Assalamualaikum
Rupanya sebagai wanita atau ibu, banyak rahsia dalam diri
kita yang kita tak pernah berani untuk kongsikan dengan sesiapa. Bila saya meronda-ronda
terserempak dengan satu website yang membuat survey tentang parenting di sini http://lifestyle.malaysia.msn.com/parenting
Justeru itu di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya
pernah rahsiakan selama bertahun-tahun menjadi seorang ibu kepada anak-anak
saya.
Dalam 10 persoalan yang menjadi rahsia seorang ibu,
persoalan di bawah ini memang terkena pada diri saya. Adakah rahsia saya sama
seperti rahsia anda sila layari di laman web Mum's Secret Survey untuk anda kongsikan rahsia dan pengalaman anda.
Ada dua daripada 10 persoalan yang ingin saya kongsikan di
sini.
1.
Adakah anda berahsia bahawa anda tidak berusaha
bersungguh-sungguh untuk kejayaan masa depan anak
Ya, sebenarnya itulah yang saya rasa selama ini walaupun
anak-anak saya semua merupakan anak anak yang baik, pintar dan maju dalam
pelajaran namun saya sering menganggap dan merasakan yang saya adalah ibu yang
langsung tidak pernah meletakkan kan effort saya untuk kejayaan anak-anak saya.
Saya cuma percaya dan meletakkan sepenuh keyakinan terhadap kebolehan dan usaha
mereka sendiri serta berharap anak-anak
saya mempunyai initiative sendiri untuk belajar dan mencapai kejayaan masa
depan mereka sendiri.
Saya cuma mampu berdoa di samping bersekang mata dan
berpenat lelah untuk mencari wang untuk keperluan persekolahan anak anak samada
mereka bersekolah di sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Kesibukan saya
mencari wang dan sibuk dengan hal saya sendiri sehingga membuat saya tidak
pernah tahu anak-anak saya berada di kelas mana mereka belajar. Jadual waktu
pulang ke sekolah atau apa sahaja aktiviti mereka di sekolah melainkan mereka
memberitahu saya dan sambil saya memberi
sedikit perhatian untuk mendengar. Saya tidak kenal hampir semua guru guru
mereka walau mungkin pernah diberitahu oleh mereka sekali lalu.
Saya langsung tidak tahu, bila anak anak menjalani
ujian-ujian biasa malahan ujian ujian yang besar seperti UPSR, PMR, SPM dan
Ujian Semester, sehingga diberitahu oleh anak-anak yang mereka dah habis ujian
dan memberitahu saya. Ada ketikanya saya hanya tahu anak anak saya mahu
menduduki peperiksaan ketika mereka menelefon saya mohon restu dan doa saya
sebelum ujian bermula.
Sepanjang persekolahan dan pembelajaran anak anak, saya
hampir tidak pernah langsung memeriksa kerja-kerja atau buku sekolah anak anak
saya waima bertanyakan pelajaran mereka atau homework mereka dah siap atau
belum. Malah saya tidak tahu dan kenal mana satu beg sekolah mereka.
Untungnya walau saya tidak langsung bertanyakan pelajaran
atau kerja sekolah mereka, anak-anak
tetap datang sendiri kepada saya memberitahu perkembangan pelajaran mereka samada
merosot atau meningkat.
Saya hanya bertanyakan anak-anak samada anak-anak mahu
mengikuti kelas kelas tuisyen sekiranya mereka tidak dapat mengikuti sepenuh
pelajaran di sekolah atau sekiranya mereka memerlukan kefahaman melalui kelas
tuisyen. Namun semua anak anak saya langsung tidak mahu bertuisyen dan saya
hanya mengiakan sahaja tanpa sedikit pun menolak atau memaksa mereka. Maka
sampai sekarang anak-anak saya tidak langsung mengikuti mana mana kelas
tuisyen.
Alhamdulillah walau semua anak anak saya berjaya dan pintar
dalam pelajaran tetapi itulah rahsia yang saya sembunyikan selama ini. Saya
hanya jadi ibu yang tidak pernah memaksa, apatah lagi berleter dan tidak pernah memberi tekanan kepada anak-anak. Saya
hanya percaya dan yakin yang mereka pandai dan hanya menuturkan kata kata
nasihat dengan lemah lembut supaya mereka belajar bersungguh sungguh.
Bagi saya, anak-anak akan lebih selesa, bebas membuat
pilihan untuk masa depan mereka, merasa diri mereka diberi kepercayaan
sepenuhnya apabila ibu bapa tidak memberi tekanan yang tidak sepatutnya
terhadap mereka.Peranan kita hanyalah menyediakan persekitaran yang baik,
keperluaan asas yang lengkap dan pemakanan enak berkhasiat yang menggembirakan
mereka. Bersedia untuk mereka bila bila masa mereka memerlukan kita tanpa
terlalu mengongkong pergerakan dan kewibawaan mereka untuk memajukan diri
sendiri.
2.
Adakah anda percaya bahawa kepintaran anak anak
adalah hasil daripada pemakanan yang anda berikan?
