Assalamualaikum
Alhamdulillah..aidil adha kali ini meriah dan rasa bahagia sangat. Kawan-kawan baik yang jauh beribu batu yang begitu terasa kuat kasih sayang dan prihatinnya, Kawan kawan rapat yang berada di sekeliling yang begitu menyayangi dan selalu merindui saya. Giler apa kami setiap hari kalau boleh nak berjumpa dan tak leh nak tunggu kalau berhari hari tak berjumpa. Dan uolls semua yang tak jemu-jemu menjenguk blog saya ini.
Dan yang paling bererti haruslah tak lama lagi saya akan bergelar nenek. Rasanya kalau panggilan makcik pun dirasakan panggilan untuk orang tua tua apatah lagi panggilan nenek. Kalau panggil nenek harus saya wujudkan wajah nenek kebayan dihadapan cucu saya nanti. Tetapi disebabkan nak nampak tak tua sangat, ada setengah lebih rela dengan panggilan nenni. Uiks macam nama saya pulak.
Liana pula cadangkan anaknya nanti panggil saya ninda...walah Liana pun nak panggilan nenek untuk saya panggilan yang vogue...
Tetapi tetiba Alisya datang kat saya dan bertanya"mama nanti anak kekna panggil mama Opah tau!". Hah!! saya sedikit terkejut dan terkebil kebil bijik mata memikirkan panggilan Opah untuk saya. Kemudian saya jawab oh iye ke...wah Alisya pun dah jadi makcik ni..Makcik ALisya!".
"Ish mana boleh itu adik Alisya, kenalah panggil Kak Alisya.....kan Alisya selama ni nak adik..!
Oklah Alisya mama pun rasa panggilan Opah tu tak relevant dengan darah keturunan mama sebab mama orang jawa asli. Mak jawa bapak pun jawa. Nyai jawa Ya-i pun jawa. Makanya biarlah nanti insyallah anak kekna akan panggil mama NYAI. Akan panggil cik mimah, nyai mima, panggil cik midah, nyai midah dan panggil cik peah nyai peah. Baru betul. Kalau tetiba anak kekna panggil cik mimah opah mimah, cik mimah pun akan terkebil kebil janggal pulak sebab seumur hidup dia cuma dengar perkataan opah hanya dari dalam drama minggu ini di RTM bertajuk OPAH 30 tahun yang lepas.
Dan di sebabkan kekna anak sulong maka tak da sorang pun adik kekna akan dapat pamggilan WAK. Bak kata daddy apa wak-wak burung wak-wak ke! waktu mama panggil semua pakcik makcik mama dengan panggilan wak kerana mak mama adalah anak bongsu.
Yang bagusnya anak kekna akan panggil adik beradik Alisya dengan panggilan Cik. 'Cik Alisya, cik Hafiz, cik Hanis, Cik Khairi, Cik Imran. Khenzzz
Happy menjadi mak sedara ya Alisya....pasti Alisya lebih menyayangi anak saudara berbanding kalau punya adik sendiri yang Alisya inginkan selama ini. Pasti daddy lebih menyayangi cucunya berbanding daddy menyayangi anak sendiri.
Yang penting mama dapat gelaran baru iaitu Nyai. Tetiba tak sabar nak jadi nyai. Nikmat mana yang mahu kudustakan.
Oh ya...raya gaji kali ni saya nak berkongsi resepi brownies buatan Hafiiz yang mendapat pujian semua tetamu yang ngap-ngap dap hmm dap hmm.....
The Yummy Brownies
Butter 1 bar (250gm)
Cooking chocolat 450gm
Tepung gandum 2 cawan
Cocoa powder 1 cawan
Telur 3 biji
Gula pasir 11/2 cawan
Baking powder 1/2 sudu teh
Esen Vanila 1 sudu teh
Sedikit garam.
Cara-caranya.....
Sediakan loyang 9 inci.Sapu butter dan bubuhkan kertas minyak.
Panas butter dan cooking chocolate dalam periuk sehingga cair dan sebati. (Sepatutnya kena buat double boil) tetapi Hafiiz buat direct atas api. Kemudian angkat.
