Monday, October 15, 2012

Badan Sihat, Kulit Halus Dan Anjal Tanpa Selulit Dengan TOUJOURS SKIN


Assalamualaikum


Bila usia melepasi 40-an , (saya ler tewww) adakah anda sudah bersedia menghadapi. Kulit semakin jatuh dan mengendur. Keanjalan semakin kurang. Sendi-sendi tulang keletak keletuk bergesel bila bergerak.Ketika usia ini segala penyakit mula bertandang.  Namakan..kanser, jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang.

Kenalah terima hakikat bahawa tua itu pasti...tua adalah penyakit...siapa yang dapat meyangkal itu adalah hukum alam. Namun Allah bagi manusia akal untuk berfikir. Allah bagi manusia menerokai sains dan keajaiban alam yang boleh menyembuhkan penyakit dan mencari sumber sumber menyembuhkan penyakit. 

 Apabila kita malas dan ambil lewa untuk jaga kesihatan bukan kita sahaja yang susah malah menyusahkan keluarga yang terpaksa menjaga kita. Terpaksa mengeluarkan belanja membiayai kita sebagai pesakit.

Sebenarnya hanya satu perkara  yang membuat kita sentiasa nampak muda iaitu selalu terapkan sifat POSITIF dalam diri dan sebolehnya buangkan sifat NEGATIF dalam diri sekiranya ia melanda. Itu adalah petua sebenar  kita lambat dimamah usia.

Sifat-sifat POSITIF yang harus sentiasa ada dalam diri :-

1. Rajin
2. Tidak kedekut
3. Tidak sombong dan selalu merendah diri
4. Sentiasa terap sifat untuk majukan diri.
5. Bersangka baik
6. Pandai tangani tekanan (ambil mudah perkara yang menekan)
7. Ikhlas dan jujur
8. Pemaaf dan memohon maaf
9. Cermin diri
10.Berilmu
11.Tidak ego
12. Tidak gemar merungut
13.Sentiasa menghargai
13.Selalu berterima kasih
14. Tidak hipokrit
15 Tidak memandang buruk pada keburukan
16. Bergaul tanpa mengira kedudukan
17. Ada sifat bersaing
18. Tidak suka menjatuhkan orang lain
19. Selalu ambil yang positif 
20. Jauhkan diri pada aura negatif

Dan banyak lagi.




Kita tidak berupaya untuk menjauhi tua kecuali mati.  Tetapi kita harus berusaha untuk menjadi sihat. Apabila kesihatan kita dalam keadaan terkawal maka secara langsung kita akan merasa sentiasa muda dan cantik.

Berazam untuk sihat dan cantik harus bermula sekarang tanpa mengira berapa usia anda. Ketika hati sudah menginginkan cantik, maka mulakanlah.

Saya mula menjaga kesihatan ketika saya mula melahirkan anak kedua. (Hanis).  Saya ingat lagi ketika beberapa hari selepas bersalin, saya panggil emak bidan urut untuk mengurut saya. Kami berbual bual mengenai banyak perkara. 
Sambil mengurut saya ketika itu saya memberitahu bahawa saya mengagumi kecantikan seorang artis janda yang telah beranak. Namun dibidas oleh mak bidan itu, katanya perempuan cantik macam mana kalau dah bersalin, habislah tak kan cantik lagi. Saya sungguh terasa kerana memang waktu itu badan dan kulit jadi hodoh. Kulit kasar, kendur dan banyak selulit. Perut buncit dan calar calar bekas strechmark kulit pecah pecah akibat mengembang besar ketika mengandung tanpa jagaan tertentu seperti menyapu losyen anti strechmark dan sebagainya. Punggung kendur dan jatuh. Buah dada kendur tidak lagi cantik kerana tidak memakai coli yang betul kerana tidak selesa lantas buah dada jatuh akibat tidak disangga dengan betul.

