Thursday, January 12, 2012

Sayang Anak Sulong Ku Sayang

Membawanya tidak mudah. Melahirkannya penuh payah. Membesarkannya dalam keadaan serba susah. Masih jelas dalam kotak ingatan, di ampaian tersidai lampin lampin bersih buat menyalin setiap kali basahnya.Waktu itu diaper bayi memang tak mampu saya beli walau sudah lama wujud dikedai-kedai.

Meredah embun subuh di Taman Sri Rampai awal pagi harus dihantar ke rumah baby sitter kerana kami harus mengejar bas W12 ke Lebuh Ampang setiap pagi untuk kepejabat.

Hati memang menjerit. Kemudian saya akur pada ketentuan dan jodoh. Saya tidak seberuntung kawan-kawan yang berkahwin pada waktu sudah stabil atau memperolehi pasangan yang agak stabil dan layak untuk berkahwin.

Dalam keadaan rumahtangga terumbang ambing....hutang bertambah-tambah...nak makan pun harus meminjam..namun susu formula untuk Liana tetap saya usahakan  yang terbaik. Selagi ada daya, biarlah saya tidak bergaya, serba kurang untuk saya...namun untuk anak-anak saya cuba mengadakan segalanya.

Pejam celik dalam kepayahan dan cabaran..pasti yang paling manis adalah bila jiwa mampu memberi sepenuh kasih sayang pada Liana anak sulong kesayangan saya. Tipulah kalau sayang saya tidak terlebih padanya. Ibu mana yang tidak sayang lebih anak pertama. Apatah lagi Liana lahir di saat saya baru mengenal dunia dewasa. Pada usia yang semuda jagung saya diberi amanah oleh yang Esa untuk membesarkan dan menyayanginya. Tahniah saya ucapkan pada diri saya sendiri ketika melahirkan Liana pada usia yang muda, yang serba tiada namun mampu membesarkan Liana menjadi anak yang sopan, baik budi bahasa, patuh mendengar kata, rendah suaranya menjadi  halwa telinga ibunda...sejuk rasa hati mengandungkan nya.

Sedikitpun tidak pernah terbetik rasa mengkal terhadapnya. Secarikpun tidak pernah menyinggung rasa. Kalau putih  saya usulkan...putihlahlah yang dipilihnya.

Tahniah Liana menjadi anak sulong yang disayangi sepenuh raga oleh adik-adiknya..diharap dulu, kini dan selamanya..Seperti mana saya memahaminya...seperti itu dia amat memahami saya.

Siapa sangka 24 tahun berlalu begitu pantas. Kini saya harus melepas Liana dengan rasa berat namun gembira.Bila katanya dia mahu berumahtangga maka sayalah ibu yang paling suka. Segala persediaan dari segi wang ringgit, tenaga masa dan emosi saya peruntukan sepenuhnya bagi menjadikan majlis perkahwinannya satu hari yang indah untuk dikenang.

Selamat sudah...tarikh kahwinnya dekat dengan tarikh hari jadi saya....

Baru-baru ni Liana dan adik-adiknya berkongsi wang berpakat memberikan saya hadiah hari jadi sebentuk cincin berlian.

Katanya nak beli cincin untuk mama kerana mama tiada memakai barang kemas.Hati terharu...bila anak-anak ingin menggembirakan hati ibu.Walah anak-anak ku...bukan mama tak ingin memakai  tetapi mama lebih  rela keperluan anak-anak dan lain-lain untuk keluarga didahulukan. Biar mama tak pakai tas tangan idaman atau kereta impian asalkan....anak-anak cukup makan, tempat tinggal,  dan belajar dengan kelengkapan dan selesa.insyallah.



Sebentuk cincin berlian...hadiah harijadi daripada anak-anak tersayang....thank u so much my darling.


Juga sebotol minyak wangi hadiah dari kawan-kawan tersayang....terima kasih ela, zana dan yanti bersusah payah berkongsi untuk ini...thank u so much dear.

54 comments:

Ardini Humaira said...

Alhamdulillah... bertuahnya dapat anak2 yang penyayang :')

hatim a.r said...

selamat hari lahir dan tahniah sebab dapat menantu.kalau ikut hati nk datang kenduri tapi apaka daya duduk jauh di penang wuwuwuwuwu

Huda said...

Untung kak nani punya anak yang memahami dan baik hati..

kakchik@ella said...

