Thursday, October 11, 2012

Rahsia Seorang Ibu


Assalamualaikum

Rupanya sebagai wanita atau ibu, banyak rahsia dalam diri kita yang kita tak pernah berani untuk kongsikan dengan sesiapa. Bila saya meronda-ronda terserempak dengan satu website yang membuat survey tentang parenting di sini http://lifestyle.malaysia.msn.com/parenting

Justeru itu di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya pernah rahsiakan selama bertahun-tahun menjadi seorang ibu kepada anak-anak saya.

Dalam 10 persoalan yang menjadi rahsia seorang ibu, persoalan di bawah ini memang terkena pada diri saya. Adakah rahsia saya sama seperti rahsia anda sila layari di laman web Mum's Secret Survey untuk anda kongsikan rahsia dan pengalaman anda.

Ada dua daripada 10 persoalan yang ingin saya kongsikan di sini.

1.       Adakah anda berahsia bahawa anda tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan masa depan anak

Ya, sebenarnya itulah yang saya rasa selama ini walaupun anak-anak saya semua merupakan anak anak yang baik, pintar dan maju dalam pelajaran namun saya sering menganggap dan merasakan yang saya adalah ibu yang langsung tidak pernah meletakkan kan effort saya untuk kejayaan anak-anak saya. Saya cuma percaya dan meletakkan sepenuh keyakinan terhadap kebolehan dan usaha mereka sendiri serta  berharap anak-anak saya mempunyai initiative sendiri untuk belajar dan mencapai kejayaan masa depan mereka sendiri.

Saya cuma mampu berdoa di samping bersekang mata dan berpenat lelah untuk mencari wang untuk keperluan persekolahan anak anak samada mereka bersekolah di sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Kesibukan saya mencari wang dan sibuk dengan hal saya sendiri sehingga membuat saya tidak pernah tahu anak-anak saya berada di kelas mana mereka belajar. Jadual waktu pulang ke sekolah atau apa sahaja aktiviti mereka di sekolah melainkan mereka memberitahu saya dan  sambil saya memberi sedikit perhatian untuk mendengar. Saya tidak kenal hampir semua guru guru mereka walau mungkin pernah diberitahu oleh mereka sekali lalu.

Saya langsung tidak tahu, bila anak anak menjalani ujian-ujian biasa malahan ujian ujian yang besar seperti UPSR, PMR, SPM dan Ujian Semester, sehingga diberitahu oleh anak-anak yang mereka dah habis ujian dan memberitahu saya. Ada ketikanya saya hanya tahu anak anak saya mahu menduduki peperiksaan ketika mereka menelefon saya mohon restu dan doa saya sebelum ujian bermula.

Sepanjang persekolahan dan pembelajaran anak anak, saya hampir tidak pernah langsung memeriksa kerja-kerja atau buku sekolah anak anak saya waima bertanyakan pelajaran mereka atau homework mereka dah siap atau belum. Malah saya tidak tahu dan kenal mana satu beg sekolah mereka.

Untungnya walau saya tidak langsung bertanyakan pelajaran atau kerja sekolah mereka,  anak-anak tetap datang sendiri kepada saya memberitahu perkembangan pelajaran mereka samada merosot atau meningkat.

Saya hanya bertanyakan anak-anak samada anak-anak mahu mengikuti kelas kelas tuisyen sekiranya mereka tidak dapat mengikuti sepenuh pelajaran di sekolah atau sekiranya mereka memerlukan kefahaman melalui kelas tuisyen. Namun semua anak anak saya langsung tidak mahu bertuisyen dan saya hanya mengiakan sahaja tanpa sedikit pun menolak atau memaksa mereka. Maka sampai sekarang anak-anak saya tidak langsung mengikuti mana mana kelas tuisyen.

Alhamdulillah walau semua anak anak saya berjaya dan pintar dalam pelajaran tetapi itulah rahsia yang saya sembunyikan selama ini. Saya hanya jadi ibu yang tidak pernah memaksa, apatah lagi berleter dan tidak  pernah memberi tekanan kepada anak-anak. Saya hanya percaya dan yakin yang mereka pandai dan hanya menuturkan kata kata nasihat dengan lemah lembut supaya mereka belajar bersungguh sungguh.

Bagi saya, anak-anak akan lebih selesa, bebas membuat pilihan untuk masa depan mereka, merasa diri mereka diberi kepercayaan sepenuhnya apabila ibu bapa tidak memberi tekanan yang tidak sepatutnya terhadap mereka.Peranan kita hanyalah menyediakan persekitaran yang baik, keperluaan asas yang lengkap dan pemakanan enak berkhasiat yang menggembirakan mereka. Bersedia untuk mereka bila bila masa mereka memerlukan kita tanpa terlalu mengongkong pergerakan dan kewibawaan mereka untuk memajukan diri sendiri.

2.       Adakah anda percaya bahawa kepintaran anak anak adalah hasil daripada pemakanan yang anda berikan?

Ya. Saya selalu percaya begitu. Sebagai seorang ibu yang sentiasa sedar tentang khasiat pemakanan membantu perkembangan saraf otak dan menyumbang kepada kepintaran dan kepekaan mereka terhadap penerimaan pembelajaran.

