Assalamualaikum,
9 hb sepuluh besday Hanis. Walawei besday Hafiiz bulan September, belum sempat cari hadiah dah besday Hanis pulak. Besday Hafiiz hari tu cuma dapat bawak gi karoks satu family. Lusa besday Alisya pulak...tak tau nak bawak family makan kat mana and bagi hadiah apa.
Hai inilah kerenah bila anak ramai...macam belum lega bernafas dah datang besday anak lagi satu silih berganti.
Part bagi hadiah memang leceh sket sebab saya part part nak bagi hadiah agak cerewet. Bukan apa, rasa kecewa bila hadiah yang kita beri tak menepati citarasa...sudahnya tak berusik.
Kalau part part bawak dorang makan memang seronok. Waktu nilah dapat makan ramai -ramai satu keluarga. Saya memang tak berkira part part belanja anak makan. Malah rasa bahagia sangat dapat menggembirakan hati anak anak dengan acara makan makan.
Ok pening jugak fikir nak belanja Hanis makan kat mana, sebab kebanyakan tempat makan dia dah pernah pergi. Last last malam tadi kami tersinggah di Rennaisance Hotel. So landinglah kat The Temptation Coffee House untuk makan buffet.
Dalam pada tu sempat kiddnap Nur Umairah....dulu nama dia Nur Qistina Balqis, tapi disebabkan makna nama dia adalah nama keluarga Jin maka kami anak beranak mengambil kata sepakat menukarkannya ke pada Nur Umairah. Alhamdulillah berkat nama yang indah, Nur Umairah banyak berubah. Kalau dulu dia sering bercakap dengan 'kawan'nya di alam ghaib (memang amat ketara dari segi perbualan dengan 'kawannya' itu secara 2 way conversation. Memang menyeramkan terutama waktu malam.
Pernah satu malam Alisya tidur berdua dengannya. Tiba tiba dia bercakap bersambut sambut seperti bersembang dengan 'kawan'. Lalu Alisya bertanya, Qis cakap dengan sapa?. Dengan kawanlah jawabnya. Kat sini mana ada kawan Qis. Lalu dia menjawab 'tu!! sambil menunjukkan arah sudut bilik tidur lalu Alisya terus menarik selimut berselubung ketakutan. Pernah juga sekali Liana bawa kereta bersama Umairah dan mendengar perbualan dia dengan 'kawannya' dalam itonasi yang menyeramkan.
Sekarang bila kita tanya kawan Umairah mana? Dia jawab Umairah sekarang dah tak da kawan. Kawan kat sekolah adalah. Perangai dia yang terlalu berani dan nakal pun semakin berkurangan. ALhamdulillah.
Semalam singgah rumah adik dan minta permission dia bawa Umairah prgi makan kat hotel.
Bukan main suka dia.
Nur Umairah cuma makan kek coklat dan buah/mashmallow celup coklat ....
Yummy sedap brokoli goreng ni..
Egg Tart..dapat idea di sini ya....
Lobster. Dan udang....tak termakan pun...perut dah kenyang sangat...
Oyster perah lemon...cuma makan satu sebab dah kenyang....
Happy Birthday my lovely daughter....semuga hidup mendapat rahmat dan keberkatan Allah s.w.t sentiasa. Murah rezeki, panjang umur dipertemukan jodoh yang baik dan sesuai.
\
Dah dapat idea...nenas hiris masak dalam air gula campur dengan buah pelaga...sedappp
Alisya dan kegemarannya......
Nurumairah yang peramah..sempat berkenalan dan berkawan......budak cina ni panggil dia Umirah...
24 comments:
Salam Kak Nani....
betul ker nama Balqis tue mmg tak baik? anak ke 2 saya nama nyer Mya Elfira Balqis... mmg saya dapat rasakan yang anak ke dua saya sgt "lain mcm"... ganas.. & tak makan saman walaupun baru berusia 1 tahun... saya rasa saya pun nak cuba tukar nama jugak lah...
ye ke name ni xelok...mohon penjelasan dari kak nani...
salam dear...
Mengikut makna nama nama Islam, Balqis adalah nama Ratu Jin. Begitu juga nama Qistina.
Sekiranya kita menamakan anak-anak dengan nama nama jin maka anak-anak kita akan sering dan mudah didampingi oleh jin.
Al kisah. Ratu Saba' yang bernama Balqis atau Puteri Balqis. Ayahnya adalah Shurahil dan ibunya bernama Rayhanah bt As-Sakn daripada bangsa Jin dan bukan manusia. mempunyai anak perempuan bernama Talqamah (Balqamah). Puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Salasialh keturunan dari pernikahan mereka pada zaman sekarang adalah Bugis, Banjar, Minangkabau, Daeng, Megat.
Anak anak yang diberi nama Balqis biasanya nakal yang bukan biasa, degil, keras hati serta seperti berada di dunianya sendiri.
Kalau tak berapa pasti dan ingin tahu lebih lanjut boleh goggle ustaz ustaz yang bagi ceramah tentang jin.
Pernah dengar jugak nak balkis ni tak elok.. Kawan husband anak nama balkis, selalu sakit n demam time kecik2 dulu... Org cakap makna tu berat n tak sesuai...
kak nanie..ni ke budak yang masa kecilnya chubby tu? yang hanis suka usik panggil demuk tu?