Sama-sama. yang penting akak gembira.

@Fr!^n@ said...

tersentuh hati saya baca entri kali ini.. terus teringat macamana ibunda saya ingin besarkan saya sebagai anak pertama..

selamat hari kelahiran puan nani rostam.. :)
May you have great day ahead and blessed from him :)

ibuhebat said...

Terharunya baca luahan seorang ibu.. susah payah membesarkan anaknya .. Selamat Hari Lahir, Kak Nani.. Moga dirahmati Allah selalu..

O'gosh said...

selamat hari jadi kak nani..semoga sentiasa panjang umur dan dimurahkan rezeki...

AnaLyana said...

Hepi belated birthday kak nani..:)

Terharu baca isi hati seorang ibu.

mamasuri said...

terharu saya baca kak...
sy pun meniti kehidupan mcm awal2 perkahwinan akak tu...
walaupun rasa jugak susah tu...
tp sy happy kak...
selamat hari jadi kak...

aizeepesona said...

luahan hati seorang ibu.....

amar bucks said...

terharunya untie..tahniah-tahniah
may Allah bless u untie.

Molly said...
This comment has been removed by the author.
Wahida Ghazali said...

sedeynyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Angah said...

semoga hidup akak sekeluarga mendapat rahmah dan barakah Illahi dan berpanjangan dalam kasih sayang sejati antara sesama keluarga

norazliashahrome said...

bila baca n3 ini saya pun terkenang nasib anak sulong saya, dilahir semasa usia saya masih muda, gaji somi pun tak seberapa 26 tahun yg lalu.tahniah... dan tabahkan hati, anak2 permata yg tak ternilai

eyqa amin said...

sayu je hati nie bila baca kata-kata ya=g terluah dr untie~~~miss my ibu sgt-sgt......

UnaChenta said...

Selamat hari jadi kak nani. Betapa teringinnya nak ke majlis liana tapi saya jauh di sabah. Syukur kak nani ada anak2 yg membahagiakan. :)

Zara said...

terharu membacanya, semoga anak saya seperti anak-anak kamu kak.
Salam mesra dari saya di Dublin.

Nieda said...

Tahniah dan syukur ada anak2 yang mengingati ibunya sedemikian rupa.

Cik Eka said...

selamat hari jadi auntie nani..
semoga sihat2 selalu..
semoga lebih berjaya pada masa akan datang....

rindu dengan celoteh auntie didalam blog..

:)

ezhamaida said...

Salam k.nani... I adore u so muchhhhhh... Kita berkongsi kisah yg sama : keperitaan hidup di awal perkahwinan... Hutang keliling pinggang... Membesarkan anak yg masih kecil dgn seribu kepayahan... Namun Alhamdulilah berkat sabar & kerja keras Allah swt limpahkn rezeki yg tak ternilai... Kini Saya bahagia dgn suami & 2 org anak terchenta ..... Syukur

ezhamaida said...

Tahniah k.Nani atas kegigihan akak & suami membesarkn anak2 sehingga mereka berjaya.... Saya doakn k.Nani bahagia hingga ke anak cucu....

ascil.punye.lah said...

setia kesusahan ad kesenangan di hujungnya.rahsia Allah siapa tahu.semoga hidup aunty kekal bahagia dunia akhirat.selamat hari jadi n tahniah dah dapat menantu=)

kelipkelipchumel said...

Slamat hari ulangtahun aunty..moga sentiasa dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, sayu&syahdu jadinya rasa perasaan ketika mengamati satu, satu, satu ayat-ayatan yang digambarkan gimana sejarah-silam mengguris kembali kesan garisan sebuah kehidupan yang perit itu, dengan kasihsayang yang dianugerahkan olehNya yang tidak pernah tumbang dari diri Nani maka itu dihargai sepenuhnya oleh Anakanda semua sama nilainya seperti sebuah pemberian hadiah sebentuk cincin bertahtakan berlian petanda-symbol sebuah KasihSayang yang suci-mulia begitu gemilang bercahaya.

Alhamdulillah syukran keatasNya, betapa Nani begitu beruntung tersangat sungguh bertuah punyai Anakanda semua yang mengasihi Ibunya sepenuh jiwaraga mereka, petanda apa sahaja yang dirasai selama ini diterima dengan kesabaran yang cekal dimasa yang sama dianak hati berbisik-bisikan doa-doa harapan yang dijunjung-tinggi kini sudah dijawab kembali olehNya yang maha Mengetahui lagi maha Adil.