Masukkan gula dan kacau dengan senduk sehingga sebati. Setelah suam suam kuku masukkan
telur sebiji demi sebiji dengan pemutar eletrik. Masukkan esen vanila dan garam.
Akhir masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi. Kacau rata. Masukkan kekacang seperti walnut, badam dan kacang pecan yang telah dicincang banyaknya mengikut kesukaan.
Masukkan dalam loyang dan bakar dengan suhu 150 darjah sampai masak dengan mencucuk menggunakan lidi sate. Sekiranya sudu sate bersih brmakna brownies anda telah masak.
Sejukkan, potong dan hidang. Boleh dimakan dengan karamel butter atau aiskrim.
Tak ramai yang saya ajak. Kecuali yang memang selalu keep in touch. Zee, Anje, Sherryn. They are my best frenz. Datin Nora Shamsuddin (tak da dalam gambar) adalah kawan baru saya. Zafran adaah kawan Hanis (tak da dalam gambar) (merangkap jiran di Bukit Jelutong) Hanis cakap mentang mentang dah beli rumah baru di Bukit Jelutong kalau boleh setiap hari nak ajak Hanis gi bekpes sama-sama, Ummi dan Faizal pengarah drama yang sedang meningkat naik dan adik beradik saya.
Hanis dan frenzz....Ummi dan hasbennya Faizal, adik Faizal serta anak lelakinya....
Anje, anak Anje, Nana dan Iskandar serta Zee Sinclair
Empat sekawan....
Empat sekawan nyah...we are best frenzzz.
Sherynn dan anaknya Amanda.....
Anak Ummi..ethan...pandai heret bantal cari tempat landing...
Baik punya landing....
Bakal ibu ......dan bakal bapa...tahniah!!! uolls.
Sapa kata saya kisah sangat dipanggil aunty...Faizal yang berumur 40 tahun ni pun panggil saya aunty sebab semua orang itu adalah kawan Hanis walau sebaya saya harus panggil Aunty. Makcik sudey.....
Hehe tara kuca tara kucaca...kami bergebang dari tenghari sampai ke malam...walah....
Ala takkan dalam rumah jer...jom jom kat luar...beza umur antara kami adalah jarak sepuluh tahun (lebih dan kurang ya...) Tapi antara kami panggil nama sahaja...no kakak-kakak or adik adik or makcik makcik......Sherynn 28, Anje 38, nani 48, Zee 58. Sherryn, baru 28 tahun, disebabkan dia kawan saya kawan Hanis panggil dia Aunty...ko mampu....
Anjelina yang mengayakan busana muslimah...sherynn tersilap panggil dia musalmah!!
Sherynnn...lentik hang nyah...jangan dok gegar pintu gerbang tuh...
Posing maut kau nyah...ko mampu...
Sofi anak saudara saya....
Kakak saya..kak mimah
Hidayah anak saudara saya..
Hakim pun anak saudara
Midah adik saya....
Nana adik bongsu saya...Nur Umairah yang tak berapa sihat
Amirul anak saudara saya....
30 comments:
Salam Aidil Adha...Tahniah untuk Liana dan suami. Dan untuk Kak Nani juga.. "Nyai Vogue"... (*___^)
Nampak ada Jaguhbi dengan Keknis
nak juga Jaguhbi menyelit...
huhu
best nya makan2 raya akak. semua makanan sungguh menyelerakan :)
Tahniah untuk Kekna. Moga Kak Nani dikurniakan cucu yang secomel teman. Peace!!
selamat hari raya aidil adha....
susah jugak kalau kita punya circle of friends ni luas sgt kan,lain-lain umur haa bantai akak,aunty,nenek,onyang balunnnn
Salam Ratuku Nani,
ketika waktu ini semasa menulis ayatan... salji buat pertama kalinya sedang tengah turun melayang-layang lembut tampak begitu indah suasana disini...
Ratna&sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji&Qurban buat Nani seisi keluarga, Alhamdulillah... dengan khabar berita yang indah ini...sampaikan ucapan sejambak tahniah buatnya Liana&suaminya yang bakal menimang kelahiran anak pertama... dan tidak lama lagi Nani akan bergelaran Nyai, gimana rasa perasaan Nani?
