Tuesday, July 31, 2012

Dadih Susu Lembu Bukan Susu Cair Tambah Air




Assalamualaikum,


Sepatutnya bulan Ramadhan adalah bulan kita bersederhana, bermusabah diri, menginsafi pada yang daif, papa yang tak cukup makan, yang serba kekurangan. Atau memang sebenarnya itulah tujuan kita berpuasa iaitu menahan diri dari berlapar dan dahaga serta perkara perkara yang membatalkan puasa.

Jadi sepatutnya berbuka itu biarlah ala kadar. Makan yang macam biasa-biasa yang hari hari biasa kita makan. Ikan goreng, tumis sayur atau sambal belacan pun jadilah. 

Barulah betul hikmah  dan selari dengan tujuan berpuasa itu sendiri.

Namun

Namun

Namun

Namun bagi saya berbuka walau sekadar minum air kotak, makan roti bun tu tak jadi hal Apatah lagi kalau berada dalam kereta, dalam perjalanan. Tiada apa yang nak dikejarkan. Lepas solat makan malam macam nasi lauk macam biasa. 

Tak rasa macam  sesetengah orang, mengidam giler mengalah perempuan mengandung, teringin air kelapa, air tebu, nasi ulam nasi kerabu, bubur kacang bubur lambuk...

segala juadah yang hari hari biasa macam tak der bende tapi kalau bulan puasa, mesti nak dapatkannya tidak boleh tidak.

Sanggup redah apa jua onak duri untuk dapatkan nya...

Saya tak mengata orang, sebenarnya saya pun terpaksa berperangai macam tu dek kerana permintaan anak-anak. Dek kerana nak bagi anak-anak meneruskan puasa sepenuh hari dengan gembiranya. Dek kerana nak melatih anak-anak berpuasa dan mendapat ganjaran berbuka dengan juadah yang enak enak belaka.

Kerana mendidik anak-anak berpuasa haruslah sedari kecil. Anak saya Imran berpuasa penuh ketika usianya 5 tahun. Anak saya Alisya walau terpaksa bekerja kuat menahan dahaga ketika menjalani shooting namun bila saya tanya berkali-kali tak ingin langsung untuk berbuka setengah hari. Selalu saya perhatikan anak-anak   langsung tidak merengek untuk berbuka. Alhamdulillah.

Bukan mudah. jika mereka tidak di didik dari kecil. Alah bisa tegal biasa. Rasa insaf bila melihat ramai lelaki lelaki dewasa atau ada sesetengah perempuan dewasa yang tidak uzur tetapi tidak ingin menahan diri dari berlapar dan dahaga, Langsung tidak menginsafi yang berpuasa adalah salah satu rukun agama.

Sedangkan bulan puasa mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab tersebut, maka
fikirkanlah apakah pada bulan bulan biasa mereka mampu mengganti puasa tersebut. Alangkah ruginya bagi mereka mereka ini.


Disebabkan permintaan Hafiiz supaya saya menyedikaan dadih untuk berbuka, demi anak anak tercinta yang taat menjalani ibadah puasa maka, juadah kami pada hari tersebut agak meriah. Hafiiz meminta resepi saya untuk buat dadih yang pernah saya jual di Bazaar Rammadhan beberapa tahun yang lepas. 

Tidak ketinggalan Imran nak mencuba skilnya membuat pizza  dan roti pita. Saya ajar Alisya macam macam mana nak marinate lamb chop.

Maka di sini saya perturunkan salah salah satu resepi dadih yang paling enak dan berkhasiat harus dicuba.



DADIH SUSU LEMBU PALING ENAK PERNAH SAYA MAKAN.



Satu paket dadih (gambar tertera dibawah).
3/4 cawan gula pasir
3 kotak susu full cream yang berisipadu 1 liter setiap satu.
2 cawan serbuk coffeemate


Cara-caranya.


