Thursday, November 24, 2011

My Nuffnang Story

Assalamualaikum,

Rasa nak luruh jantung mengenangkan betapa bilah-bilah hari begitu cepat berlalu. Rupanya perkara paling sukar membuat persiapan perkahwinan adalah mengedar kad undangan. Banyak masa diperlukan khusus untuk mengedar kad.

Walau kini banyak orang ambil jalan mudah menghantar undangan melalui sms atau facebook tetapi saya dengan pemikiran kuno saya yang tak sudah-sudah ni tak puas hati kalau  mengundang tanpa kad.

Jadinya sekarang saya hanya mahu mengejar masa dan bukan membiarkan masa yang mengejar saya.

Apalah impian seorang ibu selain mengharap kegembiraan dan kebahagiaan anak-anak tercinta.

Baru pulang dari jakarta untuk membeli pakaian pengantin liana...dan segala apa yang perlu. Saya minta maaf kepada sesiapa yang mengemel dan sms saya tetapi boleh sempat berjawab. Insyallah...saya akan usahakan scepat mungkin dan sedaya upaya.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Hanis kerana mendapat 4 flat dalam final exam baru-baru ni.

Terima kasih juga pada Nuffnang yang berjasa memberi platform kepada begitu ramai blogger yang sebelum ini tak tahu pun yang berblog tu boleh dapat duit dan dengan itu sekaligus memberi peluang kepada Hanis Zalikha mendapat pencalonan sebagai "Most Influential Blog" yang bertanding di arena Asia Pacifik Blog yang melibatkan negara-negara seperti Singapura, Filifina, Australia, New Zealand, Thailand, Hongkong.

Jadi sebagai ibu harus saya beri sokongan sepenuhnya kepada apa-apa yang menggembirakan hati anak-anak. Kalau rasa mahu menyokong saya, sokonglah  Hanis Zalikha melalui penulisannya yang berjaya menyentuh dan menarik  ramai pembaca blog.

Hanis Zalikha dikenali melalui blog bernama ini belogsaya.blogspot.com.

Hanya vote di bawah ini, pilih blog pilihan (Most Influential Blog) dan tekan "CAST YOUR VOTE".

Sekian jutaan terima kasih atas kasih sayang anda semua.

 Tulus ikhlas dari hati seorang ibu.




Tuesday, November 8, 2011

Rajuk

Assalamualaikum,

 Sampai satu saat penat saya dah tak terucap.Tak da sapa nak bantu. Rasa menjeruk jugak.

Masa ni saya bayangkan waktu masih mentah dulu mak sikit-sikit ugut nak lari dari rumah. Pantang stress sket nak lari dari rumah. Bila macam tu kami adik beradik yang stress. Rasanya dah cukup kederat kami kerah nak nolong mak.

Soal masak..kakak sulong ambek alih. Soal kemas kak kedua ambek alih. Soal titik bingik sayalah yang selalu kena. Cari kayu api, basuh pinggan, jemur baju...rasanya semua adik beradik ambil bahagian.... 

Sekarang bila saya yang rasa nak lari dari rumah saya bayangkan darah mak saya mengalir dalam badan ni. Masa tu rasa benarlah apa yang seorang ibu rasakan dalam cerita batu belah batu bertangkup. Kalau fikir-fikir..macam mengada-ngada ibu tu kan...anak kecik yang tak tahu apa-apa dah termakan ikan tembakul pun nak merajuk sampai biar batu belah tu telan dia hidup-hidup. Merajuk dengan anak kecil sampai sanggup tinggalkan anak-anak begitu.

 Sehari sebelum raya haji saya sibuk benar. Dengan nak buat persiapan wedding liana, dengan buat kek, dengan balas emel, dengan rumah bersepah macam tongkang pecah. Dah suruh suami pergi pasar beli lauk pauk, balik dari pasar humban jer semua tu...tak dalah nak tolong simpan-simpan ke..tinggal jer macam tu j..

Anak-anak sekarang tak macam kita dulu dulu. Tak mahu  ambil tanggungjawab  tolong uruskan hal-hal mengemas atau memasak. Suruh seorang basuh pinggan sampai ke petang tak berganjak. Suruh sorang goreng ayam sampai kepetang ayam naik berbau. Suruh itu suruh ini tak seorang ambil peduli. Semua leka depan laptop, depan TV tengok masterchef lepas tu mak dia jugak yang jadi nak kena jadi masterchef.

