Thursday, May 31, 2012

Sweet Charity - Apa khabar sayang

Wednesday, May 30, 2012

Harimau Malaya...Aauummmmm







Bulan lepas Alisya kena buat shooting Berita Adik TV9 di Utara.


 Gambar-gambar masa di Penang saya malas nak tangkap sebab Hotel penginapan tempohari iaitu Hotel Naza, sungguh teruk..Bilik dahlah tak da aircond,  order makan dari bilik, nasi lemak harga dahlah rm22. Kalau sedap atau presentable tak per...bayar mahal pun redho..ini nama jer nasi lemak tapi sambal tak da..di bubuh kari ayam dua ketul ayam kecil yang dah hangus..itam...walah...pikirler sket orang bayar rm22 tau bukan  2 hengget..

Bekpesnya pulok macam buat kerja tak nak tak nak..tak semenggah...

...Rasanya sejak Tsunami yang saya menginap tempohari langsung dia tak upgrade...so macam usang di mamah dek masa jer...haih  teringat ingat bila menginap Hotel tak berbintang sangat di Bandung dan Jakarta yang begitu cantik dan selesa maka otak ni asyik dok nak mengompare jer.....



Oklah kita lupakan Hotel Naza terus....Saja jer nak bagi idea kalau buntu minda..kosong idea...sapa-sapa yang ada anak kecik tu bolehlah cuti-cuti sekolah ini bawa anak ke Tambun, Ipoh. Lost World, memang betul-betul lost...sebab saya yang selama ini asyik dok datang Ipoh boleh tak tahu yang Tambun Waterpark not bad at all.


Jom layanzz gambar gambar......








































































Dia ada zoo kecik, ada kolam air panas,  ada gua gua tempat melombong bijih, Ada tempat gayut yang menyeberang tasik...boleh explore dalam gua kalau berani...saya penakut.

. Bilik hotel agak luas  boleh bawak satu batalion...agak moden ...saya akan  lebih suka kalau lantainya adalah kayu atau carpet...bekpes not bad..bandingkan dengan Hotel Naza yang kedekut taik hidung masin..bekpes entah apa-apa.




Seronok Berjumpa Penjaga Tandas



Bismillahirahmanirrahim,


Assalamualaikum,

Perjalanan menaiki pesawat yang memakan masa berbelas jam tidaklah 'cool'. Saya yang penakut dan gayat dengan tempat tinggi, merasa sangatlah lamanya perjalanan itu. Setiap kali berlakunya air pocket...saya akan mengucap dan baca selawat.  Mujurlah ada jugak filem OMBAK RINDU yang saya tengok berulang kali. Setiap kali tengok air mata mengenang-genang...gembeng saya ni...apatah lagi kalau pasal cintan cintun..terasa terbuai buai perasaan. Jadi perasaan bosan menaiki pesawat hilang apabila perasaan sayu tengok OMBAK RINDU mengatasi segalanya..

Dah lah penakut, bertambah cemas apabila pesawat  mahu mendarat di Lapangan terbang Heathrow, terasa  kapal itu terhoyong hayang seolah olah pilot tu saja-saja jer nak henjut henjut  kapal buat  jantung saya  rasa macam nak tercabut....

Akhirnya alhamdulillah saya dan Alisya selamat sampai. Sewaktu jejak kaki di luar perkarangan airport menuju ke parking tempat di mana Hila menunggu, Alisya menjerit kesukaan. Giler teruja sebab pestime merasai kedinginan yang mencengkam. Sehinggakan  bila Hila bertanyakan sesuatu dia tak dengar langsung. Hehe..excited betul Alisya.

Memang betul Alisya adalah orang yang paling bahagia berada di Kota London. Kalau selama ini dia sering mengeluh kenapa kulit dia paling hitam dalam keluarga tidak seperti kakak Hanis. Pernah juga dia bertanya macam mana cara nak putihkan kulit. Saya selalu memujuknya dan mengatakan..Alisya, cantik, oklah kulit macam ni mana ada hitam..manis jer dipandang.

Alhamdulillah banyak hikmah saya bawa dia  melancong ke London. Sepanjang di sana, dua tiga kali dia ditegur oleh orang putih disana. Mereka sungguh admire dan teringin memiliki kulit macam Alisya. Alangkah....sejak dari itu dia semakin pandai bersyukur walaupun tidak memiliki kulit yang putih. Baru dia tahu yang hanya orang melayu sering menganggap cantik itu putih..dan putih itu cantik. Tetapi orang putih menganggap yang sawo matang itu menawan dan menarik.


Baru seminggu berada  di London, Alisya menelefon daddy dia, mengatakan yang dia nak duduk di London. Dia suruh daddy di cari kerja di London.

 Dia tak tahu daddy pernah dapat offer set up dan manage company di London tetapi biasalah tak semua orang berani mencuba sesuatu maka daddy dia menolak tawaran itu. Begitulah peluang tak selalu datang lagi.......bila terlepas..maka bukan rezeki.





Anak-anak hanya Hanis dan Khairi yang dapat menghantar saya ke airport....




