Thursday, September 5, 2013

Selalu

.
Sebenarnya doa tadi panjang. Berjela. Tidak seperti selalu. Seperti dikejar dan mengejar.Buat harapan yang membusut  mahu ku kaut dan mimpi seperti hujan yang mahu ku tadah. Hati melayang melepasi gaung. Apa yang ku pandang seperti kosong. Apa yang ku dengar hanya dengung. Mujur jasad masih di sini. Masih dengan doa. Berteleku di sudut sejadah. Berjela-jela beruntaian dengan airmata. Suara tersangkut di dada.  

Aku di mana tadi. Berpinar hampir mati. Semalam cuba memperbaiki apa yang perlu diperbaiki. Tetapi semakin aku berusaha semakin aku dicela. Doa ku masih panjang. Seperti aku mahu hubungan kita berpanjangan. Jangan terlalu keduniaan. Jangan kerana nafsu. Jangan terlalu iri cemburu. Sayangi aku kerana hatiku. Kasihi aku kerana diriku.

Banyak yang tidak selesai. Mana mungkin selesai selagi Allah meletak kita untuk diberi segala hikmahNya. Biar itu selalu jadi prasangkaku di sepanjang jalan yang luas ini. Biar masih kelam. Teraba raba melorong pergi.

Tangan belum pernah turun dari separas bahu. Belumpun habis waktu. Doa masih begitu. Aku mahu rasa bahagia.  Aku mahu rasa sendunya rindu. Biar rindu itu setiap saat menyelinap diqalbu. rinduimu demi mencari redhaMu Allah.

Waktu seperti dihenti. Memberi aku ruang untuk menanti dan memerhati. Jemu bertali. Tangkaskan waktu berlari. Biar cepat esok lusa dan tulat. Biar rasa terubat.Biar masa yang mengubah segalanya.

Aku letak tapak tangan di atas sejadah. Kemudian membongkok. Mencari kudrat untuk bangun. Hari ni mana aku nak pergi. Waktu masih pagi. Hari masih panjang untuk aku nyahkan segala kerinduan.

Aku akan selalu merinduimu.

Selalu.

Akan ada selalu.

Kerana aku belum berlalu.



Friday, August 2, 2013

Resepi Kari Ikan Tenggiri Nestle

Assalamualaikum

Tetiba Liana bersuara. Kali ni suara suara yang harus didengar dan dituruti. "Ma, teringin nak makan kari ikan tenggiri".


Semalam tu baru je masak kari ikan senangin. Tak jemu ke? Ikan senangin saya beli dari lori ikan segar yang datang dari Trong, Perak setiap Sabtu diperkarangan masjid berhampiran rumah.


Tapi untuk elak rasa jemu boleh je tukar resepi kari ikan yang biasa saya buat kepada resepi yang lebih unik. Kali ini saya tidak menggunakan serbuk rempah kari ikan seperi biasa. Nak tahu resepi kari ikan yang lebih unik dan istimewa. Jom cuba :-


Bahan-Bahan
  • 2 saiz sederhana Tomato, potong 6 
  • 1 saiz sederhana Terung bulat, potong 10 
  • 5 Kacang bendir potong 2 
  • 6 ulas Bawang putih cincang halus 
  • 1 inc1 Halia hiris halus •
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • 2 sudu makan jus limau kasturi 
  • 2 tangkai daun ketumbar untuk hiasan
  • 1 sudu makan Minyak masak 
  • 500 g (atau 2 kpg) Ikan tenggiri 
  • 1 cawan NESTLÉ Natural Set Yogurt, dibancuh dengan secawan air 
  • 1 paket MAGGI Pes Kari Ikan 
  • 1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning
Cara-Cara
  1. Basuh dan bersihkan ikan tengiri kemudian sapukan sedikit garam.
  2. Di dalam periuk yang sederhana besar panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau harum. Kemudian masukkan Maggi Pes Kari Ikan  dan tumis hingga naik minyak
  3. Masukkan   NESTLÉ Natural Set Yogurt yang telah dicampur air , kacang bendir dan terung bulat.Reneh selama 15-20 minit di atas api perlahan sehingga kacang bendir dan terung bulat menjadi lembut. Kacau selalu untuk mengelakkan ianya melekat.
  4. Masukkan ikan tenggiri, potongan tomato dan reneh lagi selama 5-10 minit atau sehingga ikan itu masak. Percikan jus limau kasturi dan masukkan MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning. Tambah perisa dengan garam dan gula sekiranya perlu akan kacau rata dan hias dengan daun ketumbar dan dimakan bersama nasi panas.



