Sunday, July 22, 2012

Terima Kasih Allah








Assalamualaikum....


Mentari di ufuk menghilang pergi. Atau aku yang lupa bumi tidak sentiasa di sini. Berputar mengikut paksi. Ku lihat indahnya langit Ramadan. Memayungi hati hati yang menanti.

Ramainya berduyun-duyun mendatangi rumah rumah Allah. Memenuhi baris baris saf jemaah. Terbetik di hati..jarang kulihat indahnya pemandangan ini. Terima kasih Allah. Memberi ruang nadiku berdenyut lagi. Memberi udara nafas untuk ku hela. Memberi sekali lagi  kehidupan untuk ku jalani Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Perasaan yang sukar kugambarkan. Bila Imam membacakan surah surah AlQuran dalam solat..hati begitu sebak....deras air mata mengalir. Terasa kerdilnya diri yang penuh berdosa ini. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Bagai irama yang sungguh indah pula ketika imam mengaminkan bacaan dan disambut gemanya aminn seluruh jemaah. Subhanallah...

Indahnya Ramadhan. 

Heningnya pagi itu, aku bersiap-siap memasak hidangan untuk bersahur. Telah bersabda Rasulullah SAW " Bersahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu ada barakah".

Aku meriahkan rumahku waktu bersahur. Aku masak hidangan yang ringkas tetapi menyelerakan. Aku anggarkan hidangan agar tidak ada pembaziran.

Alhamdulillah. Sahur yang sungguh menyeronokkan dan menjamu dengan penuh selera.

Alhamdulillah. Solat subuh pagi itu Hafiiz yang mengimamkan. Hati sebak, lama tak bersama anak itu tetapi bila aku suruh dia mengimamkan solat berjemaah, bacaannya sungguh bagus dan terang. Doa selepas solat panjang dan jelas.Alhamdulillah terasa sejuk hatiku. Amin.

Indahnya Ramadhan.

Tahun ini, tahun pertama bersahur bersama menantu, Khairi suami Liana .Bertambah seorang lagi ahli keluarga. Alhamdulillah.

Selamat berpuasa dan salam ukhwah untuk semua. Maafkan aku sekiranya ada yang berkecil hati terhadap segala tulisan ku di blog mahupun di luar sana.











Aku ingin selalu memastikan hidangan yang seimbang...maka harus ada sayur. Asparagus ditumis dengan bawang putih dan udang...ringkas tetapi enak dan jadi rebutan.



Walau masih dinihari...tidak menghalang untuk aku menyediakan hidangan ketam masak lemak nenas cili padi....



Peria hiris tipis tipis, lumur kunyit dan goreng garing...pembuka selera....




Kami bersahur di hari pertama puasa....


Hanis ke Sarawak shooting, Khairi sibuk dengan urusan PTPTNnya.. di UiTM Penang maka hanya kami ber 7 sahaja di rumah.



Sahur hari kedua, pagi tadi. Udang goreng tepung, sayur kailan belacan, ayam goreng, peria goreng garing dan ikan sardin goreng kicap dan tidak ketinggalan telur senyum kata Hafiiz.



Walau pelbagai tetapi masak dalam portion yang kecil supaya terus licin tanpa ada berbaki....


Ini keberkatan bulan Ramadhan, selalu dapat berkumpul satu keluarga.Nikmat mana yang mahu kudustakan.

Alhamdulilah.

23 comments:

Siti Zinnirah said...

seronok sahur bersama sama keluarga...

nabila azmi said...

slm rmdhm makcik=)

mamasuri said...

salam ramadhan...menarik btul asparagus goreng tu...

AQisH said...

meriahnyer sahur dia..anak² i krg mkn nasik sahur² ni..somi lgsg x mkn nasik..:(

tips pavlova yg kak nani bagi tu sgt menjadi..terima kasih byk² yer ;)

Mat Gebu said...

