Assalamualaikum,
Musim orang kahwin. Kali ini pengantin 2013. Oppps saya bukanlah penulis majalah fesyen pengantin yang nak memaparkan koleksi solekan pengantin 2013. Cuma pelanggan saya yang baru saya solek ini bertunang dan akan berkahwin tahun depan. 2013. Maka saja letak tajuk gempak. Entah nanti dia kahwin ambek saya lagi entah tidak beriya memberitahu.hahaha. Ok kali ni saya agak rajin untuk spend sedikit masa tunggu sampai majlis habis untuk berfotografi....
Ok Kham seorang doktor. Seorang pelanggan yang paling saya sayangi sebab tak cerewet. Kot sebab dia seorang doktor cuma tahu merawat pesakit dan pasal pasal solekan muka ni dia langsung tak kisah apa yang saya nak palit kat muka dia.
Bila saya tanya, kham nak pakai lipstik warna merah tak? Tengah in sekarang. Atau warna natural sahaja? Terpulang pada kak Nani, katanya. Tapi bila saya palit kan gincu warna merah tak sesuai dengan wajah kham dan hanya menampakkan dia lebih matang dari usia maka saya palitkan gincu merah muda yang melembutkan keterampilannya secara keseluruhan.
Walah saya pun sungguh enjoy mekap muka dia. Palit sana palit sini. Asek dok touch sampai fotographer tu dok tanya dah habis mekap ke...Saya tengok ada lagi setengah jam majlis nak mula, saya tempek lagi bedak, saya shading lagi hidung....
Ok bila dah selesai, saya sepatutnya balik, tapi disebabkan Kham pelawa saya makan dulu, maka saya yang gemar tangkap gambar makanan dan rasa makanan maka, macam orang mengantuk disorong bantal wallah. Memang berbaloi saya tunggu makanan dia memang edap ehmm edap ehmm..mabeles!!!
Terima kasih Kham sebab percaya dengan saya!!!!





