Friday, September 28, 2012

Resepi Chicken Pie Daku Yang Meletopzzzz






Assalamualaikum,


Anak bongsu saya si budak Alisya ni ada satu perangai pelik sket. Budak sekecil itu pun tidak suka makan di luar atau di restoran. Alasannya dia lebih suka kalau pergi satu keluarga konvoi untuk makan di satu satu restoran.

Sedangkan alasan saya pula makan luar sebab tak naklah masak beriya iya sebab yang makannya saya dan dia sahaja. Sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah apabila sesekali  saya malas masak, saya akan mengajaknya pergi makan diluar. Jawapan yang saya terima tetap sama, mama masaklah sup sayur bayam, ayam goreng tepung dengan sambal tutuk.

Tapi hari tu saya rasa dah jemu giler hari hari bantai makan di rumah. Maka saya ajak dia ke Subang Parade untuk tinjau mana mana tempat makan di situ yang best best sambil  itu boleh saya meronda-ronda di parkson subang parade. Tiba-tiba Alisya nampak kaunter jam icewatch. Begitu tertarik atau mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan yang memakainya tiba-tiba dia berbisik di telinga, mak, boleh tak Alisya guna duit Alisya untuk beli jam icewatch nak bagi hadiah besday abang Hafiiz and nak beli jugak satu untuk Alisya.

Saya senang jer, terpulang pada Alisya, duit Alisya kannn. Almaklumlah Alisya kan dah dapat income sendiri. Alhamdulillah sejak jadi pengacara, pelakon iklan, guna suara untuk watak animasi maka adalah  hasil penat lelah dia...yang boleh buat dia happy. Tambah lagi dia memang sayang dan rapat sangat dengan  abang abang dan kakak kakak dia. Itu yang bila keluar tanpa satu keluarga bersama dia langsung tak enjoy.

Dari situ, kami terus men cari cari tempat makan, akhirnya ternampak sign board DOME dan terus singgah duduk dan order makan. Saya order Chicken Pie dan Minuman Strawberry syer berdua sebab takut Alisya tak habis makan. Bila datang bil berjumlah dekat rm50 dengan makan yang portion tidak berapa besar saya berfikir, huh dengan bil sebanyak itu kami memang tak kenyang langsung.

Namun apa yang bagusnya setelah menggodek godek  Chicken Pie di DOME, saya dapat idea untuk membuatnya sendiri di rumah, maka selamatlah duit saya yang mungkin berjumlah hampir rm300 sekiranya saya membawa satu keluarga makan di situ.




Saya beli mangkuk putih ini di ssf khusus untuk Chicken Pie kegemaran anak-anak. Saya letak bahan bahan isi dan hanya tutup dengan puff pastry yang saya beli di Bagus kemudian bakar. senang kan...

Tiada apa yang lebih enak dari makanan yang baru keluar dari oven dan sungguh harum mengoda kalbu....

Saya gadingkan dengan sayur-sayuran seperti yang ada dalam hidangan Chicken Pie di DOME. Imran kata, memang jadi sangat sebijik....

Resepi Chicken Pie Yang Enak  :-

Bahan A

300 gm biji gandum       )
200 gm biji jagung manis) tiada sukatan tertentu agak-agak jer pun ok.
1 kotak santan harmuni.

(Masak dan rebus bahan-bahan ini sehingga empuk. Setelah empuk campurkan santan dan sedikit garam. Biarkan sehingga betul betul mendidih dan tutup api).

Bahan B

Bawang Holland 2 biji
Bawang Putih 5 ulas
Isi Ayam 500 gram
Sup Cendawan Campbhell
Cendawan Butang (yang besar dan segar) 3 biji
Susu segar 1 cawan.
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak zaitun/ butter untuk menumis
Serbuk ayam knorr

Puff Pastry (ada dijual di kedai menjual barang barang kek)

Cara-caranya :-

Hiris dadu bawang holland dan bawang putih sampai naik bau, masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil. Masukkan cendawan segar yang dah dipotong dadu. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Masukkan satu tin  sup cendawan dan satu tin air. Tuangkan susu segar dan masukkan serbuk ayam knorr.Kacau dan biar sehingga mendidih.

Masukkan bubur gandum dan jagung yang telah di masak tadi. Kacau rata biar mendidih dan angkat.

Ceduk ke dalam bekas seperti yang di atas itu. Tutup dengan kepingan puff pastry dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160 darjah celsius sehingga warna menjadi garing kekuningan dan angkat.


Untuk sayur-sayuran gandingan


Celurkan lobak, brokoli dan kobis kecil. Tumiskan bawang putih, bawang besar ke dalam minyak zaitun. Masukkan sayur yang dan dicelur, tomato kecil dan sedikit daun rosemary. Goreng sebentar, angkat dan hidang.




9 comments:

Yuyu Zulaikha said...

adoi. kena cari mangkuk dia dulu la pulak ^^

azrinna said...

Saya sebenarnya ternanti2 entry terbaru kak nani. sedang nak tutup sign out blog sendiri, nampak kak nani dah update. Yey.....

Rosniena said...

kene pi SSF ni, sib baik dekat jalan TAR

Jiji said...

Salam kak nani.. please laa letak gambo dlm kuali/periuk jugak.. ni gambar dah siap je... saya budak br belajar sungguh tak konfiden... atleast masa try tu.. boleh le refer gambar dlm periuk kak nani.. tgk ada rupa sama tak hehehe..

thank u kak nani (in advance)

Aishey Nafisa said...

nak try..nak try...
memang sume resipi aunty mudah untuk dibuat sendiri..
tq ya...

Huda said...

sangat menyelerakan tapi tulah, nak kena cari bekas serupa tu, nasib akak cakap beli kat ssf, so nanti boleh cari..

kemma said...

rindu tulisan k.nani..hr2 mngharap...:)

Norazora Asari said...

kak nani biji gandum tu apa? sorry newb sikit..hehe

Izzah Azizah said...

alamak ! sedap nie. curi resepi ea. nak try !! heee