Tuesday, July 27, 2010

Soal Hati

Assalamualaikum...bukanlah tak rindu nak update blog. Banyak cerita dan material untuk saya kongsikan di blog namun semenjak dua tiga menjak ni saya melalui satu fasa yang begitu mencabar kekuatan mental dan fizikal. Berperang dengan emosi.Hati dilanda ribut. Jiwa dilanda kekacauan.Saya cuma manusia kerdil. Diri tak pernah sempurna. Hati selalu meronta.Pun tak pernah sunyi dari kesilapan.Tak pernah tercicir dari kekurangan.Malah masih berselirat cacat cela. Kadang rasa diri boleh berdiri gagah kadang rasa diri bila-bila saja boleh tumbang. Kadang mahu jadi kuat tapi sebenarnya langsung tiada daya.

Mahu rasanya saya kembali ke masa silam...bukan masa sekarang.Waktu silam di mana cinta yang masih padat dalam jiwa. Kasih yang memenuhi di pelusuk hati. Sayang yang selalu mekar berkembang. Namun masa telah meragut segala keindahan itu.Saya tak ingin itu terjadi tetapi ia tetap terjadi.Bukan mudah menangani soal hati. Tak semua orang mampu menilai apa yang kita rasa.Tetapi hampir semua orang mudah menghukum bahawa kita yang berdosa.

Namun apa sahaja mengenai hati kena tanya diri sendiri.Sejauh mana mahu mengikut hati. Sedalam mana kita mampu menyelami emosi. Bukan kah ikut hati itu mati? Bukankah jua ikut rasa itu binasa?

Saya pernah war warkan untuk menjadi berani tetapi bila saya cuba jadi berani, keberanian itu tidak membawa saya kemana-mana. Saya masih di sini. Masih bertatih.Masih berjalan jatuh.

Saya mula menyedari tidak semua yang kita impikan itu akan kita miliki.Dan saya mula kembali kepada diri dan bertanya apa yang aku mahu dalam hidup aku.Jawapannya pasti saya mahu menyayangi dan disayangi.Saya sedang menuju ke arah itu. Moga-moga Allah sentiasa membahagiakan hati saya dan merahmati setiap langkah yang saya ambil.Insyallah. Amin.

Untuk pengetahuan semua tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas saya masih sibuk dengan perniagaan kek dan kuih muih hari raya. HARI RAYA tahun ni banyak juga kuih baru yang sedap sedap boleh anda cuba. Lagi-lagi kuih chocolate chip butter pecan kegemaran ramai.Sudi sudikanlah melapangkan waktu datang ke rumah untuk merasa sample kuih raya.

Dalam sehari dua ini, insyallah saya akan buat entri khas tentang kuih raya saya tahun ini. Semua kuih raya yang saya jual tahun-tahun lepas masih tetap ada.Cuma tahun ni saya tambahkan kuih kuih baru untuk variety. Telefon saya, Kak Nani di 012 3959779.Terima kasih.

20 comments:

beL cLoud9 said...

salam.aunty.kueh sound delicious la.tp nk tanya sket ble post ke kedah ke?he

JULYA said...

kena g ur house ke nak rasa..huhu.so jauh la auntie.tak yah rasa la ek. gerenti sedap nye klu auntie yg buat.hehe.julya tgk kat blog je la nnt k.hehe

Nurul Says said...

semoga untie terus kuat

emak. bukan penari tiang said...

abah saya cakap, kalau kita sayang orang, orang sayang kita, Tuhan pun sayang kita juga..

saya sayang kamu, aunty nani..

azlina aziz said...

Salam ziarah Kak Nani ;p

Entri yang cukup indah tertib tatabahasa nya. Sungguh, saya terpesona. Semoga Tuhan memberikan kekuatan pada akak dalam menempuh perjalanan hidup ini. Moga dipermudahkan dan ditunjukkan jalan. Senyum2 selalu ;p

NICOLE SCHERZINGER said...

xsabar nak tunggu entry kueh raya.. pape pun, tart nenas paling mantop! (itu je pon yg pernah sy rasa setakat ni hehe).. insyaallah tahun ni nak borong byk.

Ieza said...

teringinnya nk rasa kuih raya air tangan kak nani..kenapa x masukkn kt blog jer dn guna kaedah order melalui online..
harap pertimbangkankn la sbb kuih raya biasanya boleh kalau nk pos kn...

Ieza said...

teringinnya nk rasa kuih raya air tangan kak nani..kenapa x masukkn kt blog jer dn guna kaedah order melalui online..
harap pertimbangkankn la sbb kuih raya biasanya boleh kalau nk pos kn...

Anonymous said...

salam,
kak nani, saya doakan akak tabah dan cekal mengharungi dugaan hidup. bulan2 mulia ni kalo byk sbr mst byk pahala...
akak, kalo nak tya resepi kuih raya butter cookies tu leh tak?

Anonymous said...

kak nani...leh share resipi butter cookies yg sedap ieu?

NenetPenne (NP) said...

kita nak jadi berani tapi apakan daya kadang2 kita tak mampu..
walaupun tersungkur, kita bangun dan bangun lagi untuk terus berjalan...

oewyn said...

sis, kuat kan semangat k.
jgn lupe update about ur kueh raya.
nk tgk n insya allah will order the kueh raya from u.

love,
izza

honeydanish said...

rumah kak nani di mana ya? bape harga bg sebalang kuih raya ya?

mamashasha said...

lama betul akak tak post entry...sekali keluar sangat2 menyentuh jiwa...saya suka ayat yg disusun begitu teratur sekali..

mierafaziera said...

betul kak nani, sy pun x fhm dgn hati sy..dah mcm2 org tu buat kat sy, knp hati sy x pernah serik2..knp???masih nak melayan jgk walo dah kena mcm2....sy seniri sedih dgn hati sy yg terlebih lembut nih...smp kena berubat kat mcm2 org...tapi tetap melayan....:-(

ummi said...

tp kdg2 kita kena ikut juga kata hati..

Zareda Norman said...

kak nani
soal hati ni memang susah dirungkaikan.. apapun semoga akak diberikan kekuatan itu berterusan..

zar nak ode kek coklat strawbeery utk besday ika.. nanti zar konfirmkan tarikh eh.. err boleh testing biskut raya juga.. hehehhe

Eta said...

apa jua dugaannya... saya doakan agar tenang2 dan dipermudahkan segalanya....
bukan senang bila berbicara tentang hati dan perasaan... orang diluar boleh menilai luaran sahaja...
be strong and keep smiling, it not just for you but for me too...

Mijoe said...

salam Kak,

petang ni time saya gi amik kek tuh, jgn lupa provide sample kuih raya sekali ok... mana la tahu tetiba terasa nak order kuih raya pulak.. :)

semoga akak sentiasa kuat dan tabah, InsyaAllah.

ShaFiza said...

"Tak semua orang mampu menilai apa yang kita rasa.Tetapi hampir semua orang mudah menghukum bahawa kita yang berdosa."

Betul tu, saya pun tengah merasa bende ni.. Sedih la kadang2.. :'(

Saya mintak izin pinjam ayat ni yer.. tq

-1st time comment. :)