Sunday, January 22, 2012
Ku Di Hukum Manusia..Tolong Teruskan Hidup..Jangan Sebut Nama Ku...
Cukup kau tahu
yang ini bukan dendam
jangan pura-pura
dungu
pekak dan
bisu
cukup kau tahu
apa dalam hati ku
jangan buat-buat
jadi baik
jadi palsu
aku tahu
tuhan tahu
cukup kau tahu
kau dengar saja laguku
aku maafkan kamu...
Friday, January 20, 2012
Thursday, January 19, 2012
Cucur Bawang Jer....
Sediakan tepung, bawang hiris, bawang goreng, air, garam dan perisa. |
Bancuh semua sekali, kecairan mengikut citarasa anda. Garam dan seerbuk perasa secukup rasa, kalau mahu bubuh secubit (atau kurang secubit soda bikarbonat) |
Goreng hingga kekuningan |
Untuk sarapan pagi atau minum petang |
Apa yang istimewa sangat cucur bawang ni? Tepung dengan bawang jer kan...tak da ikan bilis, tak da udang...
Begitulah alkisahnya disebabkan cucur bawang ini begitu sinonim dengan kenangan zaman silam maka memang ramai yang gemarkannya....kalau makan cucur bawang teringat dulu-dulukan...
Orang dulu , mungkin yang sedaerah, sewaktu, sesusah macam saya, yang merasakan ikan bilis pun tak mampu dibeli, udang apatah lagi, maka cucur yang biasa disediakan oleh mak-mak didapur dah tentu cucur bawang....
Baru saya bercerita teringat-teringat dalam kepala cucur bawang yang saya buat tadi, terasa memanggil-manggil dah berapa kali dok menelan air liur....kejap ya...kejap jer...huhu
Ok saya pun tak naklah kedekut resepi kan. Selagi ada resepi yang sedap-sedap insyallah pasti saya kongsikan. Seronok tengok orang buat resepi saya hasilnya menambat hati suami, hati anak-anak.
Sampai ada seorang pembaca blog saya (lelaki) meminta resepi kuih kasui daripada saya. Bila dia buat, dia kata itulah kuih kasui yang paling sedap di daerah kluang pernah dia makan. Walah..kagum anak bini, dapat ayah pandai masak. Saya dengar turut seronok. Insyallah nanti bila saya ada masa saya buat kuih kasui dan syer di entri. Tetapi nak buatnya tu yang tak tahu bila...huhu.
Wednesday, January 18, 2012
Sarapan Pagi Ni....Teringat Saya Masa Dikampung
Assalamualaikum,
Pagi-pagi seronok benar kalau dimulai terus dengan kerja...sambil balas emel, jenguk blog Hanis, blog Alisya
Barulah dapat tahu yang anak-anak ni ada cerita mereka sendiri. Baru perasan selain dari status FB...sambung dalam blog meluahkan perasaan untuk menghadapi exam hari ni..(Alisya kalau baca ni, mama memang sentiasa doakan Alisya dan anak-anak mama yang lain periksa score semua subjek dapat A. amin).
Terjenguk sana, terjenguk sini sampai kat satu blog ini cerita pasal status student u dalam FB yang berbunyi "Najib come to our campus..lets bom his helicopter". Benarlah bak kata pepatah ibunda, terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan atau kata-kata padah selalunya.
Ada tu pulak yang komen
people nowadays dah tak ada sense of humor. tak faham sarcasm and cant take a simple joke.
Hello.....tak kisahlah joke ke apa ke...tak kisahlah kes anwar ibrahim ke, najib ke, tak kisahlah ke amalina ke, siti nurhaliza ke.. CUBA KITA NI JADI MANUSIA sentiasa cuba meletak diri kita ke dalam situasi mereka, agar kita sentiasa memahami kalau kita jadi mereka apa yang akan kita rasa, kalau orang buat macam tu terhadap kita?
