Assalamualaikum,
Sepatutnya bulan Ramadhan adalah bulan kita bersederhana, bermusabah diri, menginsafi pada yang daif, papa yang tak cukup makan, yang serba kekurangan. Atau memang sebenarnya itulah tujuan kita berpuasa iaitu menahan diri dari berlapar dan dahaga serta perkara perkara yang membatalkan puasa.
Jadi sepatutnya berbuka itu biarlah ala kadar. Makan yang macam biasa-biasa yang hari hari biasa kita makan. Ikan goreng, tumis sayur atau sambal belacan pun jadilah.
Barulah betul hikmah dan selari dengan tujuan berpuasa itu sendiri.
Namun
Namun
Namun
Namun bagi saya berbuka walau sekadar minum air kotak, makan roti bun tu tak jadi hal Apatah lagi kalau berada dalam kereta, dalam perjalanan. Tiada apa yang nak dikejarkan. Lepas solat makan malam macam nasi lauk macam biasa.
Tak rasa macam sesetengah orang, mengidam giler mengalah perempuan mengandung, teringin air kelapa, air tebu, nasi ulam nasi kerabu, bubur kacang bubur lambuk...
segala juadah yang hari hari biasa macam tak der bende tapi kalau bulan puasa, mesti nak dapatkannya tidak boleh tidak.
Sanggup redah apa jua onak duri untuk dapatkan nya...
Saya tak mengata orang, sebenarnya saya pun terpaksa berperangai macam tu dek kerana permintaan anak-anak. Dek kerana nak bagi anak-anak meneruskan puasa sepenuh hari dengan gembiranya. Dek kerana nak melatih anak-anak berpuasa dan mendapat ganjaran berbuka dengan juadah yang enak enak belaka.
Kerana mendidik anak-anak berpuasa haruslah sedari kecil. Anak saya Imran berpuasa penuh ketika usianya 5 tahun. Anak saya Alisya walau terpaksa bekerja kuat menahan dahaga ketika menjalani shooting namun bila saya tanya berkali-kali tak ingin langsung untuk berbuka setengah hari. Selalu saya perhatikan anak-anak langsung tidak merengek untuk berbuka. Alhamdulillah.
Bukan mudah. jika mereka tidak di didik dari kecil. Alah bisa tegal biasa. Rasa insaf bila melihat ramai lelaki lelaki dewasa atau ada sesetengah perempuan dewasa yang tidak uzur tetapi tidak ingin menahan diri dari berlapar dan dahaga, Langsung tidak menginsafi yang berpuasa adalah salah satu rukun agama.
Sedangkan bulan puasa mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab tersebut, maka
fikirkanlah apakah pada bulan bulan biasa mereka mampu mengganti puasa tersebut. Alangkah ruginya bagi mereka mereka ini.
Disebabkan permintaan Hafiiz supaya saya menyedikaan dadih untuk berbuka, demi anak anak tercinta yang taat menjalani ibadah puasa maka, juadah kami pada hari tersebut agak meriah. Hafiiz meminta resepi saya untuk buat dadih yang pernah saya jual di Bazaar Rammadhan beberapa tahun yang lepas.
Tidak ketinggalan Imran nak mencuba skilnya membuat pizza dan roti pita. Saya ajar Alisya macam macam mana nak marinate lamb chop.
Maka di sini saya perturunkan salah salah satu resepi dadih yang paling enak dan berkhasiat harus dicuba.
DADIH SUSU LEMBU PALING ENAK PERNAH SAYA MAKAN.
Satu paket dadih (gambar tertera dibawah).
3/4 cawan gula pasir
3 kotak susu full cream yang berisipadu 1 liter setiap satu.
2 cawan serbuk coffeemate
Cara-caranya.
Tuangkan 3 kotak susu ke dalam periuk. Masukkan gula pasir dan coffeemate. Kemudian biarkan susu mendidih. Apabila susu mendidih. Padamkan api dan masukkan serbuk dadih dari dalam paket tadi. Masukkan juga satu paket kecil gula yang terdapat dalam paket dadih tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas yang disediakan seperti cawan atau mangkuk mangkuk kecil.
Sejukkan dan hidang.
Saya amat pentingkan makanan berkhasiat. Maka setiap juadah berbuka, saya pastikan ada tersedia buah-buahan. Alhamdulillah buah mangga ini saya petik dari pokok yang saya tanam di belakang rumah.
Inilah dadih di dalam paket yang saya gunakan. Terdapat berbagai perisa, jagung, vanila, coklat, strawberry dan lain-lain.
Nikmat mana yang mahu kudustakan.
15 comments:
sedapnya dadih..nyum2...suka snagat dadih yg sejuk2..hehehhe
bestnyer... menu dadih simple tp sedap kan...
seronoknya anak2 aunty nani , hari2 makan mewah =)
homemade pulak , mesti sedap kan ^^
pehh....rs nk singgah pekan esk p beli nk wt. tp, peti es kat ruma kcik lak. tgh penuh dgn mcm2 mknan stok yg bru beli. npknye kn la tangguhkn dlu hajat hati
nampak mudah...selamat berbuka auntie:-)
Ok, ok....boleh try....:-)
kak nani, thanks for sharing. nnti sy try recipe ni :)
p/s: u're really good at teaching your kids. u inspired me to be a good mother someday. Huhu!
reeneeraaid.blogspot.com
dadih brand ni memang sedap kan auntie nani..suka perisa jagung..hehehehe
sedap :)
da kopi paste resepi dadih meletopp kak nani, jazkallahu khair sista :)
salam kak nani, dah kopi paste resepi dadih meletop kak nani, insyaAllah nak buat sbb mmg de stok dadih tu kt umah, jazakallahu khair kak nani..
sedapnya dadih.. sepekt boleh dpt byk.. simpan peti ais.. makan sejuk2 lepas terawih.. nyaman je tekak..
Salam Kak Nani sayang,
wahhhh saya ni tak berapa suka makan dadih atau agar-agar tapi rasa macam nak cuba.
Okay, nak cuba la! hehehe...
Terima kasih Kak Nani kongsi resepi.
Thanks kak nani share resepi nih!!! Nanti nak cuba lah
Salam, saya rasa tadi saya nampak akak n family di bazar ramadhan subang jaya.
:)
Post a Comment