Assalamualaikum,
Selalu macam tu kan...tekak orang uthara susah betul nak appreciate makanan orang selatan. Bukan nak cakap orang lain, nak cakap laki kita yang lidah sungguh berlagak. Alejik tempe kunun. Kalau dapat bini mithali ikut cakap laki boleh kot...Ini dapat akak yang jenih tak koser tak layan tekak dorang...apa yang akak masak dan hidang nak makan...silakan makan sayang..tak nak sudah...tak dernya nak stress stress dengan melayan tekak dorang ni...
Bila orang utara belah belah perak, nak masak lemak, tempoyak. Kalau belah belah kedah, kari, laksa. Kalau selatan pulak, laksa laksa tak men (loghat kedah), asyik asyik dok balun asam pedas.
Akak tak da...akak masak tempe, satu rumah kena makan.
Akak masak asam pedas laki akak tak berapa nak suka tu pun kena makan.
Akak buat sambal belacan, khairi yang tak makan pedas itu kena tahu jugak apa tu sambal belacan.
Tapi kalau kari rumah akak, memang laku..namun disebabkan akak hanya bahagia kalau dapat masak kari kepala ikan, sedangkan anak-anak melarang katanya tak elok nanti otak jadi bodoh dan mudah lupa maka akak lupakan terus menu kari kepala ikan daripada hidup akak.
Tapi akak boleh berbangga sekarang sebab asam pedas akak masak dah jadi peberet laki.
Meh akak bagi resepi asam pedas akak yang sungguh umphhh!!!
Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo
Cili kering 20 batang (rebus dan cuci)
buah keras 5 bij
belacan 1/2 inci
(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)
Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci.
(Blend ke semua ini dan ketepikan)
bahan-bahan lain untuk ditumis :
biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat
Cara-caranya,
1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.
29 comments:
salam kak nani,ni sure meletoppp ni, selama ni kita masak x penah taruk halba n serai selalu kita ketuk jeh n buah keras mmg tak penah masuk, tqsm kak nani, nanti laki kita sure pelik asam pedas kita lagi kaww dari asam podeh sesapa pun..yeay :))
sedapnya.. mesti kena cuba ni. resipi kak nani best2.
time kasih makcik yg awet mude ni.....nnti nk cube mskla=)
Saya orang utagha tapi saya suka tempe, suka lontong. Cuma masa kecik2 dulu saya konfius sebab asam pedaih selatan tak sama dengan asam pedaih utagha. Bila arwah bapak bawak kami satu famili jalan2 ke Melaka, rasa asam pedas sana, fuhhhh! Dua2 pun ada keistimewaan tersendiri, yummeh!
Macam berjanji jer. kita pun hari ini buat asam pedas, cuma bezanya kita buat ayam
Nak cuba asam pedas versi kak nani pulak...nanti kita letak diblog...ok...terima kasih.. ^___*
perghhh...baru tengok je - baru baca2 je...gerenti sedap ni! peberet saya asam pedas ni kak oiii !
hehe. laju je saya bukak sebab tgk tajuk nk pikat selera org utara tuuu. harus praktis sebelum sah jadi isterinya. teheeeeeeeeee =p
biasa nak makan asam pedas tunjuk je tapi mem pun boleh masak.. hehe
Sound delicious! nak cuba sbb ada tambahan dlm bhn2. hee. tq kak nani yg xpenah lokek share secret recipe ;)
perghh sedap ..
kena try nie...baca bahan2 pun dah kecoq ayaq lioq.
ala kak nani.. abg ipar saya org kedah pun tekak langsung taknak telan gulai tempoyak. dah 6 tahun kawen, baru tau rupanya gulai tempoyak tu sedap. sekarang nie, ikan bilis pun dia bantai suruh buat gulai tempoyak! hahaha..
sedapnya..eka suka makan asam pedas ikan terubuk..hehehehe
kalau dapat tu,seekor eka boleh habiskan.memang minat habis kat ikan terubuk tu..hehehe
Must try ni! Dah lama teringin nak masak asam pedas, dah baca kat banyak blog recipe still tak sampai seru lagi nak buat hihi. Tapi bila baca this recipe, suddenly rasa nak sangat try! Thanks Aunty :)
resepi bulan posa nihh..
hmm mesti sedap nehhtd baca n3 mat gebu..so esok ngn rasmi nk buat resepi neh.. sy org utara ..tempe????? sy tolak batu kayu besi ja... hehehhe.. lg pelik lg sy teringin nak makan..
wow! mengancam.... kecur airlior dibuatnya...
serius nak buat petang karang balik keje...tq kak
kena cuba resepi ni.. selalu buat asam pedas tak letak belacan dan dan buah keras tu.. klu letak sure lg terangkat.. smp org yg tak suka pun jd tertawan..
my all time faveret..tp mmg x penah letak halba n buah keras tu..bleh la cuba ;)
sedapnyer.. asam pedas tu faveret sy.. fb pn nani deactive ke? mcm dah x nmpk je.. alaa.. x best la.. nasibla blog x deactive..
Kak Nani!! TQ for the recipe! Laki saya yg org Pantai Timur tu suka sangat makan kari dan kurang gemar masakan2 lain, hehe, sekali dia dah rasa asam pedas yg sy buat ikut resepi akak, hmm... siap hirup kuah lagi tu! Hehehe... tu laa, takut sgt nak cuba masakan lain selain kari dia tu... hee... ;)
Assalamualaikum, came across to read your entry. I totally agree with you!
hai...salam perkenalan sudi lah follow blog saya
WAH2..SEDAP NI..NK TRYLAH..
As Salam kak nani, hari pertama puasa saay berjaya masak asam pedas ikan jenahak ikut resipi kak nani. Dan lauk tu dibawa ke umah mertua utk berbuka. Dek kerana kak nani guna ikan jenahak. Saya usaha gak cari ikan jenahak. Mmg agak mahal sikit tapi sedap. :-). Inilah resipi masak asam yang akan saya letak dalam list. Saya akan buat lagi. Nak cuba ikan merah atau pari lak dan nak wat bg pekat sikit. Terima kasih kak nani share resipi :-)
yum3...nmpak sgt menyelerakan ^^
tq for the recipee kak nani.. oh fav sha tu asam pedas :)
kak nani,
thanks for the recipe.sy dh try semalam.sedap sangat2.http://mytravelmyfood.blogspot.com/2012/11/asam-pedas-emak-hanis-zalikha.html
Post a Comment