Jadi pagi-pagi yang indah ni...selain saya tiba-tiba teringat sambal tumis udang semalam, lalu kawan FB saya kak Maria dari Cardiff, Wales bagi ilham untuk buat lempeng. Sedap kan lempeng cicah sambal tumis ikan bilis. Maka saya tambah bilis goreng dalam sambal udang semalam....
saya tinggalkan juga komen di blog tu.....
sebagai penambah sarapan pagi ini.
Cuba kau jadi tetamu...n tiba-tiba tuan rumah tu buat status nak bom kau...apa perasaan...
atau yang jadi tetamu tu mak bapak kau...adik beradik kau...kecut perut dow...lawak tu mesti susah nak buat kau gelak...
atau yang jadi tetamu tu mak bapak kau...adik beradik kau...kecut perut dow...lawak tu mesti susah nak buat kau gelak...
18 January
So di sini sapa-sapa yang tulis komen diatas tu jangan marah ya...jangan tak faham sarsacm...jangan pula can't take a simple joke....SEBAB SAYA PUN CUMA JOKE-JOKE di blog saya ni....
Thursday, January 12, 2012
Sayang Anak Sulong Ku Sayang
Meredah embun subuh di Taman Sri Rampai awal pagi harus dihantar ke rumah baby sitter kerana kami harus mengejar bas W12 ke Lebuh Ampang setiap pagi untuk kepejabat.
Hati memang menjerit. Kemudian saya akur pada ketentuan dan jodoh. Saya tidak seberuntung kawan-kawan yang berkahwin pada waktu sudah stabil atau memperolehi pasangan yang agak stabil dan layak untuk berkahwin.
Dalam keadaan rumahtangga terumbang ambing....hutang bertambah-tambah...nak makan pun harus meminjam..namun susu formula untuk Liana tetap saya usahakan yang terbaik. Selagi ada daya, biarlah saya tidak bergaya, serba kurang untuk saya...namun untuk anak-anak saya cuba mengadakan segalanya.
Pejam celik dalam kepayahan dan cabaran..pasti yang paling manis adalah bila jiwa mampu memberi sepenuh kasih sayang pada Liana anak sulong kesayangan saya. Tipulah kalau sayang saya tidak terlebih padanya. Ibu mana yang tidak sayang lebih anak pertama. Apatah lagi Liana lahir di saat saya baru mengenal dunia dewasa. Pada usia yang semuda jagung saya diberi amanah oleh yang Esa untuk membesarkan dan menyayanginya. Tahniah saya ucapkan pada diri saya sendiri ketika melahirkan Liana pada usia yang muda, yang serba tiada namun mampu membesarkan Liana menjadi anak yang sopan, baik budi bahasa, patuh mendengar kata, rendah suaranya menjadi halwa telinga ibunda...sejuk rasa hati mengandungkan nya.
Sedikitpun tidak pernah terbetik rasa mengkal terhadapnya. Secarikpun tidak pernah menyinggung rasa. Kalau putih saya usulkan...putihlahlah yang dipilihnya.
Tahniah Liana menjadi anak sulong yang disayangi sepenuh raga oleh adik-adiknya..diharap dulu, kini dan selamanya..Seperti mana saya memahaminya...seperti itu dia amat memahami saya.
Siapa sangka 24 tahun berlalu begitu pantas. Kini saya harus melepas Liana dengan rasa berat namun gembira.Bila katanya dia mahu berumahtangga maka sayalah ibu yang paling suka. Segala persediaan dari segi wang ringgit, tenaga masa dan emosi saya peruntukan sepenuhnya bagi menjadikan majlis perkahwinannya satu hari yang indah untuk dikenang.
Selamat sudah...tarikh kahwinnya dekat dengan tarikh hari jadi saya....
Baru-baru ni Liana dan adik-adiknya berkongsi wang berpakat memberikan saya hadiah hari jadi sebentuk cincin berlian.