Ya. Saya selalu percaya begitu. Sebagai seorang ibu yang sentiasa sedar
tentang khasiat pemakanan membantu perkembangan saraf otak dan menyumbang
kepada kepintaran dan kepekaan mereka terhadap penerimaan pembelajaran.
Selain daripada khasiat pemakanan itu sendiri, anak anak yang dapat
makanan yang enak dan berkhasiat akan lebih mengalami kegembiraan dalam hidup
mereka. Secara tak langsung, apabila saya selalu menyediakan mereka makanan
dengan masakan saya, mereka akan merasa kasih sayang saya sebagai seorang ibu.
Saya akui saya sentiasa mencari produk produk makanan yang terbaik
dipasaran untuk anak-anak saya mencuba resepi resepi yang istimewa dan
berkhasiat.
Saya pastikan anak-anak mengambil pemakanan yang berkhasiat dan makanan
ringan saya benar hanya sekali sekala mereka teringin.
Untuk menggalakkan begitu saya memulai langkah dengan saya sendiri
mengambil makanan berkhasiat dan selalu berkali kali memberitahu tentang
khasiat sesuatu makanan yang diambil.
Apabila saya menitik beratkan hal pemakanan untuk anak-anak maka hal hal
lain akan jadi lebih mudah untuk saya. Seperti bila anak anak pintar saya tak
perlu bersusah payah menyuruh mereka ke kelas kelas tuisyen atau memberi
tekanan ketika mereka di alam pembelajaran.
Alhamdulillah
tubuh badan kita adalah apa yang kita makan. Cuba bayangkan usus perut anda
adalah sebuah mesin pengisar. Sanggupkah anda mengisar makanan jeruk, junk
food, berlemak dan sebagainya untuk tubuh badan anda menerima semua sampah
sarap itu. Dan bayangkan jika anda meletak buah pisang, susu, kekacang ke dalam
mesin pengisar dan bukan setakat tubuh badan, tekak anda pun pasti berselera
menikmatinya.
Saya beri kebebasan anak anak menerokai bakat dan kebolehan
mereka dalam bidang yang mereka minati.
Saya selalu mengajak anak-anak keluar makan di luar kerana
dengan begitu mereka tidak jemu atau bosan tanpa aktiviti tertentu.
Oleh kerana saya tidak suka mengarah anak-anak buat itu ini,
memberi tekanan di dalam pelajaran mereka, tidak pernah meleteri mereka,bahkan
selalu menyediakan apa sahaja yang mereka perlukan, maka mereka merasai itulah
kasih sayang sebenar seorang ibu.
Selalu membawa mereka bercuti seisi keluarga merupakan
aktiviti yang dapat mengeratkan kasih sayang antara kami semua. Secara tak
langsung apabila ikatan keluargaan erat maka anak-anak akan menjadi individu
yang beryakinan, berdiri di atas kaki sendiri, ingin berjaya tanpa perlu di
beri tekanan.
Sesekali membawa mereka ke salun rambut yang menyediakan
perkhidmatan yang santai dan dapat merehatkan minda seketika.
21 comments:
entri ni buat saya rindu kan mak saya..tambahan saya jauh diperantauan.. ape yg diceritakan dalam entry ni,, sama sepertimana mak saya lakukan dan berkorban demi membesarkan anak2..
mampu menitiskan air mate..
Salam Kak Nani sayang,
Alhamdulillah, anak-anak akak semua baik. Yang perempuan cantik, berdikari dan pandai. Yang lelaki hensem, pandai dan dengar kata. Walhal nak jaga diaorang ni ketika zaman remaja la paling banyak cabaran. Kita tak tahu apa aktiviti dia diluar, tapi sebab kita percaya dan mendidik mereka dengan kasih sayang, maka diaorang tidak akan sama sekali mengikut aktiviti yang tak sepatutnya.
Suka saya tengok kehidupan akak yang dikelilingi anak-anak yang ramai. Saya belum jadi ibu lagi, tapi saya berdoa dan berharap akan jadi ibu yang terbaik. Macam sekarang ni, saya banyak melihat sekeliling dan belajar dari cara kawan-kawan, saudara-saudara mendidik anak-anak.
tahniah ;)
kak nani mmg ibu yg hebat.ikhlas memuji.w,pun jarang komen..saya selalu singgah sini.baca kisah kak nani dan anak2.
Sy suka cara akak didik anak tanpa perlu berleter dan bagi tekanan kat mrk..insyaallah sy akan praktikkan contoh baik yg akak berikan ni:)
cara dan gaya sis macam mak-mak zaman dulu termasuk mak saya.tau2 je anak nak periksa dan lulus.apa yg penting kasih sayang.tapi ibu bapa zaman sekarang dah berlainan sebab anak2 mereka mendapat saingan yang tinggi dan berlumba2 untuk cemerlang.bila exam pasti yg risau dan mendebarkan adalah mak bapak
I really adore u kak nani, but i cannot be like u, because u're the only one Pn. Nani Rostam..Nice entry kak!
suka tengok! Comel semua anak2 akak. 7 orang semuanya ya...
