Monday, October 22, 2012

Legoland Yang Menggamit Kerana Pizza Di Situ Sungguh Sedap


Assalamualaikum,

Hari tu bila dipelawa  Maybank untuk menyertai rombongan ke pelancaran Taman Tema Legoland ..tak dalah  rasa excited sangat.  Maklumlah rasanya taman taman tema begini hanya sesuai untuk kanak-kanak..jadi kita yang umur dah setengah abad ni tak dalah rasa teruja mana.

Maybank menyediakan kami bas persiaran untuk ke sana bersama rombongan yang terdiri daripada para blogger dan wartawan.

Bila dapat tahu Maybank sediakan pengankutan bas besar ke sana, eh tetiba excited pulak nak naik bas besar. Teringat masa single mingle dulu, hampir setiap bulan mengorakkan langkah menuju ke pudu raya, beli tiket dan naik bas express menuju ke selatan menjenguk emak dan bapak yang dirindui dikampung halaman yang jauh di pendalaman…huhuhu

Waktu tu terasa macam relevant je kalau dengar lagu Balik Kampung oleh allahyarham Sudirman sewaktu duduk berangan di dalam bas. Terasa digamit-gamit kepulangan ke kampung.. Tambah pulak masa tu lagu Balik Kampung berkumandang bila bila waktu jer. Taklah macam sekarang ni…lagu Balik Kampung hanya dimainkan menjelang hari raya…walhal tak da sekelumit ayat pun dalam lirik lagu ada menggambarkan hari raya….kannn.

Masa perjalanan dalam  bas, beberapa orang pegawai Maybank yang turut untuk mengendalikan rombongan ini menyediakan kami beberapa game yang boleh dinggap amazing race yang sungguh menarik bagi saya. Maklumlah permainan mencantumkan LEGO itu sungguh membuat saya teringat ketika anak-anak masih kecil, saya banyak spend duit untuk beli permainan LEGO dan turut bermain bersama anak-anak.


Setibanya di Johor Bahru kami menginap di Puteri   Pacific. Walaupun merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang tidak lagi baru namun ianya masih memberikan perkhidmatan yang agak baik dan selesa.
Perjalanan dari  Puteri Pacific Johor Bahru ke Nusajaya memakan masa lebih kurang setengah jam.Setibanya di Legoland pagi itu, acara perlancaran di mulakan. Seawal  jam 9 pagi kaunter tiket sudah mula dipenuhi para pengunjung.

Sebaik mengexplore hampir semua permainan dan rides, boleh saya katakan, Legoland adalah tempat paling menyeronokkan untuk kita membawa keluarga, sahabt handai, saudara mara menghabiskan cuti di Taman Tema Antarabangsa yang dibawa kedalam ke Negara ini…so tak perlu ke luar Negara semata-mata untuk ke Legoland ok.

Sebelum saya ke sana, anak sulong dan menantu saya memang sudah ada ura-ura untuk membawa adik-adiknya ke Legoland sempena cuti sekolah nanti…Cuma masih teragak-agak samada mengunjungi Legoland berbaloi atau tidak…wallah.. tetapi selepas ini…insyallah sungguh excited nak bawa satu keluarga ke Legoland. Terima kasih sangat pada Maybank kerana dengan menganjurkan utnuk liputan oleh para media seperti ini dapat mendedahkan kepada orang ramai betapa LEGO LAND adalah satu tempat yang harus dikujungi oleh seisi keluarga.

Terdapat  tiga atau lebih permainan roller coaster yang sungguh mendebarkan bagi orang seusia saya ni….wallah…agaknya kepakaran saya bergayut di dahan-dahan pohon rambutan, pohon rambai sewaktu kecil dulu tidaklah seberapa dibandingkan dengan kelajuan dan ketinggian roller coaster di Legoland yang sengaja direka khas untuk seolah-olah mahu merembat seluruh jantung.

Selain itu kunjungan ke cinema menonton movie 4D di Legoland sangatlah menyeronokkan lebih lebih lagi terasa begitu real bila pengembaraan dalam movie yang sungguh mengujakan dengan menempuh ribut salji apabila salji yang betul di tembak kea rah muka dan angina sejuk bertiup kencang depan muka..hahaha mengigil jugaklah….

