Assalamualaikum,
Kalau ikutkan diri saya, saya harus 24 jam berada di rumah agar sentiasa boleh online dan membalas semua emel.
Tiba tiba tengahari tu, Hanis beriya iya mempelawa saya untuk menemaninya ke satu event Petronas. Saya katakan padanya sorry mama banyak kerja. Terlalu banyak. Mama tak leh pergi mana mana.
"Ma, nanti mama menyesal tak ikut. Pastu saya bertanya event apa, kemudian Hanis memberitahu event tu ada Scha ada Awal. Ok tak pa..mama tak nak pergi. Ada Faizal Ismail ma, Hanis beriya-iya mengajak tanpa putus asa.
Saya masih enggan. Tak pa mama tak boleh.. mama banyak emel nak kena balas ni...
Mama, mama kena pergi temankan Hanis, jugak.
Setelah dirayu rayu di paksa paksa akhirnya saya terpaksa mengalah dan mengupah Imran membalas emel saya dengan bayaran balas satu emel 20 sen.
Kami pergi ke event Petronas di Delicious Jalan Tun Razak.
Bila balik dari event tu..saya rasa lega kerana emel saya lebih separuh dapat dibalas oleh Imran. Kemudin saya bertanya Im dah kira berapa mama kena bayar gaji Im. Imran jawab rm75.
Walah memang sebenarnya saya tak boleh pergi mana-mana kerana kerja saya adalah membalas emel dan menulis blog dengan beberapa assignment blog yang meruntun jiwa jika tak dapat disiapkan mengikut deadline yang disediakan.
Makan makan yang disediakan memang best giler. Tu yang saya terpaksa buncitkan perut. Walah makan makan free ni insyallah tak akan saya bazirkan. Orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Buncit pun buncitlah.
Sebenarnya, petang tu ada cerita antara saya dan Faizal Ismail...tetapi macam tak boleh nak ber cerita kat sini...justeru tak semua cerita boleh kita kongsikan diblog...nanti jadi KONTROBESI..pulak.
Hanis bersama para penyokongnya yang mengundinya....
Terseksa saya menahan gelak dek usikan faizal ismail yang buat saya tak kering gusi dengan celotehnya....
1 comment:
scha pun nmpk mcm terpaksa dtg hahaha
Post a Comment