Assalamalaikum.....
Seharian tadi aku berjaya bebaskan diri dari beralam maya. Walah. Agak lega jugak sebab kek dapat siap mengikut waktu yang diharapkan.
Itupun sebab line telekom kena potong. Kalau tak kena potong jangan harap aku dapat mendisplinkan diri untuk tidak beralam maya. Mana boleh aku melupakan medan tempat aku berceloteh, berkongsi cerita, berkongsi pikca-pikca, berperang dengan perasaan sendiri, beremo-emoan, berpuisi-puisian dan segala yang dapat melepaskan sedikit tekanan perasaan sekurang-kurangnya.
Hah lega...bila line disambung semula. Rindu padanya menggamit-gamit. Cepat-cepat aku buka blog dan menyelak ruangan komentar.
Tiba-tiba airmata menggenang deras membasahi pipi. Rasa pilu sangat. Pilu Lagi. Bagai terkoyak perasaan bila mengetahui orang yang bernama Nas begitu menyayangi dan menyanjungiku telah pergi buat selama-lamanya. Sedih sangat. Sedih bila tahu diri disayangi seseorang tetapi tidak berkesempatan langsung untuk bertemu dengannya. Rupanya Allah s.w.t lebih menyayanginya. Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan diampuni segala dosa-dosa.
Setelah begitu lama aku tidak menjenguk blog beliau lantaran tuntutan masa yang begitu mencemburuiku, tiba-tiba semalam ketika aku membuka blog, entah mengapa hati tiba-tiba terdetik teringatkan beliau. Lalu aku terus menjenguk blog beliau dan meninggalkan secebis komen untuk beliau. Tanpa kuduga komen itu tak sempat dibaca oleh beliau kerana disaat aku menulis komen itu arwah sedang dikebumikan. Innalillahi wainalillahi rojiun. Marilah semua, kita menghadiahi sedekah ikhlas Al-Fatihah untuknya.
Bukankah hidup ini singkat. Jadi hargailah orang yang kita sayangi dan begitu menyayangi kita sebelum kita kehilangannya.
20 comments:
Ya Allah Puan... :*(
Ya Allah betoi kata2 kak nani pada arwah...Tuhan lebih sayangkan arwah,semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman.
TQVM kak nani sebab sudi balas msg saya tentang buttercream tadi, klu kak nani ada masa jenguk la blog kek saya.saya budak baru belajar klu salah tlg tunjukkan....:)
http://www.dzaniecake.blogspot.com/
innalillah .
al-fatihah kepada arwah..
kak, ela pn baca blog akak tiap2 kali akak updet. akak pn kena kena baca blog ela tiap kali online tau. mana la tau kot ela pun pegi tiba-tiba. Eh .. main paksa-paksa lak eh.
Sori kak, jgn layan stetment di atas. Ela time2 kepala tgh ting tong camni la kak .. ke laut je kerjanya. hihi .. Akak sehat?
Salam takziah buat keluarga arwah. moga ditempatkan di kalangan org yg beriman. Amin.
takziah tuk keluarga arwah..kak nani tak sempat bayo bil ke kak smpai kena potong line hehehe..kene pakai PA nih..
al-fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama dgn org2 yg soleh..
erm.. al fatihah
Innalillahi wainna inlairojiun...Al-Fatihah buat yang pergi semoga rohnya dicucuri rahmat...
Ajalnya sudah sampai... dan waktu kita masih menjadi teka teki... kalau dtg ajal itu... tidak ia menanti walau sedetik...
takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah, amin.
tiada siapa menduga bila ajal kita akan tiba T_T, persiapkan diri dengan amalan secukupnya. have a gud weekend cik puan :)
Al-Fatihah...
salam kak,
al fatihah buat arwah
saya pon pernah kehilangan seorang kawan & membuatkan saya terfikir betapa singkatnya hidup ini, sekelip mata sahaja ALLAH boleh tarik segala kenikmatan yang dikurniakan dariNYA untuk kita..
innalillahiwainnailaihirojiun...
masti itu pasti..Ya Allah hambamu belum bersedia..:(
Nas tu mcm dah tau jer dia nak pergi...tengok lagu yang dia postkan kat blog dia tu...
meremang bulu roma i..
apapun alfatihah..
thanks for k.nani a.k.a ibu angkat yg sering kali arwah ucapkan pada kami semua kerna post ttg arwah. sesungguhnya arwah adalah teman,abg,anak dan sahabat yg baik pada kami semua. Byk kebaikan serta pengorbanan yg arwah tgglkan pd kami. selama 5tahun bergelut dgn sakit kanser usus yg dhadapinya,beliau semmgnya tabah. Dalam sakitnya beliau tetap sentiasa ada dgn keluarga & teman2nya dikala susah sng. Beliau tak pernah merungut kesakitan yg dialami. Apapun thanks atas post ini. Memang benar beliau kata bahawa mak angkatnya sgt baik hati & penyayang.
Al-fatihah buat keluarga arwah...
setiap yg hidup pasti akan pergi jua...
Insafi diri sendiri dengan itu kita lbh berusaha utk m'perbanyakkan amalan buat bekalan di alam abadi kerana ajal maut kita tak tau biler tibanya...
al fatihah untuk arwah
sgt dekat & kenal arwah..i love my brother so much..hope dia tenang disana..
Post a Comment