Pasti saya bersedih kerana melancong tidak membawa semua anak-anak bersama.......belum ada rezeki dan kesempatan nak bawa semua anak.  Insyallah hujung tahun ni kalau murah rezeki, dapat duit kuih raya, selain merancang untuk umrah saya ingin sangat membawa seluruh keluarga melancong ke Europe.




Nasi tomato, ayam merah, bun, butter, salad, puding strawberry, tea coffee dan jus buah, teringin tak nak terbang guna pesawat MAS? Saya selalu begitu, selesa benar dengan penerbangan negara sendiri, maklumkan nak mintak kacang ke, jus ke, macam rumah sendiri..tak teragak-agak atau takut takut.






Sampai di rumah Hila, di Whitton, dekat jer dengan airport, hidangan nasi pilau, kebab daging, rendang limpa yang saya bawa khas buat Maria dan Hila  5 kilo daging dan limpa saya masak untuk itu, asam pedas kepala ikan salmon, kari ayam, dan sambal tomto...yummy...alhamdulillah...nikmat mana yang mahuku dustakan.


Untung benar dapat kawan pandai masak macam Maria ni, ia ia saya merancang untuk masak, lambat sikit bangun dari katil, dah terhidu hidu aroma masakan yang sungguh membahagiaka perasaan..apatah lagi bila di sapa angin dingin yang membuat aroma masakan sungguh harum.




Perkarangan belakang rumah yang Hila sewa.



Bunga-bunga yang tumbuh meliar..bangun pagi alisya terus cari kasut dan menjerit-jerit kegembiraan di belakang rumah.




Seronok memasak di sini...setiap hari saya masak ayam merah, sup sayur dan ikan masin kapak yang saya bawa dari KL,kegemaran Alisya



Setiap kali nak makan, harus panaskan nasi dalam microwave ni, maklumlah cuaca sejuk cepat sangat mendinginkan nasi...

Rice cooker untuk masak nasi beras TILDA yang membuat saya termimpi-mimpi keenaknnya. kalau saya ambil keputusan untuk berhijrah ke sini, pasti kerana beras TILDA semata-mata hehehe.


Baby cute, Medina dan si mulut pot pet, Imran, anak Hila........setiap kali bertanyakan Alisya ' why you go to airport? why you go to airport?"..setiap kali!!...tetapi bila hari betul-betul saya dn Alisya mahu berangkat ke airport...dia langsung tak bertanya...sob-sob ;(


Tahu kenapa saya panggil dia Maria sedangkan saya patut panggil dia makcik. Semata-mata saya mahu kami akrab macam rakayn sebaya...



Hila memandu membawa kami bershopping di Bicester, di pinggir London... factory outlet untuk high end branded item. Perkhidmatan bas khas ada di sediakan untuk ke Bicester dengan bayaran 25 pound sterling..sila google untuk tahu lebih lanjut.







































































Suka tengok tandas awam yang sungguh menawan. Id nya yang harus saya tiru untuk tandas di rumah satu hari nanti.

Menunggu medina di luar tandas...
Hasil tangkapan... prada.....bahagia beb...memang idaman saya sejak dulu.




Hasil tangkapan kedua... Micahel Kors hasil hasutan Maria..nak sangat saya pakai Micahel Kors sebab dia pun pakai...hehehe





Sale giler-giler...mari ramai ramai ke London....kalau pandai cari tambang murah dalam rm2 ribu...jom!!! makan murah, barang pun murah...tempat cantik, orang menawan dan friendly...







"Nak tengok, nani punyer shopping beg tadi..!"Maria tumpang seronok!!
























Sudah mula melaram denga prada....










Walau bukan cendikiawan seperti rakan-rakan baiknya, walau cuma orag tua lama, tapi maria memang antu novel...sebab tu novelis di Malaysia ni semua kawan dia....dalam train khusyuk membaca.







































Kenal baik dengan Maria kerana dia adalah pelanggan Kolagen saya....huhu rezeki berkawan pun dpat.....














     Huhu, Alisya cari train kunun.....








Tandas di Harrod, cnatik sungguh dengan deretan minyak wangi , CD, Chaneel, YsL dan sebagainya percuma untuk semburan badan. Disedia bekas cawan plastik untuk cebok.

Seronok sangat...sampai nak seratus sepuluh kali masuk toilet dengan keramahan penjaga toilet yang sungguh helpful, siap tolong ambilkan air dan  iring kita sampai ke pintu tandas sambil berkata:-

 " Hi darling, this toilet is empty, you can enter it. Do you want some water, darling? Let me take you some water..."

Pastuh...nanti jumpa Alisya suruh dia imitate..siap denganslang sekali....



Terima kasih banyak-banyak Maria atas gambar-gambar semua tadi. Kalau tak saya akan jadi photographer yang tiada dalam gambar...Tanpa effort seorang sahabat baik macam Maria, maka gambar-gambar kami berdua tidak akan terakam.."Hoi bak lah kamera tu, I tangkap gambar you all berdua"!! Garang betul Maria...tapi hati dia baik.hehe