Tuesday, November 8, 2011

Rajuk

Assalamualaikum,

 Sampai satu saat penat saya dah tak terucap.Tak da sapa nak bantu. Rasa menjeruk jugak.

Masa ni saya bayangkan waktu masih mentah dulu mak sikit-sikit ugut nak lari dari rumah. Pantang stress sket nak lari dari rumah. Bila macam tu kami adik beradik yang stress. Rasanya dah cukup kederat kami kerah nak nolong mak.

Soal masak..kakak sulong ambek alih. Soal kemas kak kedua ambek alih. Soal titik bingik sayalah yang selalu kena. Cari kayu api, basuh pinggan, jemur baju...rasanya semua adik beradik ambil bahagian.... 

Sekarang bila saya yang rasa nak lari dari rumah saya bayangkan darah mak saya mengalir dalam badan ni. Masa tu rasa benarlah apa yang seorang ibu rasakan dalam cerita batu belah batu bertangkup. Kalau fikir-fikir..macam mengada-ngada ibu tu kan...anak kecik yang tak tahu apa-apa dah termakan ikan tembakul pun nak merajuk sampai biar batu belah tu telan dia hidup-hidup. Merajuk dengan anak kecil sampai sanggup tinggalkan anak-anak begitu.

 Sehari sebelum raya haji saya sibuk benar. Dengan nak buat persiapan wedding liana, dengan buat kek, dengan balas emel, dengan rumah bersepah macam tongkang pecah. Dah suruh suami pergi pasar beli lauk pauk, balik dari pasar humban jer semua tu...tak dalah nak tolong simpan-simpan ke..tinggal jer macam tu j..

Anak-anak sekarang tak macam kita dulu dulu. Tak mahu  ambil tanggungjawab  tolong uruskan hal-hal mengemas atau memasak. Suruh seorang basuh pinggan sampai ke petang tak berganjak. Suruh sorang goreng ayam sampai kepetang ayam naik berbau. Suruh itu suruh ini tak seorang ambil peduli. Semua leka depan laptop, depan TV tengok masterchef lepas tu mak dia jugak yang jadi nak kena jadi masterchef.

 Betul saya cakap..anak-anak zaman sekarang tak serajin kita dulu. Sebab tu kita dulu tak perlu bibik bibik ni. Bangun pagi ambil penyapu sapu kemas satu rumah, Basuh baju pakai tangan pun settle sebelum matahari naik. Lepas tu pinggan mangkuk awal-awal dah tersusun. Selimut gebar pagi-pagi dah berlipat.Bukak tingkap luas-luas hirup nyaman pagi.

 Akhirnya saya jugak yang kedapur. Lambat goreng ayam tu kang tak boleh nak makan, Saya rebus daging untuk buat rendang. Lepas tu saya mengadu pada Alisya, semua tak nak tolong mama...biar esok lepas solat raya mama ikut aunty Ela pergi beraya kat Segamat. Biar mama tak nak masak. Biar kanlah semua pun tak nak tolong mama... Kemudian Alisya pujuk-pujuk saya. Mama masaklah..biar Alisya tolong mama ok.

Malam tu saya suruh liana buat nasi impit, hangus sebab dia sibuk nak keluar...memanglah tak fokus..dah tahu nasi impit tu banyak masuk dalam periuk kecik. Mana saya tak makan hati.

Malam tu saya teruskan buat pavlova dan hantar pada customer di kampung subang sampai dinihari tepat jam 12.30 malam. Balik saya terus tidur tanpa masak satu laukpun untuk hari raya. Antara tidur dan sedar, saya nampak Liana masak nasi impit baru. Masa tu saya tidur kat sofa di dapur sahaja.

 Bangun pagi saya terus mengadap laptop balas emel. Sms berjela belum terbalas.Saya buat macam tak perlu nak masak. Saya lambat-lambat ke dapur.

Balik dari solat saya tengok hafiz terus kemas dapur. Bersih sangat..Barang-barang nak masak lauk bersusun tepi sinki tak berusik.

Hati ibu mana yang terusik...akhirnya saya capai itu capai ini untuk masak lauk raya.. Imran kisar kacang, ambek serai di belakang..Hanis kupas bawang, rebus cili kering,

 Liana dan Hanis bergegas mengemas. Suami kemas tempat laundry jadi selesa di pandang. Khairi saya tak usik sebab dia nak exam SPM minggu depan.