 Betul saya cakap..anak-anak zaman sekarang tak serajin kita dulu. Sebab tu kita dulu tak perlu bibik bibik ni. Bangun pagi ambil penyapu sapu kemas satu rumah, Basuh baju pakai tangan pun settle sebelum matahari naik. Lepas tu pinggan mangkuk awal-awal dah tersusun. Selimut gebar pagi-pagi dah berlipat.Bukak tingkap luas-luas hirup nyaman pagi.

 Akhirnya saya jugak yang kedapur. Lambat goreng ayam tu kang tak boleh nak makan, Saya rebus daging untuk buat rendang. Lepas tu saya mengadu pada Alisya, semua tak nak tolong mama...biar esok lepas solat raya mama ikut aunty Ela pergi beraya kat Segamat. Biar mama tak nak masak. Biar kanlah semua pun tak nak tolong mama... Kemudian Alisya pujuk-pujuk saya. Mama masaklah..biar Alisya tolong mama ok.

Malam tu saya suruh liana buat nasi impit, hangus sebab dia sibuk nak keluar...memanglah tak fokus..dah tahu nasi impit tu banyak masuk dalam periuk kecik. Mana saya tak makan hati.

Malam tu saya teruskan buat pavlova dan hantar pada customer di kampung subang sampai dinihari tepat jam 12.30 malam. Balik saya terus tidur tanpa masak satu laukpun untuk hari raya. Antara tidur dan sedar, saya nampak Liana masak nasi impit baru. Masa tu saya tidur kat sofa di dapur sahaja.

 Bangun pagi saya terus mengadap laptop balas emel. Sms berjela belum terbalas.Saya buat macam tak perlu nak masak. Saya lambat-lambat ke dapur.

Balik dari solat saya tengok hafiz terus kemas dapur. Bersih sangat..Barang-barang nak masak lauk bersusun tepi sinki tak berusik.

Hati ibu mana yang terusik...akhirnya saya capai itu capai ini untuk masak lauk raya.. Imran kisar kacang, ambek serai di belakang..Hanis kupas bawang, rebus cili kering,

 Liana dan Hanis bergegas mengemas. Suami kemas tempat laundry jadi selesa di pandang. Khairi saya tak usik sebab dia nak exam SPM minggu depan.

 Tepat pukul satu tengahari barulah satu keluarga dapat makan juadah hari raya. Saya tengok sorang-sorang dekat sepuluh kali dok ulang makan...katanya perut kenyang tapi sebab sedap sangat tak boleh nak ignore juadah kali ni..

 Alhamdulillah, ibu mana yang boleh biarkan anak-anak tak makan. Syukur akhirnya juadah Aidiladha kali ni licin walaupun tetamu hanya Khairi, tunang Liana dan Andy fotographer yang datang. Semua saya masak menjadi. Saya yang tak kuat makan ni pun dok ulang lebih sepuluh kali jugak....

Seorang ibu tak kira raya korban ke raya apa...dia sentiasa berkorban masa, tenaga, wang ringgit untuk suami dan anak-anak...

 Itulah saya bila dengan suami dan anak-anak marah memang tak reti...merajuk pun tak pernah menjadi...






Monday, November 7, 2011

Jay Hill Lake














































Dinihari yang rebah
mentari menyindir datang
berselerak cendawan kuning di atas titi
aku duduk dikerusi baru nan usang dimamah hujan dan panas
ku sisip kopi dan kek cawan
angin pagi meniup kasih pada wajah sembab
pada mata seakan tidak mahu terbuka
kemboja putih mula menari
walhal hari masih pagi
selamat pagi kekasih
rupanya rindu tak pernah menyisih

****************

Jika aku mampu terbang
tentu telah ku lebarkan sayap
melayang deras mendakapmu
tapi aku hanya mampu mengasih
lalu dalam puisi ku layarkan bahtera rindu
menuju dermaga sepimu.


AXL`S - Akulah Kekasihmu *MTV Karaoke

Wednesday, November 2, 2011

Anugerah Illahi

Assalamualaikum.. Dalam hidup apa yang kita mahu? Pasti mahukan apa sahaja yang dapat menggembirakan hati kita. Tak perlu hipokrit bahawa salah satu perkara yang paling menggembirakan saya dalam hidup apabila saya sihat dan cantik.