Dari jauh ... ucapan dari Ratna buat Nani, Selamat sudah menyambut Hari-lahir ulangtahun yang begitu bermakna semoga apa sahaja yang diniat-doakan akan dipermudah-senang dan perolehi kesihatan yang senantiasa sehat Wal'afiat-sejahtera.

Salam kasih manis manis madu.

fiezachommel said...

Tahniah dan selamat hari lahir Kak Nani

Nur-nba said...

Salam. Kak Nani, terharu sangat bila membaca pengalaman hidup Kak Nani sewaktu membesarkan anak2.
Syukurlah sekarang akak telah menuai hasilnya dan akak sangat beruntung kerana semua anak akak pandai mengambil hati dan baik budi pekerti.

Happy Belated Birthday buat Kak Nani. Semoga akak dikurniakan kesihatan berpanjangan dan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. dan tak lupa juga "Selamat pengantin baru buat Liana."

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah anak2 penyejuk hati kak Nani.

Cantik cincin berlian tu, lembut lutut cek tengok! Cantikkk!

Qaseh Suhaida said...

Tahniah & bertauhnya Kak Nani mempunyai anak-anak yg sgt memahami & menyayangi ibunya..

Kamsiah said...

salam nani
sampai masa...kita terpaksa melepaskan tanggungjawab terhadap anak2 kpd pasangannya pula...lepas ni bermain dgn cucu la pulak ya

mamayiyen said...

Alahai tersentuh hati baca entry ni kak Nani.. memang tengok Liana lemah lembut orangnya :)
tahniah dah ada menantu ye kak.. tak lama lagi ada cucu pula.
p/s: Happy belated birthday kak nani
Love,
Mamayiyen

aNIe said...

Terbayang kelembutan Liana dari keayuan wajahnya... memang dia anak yang baik ...bertuah Nani ...sejuk perut ibu yang mengandungkannya... dan tahniah juga buat ibu yang berjaya membesarnnya menjadi anak yang begitu diingini oleh ramai ibu2...

Nani... selalunya kesabaran melalui liku2 kehidupan...serta sentiasa bersyukur dgn apa yang dikurniakan pasti membuahkan kebahgiaan yang sukar digambarkan... Syukur padaNYA

Mazny said...

Salam Kak Nani!

First of all, tahniah kerana dapat menantu. Semoga Liana & suaminya hidup bahagia keakhir hayat.

Secondly, wah, akak...tak nampak tua pun! Collegen Dust eh? Apa-apa pun diucapkan 'Happy Belated Birthday'. Semoga Allah panjangkan umur, murah rezeki dalam iman.

Lastly...ehem, sebenarnya segan nak minta invitation tapi dapat tengok gambar-gambar wedding pun cukuplah wahai kakakku!

Seeeeeemua nampak sedap!

Tahniah buat semua.

Mazni-Kota Kemuning.

hani@debumelukut said...

amat memahami kerana saya juga berada di daerah sebegitu di waktu itu..masa merubah segalanya..alhamdullilah, bersyukurlah mempunyai anak2 yg menyejukkan hati ibu seperti puan.

Rozita said...

Selamat hari jadi kak nani. Alhamdulillah..segala susah payah akak terbalas dengan anak anak yang memahami dan menghargai kasih sayang dan pengorbanan mama diaorang.

Mak Wardah said...

Sedih saya baca...Sebab itu saya kata tema wedding liyana : IBU CEMERLANG, ANAK GILANG GEMILANG. TAHNIAH PUAN NANI. Doa saya Puan Nani sekeluarga sentiasa bahagia dan berjaya

Dhiya Fariza said...

baca entri buat saya semangat lebih nak study, terkenangkan mama kat rumah yg pasti bersusah payah tuk saya :)

Mak Wardah said...

Puan Nani,
Sincerely from my heart, kenapa saya dan ramai lagi bloggers suka baca blog anda:-
1. Touching
2. Creativity (wording yang digunakan)
3. Every story - proven
4. Kegigihan puan
5. Kejujuran yang dipaparkan.

Puan mesti bangga, syukur, maintain this things forever.

qaseh zara said...

as salam kak nani...
as i said before....Cerita-ceriti kak nani mengingatkan kesah-kesah lama saya jugak....
rindu sangaatttt dgn coretan kak nani.....

