Wednesday, August 25, 2010

Sesiapakah Gerangan Yang Dari Tanjung Karang Atau Sabak Bernam Tu Ya?

Assalamualaikum.



Alhamdulillah diam tak diam dah 15 hari kita berpuasa.Rasanya tahun ini adalah tahun paling banyak hari kami tak berbuka di rumah. Mana nak sompeknyer.....setiap hari berpuluh adunan biskut nak kena bancuh. Belum lagi berlari ke depan ke belakang. Bukanlah sebab nak kuruskan badan time-time berpuasa ni...ya Allah tak yah nak eksais pun..mata dah memang macam panda, pipi dah jadi kempot..badan dah tinggal sekeping...tapi ada satu perkara yang tak berapa seronok nak habaq bila perut tetap bunncittt macam si Gayah Gendut dalam iklan hot fm.


Yang berlari ke depan, ke belakang tu sebab bila orang call cepat-cepat kena pergi kat PC nun di depan sana...nak check nama...dah bayar belum...senarai nama kuih.



Memang buntu tak tahu nak masak apa untuk juadah berbuka. Masa awal-awal dulu, semangat betul masak.Tapi bila dah semakin ke penghujung ni bantai buka jer apa-apa.



Semalam letih betul puasa. Belum sempat habis bancuhan biskut..dah tersengguk-sengguk macam ayam berak kapur. Berbuka semalam makan semangkuk cendol penang road..terus tersadai. Beli nasi kandar kat kayu...tak makan lagi.Ingat nak makan masa sahur pagi ni tetapi tak boleh masuk gak...nasi kandar kayu ni sekarang dah kureng ler mengancamnya...

Nak bagi resepi...tapi dek kerana tak sempat masak maka tak dalah gambar makanan..so resepi pun tak da maknanya tanpa gambar makanan kan....len kalilah....


Nak buat pengumuman lah......sesiapa yang nak ambil kuih raya seawal hari Jumaat ni...silalah TELEFON SAYA. Telefon saya dah jammm.Tiba-tiba je tau. Kuih dah ready.Sms memang tak dapat nak reply.



Saya pula dah hilang nombor telefon seseorang dari Tanjung Karang atau Sabak Bernam yang namanya pun saya dah lupa....bertanyakan "bila kak Nani nak pergi sekolah Khairi? Kalau pergi boleh bawa kuih raya untuk saya sekali?" Jadi kalau dia terbaca mesej ni harap dapat telefon saya secepat mungkin. Boleh saya pass sekali kuih tu kat dia.

Oklah jangan lupa ya...TELEFON SAYA....KUIH DAH READY...

7 comments:

Zareda Norman said...

kak nani

kalau ada biskut belen belen bagitahu ya.. hehhee

aNIe said...

Nani...kuih akak...latest week sebelum raya tu eh...yg kata nak kirim ke Melaka tu...buat pengetahuan Nani I balik Melaka Sabtu pagi atau tengahari...

nuraitul said...

sibuk ye kak nani bulan puasa nie..sampai masuk paper lagi aritue..kak rmai assistant tak utk setelkn order2 akak tue..??

NaniRostam said...

Assalamualaikum.

Zar : Insyallah ada belen-belen nanti kak Nani gi tau eh.

Anie :Nak Nani hantar ke rumah ke atau Anie datang ambek kat rumh Nani. Anie datanglah.....ya?

Nuriatul : Ada asssitant....berebut-rebut nak jadi assistant...sampai gaduh gaduh..heh

Filla said...

alahaiii rajin tul kak nani ni tau.. yg bestnya leh slim raya nie!!! tak yah susah2 diet.. hehe..bab perut tu..ermmm jom nangis sama2 jom..haha

nuraitul said...

mudahla tue kak..tak yah pening pening wat keje sorang2.. :)

miss teja said...

khairi sekolah di mana auntie?