Monday, September 3, 2012

Dayang Dayang






Assalamualaikum....


Cahaya syawal pasti  belum menarik diri. Kesyahduan begitu terasa. Sudah tentunya begitu,  justeru semalam adalah hari raya pertama. Dan hari ini raya kedua. Aku bersiap-siap walau keletihan yang amat ......belum lagi hilang.  Namun masih jua melekat segala rasa teruja untuk berhari raya dikampung halaman.  

Itulah dilema kita dan hari raya. Bila tiba waktu itu lain macam rasa ..Kalau ada sayap pasti tak jadi  persoalan. Masa tu berbagai rasa  boleh tercipta. Rasa seperti alangkah bagusnya kalau belum berkahwin. Boleh sesuka hati memilih nak beraya di mana.  Ada jugak rasa macam alangkah bagusnya kalau raya ada kekasih hati...pasti teruja untuk berkunjung beraya di rumahnya nanti. Kalau baru bertunang mungkin juga begitu..Namun yang paling kurang enak bagi pasangan yang baru berkahwin...semuanya masih baru dan kebanyakan masih perlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri berhari raya di tempat orang. Apapun syawal adalah hari untuk kita bergembira..Jangan sampai ada hati tak mahu meraikannya.


Itulah aku, setiap kali kali keterujaan tetap memuncak bila bahagian bahagian merayakan ditanah tumpah darah sendiri... walau aku sekadar ada  kampung  halaman yang  malangnya tinggal  cuma kampung dan halaman sahaja

sedangkan.........


rumah peninggalan arwah bapak begitu usang terbiar setelah emak tidak lagi mahu mendiaminya sejak 2 tahun lalu untuk mengikuti adik lelakiku yang paling bongsu. 

Kini mungkin sudah ada 'penghuni lain'. Maka kami sekadar singgah itupun tak sampai beberapa minit sudah rasa tak betah. 

Mak ada di rumah waktu siang. Raya pertama kakakku dari singapura kononnya balik kampung untuk menolong mengemas rumah emak. Namun setibanya dia di rumah itu kakak sulong seolah hilang punca. Niat awal yang  datang semata mata mengemas rumah emak tidak dilaksana bila dia sendiri tak tahu mana patut memulai.

Keadaan rumah yang terlalu usang, kotor dan penuh najis cicak dan tikus tak sanggup untuk aku berlama-lama. Aku pun sudah hilang kederat mahu menyingsing lengan membantu mengemas dan membersih rumah usang peninggalan bapak. Keletihan yang amat sangat memerah tenaga mencari rezeki untuk suami dan anak anak,  memasak pelbagai juadah bagi memastikan hidangan istimewa untuk suami dan anak anak serta  tetamu dan adik beradik yang datang berkunjung, mengemas rumah, mengemop lantai, membersih habuk, menyusun atur perabut dan sebagainya ternyata masih memberat dibahu. Sendi sendi tulang belum pulih dari semua tekanan itu.

Aku pun tak faham. Atau memang tak akan dapat faham sampai bila-bila. Mak berkeras hati mahu berhari raya dikampung halaman jugak. Berkali kali memujuknya agar dia menyambut hari raya di rumahku di Shah Alam. Lagipun adik beradikku  menyambut hari raya di rumah ku.

Namun  emak tetap emak. Kadang kadang keras hatinya hanya menyusahkan dirinya sendiri. Siang hari dia mahu berada di rumahnya namun malam hari dia pun tak sanggup. Maka setiap petang dia akan menyuruh anak sepupuku mengambilnya untuk bermalam di rumah mereka yang tinggal agak jauh dari rumah.

Tetapi  kerana tidak mahu emak bersedih dihari raya , aku ajak suami dan anak-anak berangkat menuju ke selatan.Kami menempah bilik hotel. Semua tempahan bilik hotel Liana uruskan. Aku hanya menyediakan ongkosnya sahaja. Mujur Liana amat boleh kuharapkan dan banyak membantu aku meringankan segala tugas.

Raya ke tiga kami berada di Hotel Landmark, Batu Pahat. Tempahan saat akhir itu sahajalah yang ada. Hotel lain banyak yang dah penuh. Agaknya trend masa kini, orang beraya di kampung tetapi banyak yang menginap di hotel. 

Dalam perjalanan menemui emak, ku menelefon rakan sekolah ku , Tumin di Parit Dahlan untuk singgah berhari raya di rumahnya. Alhamdulillah...kami dihidang dengan masakan kampung. Masak lemak pucuk ubi, sambal sotong, sambal udang, ayam masak kicap, sambal belacan tumis dan ikan masin memang sungguh menyelerakan. Anak-anak semua rasa seronok menikmati juadah makan tengahari di rumah tumin. Terima kasih tumin, atas layanan yang diberi...datang KL jangan lupa singgah rumah.