Gulai kari yang sedang direneh


Penganti santan





Gulai Kari yang siap dihidang.

Advertorial ini dibayar oleh Nestle

Monday, July 8, 2013

Mixed Salad with Nestle Natural Set Yogurt Sauce

Assalamualaikum,

Lama tak update blog kan…bukan saya lupa ada blog…cuma tak perasan bila terlalu sibuk….jenguk jenguk rupanya dah berbulanlah jugak blog  dok tayang gambar dan cerita yang sama jer.
Tapi hari ni saya gigihkan diri untuk berceloteh  cerita lain dan tayang  gambar lain pula.
Maklumlah sibuk kejarkan bulan ramadhan.  Saya cat rumah,  cat perabut, betulkan bilik air yang dah terbocor bila cukup tempoh lima tahun berkhidmat, tukar rumput laman yang dah tak semenggah, hias sana sikit sini sikit bilik anak anak bujang . Ada kesempatan nanti saya akan cerita pasal makeover rumah sempena menyambut ramadhan dan syawal...eceh eceh macam nukilan dari editor majalah Anjung Seri gitewww.
Insyallah bulan ramadhan nanti, saya berangan untuk lebih banyak bersantai dari terkejar kejar dan  berpenat penat.
Oleh kerana waktu dan kesibukan yang sentiasa terpenuh dalam aktiviti harian saya,  saya masih sempat menyediakan hidangan ringkas dan berkhasiat untuk suami dan anak anak...Hehe sebenarnya mereka yang dapat manafaat dari hasrat dan impian saya untuk jaga pemakanan supaya badan mantain  langsing dan awet muda...giteww.
Ok resepi yang nak saya gembar gemburkan di sini adalah Salad  Campuran yang sungguh menyihatkan dan mabeles. Jangan salah tafsir, bila tengok salad jer kita selalu fikir yang kita sudah cukup pandai jaga pemakanan walhal sebenarnya dalam salad itu sendiri terkandung lemak tepu seperti segala sos sos yang kurang menyihatkan.
Salad memang bagus diamalkan sebagai hidangan penting kerana mengandungi banyak fiber yang berkhasiat dan mengandungi banyak vitamin apabila digandingkan dengan NESTLÉ® Natural Set Yogurt.merupakan satu pilihan yang tepat dan bijak berbanding salad yang dimakan dengan mayonis, santan atau krim masam yang mengandungi bahan yang kurang menyihatkan. Selain dari itu NESTLÉ® Natural Set Yogurt.juga tidak mengandungi gula, rendah lemak dan tiada pewarna tiruan.
Dengan ertikata lain Salad Campuran yang amat suka saya sediakan ini  tidak menggunakan sebarang sos yang banyak menggunakan lemak tepu tetapi diganti dengan bahan yang sungguh berkhasiat dan menyihatkan dan yang paling penting  ianya mudah  disediakan dan lebih sedap mengalahkan salad yang selalu kita makan…yum yum yum..
Dah tak sabar nak cuba kan....jom!!!
Resepi Salad Campuran Dengan Sos Yogurt
Bahan-Bahan A
  • 1 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • 1 ikat daun ketumbar dicincang halus
  • ½ sudu teh jintan putih di tumbuk halus
  • 50 gm NESTLE’ Fat Free Yogurt Mango
  • 150 gm NESTLE’ Natural Set Yogurt
  • 1 ½ sudu makan  MAGGI Concentrated Chicken Stock



Bahan-bahan B 
  • 100 gm Cherry Tomato di potong dua
  • 50 gm Iceberg Lettuce
  • 50 gm Purple Cabbage di hiris halus
  • 50 gm Romaine Lettuce
  • 1 biji lobak di parut memanjang
  • 1 biji lada Cameron merah





Cara-cara menyediakannya :-
Di dalam mangkuk campurkan bahan A dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan B kedalamnya gaul dan hidang!




  Advertorial ini telah dibayar oleh Nestle.

Tuesday, May 28, 2013

Pertandingan Bahas



Assalamualaikum.


Bila motokar yang kupandu membelok masuk ke perkarangan sekolah yang dulu pagi petang harus kukunjungi sudah pasti nostalgia itu bertandang kembali. 11 tahun yang lepas Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur adalah destinasi ku setiap hari persekolahan.  Manakan tidak, dua tahun Liana bersekolah di sini dan selama 2 tahun setiap pagi ku menghantarnya ke situ dan setiap petang aku menjemputnya dari situ untuk pulang.

Pagi tadi aku, Hanis, Khairi, Imran. Alisya kemari lagi semata-mata mahu memberi sokongan moral kepada Hafiizhullah  mewakili Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Sabak Bernam,  di dalam pertandingan debate antara sekolah sekolah berasrama penuh kerajaan satu Malaysia.

