Friday, August 31, 2012

Mendapat Untung Yang Mudah Tetapi Kenapa Tidak Kita Usahakan





Assalamualaikum

Saya tahu ramadhan yang baru berlalu, tidak begitu indah buat saya, bila mana saya terlalu sibuk mengejar duniawi. Satu ketika pada ramadhan setahun yang lalu pernah berdetak dalam hati bahawa saya tidak perlu menjalankan perniagaan yang banyak mengambil masa saya untuk saya khusyuk menjalani ibadah di bulan puasa. Tetapi bila saat itu tiba, saya selalu tidak mengotakan apa yang saya azamkan.

Kini saya hanya mampu berdoa agar Allah Yang Maha Penyayang memanjang umur dan memurahkan rezeki  saya agar saya dapat bertemu lagi ramadhan yang akan datang dan dapat menafaatkan kemulian dan keindahan bulan Ramadhan.

Bersyukur lah atas rezeki yang saya perolehi di bulan bulan lain, yang mana di bulan ramdhan nanti saya hanya perlu berehat dan beribadah. Itu azam saya kali ini. Mudah mudahan Allah makbulkan.




Apapun  kedatangan syawal kali ini paling bermakna dan begitu menenangkan serta membahagia seluruh jiwa saya.

Bila mana saya dengan hati yang senang memohon kemaafan dan memaafi setiap orang yang saya kenali yang sebelum ini pernah menyakiti, mengecilkan, dan membuat saya terluka.

Saya tahu ego manusia amat tinggi. Biarlah mereka. Saya tertunggu juga kalau mereka-mereka ini sempena syawal yang mulia menjelang tiba mengambil kesempatan ini datang memohon maaf atau sekurang-kurangnya menghantar mesej mengucap selamat hari raya dan kemaafan. Nampaknya penantian saya hampa.

Dan saya merasa bersyukur kerana saya dikurniakan oleh Allah jiwa yang lembut, penyayang, tidak ego yang begitu mudah memohon maaf dan memaafi. Saya datangi mereka-mereka ini dengan jiwa yang ikhlas, mahu memohon kemaafan dan memaafkan. 

Indahnya hari raya tak akan dapat terucap dengan barisan kata kat apabila Allah bagi kita cabaran untuk kita berbaik dan menyambung sirahtulrahim bukan pada yang saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yang memang sedia baik dengan kita, tetapi pada mereka yang sebelum ini tidak begitu baik dengan kita, pernah menganiaya kita, pernah menikan kita dari belakang... Itulah cabaran yang besar dan dapat meletakkan kita untuk memiliki sifat yang penyayang, pemurah dan rendah diri.

Kalau sebelum ini hubungan adik beradik, anak beranak yang tidak begitu baik, tidak membuat saya berputus asa, malah saya memulakan langkah untuk menyambung sirahtulrahim sesama kami. Alhamdulillah, kalau tujuan kita baik, Allah tahu hati ini, insyallah tiada sedikitpun jatuh rugi, malah keberkatan umur, murah rezeki dan doa yang dimakbulkan apabila kita punya usaha untuk menyambung sirahtulrahim yang terputus.

Percayalah....


Dan ramadhan yang lalu, terlalu banyak permasalah saya tentang kuih raya. Kalau orang menganiaya saya seorang...lalu secara tak langsung membuat saya menganiaya ramai orang. Maka saya pohon kemaafan, jangan bimbang semua yang terambil akan saya pulangkan. Sebab bukan sedikit, maka saya terpaksa mengambil masa, meneliti segalanya. Insyallah dalam jangka masa seminggu ini saya berusaha memastikan semua akan selesai.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.






















































































































































21 comments:

norinaomar said...

Selamat Hari Raya Aunty Nani..

mudahmudahan kita masih sempat mengejar Ramadhan tahun yang akan datang AMin

Hafizah Mohamad said...

hi kak nani...sedap tgk kuih muih n lauk pauk tu....tiba2 jd lapo la pulak...pic2 tu semua shomeii2...SELAMAT HARI RAYA buat kak nani n family....(^^,)

kuccieda said...

i like;)

izz iizza said...

selamat hari raya kak nani..

sy tahu kak nani memang lembut orangnya..suara pun lunak sedap telinga mendengar..hik..x percaya sy jika ada yg tidak senang tu..

meriah raya kak nani yer..sedondon semua..kak nani ngan suami sama-sama nampak muda..2 2 makan collegen ker ni..macam pasangan 20an jer tengok dah..

ada gambar alisya tu menakutkan sangat jer sy tengok...akk x takut ker tengok tu..

hanis sangat cantik la..super-super cantik..:)

Maicher said...

wooot wooot.
siapa dengan keknis tu??? ^^

Angah said...

Selamat Hari Raya Kak...semoga kita dipanjang umur untuk menemui Ramadhan yang akan datang...

