Banyak perkara yang kita lihat bukan sahaja melibatkan kata-kata maupun tindakan tetapi apa yang lebih berat adalah bila ianya melibatkan perasaan. Bukan mudah berurusan dengan perasaan. Kalau dah rasa benci sukar pula untuk memujuk supaya cinta Kalau dah memang cinta sukar memujuk untuk melupakan.Ada kalanya mudah berkata benci tetapi sukar untuk melepaskan dan mudah berkata cinta tetapi tidak pernah dibuktikan. Itulah asam garam hidup manusia berpasang-pasangan.
Bila dengar kawan atau kenalan menghadapi masalah rumahtangga atau masalah dengan pasangan mereka, kita dengan mudah berkata, kalau aku ada laki/isteri perangai macam tu...dah lama aku cerai/minta cerai.Amboi senangnya bercakap kerana bukan kita yang berada di situ.
Minta cerai memang mudah. Tapi bila sang suami bersetuju menceraikan..
..gegaran tiang arasy terasa menggoncangkan seluruh hati. Mengigil seluruh badan. Berpinar mata, bergelodak perasaan. Walhal itulah satu-satunya perkara yang paling kita tuntut habis habisan. Bila dah dapat...menggeletar tak tentu arah...hati menjerit inikah yang aku mahu selama ini?....bebas dari belenggunya ? Bila itu terjadi pada diri sendiri itulah yang kita rasa. Tetapi bila terjadi pada orang lain mudah kita mengata.
..gegaran tiang arasy terasa menggoncangkan seluruh hati. Mengigil seluruh badan. Berpinar mata, bergelodak perasaan. Walhal itulah satu-satunya perkara yang paling kita tuntut habis habisan. Bila dah dapat...menggeletar tak tentu arah...hati menjerit inikah yang aku mahu selama ini?....bebas dari belenggunya ? Bila itu terjadi pada diri sendiri itulah yang kita rasa. Tetapi bila terjadi pada orang lain mudah kita mengata.
Bermula dari situ diri belajar perlahan-perlahan menerima kenyataan bahawa diri sudah menjadi single. Kalau dulu buruk-buruk pun suami, sekarang yang buruk tu tak da lagi untuk kita menoleh...
Akhirnya bila malam berlabuh kita tiada siapa-siapa disisi untuk diajak mengadu. Hidup mengikut arus masa lalu kita bertemu berbagai-bagai perangai lelaki yang menyukarkan kita membuat keputusan. Kerana perangai lelaki-lelaki yang kita temui banyak yang lebih buruk daripada perangai bekas suami kita dulu daripada yang baik.Memang tidak mudah.Kalau adapun satu dalam seribu.
Begitu juga bila kita dapat tahu isteri kenalan kita ada kekasih diluar, dengan mudah kita katakan kalau aku ada isteri macam tu dah lama aku ceraikan. Berkata memang mudah. Tetapi bila diri sendiri berada di situ, perasaan mengatasi segala keegoaan. Barulah kita tahu yang kita tidak mudah untuk melepaskan isteri begitu sahaja. Barulah kita tahu bahawa selama ini kita sebenarnya memerlukan isteri kita lebih dari segala-galanya yang tidak pernah kita sedari. Barulah kita tahu yang isteri kita ni sebenarnya berjaya menawan hati lelaki di luar sana. Kita hanya menghargai sesuatu apabila ianya hampir terlepas dari genggaman.Baru kita tahu bahawa selama kita mencintai isteri tetapi tidak pernah kita tunjukkan sehinggalah bila kita sudah kehilangannya.
Memandang tidak sama dengan menghadapinya. Kita mudah membuat penilaian. Kita mudah memberi pendapat. Tetapi hakikatnya hanya orang yang berada dalam situasi itu sahaja tahu apa yang dihadapi. Bagaimana mahu mengatasi. Antara perasaan dan situasi. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Susah senang kita yang menanggung. Bukan orang lain. Fikirkan anak-anak. Fikirkan kaum keluarga. Fikirkan pasal kewangan. Fikirkan maruah. Fikirkan yang orang lain takkan pernah terfikir apa yang harus kita lalui.
Namun bagi orang yang menghadapi situasi itu sendiri, satu sahaja nasihat dari saya....hidup harus berani. Untuk mencapai kebahagiaan kita tidak boleh goyah atau takut.
