Thursday, January 12, 2012

Dari Blog Seorang Teman Tersayang


Memadam Rindu

Engkau kuala sungai senjakala,
aku perahu payang lewat pulang,
engkau jala bertali sutera,
aku ikan emas di tangan orang.

Hati rindu ditabur garam,
purnama pecah di hujung dini,
aku pergi tidak berjejak,
engkau turut dalam mimpi

Aku gagak di hujung dahan,
engkau nuri di sangkar nasib,
aku lebah tidak berbisa,
engkau kuntum di pasu bonda.

Jantung berdegup berhenti sejenak,
akal waras menilik mendung,
kilat di langit tiada sudah,
sedang tempayan tetap penuh.

Engkau rumput di seberang,
aku pepatung hinggap sebentar,
engkau neon di tiang malam,
aku kelkatu mencari cahaya.

Rindu diurai disela faham,
sayang dibelah dibahagi rata,
rambut sehelai tersimpan kemas,
tiada juga tepung tertumpah.


Saifullizan Yahaya, Bidor, Perak - Mingguan Malaysia, 13 Nov. 2011






4 comments:

my everything said...

cantik sangat pic untie!!!

kakchik@ella said...

Aku kelkatu mencari cahaya ~ alahai .. sedih part ni.

Rozita said...

Comei la tengok kak nani posing cam tuuu

iamwhoiam said...

sangat pilu baca sajak ini kerana ianya seperti kisah hidup ku...