Sumandak Kinabalu said...

salam.

selamat hari raya aunty!

hahaha. uncle cute gila dlm gambar2 ni. sporting!

aunty, kek apa yg aunty hidang tu? blueberry cheese cake ke? nk resepi boleh? hihihi :)

bintangjauh said...

Salam lebaran Ratuku Nani,

Ya ampun... dinanti tunggu kan khabar lebarannya dari Nani..., akhirnya teserlah dengan meriahnya sambutan lebaran AidilFitri yang disambut bersama seisi keluarga Nani, tampak begitu bahagia sekali sesama satu dengan lainnya... Alhamdulillah kehadratNya hanya puji-pujian untukNya sahaja, walau pun apa sahaja rupa bentuk sesebuah rezeki itu... terima lah dengan seadanya karena itu lah yang telah diperuntukkan kepada setiap ummat yang telah dikira seper kan... yang penting atau pokok pangkalnya ialah kesyukuran terhadapNya dengan kesihatan nan sehat sejahtera dimana masihi mampu menyambutnya dengan suasana yang begitu meriah dan syahdu bersama yang disayangi lagi dikasihi...


Sejuk nyaman rasa perasaan pabila menatap gambaran photos sambutan berhari Rayanya Nani dirumah dengan hidangan makan berhidang juga gambaran photos bersama seisi keluarga yang bahagia tampaknya...

Salam manis semanis madu.

p/s: cubai telephone Nani, namun... akan Ratna cubai lagi karena ingin berhari Raya juga bermaaf-maafan dengan nyatanya yakni mendengar suara Nani nan lembut lagi mesra, tunggu&nanti kan ya... panggilan dari jauh nun disana...!

fg said...

akhirnya....huh jenuh tunggu entry auntie...happyyyy tgk raya potraits. kalau boleh saya nak baca entry baru auntiee tiap2 hari. hehhe kejammkann.. can't wait for your bestest recipes..sgt sukaaa recommanded and confident recipes. keep it up

Mohd Lokman Bin Ramli said...

salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/

Azie said...

Selamat Hari Raya utk Nani dan famili.

~PILOT LOVER~ said...

eh eh ada faizal hadi lah :)

zino said...

meriah nya..
selamat hari raya... belum terlambat kan hehe

mrs kayrul said...

selamat hari raya kak nani..seronok tengok keceriaan family kak nani ambik gambar raya....terasa kemeriahannya

Cik Eka said...

selamat hari raya auntie..

waa kek dengan strawberry tu nampak gojes...

serba pink semua..cantik..

ehem hanis dengan sapa tu..hihihihi

Molly said...

Salam Kak Nani sayang.

Akak jangan sedih-sedih yek. Kita merancang Allah menentukan. Bukan senang kita nak puas kan hati semua orang. Tapi akak dah cuba yang terbaik untuk memenuhi permintaan semua kan? Saya bersyukur sangat sebab saya dapat tempahan kuih akak. Kuih-kuih akak memang sedap, kegemaran saya, suami, emak, adik beradik semua suka Snow White. Terima kasih ye kak buat kuih yang sedap :)

Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan saya. Layanan yang akak berikan memang mesra dan baik. Sukanya saya dapat merasa ayam masak merah akak yang sedap. Lepas ni saya akan buat ikut resepi akak tuh. Apa yang saya suka tentang akak, akak seorang yang tak kedekut ilmu. Kalau sedap, akak akan bagi resepi. Sayanggggg Kak Nani.

Kak Nani nampak lebih cantik berbanding di dalam gambar. Bukanlah dalam gambar tak cantik..bukan-bukan. Tapi di luar lebih cantik :)

Ala malunya ada juga gambar hamba Allah yang tomey dan bulat tu...hehehe...terima kasih ye kak letak gambar hamba Allah tu :)

Sayang Kak Nani selalu :)

kelipkelipchumel said...

bestnyaaaaaaaaa...hari raya aunty+famili.sy owes kagum+sukeeee sgt tgk cara aunty susun2 kat meja makan tu dgn pelbagai juadah yg menggumbirakan hati+perut.hebat.

MaiZa said...

salam syawal k.nani...syok nengok gambo raya akak...riang gumbira gitu...time syawal ni bila balik hometown baru ada feel kan kak... ')

AQisH said...

selamat hari raya kak nani..

kak naniiii nak resepi ciskek akak tu bolehh sedappnye la haiiii ;)

Amira is mira said...

auntie nani..kenapa ada gambar saufi sufyan dlm pic nie..baju soft brown @ cream tu...sedare ea???kenape kaum lelaki tak pakai samping..kalau tak mesti lg hensem..

Mummy Nana said...

Salam,
Harapnya masih belum terlambat utk ucap selamat hari raya. Suka betul tgk table setting dlm entry nie dan lain2. Nie semua beli kat mana ye? Kalau saya balik malaysia nanti boleh dtg singgah rumah? Teringin nak rasa masakan yg sedap2 nie. Nyummmmm..