Assalamualaikum,
Hari
tu bila dipelawa Maybank untuk menyertai
rombongan ke pelancaran Taman Tema Legoland ..tak dalah rasa excited sangat. Maklumlah rasanya taman taman tema begini
hanya sesuai untuk kanak-kanak..jadi kita yang umur dah setengah abad ni tak
dalah rasa teruja mana.
Maybank
menyediakan kami bas persiaran untuk ke sana bersama rombongan yang terdiri
daripada para blogger dan wartawan.
Bila
dapat tahu Maybank sediakan pengankutan bas besar ke sana, eh tetiba excited
pulak nak naik bas besar. Teringat masa single mingle dulu, hampir setiap bulan
mengorakkan langkah menuju ke pudu raya, beli tiket dan naik bas express menuju
ke selatan menjenguk emak dan bapak yang dirindui dikampung halaman yang jauh
di pendalaman…huhuhu
Waktu
tu terasa macam relevant je kalau dengar lagu Balik Kampung oleh allahyarham Sudirman
sewaktu duduk berangan di dalam bas. Terasa digamit-gamit kepulangan ke kampung..
Tambah pulak masa tu lagu Balik Kampung berkumandang bila bila waktu jer.
Taklah macam sekarang ni…lagu Balik Kampung hanya dimainkan menjelang hari
raya…walhal tak da sekelumit ayat pun dalam lirik lagu ada menggambarkan hari
raya….kannn.
Masa
perjalanan dalam bas, beberapa orang
pegawai Maybank yang turut untuk mengendalikan rombongan ini menyediakan kami
beberapa game yang boleh dinggap amazing race yang sungguh menarik bagi saya.
Maklumlah permainan mencantumkan LEGO itu sungguh membuat saya teringat ketika
anak-anak masih kecil, saya banyak spend duit untuk beli permainan LEGO dan
turut bermain bersama anak-anak.
Setibanya
di Johor Bahru kami menginap di Puteri Pacific. Walaupun merupakan hotel bertaraf 4
bintang yang tidak lagi baru namun ianya masih memberikan perkhidmatan yang agak
baik dan selesa.
Perjalanan
dari Puteri Pacific Johor Bahru ke
Nusajaya memakan masa lebih kurang setengah jam.Setibanya di Legoland pagi itu,
acara perlancaran di mulakan. Seawal jam
9 pagi kaunter tiket sudah mula dipenuhi para pengunjung.
Sebaik
mengexplore hampir semua permainan dan rides, boleh saya katakan, Legoland
adalah tempat paling menyeronokkan untuk kita membawa keluarga, sahabt handai,
saudara mara menghabiskan cuti di Taman Tema Antarabangsa yang dibawa kedalam ke
Negara ini…so tak perlu ke luar Negara semata-mata untuk ke Legoland ok.
Sebelum
saya ke sana, anak sulong dan menantu saya memang sudah ada ura-ura untuk
membawa adik-adiknya ke Legoland sempena cuti sekolah nanti…Cuma masih teragak-agak
samada mengunjungi Legoland berbaloi atau tidak…wallah.. tetapi selepas ini…insyallah
sungguh excited nak bawa satu keluarga ke Legoland. Terima kasih sangat pada
Maybank kerana dengan menganjurkan utnuk liputan oleh para media seperti ini
dapat mendedahkan kepada orang ramai betapa LEGO LAND adalah satu tempat yang
harus dikujungi oleh seisi keluarga.
Terdapat tiga atau lebih permainan roller coaster yang
sungguh mendebarkan bagi orang seusia saya ni….wallah…agaknya kepakaran saya
bergayut di dahan-dahan pohon rambutan, pohon rambai sewaktu kecil dulu
tidaklah seberapa dibandingkan dengan kelajuan dan ketinggian roller coaster di
Legoland yang sengaja direka khas untuk seolah-olah mahu merembat seluruh
jantung.
