Wednesday, August 1, 2012

MPH Online


Assalamualaikum,

Perkara kedua yang amat saya minat selepas masakan adalah bacaan. Saya suka membaca. Alhamdulillah minat membaca saya jadi ikutan anak-anak. Dulu setiap kali membawa anak-anak ke pusat membeli belah, kedai-kedai buku yang terkenal seperti MPH adalah satu tempat persinggahan yang jadi kemestian untuk anak-anak saya melepak, membelek buku, membaca dan membelinya.

Apabila di rumah saya letakkan di beberapa sudut ruangan untuk membaca. Misalnya satu sudut membaca di ruang tamu, satu sudut di ruang laluan ke kamar tidur dan sebahagiaannya  di bilik tidur masing masing.




Begitulah pentingnya buku sehingga saya jadikan sebahagian daripada hiasan dalaman rumah saya adalah rak buku.
  
Sementelaah, apabila saya sentiasa kesuntukan masa, acara ke kedai buku bersama anak-anak menjadi semakin kurang dan hampir tiada langsung. Keterujaan membaca menjadi kurang apabila tidak ada bacaan terbaru ditangan.

Namun kini semua itu tidak harus dijadikan alasan tentang kesukaran mendapatkan buku-buku yang kita kehendaki.

Dengan segala kengkangan waktu, kesukaran mencari parking kereta, caj bayaran meletak kereta yang semakin tinggi dan kejadian jenayah di tempat tempat kereta di kompleks membeli belah, maka kaedah membeli belah secara online amat melegakan kebanyakan orang. Dengan ini, buku-buku dan hadiah yang ditempah akan dihantar terus ke pintu rumah anda.  

Dalam membeli belah secara online, pembelian buku secara online adalah satu pembelian yang paling effectif.  Kalau beli baju mungkin barangan  yang sebenar kita perolehi tidak sama seperti paparan diwebsite atau tidak sesuai dengan saiz atau bentuk badan kita tetapi tidak buku.

Melihat trend masa kini , seperti membeli tiket pesawat  secara online,menawarkan harga yang jauh lebih murah.MPH tidak ketinggalan menawarkan pelbagai tawaran, hadiah dan potongan yang berbaloi-baloi  dengan pembelian secara online. Penghantaran ke rumah secara percuma jika anda membeli dengan pembelian yang melebihi rm80.

Buat ibu bapa yang sibuk yang risau dan prihatin anak-anak tidak mendapat cukup material untuk mengulangkaji pelajaran dan juga mendapatkan kertas contoh soalan soalan peperiksaan yang lepas, MPH turut memperkenalkan koleksi tersebut dengan menawarkan diskaun sehingga 30% ke atas kertas kertas contoh soalan peperiksaan tahun –tahun yang lepas sehingga 31hb Ogos 2012 yang dibeli secara online. Sila layari http://www.mphonline.com/books/school_revision.aspx

Buat sesiapa yang tidak punya waktu untuk mencari atau membeli hadiah untuk sebarang keraian, mengapa tidak beli sahaja di MPH yang menyediakan beberapa seleksi barangan bayi hingga untuk orang dewasa yang boleh dijadikan sebagai hadiah untuk sebarang keraian. Sungguh menyenangkan bukan? Anda boleh meninjau di sini http://www.esp4u.com/welcome/welcome.aspx

Bukan itu sahaja, MPH juga ada menawarkan pembelian e-book buat sesiapa yang tidak mempunyai cukup ruang penyimpan buku buku di rumah. Kepada sesiapa yang ingin berbuat demikian, anda boleh pergi ke sini http://www.mphonline.com/ebooks/welcome.aspx

Wow bagusnya, begitu mudah dan menyenangkan, so tak perlu lagi kita bersusah payah hanya mahu membeli buku-buku.



 Koleksi buku yang harus ditambah dengan belian buku di MPH secara online.


14 comments:

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Alisya suka membaca, selalu nampak dekat gambar yang Kak Nani post, masa makan pun, dok membaca. Saya suka la budak-budak yang suka membaca.

Saya dan suami pun suka membaca. Saya suka baca novel. Ke keedai buku antara aktiviti wajib setiap bulan. Di bilik kecil rumah saya, dijadikan mini library.

Ada ker masa Kak Nani nak membaca? akak kan supermom, kesana kesini kesinun, nak masak lagi, berniaga lagi, isshhh memang supermom betul la.

p/s : psst-psst Kak Nani, hari tu kat blog akak cakap nak ke Sungai Buloh kan? nak tambahkan bunga ker nak gantikan bunga yang sedia ada kat laman, akak dah pergi ker? entry pasal Sungai Buloh dan dekorasi laman, jangan lupa letak dalam blog yek? Dah lama dah tak dengar cerita bunga-bunga dilaman akak.

http://emasriee.blogspot.com/ said...

Mulan pun teringin nak ada bookshelf di rumah sendiri...

ct cheery said...

wah sesangat bagus klu kita rajin membaca...

LUNA LANUN said...

membaca jambatan ilmu... :)

Rahsia Trafik Blog Naik Sehingga 2500 Unique Visitors Sehari

norinaomar said...

memang senang mph online ni..suami saya pun dah terjebak beli buku kat sini..

haritu beli doktor umum dapat 20% discount..then saya ialah one of the 100 early buyers, dapat rebate RM11.++...BEST!!

Twiggy said...

mphonline kadang-kala selection tak best. tetap lagi seronok bila pergi ke kedai buku sendiri :)

Unknown said...

Yeahhh.. nanie pun suka membaca jugak.. dan baru je semalam nanie buat online purchased kat mph online ni.. best2...
:)

Unknown said...

saya suka juga membaca tapi tada masa la...nak urukan anak, kerja..ermmm tak cukup 24 jam..
www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

aizeepesona said...

memang supermom !

Liz said...

Saya lebih suka pergi ke kedai buku. Beli secara online mmg mudah tapi saya dah terkena dengan MPH Online. Lepas beli buku yang memang ada stok dan buat pembayaran, buku tak sampai-sampai. Lepas dua minggu, saya telefon. Mereka kata, stok dah habis. Mereka bagi option samada nak tunggu stok baru atau mereka pulangkan duit. Saya minta pulangkan duit tapi sampai sekarang tak dapat-dapat.

Mungkin saya je yang terkena macam nie. Serik

Anonymous said...

salam ramadhan..nanti kalau free2 boleh la ke http://zayrakhayra.blogspot.com/ yer..terimak kasih

cikgunurulizza said...

Salam perkenalan..saya nunu.saya seorang ibu pada tiga anak yang baru nak mbesar.anak anak sy'sy dedahkan dengan buku buku.namun'sy pula yg kurang membaca sebab sibuk sgt.aduhaiii

cikgunurulizza said...

Salam perkenalan..saya nunu.saya seorang ibu pada tiga anak yang baru nak mbesar.anak anak sy'sy dedahkan dengan buku buku.namun'sy pula yg kurang membaca sebab sibuk sgt.aduhaiii

ain_narina said...

assalamualaikum...
bertuahlah siapa yang mempunyai minat membaca dan menjadikan membaca sebagai hobi.
sy pun suka membaca...
(pendek kata lebih kpd kaki novel..hehe)

nak invite semua kawan-kawan yang kaki buku..
my kedai buku online..

plss have a nice tour..

www.stormreaders.net/ululalbab
www.helpkeydata.blogspot.com


ingatlah..setiap perkara yang hendak kita lakukan, mestilah dengan ilmu,..
ilmu yang benar...(ilmu dan tuk guru)