Sunday, August 1, 2010

Kasih Sayang Cinta Hati Untuk Kuih Raya 2010

Saya lihat Alisya mundar mandir mengelilingi coffee table di ruang tamu rumah sambil mulut kecilnya mengomel-ngomel sendiri "eee...kenapa kuih raya ni sedap-sedap sangat!"


Saya tahu dari rungutan itu sebenarnya dia tak dapat menghindari diri dari larangan saya supaya jangan asyik dok makan sample kuih raya. Saya bukan apa nanti belum sempat orang merasa sample dah habis.


Semalam bila saya lihat sampah plastik pembungkus sample kuih raya penuh dicelah-celah balang kuih raya itu yang bersusun di atas meja tersebut, saya pun siap-siap bagi amaran kepada Alisya dan Hafiiz yang tak tahu berhenti mengudap sample kuih raya tu. Sampaikan bila balik sekolah langsung tak selera nak makan nasi. Asyik dok menghadap coffee table tu je.


Tahun ni saya tambah beberapa jenis kuih baru. Sebenarnya bukanlah baru...dah agak lama kira-kira sepuluh tahun yang lepas. Tapi entah macam mana masa tu kuih tu tak famous sangat.Baru-baru ni bila nampak kelibat dia ada dalam blog orang maka setelah memunggah resepi lama dan alter sini sana maka hasilnya memang sangat membanggakan..


Sebelum itu saya ingin mengingatkan sesiapa yang pernah terserempak website lain yang meletakkan gambar kuih yang saya jual siap dengan gambar wajah saya, no telefon saya dan menawarkan keahlian untuk membeli kuih kuih saya itu ADALAH PALSU DAN MERUPAKAN SATU PENIPUAN.


Jadi saya harap sesiapa yang nak membuat pesanan atau membeli kuih raya saya, bolehlah datang ke rumah untuk sampling dan sebarang urusan dan pertanyaan boleh dibuat dengan menelefon saya di talian 012-3959779.

Sekiranya ada kuih raya tahun-tahun lepas yang tiada di sini tetapi ada di entri saya tahun-tahun lepas, anda semua masih boleh memesan untuk hari raya tahun ini.Semua jenis kuih masih saya jual PADA HARGA YANG SAMA iaitu rm28 setiap satu balang berisi 50 keping.



Dari atas sekali mengikut pusingan jam ialah, Crunchy Almond Ring(yang ranggup dan berperisa koko).

Milky Oats Bar (oats rangup dan bijirin sihat yang bersalut susu).

Coklat Chip Butter Pecan (dipenuhi chip dan kacang pecan rangup dan mengasyikkan).

Snow Drop (emping jagung, kacang badam, kuaci bersira gula yang rangup dan sedap).


Atas tengah : shortbread (kuih raya yang evergreen dan masih ramai peminat)

Bawah tengah : Pinky Lover (berperisa strawberi rangup dan bersalut coklat)




Dari kiri : Sweetheart Candy (Kacang bersalut coklat putih)

Tengah : Darling Cereal (oats bersalut nestum yang enak dan rangup)

Kanan sekali : Almond London (the best Almond London ever)



Kiri Atas : Nestum Rasberry ( yang semakin mengancam dari tahun lepas)

Kanan Atas : Vanila Kisses ('saling tak tumpah' rasa macam kellogs cereal bar perisa vanila)

Kiri Bawah : Classy Pandan (kegemaran anak-anak saya....setiap kali raya mesti kena simpan 3 balang untuk mereka).

Kanan Bawah : Tart Nenas yang gebu dan enak.



Dari Kiri : Beautiful Blueberry (cantik dan manis)

Tengah : Romantic Hazel (kacang hazel bersalut coklat)

Kanan Sekali : Baby Peanut (biskut peanut butter yang penuh berkacang dan bersalut coklat).


Yang pertama dari atas : Fudge Bites (Kekacang bersalut coklat)

Kedua : Crunchy Almond Rings

Ketiga : Kuih Samperit berbentuk dahlia dek kerana terlalu gebu.

Keempat : Crispy nuts (Biskut kekacang yang enak dan rangup)


Dari kiri : Honey Almond (biskut almond yang rangup)

Kedua : Biskut Arab (gebu dan kurang manis)

Ketiga : Pineapple zest (sesiapa yang tak suka tart nenas yang kelihatannya seperti ulat gonggok bolehlah pilih pineapple zest yang ranggup ini).

Atas Kanan Sekali : Chocolate Crumpy (pilihan hampir semua orang yang dah order)

63 comments:

redballerina said...

banyaknya, mesti aunty dapat banayk untung ni :)

saraa said...

ala2 comelnya alisya !
dan kuih2 raya tuh sume , sedapnyaaa !

:)

Sya said...

Nani.. sya link ur blog with my FB.. so that my customer boleh tenguk kuih tu

aNIe said...

Memang sedap...two thumbs up!! Order jgn tak order...saya dah order dah...

aNIe said...

Nani...hahaha...saper yang kata macam ulat gonggok tu ye...hehehe....

emak. bukan penari tiang said...

nak semua!!!!!