Alhamdulillah pada usia 14 tahun lagi Hafiiz sudah mula berjinak jinak dengan bidang debate dan juga public speaking. "Ada juga sorang adik Hanis yang ikut jejak Hanis dalam bidang ni". Ujar Hanis bangga dengan pencapaian adiknya dalam jangkamasa yang lebih awal. Sebelum ni Hanis pun rancak menjadi  pemidato di Universiti tempat dia belajar.

Walau hanya menang melawan 3 buah sekolah dan tidak sampai ke peringkat akhir, tetapi berjaya memasuki pertandingan debate mewakili sekolah adalah satu platform yang baik untuk mewujudkan keyakinan diri dan mengaktifkan urat saraf otak agar terus berkembang pesat insyallah.

Sebagai ibu apa sahaja bidang yang diceburi dan diminati oleh anak anak akan saya beri sokongan sebagai penyuntik semangat untuk berjaya..insyallah.




Suka tengok gambar gambar candid macam ni....kami tengah dok sibuk mengadjust bag bag di tangan....


Bila dah tua tua ni terasa diri pulak kecik...or anak anak dah tinggi melanjau...


eceh eceh..ada gaya

Hafiiz diapit oleh Nabil dan Nadia


Alisya marahnya sampai ketap bbir


Ok dah senyum...baru manis

Pasukan lawan dari Sekolah Berasrama Penuh Pokok Sena, Kedah

Tajuk Perbahasan







Bebudak zaman sekarang pegang fon dan posing...mama apatah lagi...









Keknis dan kawan kawan Khairi

Thursday, May 9, 2013

MAGGI





Assalamualaikum

Pagi yang segar…daisy yang berwarna cantik…. tambah menyeronokkan apabila saya di jemput oleh pihak promosi Maggi untuk satu acara yang paling menyeronokkan bagi saya.






Selain acara makan makan, acara masak-masak adalah satu acara yang sesiapa pun suka untuk menyertai kerana dengan adanya beberapa rangkaian Kiub Stok MAGGI seperti Kiub  Stok Ayam MAGGI, Kiub Ikan Bilis MAGGI, Kiub Stok Serbaguna MAGGI dan Kiub Tomyam MAGGI .




Siapa kata memasak di rumah bagi menyediakan hidangan makan malam  seperti penyedian sup dan stew untuk keluarga itu susah? Kita boleh jadikan setiap acara memasak itu sebagai mengeratkan tali kekeluargaan apabila setiap ahli keluarga  dapat skil memasak hanya dengan menggunakan resepi yang mudah dengan rangkain Stok MAGGI .


Hanya didihkan air, sediakan lauk seperti ayam, ikan atau seafood dan sayur-sayuran dan bahan utama iaitu Stok MAGGI maka macam petik jari 1, 2, 3 tanpa mengotorkan dapur , menjimatkan masa maka dengan hati riang dan tanpa sebarang tekanan,  makanan yang enak dan berkhasiat dapat dihidang.










Produk MAGGI dan kehidupan saya sangat sinonim. Dari kecil sampai dewasa serta telah mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa…produk Maggi masih  sentiasa ada di para para dapur rumah saya kerana  Maggi sangat peka akan keperluan dan kehendak para penggunanya.

 


 Bagi ibu yang selalu di rumah seperti saya dan ibu yang selalu sibuk dengan kerjayanya seperti  Sazzy Falak, Stok MAGGI amat membantu kami menyediakan hidangan mudah dan enak setiap kali memasak.

Memasak dengan Stok Maggi seperti memasak yang dibantu oleh Chef  handal……


Acara terakhir adalah pertanding masakan berkumpulan yang disertai enam orang dalam satu kumpulan. Setiap masakan harus menggunakan Kiub Pati Ikan  Bilis MAGGI atau Kiub Pati Tomyam MAGGI.




Salah satu acara Demostrasi Masakan Bersama Celebriti Masak Masak Kitchen. Untuk acara pembukaan, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang setiap kumpulan.  Kumpulan saya adalah saya dan Awal Ashaari yang memasak Braised Chicken menggunakan MAGGI Chicken Kiub. MAGGI Chicken Kiub dibuat daripada stok pati ayam sebenar. 

Walau masakan mudah dan cepat tetapi rasanya setanding dengan masakan di restoran mewah…

Mem


Seronok kan kalau acara masak masak begini kita jadikan acara sekeluarga bila di rumah….