Selain
itu kunjungan ke cinema menonton movie 4D di Legoland sangatlah menyeronokkan
lebih lebih lagi terasa begitu real bila pengembaraan dalam movie yang sungguh
mengujakan dengan menempuh ribut salji apabila salji yang betul di tembak kea
rah muka dan angina sejuk bertiup kencang depan muka..hahaha mengigil
jugaklah….
Apa
yang paling real dan tiada explotasi atau penipuan ialah permainan side stall yang
menawarkan pelbagai hadiah soft toy yang besar besar seperti Teddy Bear, Sponge
Box, Dinosur. Saya lihat permainan yang ditawarkan mudah dan straight forward
tidak seperti side stall yang selalunya terdapat di sebarang funfair atau taman
tema di tempat kita.
Pendek
kata di Legoland banyak rides yang sesuai untuk umur 12 tahun keatas dan juga
banyak permainan dan hiburan untuk dari anak-anak kecil hinggalah usia dewasa.
Paling
mengkagumkan saya tentulah mini land yang dibina begitu teliti dan berseni.
Walau
ianya sebuah taman tema namun restoran-restoran makanan yang terdapat di
dalamnya amatlah walla…..sungguh enak, versatile dan berkualiti dengan harga
yang agak berpatutan dan sesuai dengan taman tema. Tak dalah disebabkan taman
tema, makanan sekadar hotdog, burger,ayam dan kentang goreng sahaja yang ada
dengan harga yang tak masuk dek akal.
Untuk
mendapat tiket atau info lanjut anda boleh layari maybank2u kerana sekarang
mereka menawarkan hadiah tiket untuk berkunjung ke Legoland. Sebenarnya ada
banyak lagi gambar-gambar saya abadikan lebih kurang sebanyak 600 keping..namun
kalau anda ingin melihat, berkunjunglah , alami sendiri dan just having there
and enjoy yourself!!!
Sebelum bertolak, kami berkumpul di Menara Maybank dan di sediakan oleh Maybank sarapan pagi di Starbucks Menara Maybank.
Kalau saya dok ulang masuk Legoland ini pasti kerana ini juga...sedap sangat pizza di ini...dengan limpahan cheese...sedapnya....
4D Movie salah satu yang paling best di Legoland
Taman Mini Land yang sungguh comel kerana kenderaan comel tu boleh bergerak.....
Para karyawan dan pekerja-pekerja Legoland
yang terdiri dari penduduk tempatan dan mereka yang telah lama bekerja di
Legoland di Europe.
Buat ibu ibu bapa bapa yang punya anak
kecil …jangan khuatir..stroller ada untuk disewakan…yang single yang
double..pilih kak pilih…..kerusi roda untuk yang kurang upaya pun ada….
Huhu kalau yang cawan berpusing sepuluh round pun saya
sanggup….tapi rasanya ini paling laju antara yang pernah saya naiki di taman
tema seperti Disneyland dan lain lain.Ain staff Maybank bahagian social media
dah terasa pening baru satu round…walla…
Ada berani…jom…saya tolong jadi
photographer dari bawah jer…mak tak berani nyah….
Kalau saya dok ulang masuk Legoland ini pasti kerana ini juga...sedap sangat pizza di ini...dengan limpahan cheese...sedapnya....
4D Movie salah satu yang paling best di Legoland
Taman Mini Land yang sungguh comel kerana kenderaan comel tu boleh bergerak.....
Hasil kehalusan dan kesenian tangan yang mencipt mini land ini.
31 comments:
sgt comel bangunan guna lego kan=)
akak guna kamera apa eh? semua gambar cantik cantik lah. heee :)
seronoknyeee..nak gi=)
fiza pun ada juga cadangan nak pi Legoland gak...tp takut x berbaloi...anak2 dok ajak pi tp takut x best....ni dah tgk gambar2 kak nani boleh la masukkan list cuti sekolah ni...he he he...