Memang amat sukar atau tidak mungkin kita mendapatkan kembali tubuh badan seperti sebelum beranak. Waktu itu saya  merasakan yang  perempuan akan lambat  tua dan pasti cantik awet muda hanya perempuan yang tidak pernah melahirkan anak.

Namun walau macam manapun keinginan untuk cantik dan mengembalikan bentuk badan seperti biasa sentiasa terpahat dalam hati . Walaupun ketika itu saya tidak berapa mampu untuk membeli jamu di kedai, saya rajinkan diri  mengamalkan petua petua seperti membuat jamu sendiri. Mencampurkan 7 biji manjakani, 7 helai daun sirih dan kunyit hidup yang direbus dan diminum setiap pagi dan bakinya dibuat cebuk ketika dalam pantang selepas bersalin. Bertangas bertungu, berbengkung walau hasilnya tidaklah memberasangan sekurang kurang saya berusaha untuk dapat mengelak tubuh badan menjadi terlalu geleber dan gemuk. Waktu itu saya terpaksa berpuas hati dan menganggap bahawa saya tidak akan memperolehi badan seperti sebelum kahwin dan beranak. 

Alhamdulillah ketika usia saya melepasi 40-an saya diperkenalkan oleh seorang kawan yang mengamalkan kolagen. Dari pemerhatian saya, saya sungguh mengagumi kehalusan dan kelembutan kulit wajahnya tanpa sebarang mekap walau usianya hampir mencecah 40 tahun ketika itu.

Alhamdulillah keinginan untuk cantik secantik kulit wajah kawan yang memperkenalkan kolagen kepada saya membuat saya terpanggil untuk mencuba kolagen akhirnya selama hampir 3 tahun saya terus melupakan supplement lain. 

3 tahun saya hanya mengambil kolagen yang membuat saya kekal sihat. Alhamdulillah nikmat mana yang mahu kudustakan. Segala sakit, lenguh sendi tulang saya hilang. Rambut saya kekal cantik dan tidak gugur. Kulit seluruh tubuh saya lebih anjal, halus dan muda. Alhamdulillah dalam sebulan saya hanya berbelanja tak sampai rm200 hanya untuk kolagen tanpa supplement lain.

Baru-baru ini ketika usia saya melepasi 40-an setelah saya  melahirkan 7 anak, kulit saya halus dan  peranakan saya yang kemas akibat buncit yang semakin hilang.

Siapa sangka bila saya berusia awal 20-an, saya terasa tukang urut  itu mencemuh bentuk badan saya dan ketika usia saya 40-an tukang urut itu mengagumi bentuk badan dan kulit saya. Dah terbalik kan...... Nikmat mana yang mahuku dustakan. Jadi itulah tips kecantikan yang ingin saya kongsikan di sini.

Sesiapa yang ingin mencuba segala kebaikan serbuk kolagen asli TOUJOURS SKIN sila emel saya di shinarostam@yahoo.com

Di sebabkan ianya adalah asli tanpa bahan campuran maka ianya berkesan dalam waktu yang singkat. Dalam masa sebulan atau kurang, rambut mula tidak gugur, sakit sendi mula berkurangan, wajah sentiasa lembab dan mula nampak anjal dan anda merasa selalu sihat dan sukar mengidap demam atau selsema.

Selama hampir 3 tahun mengamalkannya, selain kulit saya bertambah halus, badan saya langsing dan bertambah cantik dan dapat  berpakaian seperti model. Perut saya semakin hilang buncit. Bagi saya itu mungkin disebabkan setelah mengambil kolagen, setiap kali bangun tidur saya tidak merasa lapar. Kerana tidak merasa begitu lapar saya hanya mengambil sarapan yang  terdiri daripada buah-buahan, jus dan makanan berserat untuk menyihat tubuh badan serta makan makanan berat hanya waktu hidangan tengahri dan tidak lapar waktu makan malam.