 Tepat pukul satu tengahari barulah satu keluarga dapat makan juadah hari raya. Saya tengok sorang-sorang dekat sepuluh kali dok ulang makan...katanya perut kenyang tapi sebab sedap sangat tak boleh nak ignore juadah kali ni..

 Alhamdulillah, ibu mana yang boleh biarkan anak-anak tak makan. Syukur akhirnya juadah Aidiladha kali ni licin walaupun tetamu hanya Khairi, tunang Liana dan Andy fotographer yang datang. Semua saya masak menjadi. Saya yang tak kuat makan ni pun dok ulang lebih sepuluh kali jugak....

Seorang ibu tak kira raya korban ke raya apa...dia sentiasa berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk suami dan anak-anak...

 Itulah saya bila dengan suami dan anak-anak marah memang tak reti...merajuk pun tak pernah menjadi...






34 comments:

Hudalatip said...

Besar pengorbanan kak nani kan..itulah ibu..

Puan Eka said...

mak pun selalu kata cmtu..

kalau korang malas-malas,biar mak pegi keluar jalan ngan abah korang..

korang duduk lah rumah diam2...
tidos elagi maun,main laptop sampai pengsan selepas tu buat gulai laptop tu senang..tv tu buat bbq

kadang2 kita tak sedar...

tapi dalam pada emak marah2 tu,emak masak jugak..tak pernah lah kami berlapar adik beradik...

:)

Ezzah Aziz said...

Biasalah tu kak nani....saya pun pernah rasa apa yang kak nani rasa. Menangis sendiri pun pernah...tapi kerana anak anak dan suami saya telan juga..Ela memang tempat saya mengadu...dia setia mendengar keluhan kawan kawan..Salam AidilAdha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

penah saya cakap nak lari rumah sbb penat sangat .. anak yg umur 4 tahun cakap mcm ne "ok mama lari bawak amana& adik ye.. kita tinggalkan papa" pulak dah... sedangkan dia yg menyepah satu umah dgn adik dia..hehe..

rintzpalil said...

Salam Aidil Adha Kak Nani.

cik nur said...

nasib baik marah2 mak nur pun dia masak jgak
tapi tuh byk benda kena buat smpi kol 12.00 baru betul sttle hehe

Cik Puan Nurul said...

huhu betui tu kak..mak saya selalu bebel dah puluh tahun dah dia je asik memasak segala..adik2 yg bujang semua pemalas,kami2 yg dah kawen lak selalu xleh nak pisah ngn anak2 kecik dok melekat tp biasanya cuba gak sedaya upaya bantu sian kat mak..
mmg xpaham napa anak dara la ni sgt pemalas minggu lps adik sy br abis belajar seminggu lepak kat umh sy haram satu pun dia nak nolong wat kije basuh pinggan pun yg dia makan je pinggan lain dlm sinki wat xreti je..makan tido layan fb.xde nak nolong sapu sampah ke apa.kalo yg bekerja lak time cuti suka bgn tengahari mcm la dia je yg letih..grrr

Dinas Aldi said...

Saya ingat lagi, masa saya kecik dulu, ada masanya mak saya marah sebab banyak keja rumah kena buat.

10 tahun kebelakangan ni, dia syahdu pulak sebab takda keja nak buat.

Hehehe..

Papa, Mama & Azra said...

Kak Nani, melalui pemerhatian saya, kalau mak-mak rajin, anak2 memang selalunya suka biarkan mak buat sendiri. Takut menganggu agaknya. Macam famili saya, masa mak muda2, kakak2 tak boleh masuk dapur sebab mak suka masak sendiri. Lebih cepat katanya padahal selalu je kami lunch dekat pukul 3 petang. Hihi. Hasilnya, tu dia, kakak2 saya bila dah kawin, baru sibuk nak amik tahu hal dapur. Selalu lah jadi kitchen disaster.Yg adik2 plak, sebab waktu membesar, mak dah agak uzur, kami lebih berdikari. Yang adik2 ni la sekarang dah jadi makcik2 take over dapur, mak hanya duduk hantar order nak makan apa. Macam tu, anak2 plak rasa cam nak lari. Haha!

Selamat hari raya Kak! Kem peluk cium saya & suami kat Mimi!!

ZARINA ZAYANA said...

biasalah...jadi ibu memang besar cabarannya....

Hazey said...

Sabar ya Kak Nani.. tulah pancaroba kehidupan seorang ibu, isteri dan wanita kental... salam hari raya aidil adha..