Kemudian aku meneruskan perjalanan menuju ke kampung halaman ku. Setelah puas berhari raya di rumah saudara maraku dikampung, aku meminta diri dengan emak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Aku mohon ampun pada emak. Aku hulur sedikit duit raya buat emak. Aku tahu duit emak banyak dalam bank. Hasil kelapa sawit tanah peninggalan arwah bapa bukan sahaja lebih dari cukup malah boleh buatkan emak sebuah banglo besar di kampung itu jika dia mahu. Namun sebagai seorang yang sudah menjadi ibu, bagi aku tiada yang lebih menggembirakan hati apabila menerima wang pemberian dari seorang anak. Aku hulur juga sedikit duit raya pada sepupuku yang bersusah payah menumpangkan emak aku di rumahnya. Terima kasih, hanya Allah yang dapat membalasnya. Apapun keputusan yang emak buat untuk dirinya, aku akur asalkan hati emak bahagia begitu. 

Malam tu kami pulang tidur di hotel. Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur aku menelefon En Mat Gebu, rakan blogger kesayanganku untuk singgah berhari raya ke rumahnya. (Maaf gambar tiada sebab kamera kehabisan bateri) .Alhamdulillah perjalanan  ke Johor yang diberkati, kami dijamu dengan makanan yang sungguh enak-enak belaka. Asam pedas ikan tenggiri, ayam goreng pandan, sayur kacang buncis dengan suhun, udang rendang tempoyak. Memang mebeles sih.. Alhamdulillah. Terima kasih mat, atas kasih sayang anda. Anak-anak paling gembira dapat makan sedap-sedap di rumah mat. Masih jadi buah mulut mereka tentang layanan baik oleh mat . Siap ada buah tangan sebuah teko lama dan pot creamer untukku. Dapat jugak hadiah raya sebagai ingatan dari sorang kawan yang sungguh bermakna buat ku tahun ni....

Kemudian sampai di Shah Alam satu malam bermalam di rumah, kami meneruskan perjalanan ke utara pulak. Dalam perjalanan pulang dari Kangar , rumah Kak Edah, kakak iparku, kami singgah ke rumah Kak Ne kakak iparku dan Abang Ein abang iparku di Alor Setar. Kemudian kami singgah menjenguk rumah peninggalan arwah bapak dan emak mentuaku yang terbiar kosong dan usang juga. Kami meneruskan perjalanan  ke Pulau Pinang, rumah Cik Udin abang iparku dan kemudian kami menginap di Hotel B-Suite.

Seronok raya kali ni. Alhamdulillah, sirahtulrahim terpaut dimana mana. Yang putus bersambung. Yang retak bercantum. Yang baik bertambah erat.









Menikmati hidangan enak dengan duduk bersila di atas lantai di rumah Tumin rakan sekelasku...ketika berhari raya di Johor

Dulu ketika baru berkahwin, aku selalu baring di depan kabinet antik ini dan merenung memerhati , adore dan  kemudian menyuarakan hasratku kepada arwah ibu mentuaku tentang keinginan hati mahu memilikinya. Setelah arwah bapa mertua meninggal. Rumah ini pun tidak lagi kerap dihuni kerana mak mentua waktu itu tinggal bersama anak-anak perempuannya. Namun setiap kali ada orang menyuarakan hasrat tentang kabinet antik ini pada mak mentuaku, emak mentua pasti berkata kabinet tu aku yang  punya. Walah so sweet.....dua tahun lepas, ibu mertua ku meninggal namun sampai sekarang kami mengenangnya sebagai mother figure yang paling unggul.  Alfatihah untuk kedua mereka yang amat kuhormati dan sayangi. Moga moga roh mereka dimasukkan ke dalam golongan orang orang yang beriman.

Insyallah sekarang aku sedang mencari lori yang kosong dari Alor Setar mahu ke Kuala Lumpur, dapatlah aku membawanya ke mari.

Ruang dapur yang pernah memuatkan meja makan yang panjang yang aku rasa ditempah khas kerana ibu bapa mertuaku mempunyai 17 orang anak dengan satu perkahwinan. Bayangkan bagaimana dia tidak pernah gagal menyediakan hidangan harian yang lengkap untuk anak-anak yang begitu ramai. Pernah arwah ibu mertua memberitahu, bagaimana dia menyediakan nasi goreng yang sama portion di dalam setiap pinggan kemudian barulah dia memanggil anak-anak untuk makan serentak dalam waktu yang sama. Kalau seorang dapat seorang ikan goreng maka semua akan dapat yang sama tidak lebih dan tidak kurang.

Di ruang ini juga, arwah bapa mertua ku duduk di kepala meja menikmati hidangan lengkap yang disediakan oleh arwah ibu mertua setiap hari. Pasti pinggan yang tidak boleh diguna oleh anak-anak, sudu garfu juga kerana seumur hidup arwah bapa mertua tidak makan menggunakan tangan.. Setiap kali makanan harus dihidangkan menggunakan kain sapra di atas meja, mesti ada buah-buah pencuci mulut dan lauk pauk yang lengkap khasiat piramidnya.