Selain daripada itu, penyakit gastrik dan resdung yang teruk pernah saya alami pulih secara tiba-tiba setelah mengamalkan TOUJOURS SKIN serbuk kolagen asli ini. 

Bagi saya kecantikan dan kesihatan itu milik sesiapa sahaja yang rajin dan tidak kedekut.

Insyalah saya selalu mahu kongsikan apa yang terbaik. Kini saya amat gembira bila kulit saya, kesihatan dan  bentuk badan saya lebih baik  berbanding ketika usia saya 20-an.  Alhamdulillah. Syukur saya pada Allah beri nikmat kerana memiliki kulit cantik dan kesihatan yang baik  pada usia ini.

Jika berminat, sila emel shinarostam@yahoo.com untuk keterangan lanjut.





Ini adalah sebahagian daripada feedback yang saya terima. Alhamdulillah, rasanya apa yang saya kongsikan banyak memberi manafaat kepada yang lain. Alhamdulillah.



Saya nk continue order Collagen dr nani...ada stok lg tak?harap2 ada lagi lah stock ye..
Kalau ada nk order lagi dan nk bnk in duit sekali..
Utk pengetahuan Nani..hampir 2 bulan saya minum colagen ni,mmg menampak kan kesan..sakit2 lutut berkurangan.
Lagi satu..bila byk buat kerja dan berjalan dlm rumah..kaki dh tak sakit lg..


assalamualaikum kak nani...
 ima ni.
nk bg feedabck makan collagen tu.
kuli rasa lebih lembut dan licin dan agak cerah sedikit. kulit pun rasa tegang. dh sebulan lebih makan.
mak ima makan pun berkesan jgak. suka sgt dia.
ima slalu follow blog kak nani tu. waalllllaaaaa.... meletop chicken pie kak nani. mcm best jerr...
apa yg alisya ckp tu betul... seronok makan dirumah compare makan di kedai. kekadang makan kt tmpt mcm DOME tu mahal jer lebih tp perut  x kenyang. lebih baik masak sendiri.. tp skali skala nk jgak makan di kedai kaannn?? heheheh...
apa2 pun insyaallah bila dh abis sbotol collagen ni, ima nk beli lg dgn kak nani.  i will call u yea...
thanks kak nani.





Assalam kak nani, salam aidilfitri...

ima ni. dh masuk 3 minggu (beli collagen pd 17/8/2012 kt umah kak
nani). byk perubahan yg dpt di lihat spt rambut dh x gugur, kulit
cerah skit, tegang dan anjal serta licin. smlm mak sy pun pegi beli
collagen kt rumah kak nani dgn kakak ipar saya. saya yg recommend kt
dorg bcoz selama ni dorg makan collagen yg ada di pasaran yg dh
bercampur dgn bahan lain.

kakak sy pun dh blk ke Sudan dengan bekalan 3 botol collagen yg sy
beli tu. pun dia rasa perubahan yg ketara. umur dia dh 48thn.. suka
sgt dia. tp tu la kalau dh abis bekalan 3 botol tu mcmna la dia nk
continue lg. nk pos agak susah, takut x sampai jer. kesian plak.

baru2 ni kt open house rumah abg  sy recommend kakak2 ipar sy utk beli
collagen yg asli dr kak nani. insyaALLAH ada la tu nnti dorg akan
beli.

apa2 pun nk sy akan bg feedback dr masa ke semasa perubahan selepas
makan collagen ni. tunggu abis sebotol ni dulu.

kak nani, actually bila waktu yg sesuai makan collagen ni? sebab sy
amalkan waktu mlm dgn jus tomato dan buah2 lain sebelum tido.