Salam Ramadhan Kak Nani, saya pun minta maaf jika terlanjur tutur kata yea.....MOga kak nani dimurahkan rezeki...

Cik Eka said...

salam ramadhan auntie...

alisya dah pejam2 mata je masa makan..hehehehe

susumanis said...

Ramadhan kareem kak nani, rasa cam nk g sahur umah k nani la..hihi

sabasalbi said...

meriahnya k.nani nyer sahur... mesti ank2 suka.. nk jd ank angkat bleh x. he3.....

The Bahiyah Rahman said...

selamat berpuasa ye aunty.. ;)

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Selamat berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia bersama seisi keluarga semoga akan dapat disempurnakan dengan sejahteranya.

Terimakasih Nani... dengan gambaran suasana bersahur petanda indahnya Ramadhan...

Salam kasihsayang buat Nani, insya'Allah akan Ratna telpone nanti...

ibuhebat said...

alhamdulillah.. setuju. bulan puasa je yg kita dpt berkumpul makan sama2 ... :)

Filla ~ Kasihs said...

huuuiii lauk kak nani bersahur, dah macam lauk berbuka! rajinnya kelentang kelentung kat dapur sebelum subuh ;)

hOtMaMa said...

Selamat berpuasa Kak Nani.. menarik betul hidangan bersahur akk tu.. huhu..

qaseh zara said...

ehhmmm...seronoknyer...
x tahu pulak saya asparagus boleh digoreng macam tu jerr... ni kena cuba ni.

Zharif Azis said...

salam ramadhan kak nani =)

time2 bulan ramadhan macam nie , saya memang suka geledah blog kak nani . sebab nya banyak gambar makanan . dengan hanya tgok gambar yg kak nani upload , saya boleh jadi kenyang dan semangat . betapa hebatnya gambar2 makanan kak nani ye =) huhu

BTW , dalam pada saya geledah tu , saya agak runsing dan bingung sebenarnya . boleh tak kak nani senaraikan nama anak kak nani dari first sampai last mengikut umur . sebabnya sy keliru .

ada yg saya baca , hafiz di uitm . so maksudnya dia dah lepas 18 tahun lah kan . dan ada yang baru abes upsr pergi asrama ( anak laki yg kak nani ajak cuti kak jakarta tu , sy x ingat nama ) , dan sorang lagi yg terer masak tu , imran kot nama dia .

kalao ikut kan ketinggian , sy ingat hafiz tu masih lagi sekolah menengah . tp dah masuk u . walhal yg bercuti kat jakarta yg tinggi baru abes upsr . ke saya tersilap maklumat ?

tak penting pon sebenarnya . huhu =D just nak kepastian . papepon , makanan kak nani semua nya nampak menyelerakan =)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

salam ramadhan kak nani :)


rajinnya akak masak ketam utk bersahur

aNIe said...

Alhamudlillah kan Nani...waktu berpuasalah rasanya anak2 duduk semeja makan... kalau ada je urusan lain masa makan ada je yang tak dpt bersama

SoLy SoLicious said...

ramadhan mengeratkan lg hubungan kekeluargaan kan..salam ramadhan..selamat berpuasa ^^

aizeepesona said...

he eh nampak peria tu sedaplah pulak..may be sbb dah lama tak makan peria...rindu kot

rajin betol kak nani nie msak mcm2 masa bersahur beruntung orang kat dalam rumah tuu..

Sharidawati Shahrudin said...

salam perkenalan & salam ramadhan :)

jupe ketika event blogopolis dulu ..hehe

dai nord said...

wah..cantik kerusi auntie warna putih. xsabar nk tgu entry deco raya rumah auntie

mas said...

Salam ramadhan Nani

Hidangan enak2, pandai masak. Menikmati juadah bersama keluarga tercinta. Asparagus dan peria nampak sedap, nak cuba masak cam tu.

mas said...

Salam ramadhan Nani

Bestnya lauk... asparagus dan peria. Nak cuba la..