Berani mempertahankan pendirian kita. Berani memperjuangkan hak kita. Berani mempertahankan milik kita. Kita berhak mendapat apa kehidupan yang lebih baik. Kita berhak mendapat kasih sayang yang sepatutnya. Kita berhak memperolehi kebahagiaan hidup. Berani menyuarakan sesuatu. Berani bangun dan bertindak mengatasi segala kemelut. Kerana ketakutan itu sendiri adalah musuh dalam diri kita. Kalau kita takut tiada apa yang dapat kita lakukan untuk mengatasi segala permasaalahan.
Beranikanlah diri...kerana dengan keberanian itu tidak mudah orang lain memperlekehkan kita. Tidak mudah orang lain memijak-mijak maruah kita. Dengan sedikit keberanian kita dapat meletak diri kita ditempat yang lebih tinggi seperti yang sepatutnya.
25 comments:
puan nani,salam ziarah,
kalau ditambah dengan pengetahuan,kebijaksanaan,kesabaran,ketakwaan,keberanian itu tentu ada nilai tambahnya.Tapi keberanian itu lah yang susah kita cari.
yes, u are absolutely rite my dear kak nani...
u are so right. been there, done that.
suka baca tulisan pn. nani... erm, nampak keibuan n penuh makna.. jiwa jadi tenang bila membacanya...
yeah... maju ke depan!
Salam, saya silent reader akak, tp hari ni hati kecil apa yang akak cakap ni semuanye benar belaka..
i'm touched...
ye byk yg kita harus fikirkan...
Salam,
Memang tidak mudah untuk mencari lelaki yang baik. Tidak akan ada yang sempurna kerana kesempurnaan adalah milik Allah jua. Says rasa nasihat yang boleh diberi kepada anak-anak gadis di luar sana supaya mencari lelaki yang sedap mata memandang, ikhlas menerima seadanya, berkemampuan untuk menjaga & bijak berkomunikasi.
Perkahwinan tidak seharusnya menjadi satu perjudian jika pilihan tepat dibuat sedari awal.
Perkahwinan biarlah sehingga ke akhir hayat, dan hakikatnya komunikasi adalah tunjang utama sesuatu ikatan.
Untuk anak gadis kakak yang masih muda, nasihatilah agar mencari yang pandai berkomunikasi & sentiasa bertolak-ansur.
Masalahnya mungkin pandai berkomunikasi tetapi wajah tidak secomel Ronaldo. Atau berwajah ala Ronaldo tetapi tidak pandai menjaga hati. Memang sukar tetapi tidak mustahil!
semua org x berhak untuk Bahagia....
semua org perlu berani utk Bahagia...
time kasih Kak nani
memang betul, kalau terjadi pada orang lain, memang mudah kita nak nasihat tindakan apa patut diambil... tetapi bila dah terkena pada batang hidung sendiri, baru terjelepuk dan hilang arah tak tau tindakan apa patut diambil... Tapi jangan lupa, Allahkan ada, mengadulah padanya dan bersikap rasional bila nak membuat apa2 keputusan disertai dengan keimanan... Insya Allah, DIA akan tunjukkan jalan yg sebenar...
Walaupun perceraian itu boleh menggegarkan tiang Arasy tetapi kalau sepasang suami isteri mmg sudah tak boleh hidup bersama lagi, maka perpisahan jualah jawapannya...
Dengan keyakinan padaNYA, pasti akan ada kebahagiaan menanti... Yang penting jangan sekali2 lupa padaNYA... kerana nyawa kita dan kebahagiaan sementara & hakiki yg kita kecapi terletak ditanganNYA jua
Nota: Amat tidak suka pada mereka2 yg ambil jalan pintas dgn berbomoh2 atau membunuh diri hanya kerana cinta yg hilang.
betul kak...bercakap memang mudah hanya yang menanggung tahu betapa peritnya....tetapi pada saya keberanian harus ada pada setiap wanita...berani dalam serba serbi...
