Assalamualaikum,
Rasa nak luruh jantung mengenangkan betapa bilah-bilah hari begitu cepat berlalu. Rupanya perkara paling sukar membuat persiapan perkahwinan adalah mengedar kad undangan. Banyak masa diperlukan khusus untuk mengedar kad.
Walau kini banyak orang ambil jalan mudah menghantar undangan melalui sms atau facebook tetapi saya dengan pemikiran kuno saya yang tak sudah-sudah ni tak puas hati kalau mengundang tanpa kad.
Jadinya sekarang saya hanya mahu mengejar masa dan bukan membiarkan masa yang mengejar saya.
Apalah impian seorang ibu selain mengharap kegembiraan dan kebahagiaan anak-anak tercinta.
Baru pulang dari jakarta untuk membeli pakaian pengantin liana...dan segala apa yang perlu. Saya minta maaf kepada sesiapa yang mengemel dan sms saya tetapi boleh sempat berjawab. Insyallah...saya akan usahakan scepat mungkin dan sedaya upaya.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Hanis kerana mendapat 4 flat dalam final exam baru-baru ni.
Terima kasih juga pada Nuffnang yang berjasa memberi platform kepada begitu ramai blogger yang sebelum ini tak tahu pun yang berblog tu boleh dapat duit dan dengan itu sekaligus memberi peluang kepada Hanis Zalikha mendapat pencalonan sebagai "Most Influential Blog" yang bertanding di arena Asia Pacifik Blog yang melibatkan negara-negara seperti Singapura, Filifina, Australia, New Zealand, Thailand, Hongkong.
Jadi sebagai ibu harus saya beri sokongan sepenuhnya kepada apa-apa yang menggembirakan hati anak-anak. Kalau rasa mahu menyokong saya, sokonglah Hanis Zalikha melalui penulisannya yang berjaya menyentuh dan menarik ramai pembaca blog.
Hanis Zalikha dikenali melalui blog bernama ini belogsaya.blogspot.com.
Hanya vote di bawah ini, pilih blog pilihan (Most Influential Blog) dan tekan "CAST YOUR VOTE".
Sekian jutaan terima kasih atas kasih sayang anda semua.
Tulus ikhlas dari hati seorang ibu.
16 comments:
tahniah
org nk dpt menantu mmg busy sket..tahniah aunty :)
a friend, in her attempt to make me realise how bad and out-of-shape i look, suruh cari blog ni & tgk gambar owner dia.
aduhh.. betul kata dia. nangis sgt tgk gambar akak.. you look way younger and trendier than i am. and i tak kawin & beranak pun lagi.. :(
i shall print your pic, letak as my inspiration ;)
seronok & bangga ngan Hanis Zalikha..
dni dah vote hanis! hanis je tak baaca belog dni. kih3
kak nani!!!!winduu...
wahhh :)
tahniahh taniahh
Saya ngan kawan dah call akak sebab berminat ngan kolagen tu. Tapi kami nak share dulu..nak tengok hasilnya dalam masa sebulan ni (akak cakap, sebotol tu tahan 2 bulan kannn). Tengah tak sabar menunggu kolagen tu sampai...
Aiman rajin vote. Tgh tgk tv pun boleh teringat nak vote Keknis. Harini WifiTM kena block sebab ella lupa nak bayar. So, dia tumpang wifi kedai mamak semata-mata nak support Keknis.
yeahhh dah vote for Keknis.well done Hanis Zalikha, dapat 4 flat !kak nani,mau beli collagen kamuuu :)
http://www.asyidajabar.com/
Moga Hanis terus cemerlang. Memang banyak perkara yg perlu dibereskan, tapi kesihatan Kak Nani kena jaga juga ye.
Salam.
Aunty, saya silent reader aunty!
Boleh tak aunty share resipe nak buat ice cream cake?? ^^
selalu buat tak jadi la..huhu :(
Tahniah ye, follow sini
tahniah hanis...
auntie...semoga majlis kekna berjalan lancar ya.....
amin
tahniah untuk hanis...
tahniah..
Post a Comment