Apa yang paling real dan tiada explotasi atau penipuan ialah permainan side stall yang menawarkan  pelbagai hadiah soft toy  yang besar besar seperti Teddy Bear, Sponge Box, Dinosur. Saya lihat permainan yang ditawarkan mudah dan straight forward tidak seperti side stall yang selalunya terdapat di sebarang funfair atau taman tema di tempat kita.

Pendek kata di Legoland banyak rides yang sesuai untuk umur 12 tahun keatas dan juga banyak permainan dan hiburan untuk dari anak-anak kecil hinggalah usia dewasa.

Paling mengkagumkan saya tentulah mini land yang dibina begitu teliti  dan berseni.

Walau ianya sebuah taman tema namun restoran-restoran makanan yang terdapat di dalamnya amatlah walla…..sungguh enak, versatile dan berkualiti dengan harga yang agak berpatutan dan sesuai dengan taman tema. Tak dalah disebabkan taman tema, makanan sekadar hotdog, burger,ayam dan kentang goreng sahaja yang ada dengan harga yang tak masuk dek akal.

Untuk mendapat tiket atau info lanjut anda boleh layari maybank2u kerana sekarang mereka menawarkan hadiah tiket untuk berkunjung ke Legoland. Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar saya abadikan lebih kurang sebanyak 600 keping..namun kalau anda ingin melihat, berkunjunglah , alami sendiri dan just having there and enjoy yourself!!!



 Sebelum bertolak, kami berkumpul di Menara Maybank dan  di sediakan oleh Maybank sarapan pagi di Starbucks Menara Maybank.


Para karyawan dan pekerja-pekerja Legoland yang terdiri dari penduduk tempatan dan mereka yang telah lama bekerja di Legoland di Europe.




Buat ibu ibu bapa bapa yang punya anak kecil …jangan khuatir..stroller ada untuk disewakan…yang single yang double..pilih kak pilih…..kerusi roda untuk yang kurang upaya pun ada….


Huhu kalau yang  cawan berpusing sepuluh round pun saya sanggup….tapi rasanya ini paling laju antara yang pernah saya naiki di taman tema seperti Disneyland dan lain lain.Ain staff Maybank bahagian social media dah terasa pening baru satu round…walla…



Ada berani…jom…saya tolong jadi photographer dari bawah jer…mak tak berani nyah….











Kalau saya dok ulang masuk Legoland ini pasti kerana ini juga...sedap sangat pizza di ini...dengan limpahan cheese...sedapnya....

4D Movie salah satu yang paling best di Legoland





































Taman Mini Land yang sungguh comel kerana kenderaan comel tu  boleh bergerak.....





















Hasil kehalusan dan kesenian tangan yang mencipt mini land ini. 

31 comments:

ciknadrahismail said...

sgt comel bangunan guna lego kan=)

wah said...

akak guna kamera apa eh? semua gambar cantik cantik lah. heee :)

nabila azmi said...

seronoknyeee..nak gi=)

Hafizah Mohamad said...

fiza pun ada juga cadangan nak pi Legoland gak...tp takut x berbaloi...anak2 dok ajak pi tp takut x best....ni dah tgk gambar2 kak nani boleh la masukkan list cuti sekolah ni...he he he...

Hudalatip said...

Iallah akan pergi ~

Puan Eka said...

wow kagumnye..
lepas baca auntie nani punya entry ni,lagi rasa membuak2 nak pegi legoland jugak...

ehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

bestnye kak, tak sabar2 nak bwk anak2 p

Kniedaz said...

Salam sis,
Anak2 saya siap tanya kalau exam dapat nombor satu, boleh tak pi Legoland hehe..

Lyniey said...

salam,

bila akak nak pergi lagi?saya ada dpt vocuher 30% off, 5 keping..kalau nak beli tiket nanti akan dapat less 30%. nak jual pada harga yg murah. valid till 31 Dec 2012

Lyniey said...

salam,

bila akak nak pergi lagi?saya ada dpt vocuher 30% off, 5 keping..kalau nak beli tiket nanti akan dapat less 30%. nak jual pada harga yg murah. valid till 31 Dec 2012

Anonymous said...