bagusnya tips yang kak nani share..boleh ezza gunakan untuk mendidik anak-anak eza nanti..:) thanx ya!
hehehe..suke nengok gambar kak nani satu family tu...cute muka akak buat macam tu...tetiba nampak cam sebaya plak ngan Hanis ..ngee
terima kasih kerana sudi berkongsi rahsia mendidik anak2 ...
saya pun slalu mudah naik angin dengan anak2 dan bila saya duduk sendirian sy nak cuba gunakan pendekatan psikologi terhadap mereka supaya hati mereka sentiasa ingat & hormat pada kita..
penah baca article yang mengatakan lagi tinggi suara kita memarahi anak2 semakin tidak berhasil untuk mereka mendengar kata2 kita...tetapi pergilah pada mereka dan pandang ke dalam mata mereka dengan bercakap dengan lembut ianya akan dapat menyentuh hati mereka...
kak nani selalu jd sumber inspirasi saye. mmg impian sgt mahu terus close sgt dengan anak2 walaupun mereka dah besar panjang.
http://welovesusuibu.blogspot.com/2010/04/ibu-susukan-monyet.html
Ibubapa saya org kampung. Mereka juga tak pernah mengajar kami dirumah. Hanya berserah 100% atas usaha kami dan berdoa kepada Allah. Alhamdulillah kami adik beradik ada yg berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Bagi saya DOA ibubapa yang paling berkat untuk kejayaan anak-anak disamping kesedaran anak-anak itu sendiri untuk berjaya.Saya salute sgt dgn cara kak nani menguruskan keluarga disamping berpenat lelah mencari rezeki. Banyak nasihat kak nani saya jadikan panduan hidup. Syabas..teruskan penulisan sebegini.
miss my late mum...
:')
good entri, even saya baru 22 tahun, belum kawen, but saya percaya kekuatan seorang ibu!
Alkisah suka point "beri kebebasan anak anak menerokai bakat dan kebolehan mereka dalam bidang yang mereka minati."
Sekarang Alkisah akan buat kat anak sendiri..
Bukan nak salahkan parents sendiri. cuma zaman dulu family kitaorang kurang pendedahan..
salam..kak nani..sy ni readers tegar kak nani tau...sebenrnye.....ibu2 kat dunai ni semua nk yg trbaik untuk anak2 kan...tp lain pula kisah sy...sy x pernah dpt buat keputusan sendiri..semuanya mymom yg decide...ape yg sy belajar..dimana sy sekolah..sy kene ikot ckp mak sy....mak sy mse sy kecik2 je memsak...semakin sy membesar sy semakin tidak merasai masakan airtangan mak sy....semuanya kakak sulung yg ambil alih..dan kerja2 rumah dibahagikan pd adik2 yg lain.....sedih x usah ckpla..almaklumlah sy ni mse sekolah tggl di hostel...balik rumah mak sy x msk pun..kakak sy yg masak.....ble blik hostel...kwn2 cite mskan mak diorg...siap tapau lg bawa ke hostel.....exam pun....mak sy cume nk tau sy ni cemerlang je....ble gagal x de pun kate2 semangat...btolla org ckp..air tangan ibu ni..buat anak2 dgr kate dan pintar......ape2 pun dan walau mcm mane pun ibu kite..die adalah yg terbaik.dan 1 buat kite..btol x kak nani????????
a
Salam, selalu bw kat sini tp jarang komen. Sy pon teringin nak jd ibu yg cemerlang mcm awak.
apa yg k.nani luahkan sebijik apa yang saya rasa. saya rasa sy x berusaha keras nak cemerlangkan ank saya dunia akhirat.sy lebih harapkan mereka yg buat untuk diri sendiri.
kalaula ada usia sy betul 2teringin nak jumpa ngn k.nani.
K.nani idol saya tau...
Salam Ratuku Nani,
Hanya ini dari Ratna...
“Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs... since the payment is pure love.”
Mengapa Nani dikasihi sepenuhnya oleh Anakanda semua karena tawakkal dan akidah Nani begitu nyata...
Salam manis semanis madu.
Alhamdulillah, kak Nani dikurniakan family yg hebat2... Semuanya atas usaha kak Nani dan kak Nani tak pernah lupa utk berdoa pada NYA. Tp kdg2 tu, pd pendapat sy kalau parent tu terpaksa juga nak berleter sbb anak nakal.. mungkin tu ujian utk dia.. hehehe.. Lain org, lain ragamnye. :D
insyaAllah tahun depan dah nak jadi ibu.semoga dapat buat yang terbaik untuk anak2.juga msih berbakti pada ibu.;') tgk baju kurung biru teringat waktu jmp untie kat rtm baru-baru ni.hehe.untie memang cantik untuk ibu kepada 6 orang anak.;')
salam. sy suka sgt2 entry ni..dh lama tak komen..tergerak hati utk singgah .. semoga sy pn dpt jadi ibu yg penuh hikmah utk anak sy..
malangnya sy tak dikurniakan anak yg ramai..anak sorang je..sy berharap sgt sy dpt jadi ibu yg mithali.thx for sharing ur journey to raise ur children.. sgt2 hargai..
Post a Comment