Katanya nak beli cincin untuk mama kerana mama tiada memakai barang kemas.Hati terharu...bila anak-anak ingin menggembirakan hati ibu.Walah anak-anak ku...bukan mama tak ingin memakai tetapi mama lebih rela keperluan anak-anak dan lain-lain untuk keluarga didahulukan. Biar mama tak pakai tas tangan idaman atau kereta impian asalkan....anak-anak cukup makan, tempat tinggal, dan belajar dengan kelengkapan dan selesa.insyallah.
Sebentuk cincin berlian...hadiah harijadi daripada anak-anak tersayang....thank u so much my darling.
Juga sebotol minyak wangi hadiah dari kawan-kawan tersayang....terima kasih ela, zana dan yanti bersusah payah berkongsi untuk ini...thank u so much dear.
Dari Blog Seorang Teman Tersayang
Memadam Rindu
Engkau kuala sungai senjakala,
aku perahu payang lewat pulang,
engkau jala bertali sutera,
aku ikan emas di tangan orang.
Hati rindu ditabur garam,
purnama pecah di hujung dini,
aku pergi tidak berjejak,
engkau turut dalam mimpi
Aku gagak di hujung dahan,
engkau nuri di sangkar nasib,
aku lebah tidak berbisa,
engkau kuntum di pasu bonda.
Jantung berdegup berhenti sejenak,
akal waras menilik mendung,
kilat di langit tiada sudah,
sedang tempayan tetap penuh.
Engkau rumput di seberang,
aku pepatung hinggap sebentar,
engkau neon di tiang malam,
aku kelkatu mencari cahaya.
Rindu diurai disela faham,
sayang dibelah dibahagi rata,
rambut sehelai tersimpan kemas,
tiada juga tepung tertumpah.
Saifullizan Yahaya, Bidor, Perak - Mingguan Malaysia, 13 Nov. 2011
aku perahu payang lewat pulang,
engkau jala bertali sutera,
aku ikan emas di tangan orang.
Hati rindu ditabur garam,
purnama pecah di hujung dini,
aku pergi tidak berjejak,
engkau turut dalam mimpi
Aku gagak di hujung dahan,
engkau nuri di sangkar nasib,
aku lebah tidak berbisa,
engkau kuntum di pasu bonda.
Jantung berdegup berhenti sejenak,
akal waras menilik mendung,
kilat di langit tiada sudah,
sedang tempayan tetap penuh.
Engkau rumput di seberang,
aku pepatung hinggap sebentar,
engkau neon di tiang malam,
aku kelkatu mencari cahaya.
Rindu diurai disela faham,
sayang dibelah dibahagi rata,
rambut sehelai tersimpan kemas,
tiada juga tepung tertumpah.
Saifullizan Yahaya, Bidor, Perak - Mingguan Malaysia, 13 Nov. 2011
Kalau Itu Memang Kelkatu
Fitrahnya memang begitu
apatah lagi hati kelkatu
payah merela segala yang jitu
ikut hati mati
ikut rasa binasa
ikut firasat tersesat
kalau mahu seribu daya
kalau tak sudi seribu dalih
kalau tak berkenan seribu alasan
yang tak memandang
diintai-intai
yang menunggu dibuat tak tahu
yang diingin bertambah dingin
walang.....
nama pun hati
apatah lagi kelkatu
jauh di dalam sukar diduga
apatah lagi mahu diteroka
tahu pilu dijeruk rasa
kalau memang tidak sejiwa
tambah lagi tanpa kimia
tak kan tercetus atom nuklear
tak ada TAUFAN GANAS melanda
penat lesu mulut berseloka
kasihmu tak bisa disanggar
jauh sekali ditarah di teroka
kelkatu yang melata
cahaya harapan itu membunuhmu
Rindu kau benam laut ke sepuluh
tersadai tersungkur
mana tangan mahu kau capai
kalau yang ada sekadar melambai
menggelepar terkapai sayap pun bersepai
Nama pun kelkatu
hati sekecil kuman sebesar hama
tak siapa terkilan tak siapa terasa
tak siapa yang tahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)