Tuesday, July 6, 2010

Aku Isterimu

Selafaz akad lalu terijab kabul
sah untuk kau miliki aku
tiada dosa untuk kau tiduri aku
Seluruh alam mengerti raga ini milikmu
hidup ini untukmu

Kita anyam benih cinta
kita corak warna langit yang memayungi
kita pijak tanah yang panas tanpa sepatu
dan air hujan selalu memadam jejak itu

Membilang hari bersama
seperti berabad lama
kucupan cinta pun semakin samar
lalu cintapun semakin pudar
dan rasa semakin hambar
Seolah olah tiada apa yang tinggal

Kelmarin aku isterimu
Semalam aku isterimu
Hari ini aku isterimu
Esok aku isterimu
lusapun aku masih isterimu

Lalu tak pernah terucap walau sebaris ayat
Tak mahu dikias dengan bersimpul bahasa
Apatah lagi rangkapan pantun
Apatah lagi ungkaian puisi
Tentang ghairah cinta
Tentang luahan rasa
Tentang berahi kasih
Tentang mimpi indah bersama

Nyatakan wahai suamiku
Akulah sebenarnya cintamu
kecintaanmu
yang perlu kau tahu begitu merindui
sentuhan rasamu
belaian kasih sayangmu
kelembutan bicaramu
biar ku rasa hangatnya dakapanmu
biar ku kecap bahagianya bersama mu
sampai bila-bila

Kerana kau suamiku
Dan aku isterimu
Bayarlah aku
dengan jiwamu.

21 comments:

Ummi Hanie said...

mantop !

:)

berbakat k.nani ni mcm2 perkara...

suzzsuzie said...

macam sedih je puisi ni...

suzzsuzie said...

satu puisi yang sangat sedih.....rasa macam nk copy antar kat hubby je...hehe

rosealley said...

suka sangat:)

kakLuna said...

fuh..puitis nya pujangga mu, kak nani...ni bkn lagi isteri, tapi bidadari yg patut dicintai :)

Amalina Aziz said...

jiwang la aunty ni..
huhuhu

ain j said...

sungguh asyik & puitis ;p

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

aunty nani, saya suka sajak/puisi ini... luahan hati sang isteri dulu, kini dan selamanya...

amy, http://pengantinbudget2.blogspot.com/

Atiqah Alluru said...

how i wish i would have a husband who is caring and loving as what u wish..
amin..

anyway,nice n beautiful poem.:)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

aduuuuuh...romantisnya buk. Sayangnya si dia biar sampai ke syurga hendaknya..
Salam perkenalan...smg anak-anak kita di UITM Segamat berjaya dgn cemerlang menempuh sem 5 ini..insyallah.

Fuz said...

agak-agak boleh buat lagu tak yg nie?hehe

Haneas said...

Cayala Kak Nani..

'Cikgu Padi' said...

suke2....sungguh ikhlas dan sampai ke hati....

Unknown said...

Bila membacanya, saya rasa ia adalah luahan sebenar hati penulis yang dahagakan belaian, keghairahan dalam hidup berumahtangga. Setelah semuanya dikorbankan, maka sang isteri mengharapkan sang suami untuk membayarnya dengan mengembalikan keghairahan, keasyikan dalam melayari bahtera kehidupan.

Sesungguhnya apa yang saya faham, perasaan kasih, sayang, ingin dibelai manja ini sentiasa ada dalam hati penulis, dan perasaan ini adalah perasaan suci, tulus dan murni yang tidak mengenal usia.

Hanis Zalikha said...

Insyallah :')

mamashasha said...

dalam betul ayat akak ni!

Pianza said...

Salam,

Akak, nak minta copy ke blog saya bleh?

Terima kasih

miszshain said...

salam kak... mohon share ye luahan rasa nih... hehehe.... utk ingatan bersama.. thanks...

biey said...

syahdu nyer...

Unknown said...

salam, mama nani
nk copy bole? best la

Jiraiya said...

fuyooo.....rase nk nangis pun ade nih..