Kagum betul aku dengan layanan arwah ibu mertua terhadap bapa mertuaku. Bagai khadam melayan tuannya. Bagai dayang-dayang istana melayan rajanya.

Kini yang tinggal hanya memori dan kenangan. Rumah lama ini telahpun dalam proses dijual. Kalau ada rezeki aku, kabinet antik yang ada di situ berpindah ke rumahku pula. Insyallah.

Di bawah rumah ini terdapat kubur  dikalangan kaum kerabat arwah bapa mertuaku. Kami dikhabarkan bahawa bapa mertuaku adalah kerabat diraja Kedah kerana di dalam surat beranaknya di tulis dengan perkataan diputerakan dan beberapa bukti kukuh seperti geran tanah dan lain lain. Namun arwah bapa mertua menyimpan rahsia itu daripada anak anak dan anak-anaknya yang hanya dapat tahu setelah bapa mertua meninggal dunia.


Dulu di sini anak cucu jadikan ruang bermain.


Malam itu kami sampai di Hotel B Suite.

Liana mengurus semuanya...

Kami yang lain hanya menunggu untuk terjun katil.....hmmm penat seharian berjalan sakan.


Bilik ni kami minta tambahan katil. Hanis dan Alisya tido sekatil. Bila ajak Alisya tido bersamaku, dengan selamba Alisya menjawab...ala biarlah...mama dengan daddy jadi sweet couple....

King size ini untuk Khairi, Imran dan Hafiiz.

Berjalan ke rumah abang iparku, Cik Udin.





















































Kami akhiri lunch di Penang dengan nasi kandar line clear......khabarnya ramai yang cakap tempat ini kotor. Tapi bukan ke kebanyakan  tempat makan  di penang berkeadaan sama. Tu Cendul Penang Road pun...... antara lalu dengan tidak jer....

18 comments:

Puan Eka said...

cantiknya auntie nani....

yang pakai baju biru tu..gojes gitu..dan auntie nampak kurus la...

mesti sayu je hati tngok rumah lama kan..perabot lama tu,cantik pulak...

Yana Halim said...

Selamat Hari Raya kak nani..

saya sedih tiap kali melihat rumah peninggalan nenek tempat saya membesar menjadi usang dan kini menunggu rebah. terasa segala nostalgia dan kenangan seperti cuba dipadam. mmg sedih sangat..

Mooniqueen said...

Wahhh teringin nak rasa LC ni...

Zuraini said...

Kak nani, pernah makan kat Line Clear...tak tau apa yang depa kata sedap sangat..rasanya macam makan kat mamak KL jugak...

mamasuri said...

selamat hari raya kak...adui penang..rindu nak ke sana...

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Meriahnya raya akak, kali ni bertambah anggota keluarga, Boiri. Seronok tengok anak-anak yang dah besar panjang beraya sama. Budak sekarang tak nak beraya ikut mak abah. Konon dah malu sebab dah besar yek dok? hehehe....alhamdulilah seronok tengok akak berkumpul bersama dan beraya bersama :)

Ye lah kak, saya yang baca ni pun rasa letih nya perjalanan raya dari Johor, tidur satu malam kat rumah then bergerak ker Utara. Walau pun letih tapi Raya yang amat bermakna :)

NenetPenne (NP) said...

sweetnya jalan satu family..
kak nanie, selamat hari raya
ur anak2 semua comel2...

Ummi Annur Humaira said...

Salam aidilfitri kak...

happy je tgk family akak happening camni....jalan2 dgn anak2....

satu family cantik2 belaka....

Mat Gebu said...

Terima kasih atas kesudian kak nani sekeluarga singgah ke Sedenak...(cantik almari antik tu...berkenan juga..hmmmm)...

kelipkelipchumel said...

meriahnya raya aunty + famili. bestnya. berjalan reramai satu famili.kompem penat tapi hepi kan.yang penting berbaloi.berhari raya bersama sanak saudara itu yang tidak ternilai.

Hudalatip said...

la raya ketiga akak tido hotel landmark ke? Kalau tau boleh ajak akak singgah ke rumah beraya..

Irfa said...

rumah kalau xde sapa2 duduk mesti epat jd buruk kan?

Anonymous said...

besarnya rumah, teringin jugak duduk rumah kg... tapi seram pulak, cuma teringin sangat :)

~Ati_Hime~ said...

ala..chek nak balik penang jugak! chek rindu nasik kandaq penang..hihi.. :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Ila tak beraya sgt kak nani thn nie. Pakcik meningl rya pertama

Shahrizat said...

ya betul...antara lalu dengan tidak sahaja. saya suka ungkapan ini.

Rosniena said...

Kalau tau sis balik Bp n tido landmark hotel leh ajak singgah ke rumah my mak di kg bintang peserai, ajak si boiri tu sekali

Zharif Azis said...

best nya aunty nani sekeluarga beraya =)