Sofea said...

i like.. nanti ed nak order kueh raya la.. boleh test drive rasa tak kalau g rumah aunty..

Mummy_Fuzz said...

sedapnyer saya tgk kuih raya akak ni...nak rasa sample dulu sebelum beli boleh tak kak?

Ieza said...

ni bleh pakai pose kn..memang nk order ni..
kak nani cara pembayaran camner lak ni..nk deposit x..

bol said...

kenapalah nampak sedap sangat.. makan mesti lagi sedap.. suke sume entry aunty psl food bcoz sume yg aunty masak buat meleleh air liur..

JULYA said...

mak aih..tgk gambar je dah leh rase sedapnye.bolom mkn laie tuh.

xirsme said...

salam auntie nani,

Bagi sy Chocolate Crumpy favourite sy..tahun ni pasti sy order lagi. insya-allah

owh, kuih tart nenas juga!! :)

NaniRostam said...

Redballerina - Alhamdulillah. Bukan ke nabi pernah bersabda...dengan berniaga jer kita boleh kaya....jom rajinkan diri berniaga.

Saraa :Alisya tu memang comel....kan?Kuih-kuih tu memang semua sedap2 belaka....daatanglah rasa.

Syaa : terrima kasih.....nanti kita gi ssingapore saama-sama ya....


Anie : terima kasih daun keladi...tambahlaaah order laagi boleh buaaat opeen house bila raya nanti hheehe.

Raina : mari-mari.

Saed : Anda sangat dialu-alukan

Fadel : memang ddigalakkan rasa sebelum order...datanglah rasa...

Ieza : kena bayar deposit untuk confirmkan order....kalau nak pos pun boleeh.ccall lah akak.

Bol : orderla...memang sedap...

Julya : Datanglah ajak kawan tu ke shah alam ni....boleh rasa...

Fleux : Boleh selain dari tu pun banyak yang seddap...datanglah rasa...

Mama Un-A-nas said...

auntie ajak rasa??umah kat mane??macammenarek jer kueh2 nie.. nyum2.. hanim pun tlg kazen jual kueh raya dan chocs..

Diana AR said...

regenya cemana kak?

Pn. Ira said...

auntie nani; mcm ne nak orderr..=D

Ieja RizaLiza said...

kak nani .. klu nak post je JB, ada minimum order ker ??

mamashasha said...

menarik perhatian saya kak...hehe

Dahlia Ahmad said...

oh..sedapnyeee!! nak order mcm mana kak? :)

Dahlia Ahmad said...

oh..sedapnyeee!! nak order mcm mana kak? :)

miss beyond said...

wah sume kuih raya auntie nampak sedap, tu blom rasa agi tu. Mesti marveles. Sy pandai ckit2 je wat kuih raya. Bila la nak terer mcm auntie..

WanYusnira said...

Auntie. Saye duk Kuala Terengganu. jauhnye kalo nak tempah kuih raye auntie ni... Sobsob..

sitiyamam said...

Salam. Sangat tertarik untuk mencuba atau terus sahaja order sebab nampak mengancam sangat. Bila tarikh akhir untuk order?

Azrine Aziz said...

Untie nani..kalau nak rasa sebelum order...kena pergi umah untie eh?....kat mana ya boleh tahu?...btw kalau order pos ke JB hancur tak hihi?

C!kpuanmuda® said...

dah order. ngehngehngeh

bspotgurl said...

macam mana nak order ni?

acepa weet said...

auntyy sedapnyeeeee.....rase macam nak belii ..meleleh tgk

Afra Yuri said...

setapnya!!! terliur..

Afra Yuri said...

setapnya!!! terliur..

puanstoberi said...

napak so nom nom nom. nak tempah lah. nati saya emel pada kak nani yer.

Adeqq said...

Salam.

Auntie, nak tempah macam mane?

Miss Layaleya said...

smuanya nmpk menarik, tertarik & d bomb.. nk order gak ni..

i'll call u later..

Yasmin Khairani said...

aunty, kalau order byk dapat diskaun tak?

kalau boleh saya nak order banyak. tapi student lagi, kalau boleh nak save bajet sikit. :)

NZ said...

salam aunty, sy nk tny ckt.
aunty mmg ade ambil kursus khas ke utk bakeries ke?
atau mmg aunty ade bakat semulajadi, cantik dan mesti sedap kan smua bakeries tu.

em, sy berminat nak buat bisnes bakeries, tp xtau nak mula dari mana. hope aunty dpt beri maklumbalas yg memberansangkan :) tq

Ieza said...

nk kena call gak ker..he3..

farida tarmize said...

auntie,
kalau nak order, kene pick up sendiri or boleh pos?

Khairani Bahaudin said...

salam auntie yg jelita, kalau order kena ambil ke atau auntie boleh pos?

Ila said...

Slm, kak bila last date tutup order neh??

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Salam kak Nani... mcmana nak order? nampak sedappp sangat...saya dah terliur ni ?

Unknown said...

salam auntie,mula2 sy bukak blog auntie ni meleleh-leleh airliur sy.nmpk cam sedap...tp nak tnye,klu nak tempah,delivery dia pulak camane?klu pos x hancur ke?