Mummy_Fuzz said...

itulah pengorbanan seorang ibu, walau dlm hati merajuk dgn sikap anak2 tp tak sampai hati nak biarkan anak2 kelaparan... sabar ye kak nani. Insyaallah pengorbanan kak nani pada anak2 akan terbalas satu hari nanti...

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Kerna seorang Ibu akan tetap ngerti bahawasanya makanan itu rezeki dari Allah Ta'ala apa jua rintangan harian yang harus di tempuhi dengan rasa perasaan senak di-ulu hati namun demi KasihSayang terhadap Anakanda yang dijaga siang dan malam akan terus dituruti dan di-perkenan kan.

Wahai Nani, terkadang naluri kita sebagai seorang Ibu ada kala-nya terusik, tersentuh dengan sayu-nya (seperti tidak di-endah-peduli kan) pabila kudrat tenaga tidak boleh memenuhi kehendak terhadap keadaan itu namun tetap dan masih di-kuatkan, di-cekalkan walau-pun kudrat yang sejemput itu hampir ke-hujung sehelai rambut.

Tidak jadi merajuk dan tidak akan selamanya merajuk kerna wajib ngerti setahunya gelaran menjadi seorang Ibu ada lah berkorban sehingga di-nafas terakhir maka itu Syurga dibawah telapak kaki seorang bernama Ibu!

Salam AidiAdha HariRaya Korban buat Nani seisi keluarga juga salam manis manis madu.

Misz-ella said...

Hmmmm .. tak pe la kak. Ganjaran akhirat menanti ibu yang baik dan sabar macam akak ni.

Ella rasa kan kak, Ella pun belum tentu akan sekuat akak. Mana dgn penat buat kek lagi, balas email lagi, rumah lagi. Tidor pun tak tentu masa. Ella rasa budak2 tu mesti sgt2 sayang akak, kan.

Masing2 dah besar. They know that u have done the best to the family.

fana said...

slmat hr raya kak nani

Oyis said...

ingat kan mak saya je slalu ugut cam tu, rupanya universal ye ugutan begitu di kalangan mak2 heheh..

entry kak nani ni buat saya rindu mak saya sendiri, apa tah lg ni tahun ke-4 saya beraya berjauhan dgn family. nak2 plak last call ptg sblm raya ari tu, mak saya membebel pjg di tepon, ckp adik yg bujang malas menolong, yg dah kawen, dah lps asar lom sampai2 lg, ayah saya plak kena berkursus sampai ke ptg. gelisah mak saya nak masak x cukup bahan. sebak plak dgr, sebagai kaklong, rasa mcm nak fly balik kjp. rasa nya itu la intipati entry kak nani ni kan.

sesungguhnya, dulu pon saya 2 x 5 jg, mcm pahat dgn tukul, skali sound skali la buat (kata mak saya), bila dah ada anak sendiri baru faham erti pengorbanan. smg Allah memberkati semua pengorbanan ibu2. slmt hari raya buat k nani sekeluarga...

Faz.M said...

betul la tu..zaman dah byk sgt berubah..budak2 skrg membesar dgn teknologi..masa depan nanti tak tau la apa pulak yang jadi...saya pun akan alami jugak semua tu suatu hari nanti macam Kak Nani... :)

najma said...

Sebenarnya kn..bila da siap msk,org jamah mknn tu ilang kn apa yg terasa dihati..my husband senag je dia..selalu pesan,xlarat tgglh dulu..wt yg termampu..insyaallah ada kesenangn slps kesusahan..moga apa ygkita lakukn dpt berkt kn..

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

mungkin sebab didikan emak kot..kalo dari kecik kita dah latih anak tolong kemas rumah, tolong kat dapur..mungkin nanti anak pandai nak tolong..

NaniRostam said...

Assalamaualikum..

Alahai tak da kena mengena pun dengan lagu rajuk tu....cuma suka giler irama dia waktu awal lagu...macam keroncong sket...maklumlah orang johor...fanatik lagu lagu asli...


Dalam hidup ni adakalanya kena merajuk. Baru orang tahu yang kita ni bukan robot...bukan kayu...ada jiwa ada rasa...

Ada orang cakap...bila mak rajin anak malas, bila mak malas anak rajin...

ada juga orang cakap kalau nak ambek anak angkat kena tengok perangai bapak rajin atau malas.. kalau bapa rajin..rajinla anak tu..kalau bapak malas..malaslah anak tu..