Selain daripada khasiat pemakanan itu sendiri, anak anak yang dapat makanan yang enak dan berkhasiat akan lebih mengalami kegembiraan dalam hidup mereka. Secara tak langsung, apabila saya selalu menyediakan mereka makanan dengan masakan saya, mereka akan merasa kasih sayang saya sebagai seorang ibu.

Saya akui saya sentiasa mencari produk produk makanan yang terbaik dipasaran untuk anak-anak saya mencuba resepi resepi yang istimewa dan berkhasiat.

Saya pastikan anak-anak mengambil pemakanan yang berkhasiat dan makanan ringan saya benar hanya sekali sekala mereka teringin.

Untuk menggalakkan begitu saya memulai langkah dengan saya sendiri mengambil makanan berkhasiat dan selalu berkali kali memberitahu tentang khasiat sesuatu makanan yang diambil.

Apabila saya menitik beratkan hal pemakanan untuk anak-anak maka hal hal lain akan jadi lebih mudah untuk saya. Seperti bila anak anak pintar saya tak perlu bersusah payah menyuruh mereka ke kelas kelas tuisyen atau memberi tekanan ketika mereka di alam pembelajaran.

Alhamdulillah tubuh badan kita adalah apa yang kita makan. Cuba bayangkan usus perut anda adalah sebuah mesin pengisar. Sanggupkah anda mengisar makanan jeruk, junk food, berlemak dan sebagainya untuk tubuh badan anda menerima semua sampah sarap itu. Dan bayangkan jika anda meletak buah pisang, susu, kekacang ke dalam mesin pengisar dan bukan setakat tubuh badan, tekak anda pun pasti berselera menikmatinya.    


Saya beri kebebasan anak anak menerokai bakat dan kebolehan mereka dalam bidang yang mereka minati.


Saya selalu mengajak anak-anak keluar makan di luar kerana dengan begitu mereka tidak jemu atau bosan tanpa aktiviti tertentu.


Oleh kerana saya tidak suka mengarah anak-anak buat itu ini, memberi tekanan di dalam pelajaran mereka, tidak pernah meleteri mereka,bahkan selalu menyediakan apa sahaja yang mereka perlukan, maka mereka merasai itulah kasih sayang sebenar seorang ibu.


Selalu membawa mereka bercuti seisi keluarga merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan kasih sayang antara kami semua. Secara tak langsung apabila ikatan keluargaan erat maka anak-anak akan menjadi individu yang beryakinan, berdiri di atas kaki sendiri, ingin berjaya tanpa perlu di beri tekanan.


Sesekali membawa mereka ke salun rambut yang menyediakan perkhidmatan yang santai dan dapat merehatkan minda seketika.

22 comments:

betty said...

entri ni buat saya rindu kan mak saya..tambahan saya jauh diperantauan.. ape yg diceritakan dalam entry ni,, sama sepertimana mak saya lakukan dan berkorban demi membesarkan anak2..

mampu menitiskan air mate..

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Alhamdulillah, anak-anak akak semua baik. Yang perempuan cantik, berdikari dan pandai. Yang lelaki hensem, pandai dan dengar kata. Walhal nak jaga diaorang ni ketika zaman remaja la paling banyak cabaran. Kita tak tahu apa aktiviti dia diluar, tapi sebab kita percaya dan mendidik mereka dengan kasih sayang, maka diaorang tidak akan sama sekali mengikut aktiviti yang tak sepatutnya.

Suka saya tengok kehidupan akak yang dikelilingi anak-anak yang ramai. Saya belum jadi ibu lagi, tapi saya berdoa dan berharap akan jadi ibu yang terbaik. Macam sekarang ni, saya banyak melihat sekeliling dan belajar dari cara kawan-kawan, saudara-saudara mendidik anak-anak.

Irfa said...

tahniah ;)
kak nani mmg ibu yg hebat.ikhlas memuji.w,pun jarang komen..saya selalu singgah sini.baca kisah kak nani dan anak2.

Atie said...

Sy suka cara akak didik anak tanpa perlu berleter dan bagi tekanan kat mrk..insyaallah sy akan praktikkan contoh baik yg akak berikan ni:)

Rosniena said...

cara dan gaya sis macam mak-mak zaman dulu termasuk mak saya.tau2 je anak nak periksa dan lulus.apa yg penting kasih sayang.tapi ibu bapa zaman sekarang dah berlainan sebab anak2 mereka mendapat saingan yang tinggi dan berlumba2 untuk cemerlang.bila exam pasti yg risau dan mendebarkan adalah mak bapak

Huda said...

I really adore u kak nani, but i cannot be like u, because u're the only one Pn. Nani Rostam..Nice entry kak!