Sriyana said...

sedapnye kak. saya nak buat sendiri tak pandai. nanti nak order lah jugak. yang vanilla tu

Anonymous said...

Salam Aunty..kalau nak order kena self pick up ke? Do you accept any order luar dari Klang valley?

L said...

auntieee, saya berminat sangat nak order. tapi nak rasa sample dlu. bile ye boleh dtg rmh auntie?

L said...

auntieee, saya berminat sangat nak order. tapi nak rasa sample dlu. bile ye boleh dtg rmh auntie?

Unknown said...

Salam Aunty,, saya berminat nak order Biskut Choc Crumpty. Bagaimana caranya?

Honeys said...

i siap menjerit sbb terliur dgn Vanilla Kisses, bleh?
hahah! mmg gilekan vanila ;D
nak tunjuk kat my mom la, hrp2 dia nak order kat Auntie Nani ;)

cahya indah said...

aunty..best btul tgk cookies tu sume. telan2 air liur je la dlu takat ni. aunty amek order org jauh2 x?

NaniRostam said...

Salam darlingzzz.....


Ok sekarang dimudahkan cerita kalau nak datang rumah saya...sangat dialu-alukan...telefon dulu....

Kalau tak dapat datang boleh order terus...telefonlah jugak..ya...nanti saya bagi akaun maybank/cimb.bukan tak nak bagi no kat sini...khuatir orang buat macam-macam. so just call me, dapatkan no akaun dah bank in...call untuk sahkan order...tu jer...yang tinggal di lembah klang ni boleh datang rumah ambil kuih.yang outstation tu boleh juga kirim kat driver bus express supaya kuih tak rosak.

saveme_zero said...

ya allah..byknya. meleleh air liur tgk..hahaha. mcm nak semua je..gile kentang tol tgk kuih raya ni.

Mat Gebu said...

Salam puan..
Hmm lawa2 kuih raya..specially bila digandingkan dengat set antik..bertambah manis...

Unknown said...

aunt, ibu saya nak dapat lambat2.. taknak awal2..hehe.. terpaling lambat boleh dapat bila ye?

Anonymous said...

Yang gambar 1st tu nampak sedap. Selalu kami buat biskut rupa comot mirip2 macam tu la senang tak perlu acuan ape, tapi besar dan sedap.

Unknown said...

kirim guna bas express? kena deal sendiri ke dgn pakcik bas or auntie deal kn? saya kt ganu auntie..teringin nk order..huhu

NaniRostam said...

Salam darlingz.....

Ok yang pertama, perlu yakin sebab kuih kak nani memang sedap...ahakz masuk bakul angkat sendiri ngkooo....sebab kalau tak sedap tak sampai ati nak jual....kerana kitapun bila orang jual makanan tak sedap mesti sakit hati kan......sayang duit..beli makanan tak sedap...

Yang kedua bila dah yakin....sekarang kak nani rangekan top 10

1. Chocholate Chip Butter Pecan
2. Snow Drop
3. Milky Oats Bar
4. Vanila Kisses
5. Baby Peanuts
6. Choc Crumpy
7. Tart nenas
8. Nestum Raspberry
9. Samperit
10.Biskut Arab

Yang ketiga..bila dah listkan order call kak nani di 012 3959779untuk dapatkan nombor akaun bank.bila dah bank in payment..bg tahu untuk confirmkan order tadi. Yang dekat boleh datang rumah kak nani untuk collect.

Yang jauh kak nani boleh tolong hantar kat bus station untuk kirim kat driver bus express.rasanya tak mahal sangat dan kuih tak mudah rosak.

Boleh juga datang rumah untuk rasa dulu.

Apa-apa hal call la kak nani...senang.

nosembilanbelas said...

saya tengah pening nak order nihh

kakak said...

jangan lupa kasi acc no..saya bank in nanti

Alice said...

Salam auntie. Last year saya beli kuih auntie 3 jenis melalui kwn saya. Dah merasa kuih auntie smpai ke UK sebab saya belajar sana sampai last year. Sedappp! :)

Honeys said...

yay! baru lepas call aunty td ;D

my mom yg susah nk order dr online pun akhirnya order gak aunty nani punya biskut..wat permulaan kitorg order 2 jenis dulu..
Choc Chip Butter Pecan & Vanilla Kisses.
my mom suka choc chip and i plak suke vanila...!!! ;D
and i suke gak yg Kellogs cereal bar perisa vanila..
sgt excited n x sbr nk mkn home made cookies by aunty nani ;D

anwar777 said...

melawat blog ni di siang hari di bulan puasa adalah tindakan yang 'bijak' sekali... :(~

Liz said...

yeay, berjaya jugak pujuk hubby bawa saya ke rumah akak utk collect kuih raya nanti. thanks kak kerana melayan saya yg asyik tukar order nie.

anyway, saya ada promote kuih raya akak kat blog saya.

Geng Keras said...

boleh tak pos ke sarawak?

yuyue said...

boleh tempah lagi ?

Elya Roza said...

umah aunty kat mana ye klo nk selfpicup