The Bahiyah Rahman said...

waa..terharu baca post ni aunty..
;')
saya nak ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yee...
teruskan menulis di ruang ini..:)

Fazreen Misbae said...

Happy belated birthday auntie Nani..semoga bahagia dunia akhirat..dirahmati Allah SWT dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..
Semoga panjang umur juga... :)

kemma said...

sy sentiasa menunggu entry k.nani...sy mnangis...sy berdoa ingin menjadi ibu sbaik kak nani...

kemma said...

selamat hari jadi k.nani..smoga Allah memberi rahmat yg melimpah pada k.nani.sy sayang k.nani wpon x knal..

Mat Gebu said...

Tahniah kak nani...

ishamizu said...

So touching..;(

Happy belated birthday and congratulations!

West Link Travel & Services said...

kak nani, mana post tentang majlis liana? saya tak sempat baca sampai habis haritu. nak tgk balik takde dah.. saya tertunggu-tunggu review majlis liana nie. .

kesh said...

Sedih sgt bca writing sis ni,saya selalu gaduh dgn my mom mcm pnas je hubungan tu tp bila bca writing sis terus saya rasa sayu sgt i wish i can improve my relationship wif her..

Liana Ezzana said...

Fuyow sebak baca..nak nak pulak orang cubicle sebelah ni pasang lagu sudirman patah hati..uish.
Terima kasih emak!

Noura Akebar said...

Alhamdulillah, syukran..semoga anak-anak sis menjadi anak yang soleh.

kakyon said...

Akk terharu baca n3 nani..
Akk pun sama merasai apa yg nani lalui..
Selamat hati lahir..:)

sweetazezah said...

salam kak nani..hepy belated befday!diDoakan smoga panjang umor,murah rezeki,smoga hidup trus dberkati,disyangi...sentiasa gumbira selalu..ameennnnn..take care!

memmetlenggeng said...

Salam Puan Nani..saya sangat teruja dengan entry yang ini, ingin saya membuat komen sebelum ini, tetapi masa tidak mengizinkan, baru hari ini dapat saya memberi sedikit komen (mungkin komen yang agak panjang)....

Bila melihat gambar gambar Pn Nani saya dapat simpulkan kehidupan Pn Nani agak mewah juga sekarang, Alhamdulillah...

Saya juga mempunyai kesukaran dalam bab kewangan ini pada awal perkahwinan, saya bermula dengan sebuah kereta kancil 660 sahaja, rumahpun menumpang rumah mak mertua....saya juga merasa memakaikan anak perempuan sulung saya dengan lampin kain, tetapi dalam susah itu, saya tetap memberikan susu yang terbaik untuk anak saya, iaitu susu ibu sepenuhnya pada 6 bln pertama dan bila dia semakin besar minum susu formula yang terbaik di pasaran, hanya itu yang saya mampu lakukan.

Tetapi Alhamdullillah, sekarang ini ekonomi saya semakin bertambah baik...

Baru-baru ini saya masukkan dia ke tadika MAIWP (kerajaan). Tidak masukkan ke tadika yang mahal-mahal walaupun saya tahu ada di kalangan saudara yang memandang rendah. Namun Alhamdullillah, berkat jasa gurunya dia pandai membaca, menulis, mengira dan macam-macam lagi setanding lulusan tadika-tadika mahal yang lain seperti SMART READER, KUMON, CIC dan sebagainya.Malah, dia masuk ke dalam kelas yang paling pandai sekali di sekolahnya. Hati saya begitu berbunga-bunga sekali, walaupun tidak dihantar tadika yang mencecah ratus-ratusan, tapi nilainya tetap setanding...

Sebagai ibu saya sangat memahami situasi Pn Nani ketika itu. Malah, ada saudara-saudara yang memandang rendah dan menunjuk-nunjuk, tapi kami buat muka selamba,kerana kami tidak pernah meminta-minta dengan mereka.

Sekian...

Terima kasih atas entry yang baik dan memberi motivasi ini...

miss LawaLawa said...

kak nani! heppy belated birthday , semoga kak nanie sntiasa bahagia di samping kelurga tersayang, thun ni nak order kuih raya kak nani lagi!yeay, harap2 dapt jumpe hanis sekli..ameen :)

kombat said...

memang memotivasikan diri saya yang telah berkahwin hampir 6thn. punya 2 anak. rasa susah.. tapi, ada jugak yang lebih susah