Tuangkan 3 kotak susu ke dalam periuk. Masukkan gula pasir dan coffeemate. Kemudian  biarkan susu mendidih. Apabila susu mendidih. Padamkan api dan masukkan serbuk dadih dari dalam paket tadi. Masukkan juga satu paket kecil gula yang terdapat dalam paket dadih tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas yang disediakan seperti cawan atau mangkuk mangkuk kecil.

Sejukkan dan hidang.














Saya amat pentingkan makanan berkhasiat. Maka setiap juadah berbuka, saya pastikan ada tersedia buah-buahan. Alhamdulillah buah mangga ini saya petik dari pokok yang saya tanam di belakang rumah.


Yang didalam gelas berkaki yang berwarna merah jambu itu adalah air bandung kegemaran Alisya. Dan yang warna kuning itu adalah dadih berperisa jagung.



Inilah dadih di dalam paket yang saya gunakan. Terdapat berbagai perisa, jagung, vanila, coklat, strawberry dan lain-lain.


Berbuka bersama ke kecil.....

Nikmat mana yang mahu kudustakan.

Monday, July 30, 2012

Siakap Masak Tomyam




Assalamualaikum,

Ok bulan bulan puasa ni...nak cakap perkara-perkara yang indah-indah dan sedap-sedap belaka.

Salah satu restoran yang saya sungguh tergoda

adalah
Restoran Tiga Rasa Ali Cafe bersebelahan dengan True Fitness, USJ Subang Jaya yang makanannya sungguh sedap dan harga yang sangat berpatutan.

Saya memang promote pada sesiapa yang nak makan Siakap Tomyam yang sungguh sedap,..dan semuanya memang sedap.


Bagus juga sesekali makan diluar sebab dari situ saya dapat tahu yang buah kurma kita boleh blend dan buat jus Kurma. Banyak kurma kat rumah tu....


Jadi bulan puasa ni saya akan cari satu masa yang sesuai untuk bawa keluarga berbuka di situ.

So far belum lagi pecah record jejak kaki baazar ramadhan..entah kenapa tiba tiba Ramadhan kali ni Alisya nak saya masak setiap hari untuk juadah berbuka puasa.

Tengoklah nanti hujung hujung, jemu gak masak hari hari sebab bila saya yang masak saya tak akan selera makan. Saya suka makan masakan orang lain. 

Maka Restoran Tiga Rasa Ali Cafe dalam carta hati saya...walah!
















Kopi Ali Cafe tidak ketinggalan......



Nasi yang diletak di dalam bekas pengukus kayu...wangi bau nasi....



Unik kan tak terfikir yang siakap ada masak tomyam...ikan goreng garing lepas tu curah kuah tomyam yang agak pekat. The best siakap tomyam pernah saya makan....






Lamb Chop di masak secara grill penuh dengan sayur sayuran...hidangan yang seimbang....yang ni memang saya recommend. SEDAP!!!



Yang di atas itu masak lemak ikan pari yang turut juga dimasak secara grill.



Ayam goreng tepung berempah pun ada dalam menu....

Petai dan sayur sayuran yang di masak secara grill


Ikan pari masak lemak cili padi.....pekat dan sedap ...


Ada dalam set...telur dadar...



Dessert dia macam muffin tapi dalam ada vanila custard..yummy


Ada dalam set....sayur mayur adalah kegemaran saya sepanjang waktu....






Jangan percaya gambar saya yang sungguh kelihatan demok.. salah duduk mungkin hehe..oh tak mungkin..!!!!

Penyediaan api penunu agar berkuah/sup  sentiasa panas terhidang....
Kari Kepala Ikan yang masih tertutup dalam periuk hanya akan dibuka tutupnya di hadapan pelanggan







Inilah dia kari kepala ikan salah satu main dishes dalam set selain tomyam ikan siakap....yummy.



Sunday, July 22, 2012

Terima Kasih Allah








Assalamualaikum....


Mentari di ufuk menghilang pergi. Atau aku yang lupa bumi tidak sentiasa di sini. Berputar mengikut paksi. Ku lihat indahnya langit Ramadan. Memayungi hati hati yang menanti.

