantu perkembangan sihat seseorang kanak2..
semoga usaha saya menjaga pemakanan anak saya bermula umur dia 6 bulan berbaloi... oh yaaa salam perkenalan... -silent reader-

Zulqurnain Othman said...

Sangat benar.ianya adalah faktor yang sangat penting dlam menjamin kecerdasan minda dan tumbesaran kanak kanak lantas untuk menghasilkan kanak kanak yang cerdas disertakan dorongan dan sokongan dari kedua ibu bapa, adik beradik dan persekitaran. Sangat setuju.. (padahal bujang tran tang tang) terbaca artikel kesihatan.

Diari Maya said...

Assalam...
Memang pon. kadang2 kita sbg ibu sering terlintas di fikiran, bahawa cukupkah, betulkah dgn apa yg dilakukan utk kejayaan anak2. Dan selalu jugak terfikir adakah aku tergolong drp ibubapa cemerlang. Kerana hanya ibubapa yg cemerlang saja mampu melahirkan anak2 yg cemerlang. Namun, walau siapapon kita, bgmanapon kita... berserahlah kpd Allah swt setelah kita berusaha kan!

Unknown said...

wah kak..bagusnya MSN tu ye...baru tau rupanya ramai yang berpikiran lebih kurang saya je...

Unknown said...

tq sudi kongsi info..bagus untuk wanita bergelar ibu

Anonymous said...

çok güzel
benim bloğumada beklerim
www.cicileydi.com

zino said...

malam ni tengok drama Hanis belakon

Unknown said...

Salam kak nani.. ada story yg langkawi x? cari xjmpa la

Unknown said...

Hai kak nani..btl tu... Nak ank2 cerdik kita kena usaha la kan...bg mkanan baik2..ajar baik2! Kak nani bertuah ada ank2 yg cantik, hensem n baik2!

PINATBATE said...

Terima kasih info yg berguna.

Anonymous said...

Hai Kak Nani.

utk memudahkan urusan rawatan kucing, buleh lawat blog saya yer. Chikies Housecall Cat Care Services.
0146259128 utk tempahan temujanji

http://goldenaurum.wordpress.com/

-Dr.Ummi- D.V.M (UPM) MVM Reg.No 1302

aizeepesona said...

good info ....!

Idayu Suraya said...

alisya dapat berapa A upsr?

outbound malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

Anonymous said...

Salam. Setuju dengan puan. Kuliti makanan boleh mempengaruhi tingkah laku, tenaga dan prestasi akademik anak2...

Bunda_nora said...

badan yg sihat otak yg cergas bermula dgn pemakanan yg baik, seimbang dan berkhasiat utk tumbesaran anak2...

Unknown said...

Hebat kak Nani! I love seeing your family with full of happiness and positive vibes. May Allah bless you n your family with His blessing.

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Akak apa khabar? wah bercuti dengan family ke Langkawi dan Kundasang yek. Bestnya! Jangan lupa update kat entry tau. Akak jarang-jarang dah menulis sekarang, akak jangan putus asa yek. Ramai yang tertunggu-tunggu tulisan akak (macam saya).

Sayanggggg Kak Nani! sorry kak, saya lama tak tanya khabar sebab ter sibuk sikit baru-baru ni tapi saya tetap sayangggg akak :)

Jaga diri :)

Mmn said...

cik puan nani...
masih jual ke kolagen tu? saya emel x jwb pun... sms pon xreply??? kalo da xjual remove aje la iklan kat tepi tu ye...

dari,

cik kelethom

Unknown said...

http://www.rasyidahkamar.blogspot.com/

Unknown said...

http://www.rasyidahkamar.blogspot.com/

rintzpalil said...

Lamanya kak Nani tak menulis. Rindu nak baca coretan kak Nani.

Unknown said...

Tahniah kerana berjaya membuat@ menarik org utk memuji akak dlm mndidik ank2.. kdg2 sy rse akk terlampau mendabik dada (maaf agk terkasar) dlm mndidik anak2.. bg sy, semua ade rezeki tersendiri..bukan sy cemburu kerana ank sy tidak jd seperti Alisya, tp peluang yg Alisya dpt mungkin kerana mndapat tempias dri anak kedua akak sendiri(hanis) yg terlalu expose sekrg dlm dunia hiburan.. terpulang kpd akak sndiri jika bangga ank2 terlibat dlm dunia pilihan mereka sendiri yg mane kite tahu x kan bawa ke mana.. bg family@keluarga org lain, byk lg saluran lain yg ank2 boleh banggakan hati kedua-dua ibu bapanya.. tidak perlu lah terlampau menunjuk kenikmatan makanan yg dimasak sehari-hari utk ank2 sedangkan ank org lain nk mkn mewah pun tak mampu..gaya akak menulis, seolah-olah akk sorg sje ibu yg tahu masak lazat2 utk ank2, ibu2 lain x pandai kah? perlu kah ibu2 lain tulis blog semata2 nk tunjuk ape yg die bg utk anak2 nye? jd, kalau setakat telur goreng n sepinggan nasi, x berkembang kah otak ank?

Siti Takhirah said...

Assalam.for me awak sharing ni inspire us the readers.tertunggu juga apa update terkini.teruskn sharing dan update.jgn berhenti.happy advanced bday.sama bday date dgn i

Siti Takhirah said...

Akak teruskn menulis.u inspire us.happy bday.u have same bday date with mine.miss ur writing

menn said...

Yang baik jadikan tauladan.yang buruk jadikan sempadan
Simple je kan?

Nikan cara dia share perasaan dia.xpayah nak buruk sangka sangat

Unknown said...

Buat nur afirah.xyah nak Meroyan mcm org xdak akai la.xslh if auntie nani nk bkongsi kebahagiaan hidup yg dia kecapi hasil dr kudrat sendiri.msk sdp2 pun hang nk jdkan isu ke.tu blom pinggan mangkuk,dekorasi umah,hiasan laman.apa yg sy nmpk d sn,hang xmampu nk jd mcm auntie nani.org kata,kalo xdpt capai sume,amk sebahagian pun xapa.hang ni ada masalah dalaman ni..just my 2 cent.tq

hime s said...

nur afirah yang komen tu fake account je la..

Komrad J said...

Nur afirah tu apparently fake account dari seorang yg meroyan sbb rugi ditipu forex. Sebab tu dia attack kak nani utk boost ego dia dan mindanya yg corrupt. Tapi dia gagal, sebab dia tiada satu elemen yg kak nani ada, iaitu RESPECT, which is not asked, but gained.

steady2 je sudah kak nani oi~ ;)

ceshi said...

nike tn pas cher france Online selling official authorization, hot sale. Our web site is..:www.frabcshop.com

ceshi said...

nike tn pas cher france Online selling official authorization, hot sale. Our web site is..:www.frabcshop.com