Thursday, August 26, 2010

Jari Jari Ku Sakit Sekali Kerana Bekerja Pagi dan Petang

Assalamualaikum.

Amboi sempat lagi kak Nani menjenguk blog!!

Tak dalah..jemu rasa dah berminggu tangan asyik dok uli adunan biskut je.Jari-jemari yang runcing ni bukan kuat sangat pun. Sekali uli masuk 6 biji butter, tepung pulak dekat 2 kilo...dah rasa macam nak patah jari jemari ni..Kak nani buat biskut guna tangan. Yang mana kena guna mesin semua pas pada pekerja. Cuma ada setengah biskut terpaksa guna khidmat tangan kak nani yang tak berapa nak kuat ni kerana biskut yang tu bancuhannya pakai agak-agak je. Dah tu tak boleh guna mesin kang jadi kembang semangkuk pulak.

Nak buat biskut raya ni perlukan semangat yang bukan calang-calang tau. Kalau tak kuat...tak terbuatnya de...

Kadang tu semangat meluap-luap. Hek eleh resepi semua dalam otak kan. Dah sedia perkakas. Dah sedia bahan. Tapi tup-tup rasa berat tangan nak teruskan buat. Tinggallah dulu..relaks sekejap...tengok tv siri kegemaran Geng Surau...sudahnya hilng momentum. Rasa malas mengatasi segalanya.

Dulu masa tak pakai pekerja...masa buat tat gulung tu rasa macam nak lari jer dari rumah. Masa tu kalau dapat jual sebalang rm70 hengget pun tak hengen daku nak meneruskannya.

Tulah yang kak Nani nak sampaikan ni...kalau tak kuat semangat..beli jelah kuih raya kan. Kang beriya beli barang-barang buat kuih, tahun dahpun berganti..kuih tak terbuat jugak. Sudahnya semua bahan buat kuih tu pun expired.. campak je lah dalam tong sampah.

Kadang-kadang ada yang berkira sangat nak beli kuih raya yang sedap-sedap ni. Tapi kalau Kak Nani part-part nak sediakan juadah hari raya yang enak-enak memang tak berkira. Maklumlah setahun sekali kan. Nama je penjual kuih..tapi Kak Nani masih juga suka membeli kuih muih orang lain yang sedap-sedap. Dan ada juga kuih muih yang special Kak Nani buat bukan untuk dijual tetapi khas untuk makan sendiri. Bukan apa takut jemulah kalau yang tu jual..yang tu juga untuk dimakan. Jadi untuk makan sendiri, Kak Nani buat kuih makmur, biskut mazola, biskut cornflakes, kek butter, carrot cheese kek, kek kukus dan kalau sempat buat dodol.


Sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal kisah menjelang hari raya ni...tapi nak kena sambung buat kuih pulak. Jadi esok jelah kak Nani release tensi kat blog ni ya.......

SEKALI LAGI NAK DIINGATKAN.......SESIAPA YANG DAH MENEMPAH KUIH RAYA KAK NANI TU SILA LAH TELEFON KAK NANI...KUIH DAH READY.

15 comments:

Afra Yuri said...

go go auntie nanie! :)

emy/mamasuri said...

go go chayuk kak..
apa2 kerja pun memang perlu keazaman dan ketekunan...
respek akak....

Ratnariz said...

saya sebijik kuih pun tak buat lagik kak..huhu..caiyok caiyok ngan akak...

mizzura said...

come on auntie...chaiyok...takpe kalau jari jemari sakit..hanis boleh tolong picit2 kan... :-)

Mariam Ariffin said...

alalala..kesiannyer dia,,takpe2
semoga kak nani sentiasa ada kekuatan untuk terus bekerja.

Mariam Ariffin said...

alalala..kesiannyer dia,,takpe2
semoga kak nani sentiasa ada kekuatan untuk terus bekerja.

Ayu Firzara said...

Hye, salam kak nani...
Sebelum nih saya ajdi silent reader jer...
Sebenarnya kita berkongsi minat dan citarasa yg sama. Sebab tu suka baca blog akak.

Kebetulan, saya pun baru berjinak buat bisness kuih raya, tanpa dirancang...buat kecil-kecilan jer, tapi tu pun rasa letih sangat nak siapkan order customer. fufufu~
Bila tengok hasil dah siap je baru puas hati...selamat berpuasa akak!

http://firzarafairyland.blogspot.com/

mien said...

auntie, saya nak order tapi saya duduk kat kuantan. kalau COD kat area UM boleh tak?

Ummi Hanie said...

kak nani...

saya pun baru sampai seru buat kuih hari ni ...tu pun sbb buat dgn bonda...ngaaaa...~

nk buat sndiri tu blum kuat smgt lg...padahal hantu kuih raya!;p

disladyiscrazeeah said...

salam kak nani..
sedap2 n cantik2 sume kueh2 raya tuh.. mmg puas hati laa saya n anak2.. sampai kene sorok tinggi2 .. hehh.. berbaloi kak.. jari jari akak tu sakit semua.. hasilnya mmg tip top
~hasni~

seashine said...

hai aunty..
its me, ika

sy dh dpt kuih raya tu dari aunty ani,melaka..

now i got prob sbb my cousin sume serbu kuih aunty and now kene sorok pulak..dorg sume suke kuih aunty dan sgt sedap..thanks aunty

Ayyun Amin said...

Aunty, agak2 dah nak dekat raya ni ada jual kuih2 lg tak? ada yg extra2?

Purple Smoochy said...

wah.. rugi tak sempat order kuih kak nani..

ninieyaziane said...

salam auntie,
sy amik kuih raya on 5th ye..t sy call auntie..tp sy naik public transport..nak g mcm mana ye..hihihi
nway tq auntie amik tempahan sy..
-aziane-

Anita, Mummy Adzryl said...

if only can still tempah from u.. huuuu.