Ramainya berduyun-duyun mendatangi rumah rumah Allah. Memenuhi baris baris saf jemaah. Terbetik di hati..jarang kulihat indahnya pemandangan ini. Terima kasih Allah. Memberi ruang nadiku berdenyut lagi. Memberi udara nafas untuk ku hela. Memberi sekali lagi  kehidupan untuk ku jalani Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Perasaan yang sukar kugambarkan. Bila Imam membacakan surah surah AlQuran dalam solat..hati begitu sebak....deras air mata mengalir. Terasa kerdilnya diri yang penuh berdosa ini. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Bagai irama yang sungguh indah pula ketika imam mengaminkan bacaan dan disambut gemanya aminn seluruh jemaah. Subhanallah...

Indahnya Ramadhan. 

Heningnya pagi itu, aku bersiap-siap memasak hidangan untuk bersahur. Telah bersabda Rasulullah SAW " Bersahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu ada barakah".

Aku meriahkan rumahku waktu bersahur. Aku masak hidangan yang ringkas tetapi menyelerakan. Aku anggarkan hidangan agar tidak ada pembaziran.

Alhamdulillah. Sahur yang sungguh menyeronokkan dan menjamu dengan penuh selera.

Alhamdulillah. Solat subuh pagi itu Hafiiz yang mengimamkan. Hati sebak, lama tak bersama anak itu tetapi bila aku suruh dia mengimamkan solat berjemaah, bacaannya sungguh bagus dan terang. Doa selepas solat panjang dan jelas.Alhamdulillah terasa sejuk hatiku. Amin.

Indahnya Ramadhan.

Tahun ini, tahun pertama bersahur bersama menantu, Khairi suami Liana .Bertambah seorang lagi ahli keluarga. Alhamdulillah.

Selamat berpuasa dan salam ukhwah untuk semua. Maafkan aku sekiranya ada yang berkecil hati terhadap segala tulisan ku di blog mahupun di luar sana.











Aku ingin selalu memastikan hidangan yang seimbang...maka harus ada sayur. Asparagus ditumis dengan bawang putih dan udang...ringkas tetapi enak dan jadi rebutan.



Walau masih dinihari...tidak menghalang untuk aku menyediakan hidangan ketam masak lemak nenas cili padi....



Peria hiris tipis tipis, lumur kunyit dan goreng garing...pembuka selera....




Kami bersahur di hari pertama puasa....


Hanis ke Sarawak shooting, Khairi sibuk dengan urusan PTPTNnya.. di UiTM Penang maka hanya kami ber 7 sahaja di rumah.



Sahur hari kedua, pagi tadi. Udang goreng tepung, sayur kailan belacan, ayam goreng, peria goreng garing dan ikan sardin goreng kicap dan tidak ketinggalan telur senyum kata Hafiiz.



Walau pelbagai tetapi masak dalam portion yang kecil supaya terus licin tanpa ada berbaki....


Ini keberkatan bulan Ramadhan, selalu dapat berkumpul satu keluarga.Nikmat mana yang mahu kudustakan.

Alhamdulilah.

Saturday, July 7, 2012

Resepi Asam Pedas Pikat Hati Orang Utara






Assalamualaikum,



Selalu macam tu kan...tekak orang uthara susah betul nak appreciate makanan orang selatan. Bukan nak cakap orang lain, nak cakap laki kita yang lidah sungguh berlagak. Alejik tempe kunun. Kalau dapat bini mithali ikut cakap laki boleh kot...Ini dapat akak yang jenih tak koser tak layan tekak dorang...apa yang akak masak dan hidang nak makan...silakan makan sayang..tak nak sudah...tak dernya nak stress stress dengan melayan tekak dorang ni...


Bila orang utara belah belah perak, nak masak lemak, tempoyak. Kalau belah belah kedah, kari, laksa. Kalau selatan pulak, laksa laksa tak men (loghat kedah), asyik asyik dok balun asam pedas.