Siapa yang tak mahu sihat...dan siapa yang tak mahu cantik? Saya menganggap apa sahaja yang Allah bentukkan menjadi tubuh badan dan paras rupa saya...ianya adalah cantik....Justeru itu setiap makhluk harus merasakan dirinya cantik. Seharusnya begitu.

Tetapi ingat..kesihatan dan kecantikan tidak akan wujud tanpa jagaan atau perhatian. Ok stright to the point ya...saya ada mengambil kolagen untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit wajah. Syukur saya pada Illahi atas penemuan Selain mengamalkan pemakanan berkhasiat seperti buah-buah dan sayur mayur...kolagen perlu sebagai agen anti penuaan.

 Allah ciptakan tubuh manusia dengan kandungan binaan tubuh yang terdiri daripada kolagen. Tanpa kolagen kulit tidak boleh berdiri anjal....dengan maksud tanpa kolagen ...seorang bayi dilahirkan dengan kulit yang lembik dan berkedut seperti seorang tua berumur 70 tahun.

 Dengan ertikata lain kolagen itu sendiri ada dalam tubuh kita untuk menyokong kulit supaya anjal dan cantik. Namun norma alam..perkembangan pesat tubuh badan manusia berubah saat demi saat. Bila menjangkau usia 20 tahun...tubuh mula kehilangan 1.5 peratus kolagen dari tubuh badan. Bila menjangkau 30 tahun tubuh mula kehilangan 15 peratus dari tubuh badan. Bila berusia 40 an mula kehilangan 35 peratus kolagen dari badan kita.

 Maka semakin banyak kita kehilangan kolagen dalam badan semakin kurang agen sokongan untuk kulit jadi anjal. Kehilangan kolagen dari dalam badan manusia bergantung kepada individual. Ada sesetengah agak pesat dan ada pula yang agak lambat. Ini bergantung kepada diet pemakanan, persekitaran dan toksin yang secara tidak kita sedari mengganggu sistem kesihatan tubuh badan.

Terima kasih saya kerana menemui seorang kawan yang memperkenalkan saya pada produk Colagen Dust yang banyak membantu tubuh dan kulit jadi sihat dan cantik. Selain dari penjagaan luar dari produk-produk yang terbaik...kolagen merupakan sokongan dari dalam dan luar yang hasilnya memang menggembirakan sesiapa yang mengamalkannya.

Kalau dulu saya gemar menyapu bedak agak tebal di wajah kini jarang sekali. Kalau dulu saya risaukan rambut yang agak pesat gugur...kini rambut kurang gugurnya...kalau dulu saya sering mengaduh kesakitan di tengah malam akibat kaki cramp kini amat jarang sekali....kalau sebelum ini saya mula risau akan kenaikan berat badan kini saya gembira dengan bentuk badan saya.

Alhamdulillah Colagen Dust yang dihasilkan dari sisik dan tulang ikan tuna oleh sains dan teknologi yang dapat mereliasasikan impian saya selama ini. Akhirnya setelah hampir dua tahun saya mengamalkannya...dan ramai pula yang ingin saya kongsikan maka insyallah segala yang baik selalu saya ingin kongsikan dengan anda semua.Untuk tahu lebih lanjut...sila emel saya di shinarostam@yahoo.com atau telefon saya di 0123959779  Orang yang pertama begitu kagum dan percaya dengan apa yang saya amalkan adalah anak saya Hanis Zalikha. Walau ketika itu usia baru menjangkau 20 tahun namun dia gigih memesan setiap botol colagen untuk diamalkannya. Hasilnya memang amat menyenangkan hati saya yang memandangnya.

Jangan ingat walau kita muda, kulit kita akan sentiasa cantik kalau kita tidak rajin berusaha untuk mencantikkannya. Ini adalah phisolophy yang salah (eh betul ke ejaan ni?) Selalu sangat ada statement begini...' Alah Hanis tu Muda..memanglah kulit dia cantik, halus gebu' Walah...kalau macam tu...semua orang muda pasti mempunyai kulit yang cantik, halus dan gebu seperti kulit Hanis di bawah ni.......


Hanis gembira dengan wajahnya sekarang tanpa perlu berbedak


Selepas mengambil kolagen..Hanis kata dia rasa sayang nak tutup kulitnya yang cantik dengan bedak...