Salam kak nani,

Alhamdulillah..hampir sebulan guna kolagen ni... ada kawan tegur tadi..
dia tnya saya guna apa sebab kulit nampak fair, clear pastu beseri... :)
happy nya saya... alhamdulillah...
kena teruskan guna kolagen ni sampai bila2... 
Terima kasih kak..... =)




salam kak nani..sy btl2 puas hati dgn collagen ni.alhmdulillah, dlm seminggu guna kulit muka jadi lembut n xkering. sy nk beli satu lg utk nxt month punya stok.tp minta pos gn address kwn di perlis.boleh kan?sy tggu kak nani reply msg ni.nti sy bnk in..tqvm!muahmuah..








Setiap pagi saya minum jus buah yang dicampur dengan atu sudu teh kecil sehari sekali serbuk kolagen asli TOUJOURS SKIN. 




Setiap pagi saya enjoy bersarapan buah oren atau epal, roti wholemeal dan minum kopi atau teh.































Kulit yang halus dan anjal penting untuk anda tampil kelihatan muda dengan palitan solekan di wajah.











Dengan mengamalkan TOUJOURS SKIN serbuk asli kolagen, kulit jadi awet muda dan tampil halus serta segar setiap masa.


Segala keterangan lanjut mengenai TOUJOURS SKIN sila emel shinarostam@yahoo.com


Sekian terima kasih.

47 comments:

Irfa said...

saya dah jumpa seseorang yg ambil kolagen dgn kak nani.dan saya perasan kulit dia pun cantik mcm akak juga.wpun saya tak penah jumpa kak nani face to face ;)

inibelogmamarayyan said...

chantek la kak nani ni.

Puan Eka said...

auntie cantik sangat..

Suka..

:)

lipstick merah memang seswai gitu

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

MasyaAllah, kagum nya saya dengan kerajian akak ni. Akak, saya memang plan nak beli collagen ni dengan akak, suami saya baru semalama tanya lagi "Bila lagi nak makan collagen?" wah-wah, kalau suami dah bagi warning tu, maka nya harus ku membeli!

Usia saya baru masuk 30 an tapi saya dah risau itu ini. Saya memang takut masuk usia 30 an kak. Rasa kalau boleh nak 29 tahun jer. Tapi bila fikir balik kalau usia kita 28 ker, 29 ker, 30 ker kalau kita tak jaga kulit dan kesihatan, kita akan nampak macam 50 an juga. Okay, nanti saya contact akak tau :)

aizeepesona said...

wooooww !

diantara koleksi gambar2 yang terbaek dari kak nani.

paling suke gambar kak nani yang pakai handbag warna ijau tu...sgt trendy u..!kalau orang dulu2 umur 40an dah pakai sanggol mak enon..hehee

tp kak nani mmg sgt mengikuti trend terkini. syabas !

* gambar yang last skali tu...rase nak cakap jer..."GOOD NITE KAK NANI...SWEET DREAMS.."..

aizeepesona said...

Yun bila ko nak order kolagen akak ??

ngee...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kak Nani..
Entry ini sgt memberi inspirasi kpd saya!. Thanks for the tips.




Sue Sumie said...

Nak jugakkkk....

Azie Romzy said...

seronok baca entri akak neh...sya pun sedang berusaha untuk terus menjaga kecantikan agar sentiasa muda macam akak...

Ainul Mustafa said...

cantiknyer akak.saya skrg mkn shaklee je.

http://jalanabadi172784.blogspot.com/2012/10/promotion-october-energizing-soy.html

Si Matatajam said...

Tq for sharing all the tips..Wah Cantiknya Auntie..M nak gak la...nnt M email yek..

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Ratna cuci rupaparas dengan sebuku sabun keras maka itu kulitku terus mengering! seringkali dimarahi oleh Elisa katanya lagi nanti Maman akan bertambah tuek dan kulit lagi menjadi kasar kesat mengerepot... ya ampun... Ratna tidak reti membelai manja itu kulit rupaparas.. Ratna bertindak SOS pabila kerepotnya begitu ketara... itu pun setakat sekadar sahaja, setelah membaca dengan telitinya penerangan darinya Nani yang dihiasi dengan gambaran photos yang cantik jelita terus berbisik dianak hati " ya ampun... gimana ya, iya Nani sedari sudah cantik jelita yang bertaraf semulajadi makanya pabila sudah didandan rias bertambah naik seri cantiknya ..." akan tetapi diri Ratna? Nani ngerti apa maksudnya Ratna ya...