~ yus ~ said...

suka tengok! Comel semua anak2 akak. 7 orang semuanya ya...

yayang laling said...

bagusnya tips yang kak nani share..boleh ezza gunakan untuk mendidik anak-anak eza nanti..:) thanx ya!

aizeepesona said...

hehehe..suke nengok gambar kak nani satu family tu...cute muka akak buat macam tu...tetiba nampak cam sebaya plak ngan Hanis ..ngee

terima kasih kerana sudi berkongsi rahsia mendidik anak2 ...

saya pun slalu mudah naik angin dengan anak2 dan bila saya duduk sendirian sy nak cuba gunakan pendekatan psikologi terhadap mereka supaya hati mereka sentiasa ingat & hormat pada kita..

penah baca article yang mengatakan lagi tinggi suara kita memarahi anak2 semakin tidak berhasil untuk mereka mendengar kata2 kita...tetapi pergilah pada mereka dan pandang ke dalam mata mereka dengan bercakap dengan lembut ianya akan dapat menyentuh hati mereka...



eray said...

kak nani selalu jd sumber inspirasi saye. mmg impian sgt mahu terus close sgt dengan anak2 walaupun mereka dah besar panjang.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2010/04/ibu-susukan-monyet.html

ilia said...

Ibubapa saya org kampung. Mereka juga tak pernah mengajar kami dirumah. Hanya berserah 100% atas usaha kami dan berdoa kepada Allah. Alhamdulillah kami adik beradik ada yg berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Bagi saya DOA ibubapa yang paling berkat untuk kejayaan anak-anak disamping kesedaran anak-anak itu sendiri untuk berjaya.Saya salute sgt dgn cara kak nani menguruskan keluarga disamping berpenat lelah mencari rezeki. Banyak nasihat kak nani saya jadikan panduan hidup. Syabas..teruskan penulisan sebegini.

FiQa said...

miss my late mum...


:')

good entri, even saya baru 22 tahun, belum kawen, but saya percaya kekuatan seorang ibu!

Al Kisah said...

Alkisah suka point "beri kebebasan anak anak menerokai bakat dan kebolehan mereka dalam bidang yang mereka minati."

Sekarang Alkisah akan buat kat anak sendiri..

Bukan nak salahkan parents sendiri. cuma zaman dulu family kitaorang kurang pendedahan..

Pieh Rizfie said...

salam..kak nani..sy ni readers tegar kak nani tau...sebenrnye.....ibu2 kat dunai ni semua nk yg trbaik untuk anak2 kan...tp lain pula kisah sy...sy x pernah dpt buat keputusan sendiri..semuanya mymom yg decide...ape yg sy belajar..dimana sy sekolah..sy kene ikot ckp mak sy....mak sy mse sy kecik2 je memsak...semakin sy membesar sy semakin tidak merasai masakan airtangan mak sy....semuanya kakak sulung yg ambil alih..dan kerja2 rumah dibahagikan pd adik2 yg lain.....sedih x usah ckpla..almaklumlah sy ni mse sekolah tggl di hostel...balik rumah mak sy x msk pun..kakak sy yg masak.....ble blik hostel...kwn2 cite mskan mak diorg...siap tapau lg bawa ke hostel.....exam pun....mak sy cume nk tau sy ni cemerlang je....ble gagal x de pun kate2 semangat...btolla org ckp..air tangan ibu ni..buat anak2 dgr kate dan pintar......ape2 pun dan walau mcm mane pun ibu kite..die adalah yg terbaik.dan 1 buat kite..btol x kak nani????????

Pieh Rizfie said...

a

vidalsisah said...

Salam, selalu bw kat sini tp jarang komen. Sy pon teringin nak jd ibu yg cemerlang mcm awak.

kemma said...

apa yg k.nani luahkan sebijik apa yang saya rasa. saya rasa sy x berusaha keras nak cemerlangkan ank saya dunia akhirat.sy lebih harapkan mereka yg buat untuk diri sendiri.

kalaula ada usia sy betul 2teringin nak jumpa ngn k.nani.
K.nani idol saya tau...

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Hanya ini dari Ratna...

“Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs... since the payment is pure love.”

Mengapa Nani dikasihi sepenuhnya oleh Anakanda semua karena tawakkal dan akidah Nani begitu nyata...

Salam manis semanis madu.

Pearl Kaz said...

Alhamdulillah, kak Nani dikurniakan family yg hebat2... Semuanya atas usaha kak Nani dan kak Nani tak pernah lupa utk berdoa pada NYA. Tp kdg2 tu, pd pendapat sy kalau parent tu terpaksa juga nak berleter sbb anak nakal.. mungkin tu ujian utk dia.. hehehe.. Lain org, lain ragamnye. :D

Siti Nur Amirah said...

insyaAllah tahun depan dah nak jadi ibu.semoga dapat buat yang terbaik untuk anak2.juga msih berbakti pada ibu.;') tgk baju kurung biru teringat waktu jmp untie kat rtm baru-baru ni.hehe.untie memang cantik untuk ibu kepada 6 orang anak.;')

Ira said...

salam. sy suka sgt2 entry ni..dh lama tak komen..tergerak hati utk singgah .. semoga sy pn dpt jadi ibu yg penuh hikmah utk anak sy..
malangnya sy tak dikurniakan anak yg ramai..anak sorang je..sy berharap sgt sy dpt jadi ibu yg mithali.thx for sharing ur journey to raise ur children.. sgt2 hargai..

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000