Iallah akan pergi ~
wow kagumnye..
lepas baca auntie nani punya entry ni,lagi rasa membuak2 nak pegi legoland jugak...
ehehe
bestnye kak, tak sabar2 nak bwk anak2 p
Salam sis,
Anak2 saya siap tanya kalau exam dapat nombor satu, boleh tak pi Legoland hehe..
salam,
bila akak nak pergi lagi?saya ada dpt vocuher 30% off, 5 keping..kalau nak beli tiket nanti akan dapat less 30%. nak jual pada harga yg murah. valid till 31 Dec 2012
salam,
bila akak nak pergi lagi?saya ada dpt vocuher 30% off, 5 keping..kalau nak beli tiket nanti akan dapat less 30%. nak jual pada harga yg murah. valid till 31 Dec 2012
Kak Nani.....saya yang duduk Johor pun lom masuk lagi taman tema...cuma masuk kt Mall of Medini just utk makan2.......lagipun saya ada anak kecik...tunggu pepohon kat taman tu besar sikit......hihiihih....anyway to all.. kalau datang je Johor jangan lupa singgah ke Legoland...
Kak Nani...saya yang duduk JB pun cuma masuk Medini of Mall je..makan-makan...ada anak kecik dgn baby.....lom sesuai lagi nak bawak mereka ke taman tema tu...tunggu anak anak anak besar sikit baru boleh explore....tunggu pepohon kat situ beso......hihihi....
antie.. berbaloi x klao bwk anak dtg sini?
best jugak kalo dpt pegi masa cuti sekolah ni
bestnya.. :)
salam kak.. rasanya tak ader dome kat menara maybank sbb saya keja kat sini dah lama.. ker akak nak ckp starbucks tapi tertulis dome.. nevermine.. typo error eehh??
will be there awal cuti sekolah nanti!
mak pulak yg x sabar kan lagi2 nengok entry kak nani nie :-)
Saya mewakili golongan belia awal 20an ingin meluahkan rasa cemburu sebab belum ada peluang lagi nak ke sana.. Kalau saya dapat pergi percuma macam ni, dua kali ganda teruja saya rasa.. ;D
Puas hati tengok gambar² ni, serius menerujakan. Pizza tu tak berapa nak jeles sebab dekat Felda tempat saya ni pun dah ada. hihi
Wahh..nak kena bawak anak2 ke sana la cuti sekolah nanti..nampak best sangattt..:)
hari ahad nampak kak nani dekat wangsa walk (kalau saya tak silap org). segan nak tegur sebab bila tgk kak nani saya rasa under dress. kak nani cantik sgt. :D
penerangan yg menarik..rasa macam brminat nak pegi w,pun ramai kata agak panas,mgkin sbb kawasan baru.
raya posa kami ke uss,rasanya legoland ada ciri2 mcm uss.pasti anak2 suka
wow! cantikla acik tempat ni!!! sangat2 awesome untuk pergi bercuti 1 keluarga.. untuk photoshoot pre wedd po ok gak.. awesome!!!
menarik nampak nya tu.... boleh la kesana cuti ni..
bangga sbb kt malaysia ada legoland yg hampir 100% dibuat oleh warga malaysia sndiri...
tak sbr nk ke sana lah
already in my family holiday destination list (^____-)
1 lagi alasan kukuh berjimba-jimba ke Legoland.. Thanks Kak Nani for this entry.
Eh, saya 1st time komen di sini. Assalamualaikum. :)
Saya pun dah sampai jugak ke legoland ni. Saya pun suka pizza kat pizza mania tu... nipis tapi sedap dan harganya pun berbaloi..
hehe,yaya tak ikut rombongan ke?
semoga dpt pegi satu hari nanti...
Kak Nani.. seronok pergi legoland dengan akak tempoh hari. Hehe salah nama staff Maybank tu. Saya la, Wani. Bukan Ain :p by the way, sedap kan kita makan di pizza mania. fuhh. ok, selamat pergi hujung tahun ni dengan family! =)
woaahhhh auntie nani da sampai sana... syoknye...... jeles sy. hihi childhood memories
Salam. Mari menginap di Sufie Homestay Johor yg harga sgt berpatutan dan hnya 20min shj ke Legoland. Layari blog untuk maklumat lbh lanjut http://sufiebiz.blogspot.com
Post a Comment