Gimana pun, terimakasih dengan kata-kata bertaraf petua yang penuh dengan penerangan yang terang benderang...

Sampai nanti... akan Ratna dring drong Nani dimasa yang terdekat.

Hudalatip said...

Cantiknya kak nani...Saya teruja jugak nak makan kolagen ni, cuma satu soalan, orang pregnant boleh makan tak kak? Harap akak dapat jawaba yea, tq.

Parin's wife said...

nak tanya brp harganya?

Unknown said...

salam perkenalan kak nani..azma baru je belajar2 menulis blog ..nak tau kak nanilah sumber inspirasi azma untuk menulis blog...dah.. mana taknya hari2 baca blog kak nani...suka deko rumah kak nani pas tu bersemangat nak deco rumah sendiri tq kak nani sumber inspirasiku....

Deceptive said...

salute kat kak nani ! tak ramai yg berusia almost 50 mampu mengekalkan kulit yg cantik, anjal & halus.

keep up the good work...ewah !

nanti kalau stok kolagen saya dah habis semuanya, saya akan order kolagen kak nani pulak ye...

ayunidati said...

wah nampak muda tau kak...
idola saya la ni.... cantik... macam sebaya pulak dengan anak2...

mshazadoes said...

cntik tgk kulit kak ani..nmpk sihat dr dlm..baru dya tahu de jus tomato kak ani..rasa nak cube plak..kak ani pm dya hrge colagen tu iyer..

mamasuri said...

oh cantiknyer akak..
terpesona sy tau...insyaallah nnti sy email akak yek

Akak Kembang said...

akak mmg cun...umur brp digalakkan makan collagen ni?

Ztee_Azwanis said...

ye kak nani. zte stuju. makan collagen dust ni, bukan saja cntikkan kulit, jdkan wajah berseri2 tp blh jd slim jgk tauuu.. ramai yg tegur zte, pdhal zte tkde diet berat2 pun... zte rasa kesan dr collagen dust ni jgk lah.. zte yakin...

kak nani, baru2 ni zte disahkan pregnant.. tp takde rezeki allah lebih sygkan baby tu... zte bru 6 weeks masa miscarriage tu... ni bru je recover... hmmm.. nk smbung balik collagen dust.. tp actually kan kak nani, kalau preggy kite blh continue je ke CD ? ada effect kat baby tk ?


anyway, zte nk order 3 botol.. ada stok tk kak nani ? nti zte singgah amek kt rmh mcm biasa ye :)


salam sayang...
muah

NaniRostam said...

Assalamualaikum,

Zila kolagen tidak boleh diambil oleh orang mengandung.

Lepas bersalin baru lah jaga badan and makan kollagen.


Umur 7 tahun ke atas sudah boleh mengambil kolagen.

Untuk info lanjut boleh emel kak nani shinarostam@yahoo.com

Tq dear.

Salam sayang.

fadyxc said...

woah. nanti bila ada rezeki nak beli utk mak, and for me! :D

yandin said...

salam..suka baca entry kak nani..sumber inspirasi ..thnx u..

yandin said...

salam..suka baca entry kak nani..sumber inspirasi ..thnx u..

mamasyahidahlovepink said...

auntie, kita da lame follow blog auntie..suke tgok auntie punye skin, auntie da la pandai masak, pandai mekap,sentiasa berfikiran positif.salutela kt auntie!

WH said...

auntie nani memang nampak muda n cantik! *ok rasa mcm x sesuai panggil auntie. panggil kakak baru rasa sesuai!

momnsofea said...