Meriah sekali gambaran sambutan raya dirumah Nani yang penuh dikelilingi oleh adik- beradik semua juga kawan-kawan rapat, bersamping dengan makan berhidang yang menambat selera...
Salam manis semanis madu.
salam aidil adha tok k.nani n family..congratz to liana..mommy to be :)
Meriahnya raya..juadah pun best2 belaka...Salam Aidil Adha...
wah..bestnya.. meriahnya raya...hehehe
Waaahh... banyaknya hidangan, walaupun aidiladha tapi terpancar kemeriahan dan kegembiraannya.
Salam Aidiladha, kak Nani! Tahniah nak jadi Nyai dah tak lama lagi, alhamdulillah!
Baru saya tau tentang panggilan2 pangkat nama dalam keluarga keturunan Jawa ni. Dah bertambah dah pengetahuan am saya, terima kasih :)
untie, blh share xresepi nasi dgn kambing beriani tu? =)
salam kak nani...tahniah juga buat bakal ayah n ibu...juga bakal nyai nani...pertma kali fiza dengar perkataan nyai ni....he he he
cooking coklat n butter tu panaskan direct atas api atau kene doubke boil?
tahniah auntie..
nak jadi nyai dah..
hehehehe
Salam.
Kk Nani, saya suka baca blog Kk Nani, slama ni datg senyap2 jer, saya malu nak berkomen, :)
saya dari Indonesia, saya suka baca blog Kk Nani, menginspirasi,
Anak Kk Nani, Hanis cantik sangat, dah cantik smart dan bertalenta.
Salam Kak Nani sayang,
Wahhh meriahnya Hari Raya Aidiladha Kak Nani sekeluarga. Dengan Imran dan Hafiiz buat cupcakes & brownies. Untungnya akak dapat anak-anak yang pandai masak. Congratulations kat Liana dan Boiri. Alhamdulillah rezeki mereka awal, hari tu baca blog Liana dia cakap nak honeymoon 1 tahun sebelum ada baby, hehehe..oklah tu, lagi 2 bulan ulang tahun perkahwinan, baby dalam perut pun nak celebrate sama-sama.
Cantiknya Kak Nani dengan baju kurung warna purple, suka saya tengok! Alhamdulillah 4 BFF's bertemu di hari raya, kecoh! hangat! hehehe....
salam..tahniah dah nk dapat cucu
nampak ade tat nenas ... terliur pulak. Kak nani buat sendiri ke?
jeles nyee tengok untie...cantik laaa..uwaa..nak cantik jugee...
SALAM APA KHBR..LAWA PIC ITU..SILA LAH DTG KE BLOG SY..HTTP://AJAX85.BLOGSPOT.COM
Assalamualaikum ,
nanny = babysitter.
terlalu kerap malaysian menggunakan istilah nanny utk nenek / opah / grandmother.
even ada yg menggunakan grandnanny.
malah bermati-matian menegakkan bahawa itu adalah bahasa yg sebenarnya untuk memanggil ibu sendiri sebagai ganti diri kepada cucunya.
mungkin memang layak pada pandangan mata mereka memanggil ibu sendiri sebagai nanny= babysitter=bibik=maid.
harap jgn digunakan lagi.
just my 2 cents opinion
sangatt meriaaahhhh!!!! sangat jelessss....lovely cattt and family you have there :)
Tahniah..kerap baca blog puan..tat nenas tu mengancam..
seronoknye.. meriah! suke tgk famili kak nani.. mak ayah anak2 sume cantik n hensem. pastu anak2 bijak..hopefully saya akan merasa situasi begini satu hari nanti.. dan lagi besttt sbb k.nani pandai masak! beruntung suami n anak2.... btw, bole tak k,nani cite masa anak2 kecik2 dalam umur 4-5tahun tu, dorang mmg enjoy makan masakan k.nani yg pelbagai tu ke... sbb sometimes sy masak jugak macam2, pizza la ape la.. tp anak2 kurang enjoy. diorg suke tgk cantikkkk makanan tu tp tak makan pon. so saye je la makan sorang2...
As salam
selamat berkenalan
sya pon jawa gak..
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
aunty panggil saya???hehehe musalmah!!
Tahniah Kak Nani. Nyai yang awet muda!
Post a Comment