Suriada Sulong said...

salam, sdh sy bace entry rajuk kt nani. kalau lah emak sy spt kak nani... rajuk tu blh tp x elok bpanjangan utk famili. hanya mampu berdoa.

Papa, Mama & Azra said...

Bab bapak rajin tu saya setuju..hihik...

Ku Marissa said...

Suka sangat dengan kak nani. Kak nani tak macam kebanyakan blogger yang selalu cerita hidup dia sempurna.

Kak nani selalu jujur, ada masa gembira, ada masa marah, dan ada masa sedih.

Saya suka baca untuk pengalaman saya. Memang blog nie, blog no 1 saya..suka sangat :)

Nik Hafez said...

Best baca entry aunty seriously. Memang nampak la aunty memang gorgeous and up to date punya orang, tapi still kekalkan ciri-ciri keibuan and feminin. Nak cari isteri macam auntyyyyyyyyyyyyyyy!!! Huhu

.: Si BungaKopi : . said...

hikhik.
seriously dah menitik air mata ni waktu taip komen. teringat mak kat mekah..

kami anak2 slalu tlupa..
mak pon ada nafsu juga, nak makan,nak tido lama2..

kdg2 kalau bab makanan mak rela xmakan wpun tu favourite dia, sbb dia tunggu anak2 dah makan smuanya dlu. bukan sbb dia xsuka makanan tu, tp sbb dia suka anak2 dia lg.

ingat lg dlu, beli coklat pastu pelawa kakak je makan.
esoknya kakak kata, kita ingat mak dah tua dan xsuka coklat,sbnrnya kbykan pompuan suka coklat xkiralah umo brp pon..kita slalu abaikan perasaan mak kan?cuba kita pandai pancing mak utk makan, kita akan nmpak mak pon suka sbnrnya.

tu je.T_T

Unknown said...

besar pengorbanan kak nani...

kak nani, x sempat nk tegur mase nampak kak nani kat pasar malam kampung batu 39. mule2 pandang rase mcm kenal, tapi takut salah orang...
mungkin kak nani baru balik melawat anak kt SBPI sungai lang...

Nebuchadneeza said...

As salam kak nani,

semoga dengan kejayaan Hanis dapat anugerah naib cancelor(ANC) dapat mengubat kesedihan dan stress akak...mungkin itu hadiah terbaik dari seorang anak kepada ibunya...

lily lotus said...

terusss tak jadi nak merajuk :) so sweet...barulah naik seri rempah kehidupan berkeluargakan

FazMelati said...

pengorbanan seorang ibu sangat besar dan sangat-sangat sukar untuk dibalas,..

rindunya nak balik taiping meet my SUPER MAMA & SUPER ABAH!

Mengaji Al-Quran dengan ustaz yang best & coool

I TURUN berat badan lebih 10kg TAK PERLU PILLS PUN :)

Ainul Huda said...

pengorbanan seorg ibu :')
sgt rinduuu umi sy :(

Molly said...

Salam Kak Nani, ooh rindunya dengan tulisan akak...mesti akak sibuk sampai tak update entry terbaru. Nanti akak update entry terbaru, tolong tulis panjang-panjang yek, rindu sangat!

jijah said...

Sedihnye baca entry ni..igtkan saya jek sorg
Yg mengalaminye...berat kan jd seorg ibu..tambah lg kalo ibu yg bekerja..dahla penat ngan keje..balik rumah kena masak, ngemas..letihhh..

Aien said...

Berkali-kali saya baca entry ni..rasanya saya pun pernah ade perasaan yang samalah kak..rasa nak lari, penat,lesu,sedih bila tak dihargai, nak ngajuk ngan anak-anak tapi cepat2 sedarkan diri sendiri ..inilah jalan yang aku pilih dulu iaitu mahu jadi ibu & isteri..Tuhan...berikan kami para ibu sebuah kekuatan.....

Terima kasih kerana perkongsian ini kak nani..Jazakallah..

~Aien~

Lela Nasir said...

salam kak nani..memang terasa kalau apa yang kita lakukan untuk hal rumah tidak di-endah/tolong oleh orang lain kan..saya memang takde bibik dari kecil dan sejak kecil kami termasuk ayah saje yang tolong umi kemas rumah.Bila hat kawin ni,memang terasa sangat2 bila husband seperti tak reti buat kerja rumah.perlu meminta baru dibuat.tapi alhamdulilah,dia kini semakin belajar dari merajuk saya..so,entry kak nani yang ni,memang saya faham sangat2 :')