Salam,Kak nani Byk mengajar sy how to be good mom n wife ...sy ni anak baru 4 dh kelam kabut..love your blog lot of info..

shyie said...

nak sgt2 Collagen dust tu tp dkt kedai2 or drug stores takde ke???

shyie said...

saya nak sgt beli collagen dust tu.. tp dkt drug stores or mana2 kedai takde jual je??

{ finieViolet} said...

mmglah cantek Pn. Nani nie.. sukaaaaa sgt tgk..

ada gak makan kolagen brand lain.. kesan pun superb tapi manusia manalah yang puas..lepas ni nk try Collagen Dust pulak.. janji lawaaaaa...yg pen ting awet mudaaa mcm ahkak sorang niaaa...:)

zelynda said...

kak nani. kawan saya nak order lg tapi dia sms akak x rply. saya dgn kawn saya 1st time order bulan 6. so plan nk order lg. tp bila akak x rply sms. sedih jugak.

zelynda said...

kawan saya sms nak repeat order tapi akak x reply. sedih kami. saya silent reader akak. sy yg suggest kat dia collagen yg akak guna ni. saya dgn dia 1st time order bulan 6. huhuhu..

zelynda said...

kak nani. kawan saya nak order lg tapi dia sms akak x rply. saya dgn kawn saya 1st time order bulan 6. so plan nk order lg. tp bila akak x rply sms. sedih jugak.

NaniRostam said...

Salam dear...minta maaf kalau tak terreply sms. Kalau nak info lengkap boleh emel shinarostam@yahoo.com

Kalau emel lebih mudah nak explain kalau sms tak dapat nak panjang lebar...tengah tengah taip ada line masuk terus terlupa.

Harap boleh emel kerana kalau emel insyallah akan segera dibalas.

Thank you dear.

Wasalam.

Unknown said...

Kak nani ada terima email dari kasihnuruliman@gmail.com

Unknown said...

Muke aunty nampak lain klu x makeup, nampak mcm biase je, xdelah tgg, X muda pon. Mcm makcik2 yg len. Just sbb makeup je nampak sket je seri. Aunty patot jual cosmetics, bkn collagen. Hehe.

PINATBATE said...

kak Nani saya nak order..
Insyaallah lps saya masukkan RMnya saya email kak Nani.

Unknown said...

asallamuailaikum kak ani saya ni blogger yg baru jgklah mnceburkan diri boleh tk tgk blog saya and bagi komen atau nasihat on how to be one successful blogger like you and hanis

NaniRostam said...

Linda Tasha...

Teringinnya saya nak tengok muka orang yang komen ni....

yaneebakar said...

salam perkenalan.
Puan bila dengan anak2 macam adik beradik. macam kakak n adik bukan ibu n anak. sweet sangat...

Unknown said...

berbalikla kita kepada asas ...sesungguhnya puji-pujian hanya untuk Allah...yang menjadikan kejadian-kejadian cantik dan menawan dimata manusia seperti kita...syukur Alhamdulillah..bagaimana nk tnjuk kita bersyukur? Patuhla perintah Allah dan ikutilah sunah Rasulullah dalam melayari kehidupan...

.: Si BungaKopi : . said...

seriously, puan nampak muda berbanding usia. nmpak lg muda drp kakak sulung sy yg berusia 44 tahun..
sy yg 24 thun ni pun nampak mcm 30 an org kata..sedih tol

Anonymous said...

kalo tabur serbuk kolagen dlm susu ok tak? Atau air tertentu aje? agak2 rambut yg dah botak licin mcm padang golf leh tumbuh rambut blk x? Hehehe....

juliana said...

Kalau ibu menyusu baby leh consume ke kak?berminat nak beli...:)

Unknown said...

kolagen untuk awet muda..kena jaga badan la mcm ni

Anonymous said...

akak sangat cantik...