Apabila kami dibahagikan kepada kumpulan, maka kumpulan kami masak bersama sama dengan suasana yang santai dan ceria. Resepi yang saya pilih adalah Udang Masak Lemas Cili Padi Nenas. Biar pun kedengaran seperti satu masakan yang remeh namun dengan Stok MAGGI semua jadi mudah dan menyelerakan.





Alhamdulillah masakan yang kumpulan saya dan Awal Ashaari dipertandingan menang dan mendapat Hadiah Utama. Inilah resepi mudah dan harus anda cuba kalau tak percaya!!!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas

Bahan bahannya :
Udang 500 gm
2 Kiub Pati Ikan Bilis MAGGI
2 cawan air
1 kotak santan 250ml
Bawang merah kecil 10 biji
Cili Padi 20 biji
Nenas ¼ biji
Tomato 2 biji
Serai 1 batang
Serbuk kunyit 1 sudu teh

Cara-caranya :

Tumbuk bawang merah dengan cili padi sampai lumat. Tumis kering tanpa minyak. Masukkan semua bahan bahan kecuali udang. Setelah mendidih dan merenih masukkan udang dan biar masak lalu tutup api dan hidang.


Friday, April 26, 2013

Masjid Bukit Jelutong Masjid Yang Indah

Assalamualaikum


TIGA golongan yang harus kita jadikan SAHABAT :-

1. Orang Islam
2. Orang Yang Beriman
3. Orang Yang Soleh




Ya Allah terima kasih kerana mendekatkan masjid dengan rumahku. Dari dulu lagi aku teringin sangat tinggal berdekatan masjid. Aku teringin sangat mempunyai suami yang kaki mesjid.Pernah dulu terdengar perbualan seorang kawan dibank selalu memberitahu kawan kawan yang suaminya rajin kemesjid. Aku memujuk hati tak semua orang bertuah macam dia. Apatah lagi di Malaysia ni..kebanyakan lelaki jarang mahu bersolat  apatah lagi jemaah dimesjid. 

Alhamdulillah aku kira doaku depan kaabah termakbul. Kembali dari mengerjakan umrah, Masjid yang paling cantik dan indah berada dekat dengan rumahku dan hatiku... Dahlah wajah saling tak tumpah macam  masjid di madinah atau di kawasan timur tengah. Dulu aku menganggap aku tidak bertuah. Tetapi tidak kini. Asalkan aku tidak berputus asa dalam berdakwah insyallah Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Pemurah.

Apabila pasangan kita  bukan pasangan yang soleh maka bermakna kita pun bukan hamba yang soleh. Namun kalau bila kita cuba menjadi hamba yang soleh tetapi pasangan yang tidak melaksanakan perintah Allah dengan sewajarnya maka itu sebenarnya adalah satu UJIAN oleh Allah s.w.t untuk kita agar lebih kuat dan terus berusaha menjadi hamba yang soleh, lebih berusaha untuk mendoakan supaya pasangan kita ataupun keluarga kita mendapat petunjuk dan hidayah kerana semakin mencabar usaha kita semakin banyak pahala yang kita dapat. Allahualam.

Allah Maha Besar lagi Maha Kaya, sekembalinya  aku dari Mekah segalanya seperti dipermudahkan. Alhamdulillah seperti satu keajaiban..subhanallah, tetiba masjid yang terbina itu menjadi saksi atas segala-galanya. Allahuakbar moga moga kita semua terus istiqomah dalam mengimarahkan rumah-rumah Allah. Subhanallah.

Dua minggu sebelum aku ke Tanah Suci Mekah, Masjid sudah mula dibuka untuk masyarakat setempat. Dua minggu selepas aku pulang dari Tanah Suci Mekah berlangsung majlis pembukaan masjid ini. Aku mula menghantar pesanan kepada para sahabatku. Bila kukhabarkan dan mengajak mereka datang ke rumahku ada buat makan makan ramai yang response. Tetapi bila kunyatakan bahawa sebenarnya pembukaan masjid ditempatku maka ramai yang tidak dapat hadir.

Walaubagaimanapun mahu menilai sahabat yang paling baik buat diri kita adalah sahabat yang selalu bersama kita ketika di masjid atau dimajlis majlis ilmu...subhanallah.







Sebelum ke masjid, aku sediakan high tea di rumah sebagai meraikan sahabat sahabat tersayang...

Mereka adalah sahabat dunia akhirat yang paling aku sayangi...

Menu hari itu, Puding Roti bersos Krim Vanila, Aiskrim dengan Homemade jelly



Makan sebagai alas perut sebelum ke masjid...
























Para jemaah yang hadir









Makanan enak yang disediakan....








Indah Dan Bercahaya






Alhamdulillah moga-moga bertambah erat hubungan kami.....