Akak tak da...akak masak tempe, satu rumah kena makan.
Akak masak asam pedas laki akak tak berapa nak suka tu pun kena makan.

Akak buat sambal belacan, khairi yang tak makan pedas itu kena tahu jugak apa tu sambal belacan.

Tapi kalau kari rumah akak, memang laku..namun disebabkan akak hanya bahagia kalau dapat masak kari kepala ikan, sedangkan anak-anak melarang katanya tak elok nanti otak jadi bodoh dan mudah lupa maka akak lupakan terus menu kari kepala ikan daripada hidup akak.


Tapi akak boleh berbangga sekarang sebab asam pedas akak masak dah jadi peberet laki.


Meh akak bagi resepi asam pedas akak yang sungguh umphhh!!!







Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo


Cili kering 20 batang (rebus dan cuci)
buah keras 5 bij
belacan 1/2 inci

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)


Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci.

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat


Cara-caranya,


1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.
















Monday, July 2, 2012

Sedetik Lebih Bersama Anuar Zain




Akak selalu juga terserempak dengan  Anuar Zain. Pergi Restoran Bawang Merah kat Subang hari tu terserempak dengan dia jugak.

Bila nampak dia tu, mulut tu terasa rasa macam nak tegur jerrr, eh anuar zain, apa khabar?. Entahlah tengok muka dia tu terasa macam rapat sangat. Dah kenal lama sangat. Memang dah kenal lama kot. Sejak akak sekolah dulu paling suka lagu raya dorang. Lagu kain pelekat tu toksah cerita.

Dulu dulu, kain pelekat pun boleh buat lagu erk. Sekarang kalaulah lagu kain pelekat sah sah tak da sapa nak heran. Cuma mungkin kehairanan kalau tengok lelaki ke sana sini pakai kain pelekat. Naik LRT pakai kain pelekat ke...memang seram ah nak nengok...rasa seksa pulak memandang...dulu lelaki kalau berkain pelikat memang berjiwa macho la....nampaklah ciri ciri lelaki idaman semalaya...siap  bertali pinggang bagai. Dulu  sinonim betul tali pinggang warna hijau besar bengkung siap ada dompet duit tertempel... sekarang ni kebanyakan yang pakai  takat gulung gulung bodoh, buatnya terlucut memang haru biru LRT tu...huhu

Eh jauh tersasar topik, kang ada pulak geram dengan tulisan akak ni  create akaun unknown pulak!!


Semalam pergi launching boutique isteri kawan suami akak. Amboi kawan kawan dia tu retis semua..


Yang lain tu akak tak lah jakun sangat nengok. Tapi akak rasa bukan akak sorang kot ..Rasanya Anuar Zain ni memang lelaki idaman mak-mak orang macam akak. Dekat semua kawan kawan akak dan yang sewaktu dengannya kalau akak tepon dorang, ringing tone mesti lagu Anuar Zain. Melampaukan....berangan lah teww...Kot tak pun lentokla teww dengar suara Anuar Zain.


Hek eleh akak pun sama, kalau dengar lagu sedetik lebih memang feeling feeling la...  terasa hangat bercinta...mendalami, menghayati...nak kata bercinta dengan suami, memang tak pernah. Tahu tahu beranak lapan jer. Macam suami isteri zaman dulu pun ada. Tak pernah kenal, bila kahwin anak berderet. Walah.


Balik cerita semalam, akak pun pergilah kat Anuar Zain. Alisya jadi perisai. Senang sket nak approach. Tak da lah malu sangat. Pastu mulut akak ringan jer, tanya, hi Anuar apa khabar? Dia pun senyum, eh khabar baik. Boleh ambik gambar?, Eh boleh-boleh, cutenya! dia memuji. Bukanlah akak kan, Alisya la teww. Pastu dia cakap lagi cantiknya rambut...Bukanlah akak kan, Alisya la teww...hehehe


Then happyla kitaorang dapat tangkap gambar dengan Anuar Zain. Hepi akak ko...melampau akak kan...tak padan bini orang, suka tengok orang hensem!!!