Salam nenek penne, bukan, yang itu arissa anak orang lain saya jadi baby sitter dia.
Yang ni anak sedara saya. anak adik saya.
Selamat hari lahir juga...moga Allah swt permuddahkan segala urusan hari ini dan hari2 yang mendatang....
nama ank sy nur aesha balqees...speeling lari ckit tp sebutan ttp sm...ciri2 degil n suka berkhayal...baru 1st tym dgr psl ni...sedih nya...
Thanks for sharing kak nani psl nama tu ... baru tau tak elok rupanya walaupn sweet sgt nama tu..
P.s tgk gmbr2 dessert tu rasa mcm best sgt coz i hv sweet tooth ... hopefully dpt pergi one fine day
Salam Ratuku Nani,
Sampaikan ucapan sweet Joyeux Anniversaire kepada Hanis yang cantik jelita lagi anggun, semalam tidak sempat mengucapkannya...
Gambaran photos tersebut bikin kan Ratna terkenang semasa bermakan tengah'hari bersamanya Nani dihari pertemuan yang pertama kali itu, tidak sangka boleh berkenal mesra dengannya Nani...
Sabar menanti dengan idea ilham yang akan Nani sempurna kan...
Sampai nanti...
Kak..anak kawan saya pun namanya ada perktaan Balqis. Masa dia mula2 pindah rumah baru, anak dia ni kena kacau dengan 'makhluk lain' yg ada kat umah tu. Asal senja je dia mengamuk, menangis..jenuh jugalah berubat..now dah ok dah. Mak dia pun tak panggil dia nama Balqis dah.
Roommate sy nama Balqish, huhu seram.
Buffet kat sini berapa ringgit aunty?
lovely hanis, sanah helwah, barakallahu fiq :)...kaka nanai nama balqis dan qistina ni ada ustaz sharhan yang buat perubatan alternatif islam bagitahu mmg ramai pesakit yang nama mcm ni ada masalah misteri, ya lah dah nama dia org duk panggil datang la dia, elok tukar kan, mmg ada kes nama berat buat anak sakit sakit, adaik sy pun mcm tu nama zainal abidin, sakit manjang, ada atok alim kat kelantan suruh tukar panggil encik mazlan, alhamdulillah lps tu dia ok, anak kawan nama adam zikri, tukar panggil mansur, alhamdulillah x sakit sakit lps tu..mcm mcm kan :)
desert dia nampak sedap.. terliur mama yg pegnen ni
thanx kak nani sbb selalu bg idea ttg tmpt makanan yg sedap2. Cantik semua gambar2. happy Birthday tu Hanis ye. :)
Salam Kak Nani sayang,
Saya suka cara Kak Nani meraikan birthday anak-anak. Saya setuju, dengan cara bawa makanla yang paling best dan santai. Hadiah ni, kadang tak birthday pun kita boleh beli bila anak-anak nak sesuatu. Kak Nani ni, sambil makan mata dok belek-belek ye idea nak buat menu tu juga, ni yang jeles ni! hahaha....
dulu saya pernah teringin nak letak nama tu pada anak pompuan saya tapi entah kenapa tak menjadi..mesti ada sebabnya :)
seram pulak baca kisah bercakap dgn 'kawan' itu
Lama dah isu pasal nama anak jin nih...rasanya ustaz zaharudin dan ustaz harun din dah bg pencerahan...
boleh baca kat sini...
http://hazeira.blogspot.com/2011/12/isu-nama-anak-jin.html
salam kak..
boleh tak bg resepi ayam goreng berempah..sy search kat posting lama tak de..pls pls..
TQ
bufday hanis sama date nikah saya...so 9/10 tu pun myra baru sambut anibeseri yg ke2..hehe..happy bufday to her..stay gojes bgtau dier yer mama...:)
sedap nye makan-makan bersama keluarga..
salam..saya pon baru tau jugak maksud balqis tu kurang baik...nama saya ummi balqis, mmg sy akui sy seorg yang agak keras hati...mase kecik pon degil dan suke termenung dlm kelas...juga pernah kena sawan dan gagap masa kecik dl..alhamdulillah skrg dh bertambah matang x degil lg, penyakit sawan tu pon tak penah dtg...=)
salam ka nani..salam perkenalan.. bahagia tengok keluarga akak..smoga hingga ke syurga amin,. brkenaan nama balqis dan qistina tu,memang ada pandangan daripada ustaz bahawa nama-nama itu bberkaitan dengan jin,saya pun mula memang la percaya jugak,balqis qistina najwa,kalau balqis and qistina memang sy jumpa ada perangai macam ank saudara saya di yaman nama qistina memang perangai dia ya ampun lah org kata,kecik lagi pun.. kmudian ada dpat pnjelasan dri ustaz harun din mengenai bahawa manusia dan jin tak boleh bersama dan menghasilkan kturunan pun..jadi saya brpegang kedua2 ustaz ada pandangan masing-masing dan mungkin kdg2 kita tak leh nak caya sgt bnda2 cmni,dan mungkin kbtulan,tapi smua tu tak mustahil,kita tak tau kerana Kuasa Allah yang satu,yg penting benda2 ni menguatkan akidah kita bertauhid pada Allah yang maha Esa sahaja..Walluhaallam.. maaf pnjg pulak.. kak nani boleh la mlawat ke blog saya pula..baru brjinak2.. syukran..
Post a Comment