Kak Nani.....saya yang duduk Johor pun lom masuk lagi taman tema...cuma masuk kt Mall of Medini just utk makan2.......lagipun saya ada anak kecik...tunggu pepohon kat taman tu besar sikit......hihiihih....anyway to all.. kalau datang je Johor jangan lupa singgah ke Legoland...

Anonymous said...

Kak Nani...saya yang duduk JB pun cuma masuk Medini of Mall je..makan-makan...ada anak kecik dgn baby.....lom sesuai lagi nak bawak mereka ke taman tema tu...tunggu anak anak anak besar sikit baru boleh explore....tunggu pepohon kat situ beso......hihihi....

Muja.. said...

antie.. berbaloi x klao bwk anak dtg sini?

yusrina said...

best jugak kalo dpt pegi masa cuti sekolah ni

mama leen said...

bestnya.. :)

Fazila said...

salam kak.. rasanya tak ader dome kat menara maybank sbb saya keja kat sini dah lama.. ker akak nak ckp starbucks tapi tertulis dome.. nevermine.. typo error eehh??

LizHairi said...

will be there awal cuti sekolah nanti!

mak pulak yg x sabar kan lagi2 nengok entry kak nani nie :-)

YouSOF said...

Saya mewakili golongan belia awal 20an ingin meluahkan rasa cemburu sebab belum ada peluang lagi nak ke sana.. Kalau saya dapat pergi percuma macam ni, dua kali ganda teruja saya rasa.. ;D


Puas hati tengok gambar² ni, serius menerujakan. Pizza tu tak berapa nak jeles sebab dekat Felda tempat saya ni pun dah ada. hihi

Cik Ju said...

Wahh..nak kena bawak anak2 ke sana la cuti sekolah nanti..nampak best sangattt..:)

Bariah said...

hari ahad nampak kak nani dekat wangsa walk (kalau saya tak silap org). segan nak tegur sebab bila tgk kak nani saya rasa under dress. kak nani cantik sgt. :D

Irfa said...

penerangan yg menarik..rasa macam brminat nak pegi w,pun ramai kata agak panas,mgkin sbb kawasan baru.

raya posa kami ke uss,rasanya legoland ada ciri2 mcm uss.pasti anak2 suka

Unknown said...

wow! cantikla acik tempat ni!!! sangat2 awesome untuk pergi bercuti 1 keluarga.. untuk photoshoot pre wedd po ok gak.. awesome!!!

zino said...

menarik nampak nya tu.... boleh la kesana cuti ni..

norhidana said...

bangga sbb kt malaysia ada legoland yg hampir 100% dibuat oleh warga malaysia sndiri...

tak sbr nk ke sana lah

Leena said...

already in my family holiday destination list (^____-)

Zana said...

1 lagi alasan kukuh berjimba-jimba ke Legoland.. Thanks Kak Nani for this entry.

Eh, saya 1st time komen di sini. Assalamualaikum. :)

Rozita said...

Saya pun dah sampai jugak ke legoland ni. Saya pun suka pizza kat pizza mania tu... nipis tapi sedap dan harganya pun berbaloi..

Unknown said...

hehe,yaya tak ikut rombongan ke?

semoga dpt pegi satu hari nanti...

Unknown said...

Kak Nani.. seronok pergi legoland dengan akak tempoh hari. Hehe salah nama staff Maybank tu. Saya la, Wani. Bukan Ain :p by the way, sedap kan kita makan di pizza mania. fuhh. ok, selamat pergi hujung tahun ni dengan family! =)

JijieNinie said...

woaahhhh auntie nani da sampai sana... syoknye...... jeles sy. hihi childhood memories

Unknown said...

Salam. Mari menginap di Sufie Homestay Johor yg harga sgt berpatutan dan hnya 20min shj ke Legoland. Layari blog untuk maklumat lbh lanjut http://sufiebiz.blogspot.com