Saturday, January 23, 2010

Mahu Cantik Selepas Beranak

Jangan ingat bila kita dah beranak, segala-galanya hanya berkisar pada anak sahaja. Jadi perempuan bukan mudah. Sakit bersalin belum berakhir, macam-macam pantang pulak kena lalui. Beban mengandung masih belum lupa, dah datang beban berpantang pulak.

Tapi kalau nak badan tu cantik, ramping dan sihat seperti sediakala, mahu tak mahu, terpaksa buat apa yang sepatutnya di amalkan oleh ibu-ibu lepas beranak.

Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. i cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.

Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.

Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.

Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.

Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shakli yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.

Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning.Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.

Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

26 comments:

mira ellyna said...

cun2

cheku_sadz said...

berinfomasi sungguh...best lar...

Norly a.k.a MamaLeana said...

k.nani: masa sy bersalin anak pertama dulu, saya mmg mengamalkan pantang org tua2.tapi, selepas makan pil perancang, badan mula naik mendadak.ada tak petua nak bagi ramping macam dulu?
suka tgk k.nani anak beranak, cantik dan langsing je..

Naddylicious said...

Bkn mudah sebenarnye nak cantik ni kan Mama hanis?? hehe......
Nway, aunty still look cantik n menawan..=)
Nway,ada permintaan laa..
nnt2 kan...bleh tak mama Hanis ni citerkn pengalaman mengandungkan hanis and anak2 yg lain..? (if dah citer dlm ur blog soryy..saya masih baru..tak sempat nak baca semua lg)

emm, lg satu tmbahkan tips2 ttg kawin n pantang larang lagi trutamanye utk anak2 muda skg yg tatau sgt pantang larang org2 melayu nii........trmasuk laa sayer.huhu..sekian, trima kaseh =)

Naddylicious said...

Bkn mudah sebenarnye nak cantik ni kan Mama hanis?? hehe......
Nway, aunty still look cantik n menawan..=)
Nway,ada permintaan laa..
nnt2 kan...bleh tak mama Hanis ni citerkn pengalaman mengandungkan hanis and anak2 yg lain..? (if dah citer dlm ur blog soryy..saya masih baru..tak sempat nak baca semua lg)

emm, lg satu tmbahkan tips2 ttg kawin n pantang larang lagi trutamanye utk anak2 muda skg yg tatau sgt pantang larang org2 melayu nii........trmasuk laa sayer.huhu..sekian, trima kaseh =)

Call me, Eyka said...

wah. gud tips. keep on posting :)

MasReena said...

time kasih auntie atas tips2 yang diberi.. ia menambah pengetahuan saya yang baru sahaja bersalin anak pertama. Rasa bersemangat pulak baca petua auntie. luv it!

hari tu saya ada post jugak tentang rutin berpantang tapi secara harian.. boleh tengok kat sini.

http://masputriworld.blogspot.com/2010/01/hari-ni-hari-ke-46-aku-bersalin.html

elle said...

thanks for the petua2 ni. bagus untuk saya di masa hadapan. insyaallah ;)

Cerita Cici said...

Kagum nya cici baca entry ni...Ci tingat waktu ci pantang dulu, pantang makan juga tapi disebabkan c-zer, byk bnda yg takleh buat, esp berbengkung...Insyaallah, kalo diberi rezeki utk anak kedua, ci akan ikut petua aunty ni.... ;)

Riena said...

thanks for the info..sangat berguna..

mamashasha said...

wahhhhh tq kak nani...tak lokek ilmu....beranak 7 tapi maintain cam anak dara....awet muda lak tu.....nanti share lagi rahsia akak tampil muda cam anak dara ye....

shafzan.m said...

aunty,
i ingat anak2 u 6org je..
thx for the tips anyway.. ;p

oewyn said...

thx sis for ur info.
mesti cube nt.
ade x tips2 supaya senang nk mengandung n what do & don't during pregnant.
thx

haslizalizz said...

salam, cantiknya mama hanis ni...cute sangat razucute.blogspot.com

noorul said...

yup..saya setuju sangat2..
thanks for the tip ya

Drama Mama said...

kenapa barang baby takleh ada warna kuning eh kak?

dindacantik said...

kak,yang manjakani letak kat pintu rahim tu kan..kita yg buat ker suami yang buat kan??yg asah kat lesung tu pun kita wat ker suami wat kan??berapa lama agak2 kena buat???

dindacantik said...

kak,yang manjakani letak kat pintu rahim tu kan..kita yg buat ker suami yang buat kan??yg asah kat lesung tu pun kita wat ker suami wat kan??berapa lama agak2 kena buat???

Tie HT said...

salam akk..patut lah akak cantik dan rapi :)

Aleeya Zailan said...

very good information!

Agency Manager said...

good info for all hubbies...

food journal said...

waah bagos la akak ni..terima kasih kak...akak nampak makin kurus dan cun..ngeh ngeh ngeh...

InsyaAllah saya ikut petua-petua akak..terima kasih banyak2...

Kalu muka berjeragat macam mana nak ilang ye?Jerawat pula macam mana.

Semoga Allah memberkati dan dimurahkan rezeki akak sekeluarga sebb share info2 yang berfaedah ini.

Terima kasih banyak2...dah lama saya tunggu.Alhamdulillah.tq ye kak.

Unknown said...

Salam,

minta izin tuan rumah share cerita di web saya ya..

http://fw-shaklee2u.com

TQ

Nadiah Suhaidi said...

Assalamualaikum Aunty Nani. Nad sll baca blog Hanis. Kadang2 singgah blog Aunty :)

Nak minta izin Aunty share this entry kat blog Nad boleh? Terima kasih banyak2 ya.

nadxoxo.blogspot.com

anis_shaklee said...

Assalammualaikum..
sy selalu jenguk2 blog aunty Nani bermula masa aunty Nani msuk TV Wanita HR Ini..bnyak info berguna dlm ni..sy mohon share artikel ni ye..TQVM atas info2 yg berguna..
http://vitaminonlineshop.blogspot.com

Unknown said...

ASSALAM,
Saya ohon share cerita aunty ye..Thanks