Mane sambungan no 3 nyer cite rumah peninggalan tu.. tunggu2 post lain jer
Mane sambungan no 3 nyer cite rumah peninggalan tu kak.. tunggu2 post lain jer..
kak nani
this is so touching..
ya beranikah melepaskan sedangkan hati sudah sayang, beranikah melupakan sedangkan kenangan itu terlalu indah.. ??
salam auntie nani.
saya bercinta w bekas kekasih selama 6 tahun.namun saya mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan kami gara-gara mendapat tentangan dari ibunya yang sangat hi-taste.saya sedar keluarga saya tidak kaya dan tak banyak harta.saya hanya lulusan ipta manakala anak-anaknya lulusan luar negara dan bersekolah di sekolah swasta. kecil rasanya hati saya. walaupun bekas kekasih saya berbincang dengan ibunya untuk meminang saya, ibunya terus memberi kata 2 sama ada memilih saya sebagai pasangan hidup atau hubungan ibu dan anak putus.
masih ada sikap ibu yang skeptikal seperti filem p.ramle ibu mertuaku.adakah kerana anaknya jurutera tidak layak bagi saya yang bekerja bukan dalam bidang profesional. kebahagiaan yang manakah yang ingin dicari?sanggup dia menghancurkan keinginan dan perasaan anak sendiri kerana inginkan sesuatu yang sempurna.
namun begitu, saya redha.saya percaya ada hikmah di sebalik kejadian. saya akan menamatkan zaman bujang pada awal tahun depan. Bekas kekasih saya pula sedang berusaha memenenangi hati seorang doktor yang merupakan anak pada kenalan ibu-bapanya.
Tq kak nani..sy sdg melaluinya skrg, akhirnya setelah cuba bersabar dan meneruskan takat mana yg terdaya, sy dipinggirkan dan ppuan itu jadi pilihannya sbb sy kata sy x nak berkongsi kasih..sy diberi kata dua, kalau nak dia kembali, sy mesti menerima gf nya sbg madu sy..maka saya tarik diri...sy akan cuba kuatkan hati dan tenangkan jiwa..walaupun dia tetap mengecam saya mcm2 didlm facebook kawan saya, sy x tau apa yg dia mau lagi...dah sy serahkan dia pd ppuan tu, masih dia x puas hati dgn sy...mcm2 dia text sy, msg sy mcm2...tapi x apa, SAYA MESTI BERANI!!!tq for this entry kakak!!!love u...muahhhsss!!
thanks sis for ur info and advice
thanks sis for ur info and advice
yes, u r right. I've been there and have survived from it. Komunikasi, tolak ansur dan kepercayaan sgt penting. Apa yang saya pelajari ialah - nasihat yg diberi oleh kawan2 atau keluarga hanya boleh didengar, diikut jangan. Hanya kita yg tahu apa yg terbaik untuk kita, walaupun suami yg berperangai buruk. nak tambah sikit, para isteri tak perlu cuba2 menyiasat apa yg suami buat diluar selagi kehidupan dirumah bahagia, cukup segala. because what you don't know won't hurt.
salam,
i'm ur silent reader.
thanks for writing this. worth to read.u are absolutely rite.berkata memang mudah jika ianya bukan terjadi pada diri kita.
bukan mudah membuat keputusan bila kita berada dalam situasi tersebut.
thanks for sharing this.
:)
Hi Kak nani..pekabar...well done!
Sangat cantik susunan ayat kali ni..jatuh cinta la ngn Kak nani..I Like..Yatie Ada share gak kat fb..
Suh mashuk banyak skit..
Yesss..hidup ini perlu berani..kita yg akan hidup..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..
2.3 kali duk baca..penuh penghayatan...again..I like...
salam kak nani ...
i'm also one of ur silent reader ...
apa yg kak nani tulis memang benar belaka .. mencari keberanian tu yg susah ...
kata2 kak nani ni..benar2 buat sy berfikir dan berfikir akan kebenarannya..
salam kak nani..tq sbb melawat blog nas..benar apa yg kak nanie katakan tu..nas yg bujang ni pun ada juga masalah yg sama tapi lain situasinya..kita yg menanggung ni pyh utk merungkainya tapi pd yg myibuk n hy melihat pandai bkata2 n mhancurkan..apapun nas akan ambil stp kata2 benci manusia pd nas sbg kekuatan nas utk hadapi hidup ini yg masih pjg..nas akan cuba btahan walaupun sakit..
Salam...
sy sgt suka baca blog kak nani..InsyaAllah yg baik dijdkan panduan kita bersama...sy minta izin linkkan kat blog sy ye.
TQ :)
Post a Comment